Thursday, October 29, 2009

MB Khalid Arahkan Kerusi DUN P.Klang Dikosongkan!

SALAM,... :)



Hari ini MB Khalid @ MB ‘Flip-flop’ terus melakukan tindakkan kurang warasnya iaitu dengan mengarahkan serta menyarankan dengan segeranya untuk ADUN Port Klang, Badrul Hisham mengosongkan kerusi DUN yang disandangnya!

Keputusan yang dibuat oleh MB Khalid ini katanya,…adalah berikutan ADUN dari PKR itu tidak mampu untuk menjalankan tugas dengan baiknya sebagai seorang wakil rakyat. Lagipula, PKR kononnya tidak mahu individu seperti ini merosakkan nama PKR yang seperti mana umum ketahui sudah biasa terlibat dengan pelbagai masalah serta skandal.

Badrul Hisham diisytiharkan sebagai ADUN Port Klang setelah menang keatas calon BN dan Bebas pada PRU 12,..BN mendapat 7990 undi, Bebas mendapat 580 undi dan Badrul mendapat 12,397 undi. Kekalahan calon BN di Port Klang dilihat dipengaruhi pelbagai faktor termasuklah isu Istana Dato’ Z dan faktor pencalonan. Penduduk tempatan di sekitar Port Klang berpendapat kekalahan BN disitu adalah kerana BN mencalonkan menantu Dato’ Z,..iaitu Roselinda Abdul Jamil sebagai calon BN di PRU 12 walaupun isu ‘Istana’ yang mengundang kemarahan rakyat itu masih belum reda.



>>>> Kepada Badrul Hisham: Adalah penting untuk mengekalkan keamanan,kestabilan politik serta wang rakyat dengan tidak mengosongkan kerusi DUN Port Klang sewenang-wenangnya. Saranan kami supaya anda keluarlah dari PKR dengan cara baik dan jadilah pembangkang di Selangor dengan berkesan. Berjumpalah rakyat dan terangkan apa sebenarnya yang membuatkan anda tidak boleh berkompromi dengan kerajaan negeri pimpinan MB Khalid Ibrahim.

>>>> Kepada Rakyat Port Klang: TERBUKTI!...Pakatan Rakyat tidak membuat penilaian terbaik semasa meletakkan calon untuk dijadikan wakil rakyat anda. Kembalilah bersama Barisan Nasional sekiranya PRK diadakan! Sudah banyak keburukan Pakatan Rakyat Selangor lakukan di negeri itu!

Mesyuarat Khas PAS: Nik Aziz Berang?

SALAM,... :)



Jam: 1:15 am Mesyuarat khas Pas baru saja selesai kira-kira 15 minit tadi. Permintaan agar diadakan EGM seperti mana dicadangkan Nik Aziz tidak menjadi isu utama dalam mesyuarat yang berlangsung kira-kira 4 jam setengah itu. Sebaliknya apa yang menjadi tumpuan ialah kepada Dr Hasan Ali.

Ada cadangan meminta Hasan Ali dipecat daripada menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor dan juga Exco Selangor. Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno. Bagaimana pun Abdul Hadi dikatakan telah mempertahankan Hasan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat. Alasan Abdul Hadi kalau ada tuduhan penyiasatan perlu dilakukan. Sehubungan itu Jawatankuasa Disiplin Pas yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatn ke atas Hassan.

Dalam pada itu mesyuarat itu juga bersetuju agar Pas mengadakan Seminar Politik. Tujuan seminar ini ialah untuk mendidik ahli Pas dan secara tidak langsung mengeratkan perhubungan sesama pemimpin. Seminar itu dijangka akan diadakan pada 7 Disember depan sebagai ganti EGM.

>>>> Apa-apa pun, tindakkan Nik Aziz yang meninggalkan Mesyuarat Khas PAS berkenaan menjadi tanda tanya kepada para wartawan dan beberapa kumpulan penyokong PAS yang berada di luar bangunan. Ternyata tiada kesepakatan antara Peneraju Utama PAS dan Mursyidul AM mereka.

>>>> Inilah pengajaran kepada sebuah parti yang menjadi pengkhianat bangsa dan agama!

Wednesday, October 28, 2009

UMNO Still Leads the Way

SALAM,... :)



AFTER the March 2008 general election, when public sentiment against the Barisan Nasional (BN) swirled dark and hopes were bright for the Pakatan Rakyat (PR)'s multicultural politics, Umno was everybody's favourite punching bag.

Perhaps riding on public sentiment that favoured the opposition, partners in the BN coalition were not afraid to complain of Umno being a bully and to openly discuss leaving the BN. How valid are such complaints, when today, two major BN component parties — the MCA and the MIC — have proven that their relevance is determined by Umno?
Fact is, by numbers alone, Umno cannot be less than the dominant party. Moving forward, what does Umno's current resurgence mean for the rest of the coalition and for the political landscape?

Recent events such as Umno's constitutional amendments to give more members a say in electing party leaders, and a leadership retreat to regroup the party, have added momentum to Umno's drive forward. Winning the Bagan Pinang by-election handsomely was also a huge morale booster.

But it would be misleading to think that Umno was somehow in the doldrums to begin with. Umno has always been strong, even when the BN as a whole was denied its two-thirds majority in Parliament at the 2008 polls. The party won at least 60% of the parliamentary seats it contested in 2008, while partners MCA and MIC only recouped about 30% of the seats they stood in. Gerakan was reduced to having only two Members of Parliament and was completely ousted out of Penang.

The real reason for Umno's revival, says political analyst Prof James Chin from Monash University Sunway Campus, is Datuk Seri Najib Razak's leadership.
"He is a systems person — he pays attention to the details
— unlike Pak Lah, who was a big picture person," Chin says of former Umno president and former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi. Under Abdullah, Umno was weakened in that its strong players — the warlords — were sidelined, Chin explains.

Isa Samad"Najib is allowing those sidelined to make a comeback, as seen with Tan Sri Isa Samad. This gets the party machinery moving again as the grassroots base of these warlords are reactivated now that their leader is back in the game," Chin tells The Nut Graph in a phone interview.

Umno's strength is also derived from the government machinery. By controlling the civil service, notes Chin, infighting in other component parties will have little impact on the BN's overall strength.

With access to government institutions and funds, the BN can still address public demands even if its key component parties are in disarray. And with votes in East Malaysia heavily tied to development, the BN can ensure that its "fixed deposits" there remain intact by delivering on development promises.

By; Deborah Loh @ Thenutgraph.com

Tuesday, October 27, 2009

Fitnah Ibu MB Perlis,…!!

SALAM,... :)





MB Perlis Dato’ Seri Md Isa Sabu hari ini mengemukakan saman Polis ke atas sebuah laman web yang membuat fitnah dengan menyatakan arwah ibunya yang meninggal pada 21 September 2009 lepas adalah kerana menghidapi penyakit Hiv/Aids.
Amat kurang ajar tindakkan menfitnah sebegini,…tidak tahu siapakah dalang sebenar yang menyebarkan fitnah yang dahsyat ini! Mohon Allah memberi Petunjuk dan Pengajaran kepada pelaku jahat ini!

>>>> Adakah fitnah ini sebahagian kerja oleh penggiat politik berhaluan kiri???..Wallahualam..

PAS akan Umum Keluar P.R ??

SALAM,... :)



PAS harus segera duduk dan berbincang apakah solusi terbaik untuk PAS dalam menghadapi kemelut hala tuju parti mereka iaitu di antara bergerak dengan idea "Unity Government" atau bersama Pakatan Rakyat yang didominasi Anwar sebagai ketua pembangkang.

Persoalannya , apakah hala tuju dan matlamat PAS?....menegakkan negara Islam?, Menjatuhkan UMNO...? Jika negara Islamlah yang mahu ditegakkan maka "unity government"lah SOLUSINYA. Mengapa?Konsep penegakkan sebuah negara Islam bukanlah semudah meletakkannya sebagai matlamat perjuangan parti.

Walaupun PAS mungkin menganggap mereka telah cukup syarat, tetapi penolakan non-muslim atas terbentuknya negara Islam juga adalah suatu persyaratan yang perlu terpenuhi terlebih dahulu sesuai dengan konsep tiada paksaan di dalam Islam.UMNO dengan kuasa yang ada serta pengalaman yang luas memerintah sebuah negara adalah wadah yang amat sesuai bagi tujuan menerangkan matlamat perjuangan menegakkan negara Islam ini kepada non-muslim dan tentunya bukan perlaksanaan yang tanpa persetujuan non-muslim.

Maknanya, proses penerangan berkaitan negara Islam ini akan lebih efektif jika yang melaksanakannya adalah kerajaan yang memerintah dan proses ini akan berterusan sehinggalah mencapai suatu peringkat iaitu apakah negara Islam diterima rakyat atau tidak. Ini penting dan ini tidak keluar dari uslub dakwah Islamiyah serta lebih berhemah dan berhikmah dalam perlaksanaan Islam.Ini membuka suatu jalan untuk PAS memikirkan "Unity Government" sebagai alternatif bagi matlamat Islamnya itu.

Peluang bersama UMNO juga adalah peluang terbaik melakukan pendekatan politik yang menjurus ke arah penyatuan pemikiran demi masadepan Islam dan Melayu.Apakah ada yang lebih baik dari "Unity Government" UMNO-PAS ini?Namun demikian, jika matlamat PAS hanyalah untuk melihat UMNO dijatuhkan, maka jelaslah PAS bukan sebuah parti yang boleh diharapkan untuk menerajui perjuangan Islam.

Dalam keadaan sekarang ini pun PAS telah terikut agenda politik Anwar serta lari dari matlamat asalnya.Suara Anwar adalah suara dendam dan mahukan kuasa dengan apa carapun. Jatuhnya UMNO dan menjadi PM adalah penting bagi Anwar walaupun Islam dan Melayu hancur di tanahair sendiri.Bayangkan, habis seluruh negara porak peranda semenjak sedikit kuasa diperolehi dalam PRU12.

Dari mimpi 16 September, isu lompat parti, pilihanraya-pilihanraya kecil dan terkini pergolakan di dalam PAS, semuanya angkara politiknya Anwar.Maka PAS harus serius berfikir dan terus berfikir sebelum hancur dan hanyut dibawa arus Anwar.....arus Liberal tajaan Amerika !

>>>> BERHARAP BERITA KELUARNYA PAS DARI PAKATAN RAKYAT BENAR-BENAR AKAN TERLAKSANA!!! AMIN YA ALLAH.

Sunday, October 25, 2009

1/3 Sokongan DIPERLU Untuk EGM PAS!

SALAM,... :)


Hari ini sudah mula kedengaran secara terang-terangan daripada penyokong Nik Aziz supaya gesaan EGM PAS harus terus dilaksanakan. Kata mereka,..hak mutlak untuk adakan EGM adalah melalui Presiden PAS itu sendiri iaitu Ustaz Hadi Awang..ataupun ia direalisasikan melalui sokongan 1/3 daripada keseluruhan committe PAS di seluruh Negara.

Ternyata gesaan Nik Aziz bukanlah cuma ‘cadangan’ sepertimana yang diwar-warkan! Sememangnya ada pelan terancang yang mana penyingkiran pemimpin-pemimpin PAS yang kononnya membawa masalah ini akan tetap dilaksanakan. Ketua PAS Bahagian Kelana Jaya berkata yang cadangan Tok guru ini harus dilaksanakan dan telahpun dipersetujui demi ‘survival’ parti dan demi ‘jemaah’ PAS!... Ini sekaligus menolak dakwaan yang kononnya PAS Selangor telah menolak cadangan untuk adakan EGM @ Mukhtamar Khas tersebut.

Menurut sumber dalaman PAS,…sokongan 1/3 dari keseluruhan Bahagian PAS di seluruh Negara amat mudah diperoleh ke atas cadangan Nik Aziz itu! Ini adalah kerana Tok Guru Nik Aziz memiliki pengaruh yang kuat dikalangan ‘member - central committee’ dalam memastikan EGM PAS akan tetap dilaksanakan.

>>>> Disini, apa yang kita lihat, pelan terancang Nik Aziz terus berjalan sedangkan Presiden dan Timbalan Presiden PAS hanya terus mendiamkan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.

>>>> Sallahuhin Ayub petang ini turut membuat kenyataan yang EGM PAS tidak akan diadakan, namun hanya satu mesyuarat khas akan dilaksanakan. Adakah ini satu helah untuk mengaburi rakyat???

>>>> Apapun,..selain dari PAS…perkara menarik untuk diberi perhatian adalah mengenai penstrukturan semula PKR di Sabah dan Sarawak. Setelah Azmin dan Zaid bertelagah sesama sendiri dan menerima kritikan hebat dari Ketua-Ketua Bahagian di kedua-dua negeri itu,..Anwar Ibrahim mangakui, tidak ada jalan lain selain menamakan pengganti dari kalangan pemimpin tempatan untuk menerajui PKR Sabah dan Sarawak…Pengumuman perlantikan itu akan berlaku pada hari ini!!!

Dimanakah Hadi Awang?

SALAM,... :)

Setelah pelbagai kemelut dan pertelagahan yang melanda parti PAS berkenaan gesaan untuk mengadakan EGM,…persoalan yang timbul adalah, dimanakah Ustaz Hadi Awang dan Nasharuddin?? Mereka berdua ini selaku peneraju paling utama PAS mempunyai bidang kuasa yang mutlak untuk menentukan keputusan yang bakal diambil! Adakah bersikap diam diri menjadi pilihan mereka?? Inikah cara matang dalam berpolitik??? Adakah mereka berdua ini juga perlu untuk menuggu nasihat Anwar Ibrahim untuk tindakkan selanjutnya???...ABAIKAN NIK AZIZ,!!

Jika benar PKR dan DAP memainkan peranan penting dalam memecahbelahkan PAS,…ternyata perpecahan yang semakin ketara itu akan benar-benar dapat dilihat oleh rakyat Malaysia tidak lama lagi. Seharusnya, Ustaz Hadi Awang selaku Presiden Parti PAS tidak perlu terpengaruh dengan kata-kata Nik Aziz mahupun sesiapa sahaja,…
isu ini adalah berkaitan dengan kepentingan politik individu tertentu! Buatlah keputusan yang rasional, tepat dan tangkas. Mahu tunggu sampai bila???



>>>> Kepada Penyokong Pakatan Rakyat: Inilah bukti yang menunjukkan kepimpinan pakatan haram ini adalah bacul dan tidak tahu bertindak atas dasar ‘independence’. Mereka takut untuk memulakan sesuatu langkah drastik seperti mana keberanian PM Najib Tun Razak melakukannya dalam UMNO.

>>>> Apapun kami mendoakan Ustaz Hadi Awang mampu membuat keputusan terbaik,…jika terdesak sangat, keluar saja dari Pakatan Rakyat dan bergeraklah secara sendirian!!! Ahli-ahli PAS lebih suka jika PAS tidak bergabung bersama DAP dan PKR!!!

Saturday, October 24, 2009

Hadi Awang DISINGKIR NIK AZIZ ?!

SALAM,... :)


Sesuatu yang timbul di benak fikiran peminat serta pemerhati politik tanah air ketika Nik Aziz menggesa untuk adakan EGM PAS adalah,… “Inilah suatu pelan terancang untuk singkirkan Hadi Awang”.! Jika memperlihatkan kenyataan Nik Aziz ketika ditanya wartawan semalam,..beliau menyatakan antara tujuan utama EGM PAS ini perlu diadakan adalah kerana PAS sudah berpecah-belah kepada pelbagai puak dan ia masing-masing diketuai oleh kepimpinan utama parti yang berbeza.

Dengan tanpa berselindung, Nik Aziz menamakan Timb. Presiden PAS Nasharuddin dan EXCO Selangor Dr. Hassan Ali sebagai peneraju PAS yang menyebabkan berlakunya perpecahan di dalam Parti Islam itu. Yang peliknya mengapa Nik Aziz tidak menamakan Hadi Awang?? Sedangkan idea kerajaan Perpaduan itu dilahirkan oleh PAS melalui Ustaz Hadi Awang itu sendiri. UMNO tidak pernah menyuarakan yang mereka ingin laksanakan Kerajaan Perpaduan bersama PAS,..UMNO cuma katakan yang mereka akan setuju akan idea itu hanya kerana untuk pembangunan Bangsa Melayu dan Agama Islam.

Jika kita lihat dengan lebih mendalam,..mengapa Nik Aziz ada menyatakan sesetengah pemimpin PAS berpihak dan pro kepada UMNO??..dan mengapa Nik Aziz menyatakan yang dia kalau boleh mahu menyingkirkan pemimpin-pemimpin yang pro kepada Kerajaan Persekutuan ini??..inilah persoalan yang membuatkan kita berasa pelik dengan tindak-tanduk Nik Aziz sejak akhir-akhir ini!
Mengapa dia tidak namakan Nizar???

Ternyata ada individu yang cuba menyingkirkan peneraju utama PAS ini dengan cara memperalat Nik Aziz yang semakin hari dilihat semakin liberal tindak-tanduknya. Nik Aziz juga dilihat sudah tidak pernah mengatakan lagi berkenaan ‘Hukum Hudud’ atau ‘Penubuhan Negara Islam Sepenuhnya Di Malaysia’ dalam mana-mana kenyataannya bersama Pakatan Rakyat. Beliau dilihat hanya lebih mementingkan Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR & P.R dan cuba belajar untuk menerima perjuangan politik ‘racist’ DAP. Tidak hairanlah mengapa pejuang politik tulen PAS serta pro-Ulama’ sudah tidak mahukan Nik Aziz masuk campur dalam urusan pentadbiran PAS.

Ramai ahli-ahli PAS juga dikatakan sering kecewa dengan alas an utama Nik Aziz yang lazimnya berbunyi;

“Saya adalah Mursyidul Am PAS dan semua perlu dengar kata saya,…saya lah yang menjaga parti ini, sayalah yang menatang parti ini, jadi sayalah yang berhak untuk menentukan hala tuju parti ini!”



>>>> Kami sebagai blogger BPN berharap Ustaz Hadi Awang mampu melakukan tidakkan yang paling rasional,..ini cumalah satu retorik politik yang dicipta oleh sesetengah individu yang ‘mungkin kita tahu siapa’ untuk menyingkirkan Presiden dan Timbalan Presiden PAS daripada terus menyusahkan Pakatan Rakyat, yang kononnya mereka katakan tiada kesepakatan seperti mana Nik Aziz bermuafakat dengan mereka.

Friday, October 23, 2009

P.R Demolish The Temple in Selangor..Again!

SALAM,...:)



Hari ini,..kerajaan hipokrit yang dulu bermati-matian mengutuk serta mengkritik sekeras-kerasnya bekas MB Selangor, Dr. Khir Toyo di atas isu perobohan kuil,…hari ini ia diibaratkan seperti roda yang berputar, yang mana mereka pula melakukan benda yang sama!

Apa sebenarnya masalah kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat ini??? Sebelum ini mereka perjuangkan pembinaan kuil Hindhu di kawasan majoriti Melayu Islam,…hari ini mereka merobohkan kuil pula. Bermula dengan perobohan kuil di Ampang pada hujung tahun lepas dan kini ia berlaku lagi,… tetapi di sekitar Shah Alam! (Masihkah lagi anda ingat akan Ahli Parlimen Ampang, PKR ..sehingga perlu lari dari rakyat di kawasan parlimennya sendiri ketika diminta penjelasan mengenai isu perobohan kuil pada hujung tahun lepas???)

Kuil Mathurai Veeran di Persiaran Kerjaya, Jalan Glenmarie, Seksyen U1 dirobohkan dengan tanpa pemberian tanah alternatif untuk pembinaan semula.Presiden MIC, S.Samy Vellu turut berkata yang dia amat kecewa dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak pernah mahu menaik taraf kebajikan dan kepentingan kaum India di negeri-negeri yang diperintah mereka! Mereka sering melaungkan slogan Demokrasi Rakyat dan Keadilan Buat Semua,…tetapi adakah dengan cara ini mereka membuktikannya??

Tidak lebih dari hanya MENJADI KERAJAAN HIPOKRIT DI SELANGOR! S. Samy Vellu juga menganggap ini adalah satu perbuatan khianat dengan sengaja oleh Pakatan Rakyat ke atas kaum India! Seolah-olah kaum India tidak ada gunanya buat pemimpin Pakatan rakyat, sedangkan kaum inilah yang banyak membantu kemenangan mereka di Selangor.


>>>>
S. Samy Vellu (President of MIC) :

“There were also no discussions with the temple committee and no recent notices given by the MPSA. They just went and demolished it.
“I salute the MPSA for taking direct orders from the Selangor government without consulting the temple committee,” he quipped.

“He (YB Xavier-Selangor EXCO) does not seem to worry about what is happening. Perhaps this (the demolition) is being carried out because the Indians are not united under the Pakatan Rakyat state Government,” he said.
Samy Vellu said the Selangor state government appeared to have “a taste” for demolishing Hindu temples without first discussing with the temple committees and allocating alternative

Thursday, October 22, 2009

PRK Ke -10?

SALAM,... :)



Hari ini mahkamah telah memutuskan yang Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dari PKR disabitkan kesalahan kerana menggigit polis dengan sengaja!... Beliau juga gagal membuktikan sebarang bukti bagi membela dirinya berkenaan isu tersebut!

Mengikut Artikel Perlembagaan Persekutuan,…sekiranya penangguhan dan rayuan yang dikemukakan pihak Tian Chua turut gagal, maka satu lagi siri pilihanraya kecil akan berlaku!..ini kerana seorang ahli parlimen yang dikenakan hukuman penjara lebih dari setahun atau denda melebihi RM2,000 akan digugurkan dari jawatannya.

Apa yang menariknya,…sekiranya PRK ini benar-benar berlaku, maka ia akan dilakukan di Wilayah Persekutuan K.L, kerana Batu merupakan salah satu Parlimen di dalam K.L. Komposisi pelbagai kaum serta perubahan dalam sistem pentadbiran Najib akan menjadi pengukur utama buat pengundi-pengundi di sana. K.L juga boleh dikatakan sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat yang mana dari 9 kerusi Parlimen, hanya satu dimenangi BN pada PRU 2008, iaitu kerusi Parlimen Setiawangsa.

Jadi,..usaha parti-parti komponen BN dan para Blogger Pembela Negara harus mengulangi strategi kejayaan yang dilakukan di Bagan Pinang pada kali ini. Mereka juga harus mula memikirkan apa sahaja kelemahan Pakatan Rakyat, terutamanya Tian Chua selaku Ahli Parlimen di Batu.

>>>> UMNO, MCA dan MIC perlu mengorak strategi atau cara yang paling berkesan untuk meraih semula sokongan rakyat di Bandar. Cara berkempen di luar Bandar dan Bandar perlukan satu ‘resepi’ yang berbeza,..jadi mari kita sama-sama usahakannya.

Wednesday, October 21, 2009

PAS...Masihkah Sayang Pada P.R?

SALAM,... :)


Posting kali ini agak panjang lebar sedikit dari blogger SD-Malaysia,..harap anda semua membaca penulisan ini....

Untuk mendapatkan kuasa, Pas sanggup menggugurkan perjuangan penubuhan negara Islam. Pas sanggup berkompromi ataupun bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan memperjudikan prinsip perjuangan, semata-mata untuk dapat merasai kerusi empuk Yang Berhormat ataupun Menteri Besar.

Pas langsung tidak merasa bersalah mengata UMNO dan orang-orang UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti komponen terbesar BN iaitu MCA dan MIC, tetapi pada masa yang sama apabila mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR semuanya menjadi “ halal “.

Dengan kata lain menghalalkan apa yang mereka haramkan sebelum ini. Bagi Pas, UMNO itu terlalu keji manakala DAP dan PKR adalah terlalu baik bagi mereka.

Sudah siang lagi bersuluh. Itulah rasa-rasanya kata-kata perumpamaan yang tepat digunakan untuk Pas ketika ini. Adakah Pas sedar akan kehadiran mereka untuk menceriakan Pakatan Rakyat sebenarnya telah menimbulkan kesangsian di kalangan ahli penyokong Pas itu sendiri.

Siapakah yang membenarkan penggabungan itu sehingga menyebabkan Pas kini hilang cengkamam dalam usaha menubuhkan Negara Islam Pas. Adakah arahan dari Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ataupun Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat? Bukankah ketaatan kepada pemimpin khususnya kepada Sultan merupakan salah satu ajaran Islam?

Adakah Pas sedar yang Karpal Singh dan Lim Kit Siang telah berjaya menguji kekuatan dan ketaatan Pas kepada ajaran Islam. Adakah Pas sedar ini adalah perancangan yang licik oleh Karpal Singh dan rakan-rakan dalam DAP untuk menguji kesetiaan orang Melayu kepada Sultan dan Raja-raja mereka.

Pada pemikiran Karpal Singh, Pas hanya mementingkan kuasa pemerintahan berbandingkan agamanya dan Pas boleh pada bila-bila masa saja dijadikan budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP.

Apabila ditegur, Pas akan cepat melenting sambil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa akhbar atau media massa yang lain cuba memperbesarkan isu-isu seprti yang kita dengar pada hari ini.

Pas akan cuba sedaya upaya untuk menangkis segala dakwaan dan kenyataan dari pihak media seolah-olah cuba menegakkan benang yang basah. Contoh yang mudah kita boleh lihat dengan apa yang sudah terjadi di negeri Selangor sekarang.

Walau apapun berlaku, Pas akan tetap mempertahankan PKR dan DAP kerana bagi mereka kedua-dua parti ini adalah "abang besar". Kalau hitam kata mereka, maka hitamlah. Kalau putih, maka putihlah.

Memanglah benar Pas hanya berkuasa di Kelantan dan Kedah, manakala di dua negeri lain Pas hanya diibaratkan sebagai "Pak Turut", menyokong setiap ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh DAP.

PKR pula hanyalah penumpang dalam kesemua negeri Pakatan Rakyat. Secara tak langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan Pas.

Takutkah Pas kepada DAP sehingga sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam Pakatan Rakyat. Sayang sangatkah Pas pada DAP. Adakah Pas lebih takut dan sayangkan DAP daripada Allah S.W.T.????

Di manakah sinar penubuhan negara Islam Pas yang dilaung-laungkan selama ini. Adakah ulama-ulama Pas lemah dan terkulai layu selepas di pergunakan oleh DAP tanpa mampu bangkit menentang.

Berkuasa betul DAP sehingga dapat mengunci mulut pemimpin-pemimpin Pas daripada menegur atau berkata sesuatu. Mereka lebih rela mencari kesalahan dalam apa jua yang dilakukan oleh UMNO kerana bagi mereka UMNO adalah sangat keji walaupun mereka tahu ahli-ahli UMNO adalah beragama Islam.

Inilah jadinya apabila memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Betapa ramai cendiakawan dalam Pas tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada Pas. Islam bukan lagi menjadi agenda perjuangan Pas tatkala ini. Mereka hanya mahukan kerusi.

Dan menjadi bertambah parah apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengatakan beliau menolak penubuhan negara Islam dan Malaysia Bukan Melayu punya!!

Beliau mengumumkan bahawa beliau memilih jalan moderate di mana Pas sebelum ini mengatakan moderate itu adalah sekular iaitu tolak Islam dan tolak ketuanan Melayu ke Ketuanan Rakyat.

Sanggupkah Pas bekerjasama dengan PKR untuk menubuhkan Negara Islam bilamana Penasihat PKR, Anwar Ibrahim secara terang-terang menolak penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia.

Sanggupkah Pas bekerjasama dengan kumpulan yang anti-Islam iaitu IFC??? yang mana rata-rata ahlinya adalah dari PKR. Sebab itulah Anwar Ibrahim sanggup mengenepikan cita-cita Pas untuk menubuhkan negara Islam Pas.

Bagaimana pula dengan alim ulama dalam PKR?? Masih sanggupkah bersama PKR untuk menperjuangkan Islam bilamana ketua anda sendiri yang tolak Islam.

Dalam apa jua hal pun, UMNO konsisten dalam memperjuangkan syiar Islam di bumi Malaysia. Cuma Pas dan PKR sahaja yang tidak tahu menilai dan menghargainya. DAP melalui Lim Kit Siang dan Karpal Singh sejak penubuhannya telah lama menolak Negara Islam.

Manakala Anwar selepas bebas untuk membolehkan beliau berpolitik, menukar haluan PKR untuk menolak penubuhan Negara Islam. Jadi di manakah hala tuju Pas yang sebenarnya? Adakah Pas mahu atau masih setia dengan Pakatan Rakyat? Masih adakah hari esok buat Pas dengan negara Islamnya.

Apa gunanya Pas bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kalau semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Di mana letaknya darjat Islam itu sendiri apabila untuk mendapatkan kuasa adalah lebih penting dari mempertahankan penubuhan Negara Islam Pas? Nasihat buat Pas, kembalilah ke pangkal jalan. Sama-samalah kita renung dan fikirkan.

Monday, October 19, 2009

P.R Perlu Bertaubat !!!

SALAM,... :)



Aneh, dan kadang kala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahupun tidak. Mereka seolah-oleh bersetuju bahawa cara berdemonstrasi itu merupakan cara terbaik menegakkan kebenaran dan keadilan di negara ini. Tidak kurang juga terdapat ulama-ulama kerajaan yang termakan dengan pelbagai alasan yang dikemukakan oleh para ulama parti pembangkang, kononnya demonstrasi yang sering diadakan itu adalah bertujuan menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.

1. Demonstrasi bukanlah kaedah yang dianjurkan oleh Islam untuk menyampaikan dakwah serta menganjurkan amar ma’ruf nahi mungkar dalam kalangan masyarakat. Hal ini adalah kerana, demonstrasi mempunyai unsur-unsur yang boleh membawa pelakunya bermaksiat kepada Allah.

2. Demonstrasi amat jelas berbentuk tasyabbuh, yakni perbuatan yang menyerupai perbuatan orang-orang kafir. Sedangkan tasyabbuh amat dilarang oleh Islam. Sabda Rasulullah, “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia termasuk kaum mereka.” (Riwayat Abu Dawud).

3. Demonstrasi termasuk khuruj, yakni keluar menentang pemerintah, yang jelas ditegah oleh Rasulullah dalam banyak hadis shahih baginda. Seperti, “Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak disukainya daripada penguasanya, maka hendaklah ia bersabar, kerana barangsiapa yang memisahkan diri daripada jamaah sekadar sejengkal, maka kematiaannya adalah kematiaan jahiliah.” (Riwayat Bukhari).

4. “Akan ada sesudahku para imam atau kepala negara yang tidak mengikut petunjuk dan tidak menjalankan sunnahku. Dan akan bangun pada mereka (dalam kalangan mereka) laki-laki yang hati mereka adalah hati syaitan dalam tubuh manusia. Bertanya Huzaifah, bagaimanakah saya hendak lakukan jika saya menemuinya, Ya Rasulullah? Baginda bersabda, hendaklah engkau mendengar dan taat, walaupun ia memukul belakangmu dan mengambil hartamu. Dengar dan taatlah.” (Riwayat Muslim).

5. “Akan ada pemerintah yang kamu mengenali mereka dan kamu mengingkarinya. Maka, barangsiapa yang mengenali, sesungguhnya ia telah bebas dan barangsiapa yang membenci maka ia selamat. Akan tetapi orang yang redho dan mengikutnya? Mereka bertanya, bolehkah kami memerangi mereka? Rasulullah bersabda, Tidak! Selama mereka bersolat.” (Riwayat Muslim).


Jangan tunggu sehingga Karpal Singh menyuruh Hadi Awang bertaubat pula,...cukuplah setakat OKU tu suruh Anwar bertaubat!

Friday, October 16, 2009

PAS Hancurkan Bolasepak KEDAH??

SALAM...:)

(billboard ini didirikan diseluruh negeri Kedah dgn jumlah yg amat banyak! Pembaziran)



Setelah gagal secara keseluruhannya dalam mengemudi pentadbiran negeri dan kebajikan rakyat Kedah,…kini kegagalan terbaru diteruskan dengan perletakkan jawatan oleh Jurulatih Skuad Kedah, Mohd Azraai Khor kerana kurang berpuas hati dengan layanan KFA. Beliau mengatakan KFA tidak professional dan tidak mampu menjalankan pentadbiran dengan baik.

Adakah ini disebabkan masalah dalaman yang mana semua rakyat Kedah tahu yang peruntukkan dana berkurangan dan bolasepak tidak menjadi keutamaan di Kedah??? Hal politik sebenarnya mampu memberi satu pengaruh besar dalam sesebuah organisasi dan ia termasuklah Skuad Bolasepak dan Sistem Pengurusannya. Lihat saja pengurusan am seperti struktur padang dan stadium negeri itu sendiri! Padang rumput di Stadium Darul Aman dikatakan panjang dan telah berlakunya kecederaan ke atas pemain ketika beraksi di situ!

Secara luarannya,..mungkin kita boleh mengatakan ia kegagalan teknikal dari pihak KFA,…namun jika dilihat secara menyeluruh, kerajaan negeri yang menaungi KFA sepatutnya bertanggungjawab dalam hal ini! Dimanakah konsep kebajikan yang PAS atau kerajaan negeri laung-laungkan sehingga kebajikan pemain bolasepak negeri dan paling penting sekali jurulatih seperti Azraai tidak dijaga?

Kegemilangan Kedah dengan Skuad Bolasepaknya bermula ketika era pemerintahan BN sekitar 2006 ,…dan sejak PAS mengambil alih pentadbiran negeri pada Mac 2008 lalu, boleh dikatakan kesemua kelicinan pentadbiran dilihat hampir lumpuh@gagal. Prestasi Skuad Kedah juga ternyata semakin merudum! Sebagai individu yang ‘dekat bersama Kedah’,…blogger SD-Malaysia menjangkakan skuad yang pernah gemilang ini akan terus menghadapi masalah selagimana pentadbiran negeri masih gagal menjalankan pentadbiran dengan sebaiknya!...Rakyat Kedah cintakan sukan bolasepak,…tetapi mengapa ia gagal diberi perhatian oleh kerajaan pimpinan MB Azizan?

>>>> Selesaikan juga masalah pengurusan sampah, bekalan air, cukai tanah, dan pelbagai lagi!!! Rakyat Kedah bukan memilih PAS untuk hidup tanpa kebajikan am.

ZAID Ibrahim Diperalat PKR?

SALAM,... :)


(PENDAPAT SEORANG MELAYU yang tidak panjang akal)


‘Berkuat kuasa dari hari ini, Dato' Zaid Ibrahim bercuti dari sebarang aktiviti parti yang dianggotainya iaitu PKR. Surat makluman telah dihantar kepada Setiausaha Agung PKR. Keputusan itu dibuat bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat’


Setelah melakukan pengkhianatan ke atas UMNO dan Barisan Nasional,…nampaknya bekas Ahli Parlimen @ Senator dari Kelantan ini dilihat kurang diberi publisiti di media-media termasuklah media arus perdana dan portal-portal pembangkang! Katanya 6 bulan akan bercuti!

Tidak pasti apakah yang diusahakannya dan tidak pasti apakah yang disumbangkannya setelah bersama PKR. Dulu ketika BN kalah di Manek Urai dan Permatang Pasir,…tidak sampai 24 jam beliau sibuk mengkritik serta membuat analisis bodoh berkenaan kekelahan BN. Namun setelah kemenangan Tan Sri Isa di Bagan Pinang, Zaid sunyi sepi!

Dan kini mengumumkan bercuti pula dari sebarang aktiviti PKR!...ternyata pemimpin Pakatan Rakyat ‘boleh bercuti’ dari berkhidmat untuk rakyat!!

Sebenarnya, jika kita lihat,…perlakuan Zaid sebelum dia dipecat dari UMNO, isu ISA yang dibawanya bukanlah sebesar mana pun,…namun ternyata dia telah diperalat oleh pembangkang untuk terus merosakkan nama UMNO dan BN disaat kepimpinan yang lemah oleh PM Abdullah Ahmad Badawi. Jadi kini, ketika dia bersama Anwar tiada apa pun yang mampu dia perjuangkan serta buktikan sehinggakan rakyat di kawasannya sendiri sudah kurang percaya kepada kredibilitinya. Apakah perjuangannya akan terus diterima rakyat??? Yang peliknya ahli-ahli PKR boleh pula terima individu seperti ini!


>>>> Bersamalah kita menjayakan Transformasi UMNO Bersama Rakyat,…jadikanlah konsep 1Malaysia sebagai teras perpaduan untuk kesejahteraan sejagat.

Thursday, October 15, 2009

Is DAP Really Democratic?

SALAM,... :)




(Penubuhan Cawangan DAP Melayu-Kinrara)

Mungkin Melayu Malaysia tidak mendapat liputan yang meluas berkenaan penubuhan Cawangan DAP Melayu di Kinrara,Selangor. Untuk maklumat, ADUN Kinrara adalah Teresa Kok yang turut menyandang sebagai Ahli Parlimen Seputeh.

Penubuhan cawangan DAP Melayu ini pada September lepas adalah satu usaha terancang yang mana bertujuan untuk memecahkan sokongan Melayu di Malaysia kepada beberapa parti sekaligus akan menafikan hak mutlak atau hak majoriti kaum Melayu di Malaysia dalam sesebuah Pilihanraya. Ini kerana jika kita lihat, dengan tertubuhnya cawangan Melayu yang boleh disifatkan sebagai retorik politik sahaja, undian serta sokongan kaum Melayu akan berpecah kepada parti UMNO, PAS, PKR dan DAP.

Tetapi apa yang mahu diperkatakan di sini,…apakah DAP @ Democratic Action Party adalah benar-benar demokratik dan memperjuangkan hak semua kaum??? Cuba anda lihat senarai Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dari DAP,…adakah anda terlihat nama Melayu walaupun seorang?

Mereka mengatakan UMNO dan BN adalah racist serta penubuhan BN adalah berasaskan parti perkauman,..namun apa bezanya dengan mereka?Apa bezanya dengan tertubuhnya cawangan Melayu dan Bukan Melayu oleh DAP??? Bukankah ini satu perlaksanaan yang membeza-bezakan antara kaum juga???

Cawangan DAP Melayu di Kinrara yang baru ditubuhkan seharusnya menjadi satu model untuk pertimbangan semua kaum Melayu dalam memahami politik tanah air!...Pernahkah anda sebelum ini terdengar mana-mana pemimpin DAP memperjuangkan hak-hak Melayu dan Islam???

Jadi dimanakah terletaknya kebenaran di atas prinsip mereka yang kononnya memperjuangkan istilah:

"berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen"

>>>> Tidak Salah Dikatakan ---> Undi PAS&PKR=Undi DAP!



SENARAI AHLI-AHLI PARLIMEN DAP: Dimanakah Melayu jika Mereka DEMOKRATIK?

P43 - Bagan - Lim Guan Eng,P45 - Bukit Mertajam - Chong Eng,Batu Kawan - Ramasamy Palanisamy,P48 -Bukit Bendera - Liew Chin Tong,P49 - Tanjong - Chow Kon Yeow
P50 - Jelutong - Ooi Chuan Aun,P51 - Bukit Gelugor - Karpal Singh Ram Singh,P60 - Taiping - Nga Kor Ming,P64 - Ipoh Timor - Lim Kit Siang,P65 - Ipoh Barat - M. Kulasegaran V. Murugeson,P66 - Batu Gajah - Fong Po Kuan,P68 - Beruas - Ngeh Koo Ham
P76 - Teluk Intan - M. Manogaran,P102 - Serdang - Teo Nie Ching,P103 - Puchong - Gobind Singh Deo,P106 - PJ Utara - Tony Pua Kiam Wee,P110 - Klang - Charles Anthony Santiago,P114 - Kepong - Tan Seng Giaw,P117 - Segambut - Lim Lip Eng,P120 - Bukit Bintang - Fong Kui Lun,P122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim,P123 - Cheras - Tan Kok Wai,P128 - Seremban - John Fernandez,P130 - Rasah - Loke Siew Fook,P138 - Kota Melaka - Sim Tong Him,P145 - Bakri - Er Teck Hwa,P172 - Kota Kinabalu - Hiew King Chew,P195 - Bandar Kuching - Chong Chieng Jen

Wednesday, October 14, 2009

CHIN PENG : Bury me in Sitiawan!

SALAM,... :)



Setelah berpuluh tahun dahulu mengakibatkan pembunuhan ke atas ramai penduduk Melayu di kampung-kampung serta sekitar bandar-bandar kecil,..kini penjenayah serta pengkhianat Malaya membuat pengakuan yang dia ingin mati dan ditanam di Setiawan, Perak, disebelah kubur bapa dan datuknya. Seperti biasa media dan portal-portal pembangkang memperluaskan isu ini untuk menimbulkan serta membangkitkan sentiment perkauman di Negara kita.

Tidak dapat dinafikan walau sebesar zarah sekalipun, “CHIN PENG @ ONG BOON HUA MERUPAKAN KETUA KOMUNIS DAN MENGAKIBATKAN RAMAI NYAWA MELAYU MELAYANG”..!!! hari ini Chin peng mengatakan satu-satunya jalan untuk membuatkan ia kembali dan menetap di Malaya adalah apabila Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Ini adalah kerana Anwar telah membuat pengakuan dan bersedia menerima Chin Peng di dalam Malaysia dan dia juga turut mempertikai tentang mengapa karajaan Malaysia sejak dari zaman Tun Mahathir tidak membenarkan kepulangan Chin Peng…lihatlah muslihat Anwar si pengkhianat ini!

Dari segi pengamatan melalui kata-kata Chin Peng,…

“If I’m Malay, it would be very much easier for me... Unfortunately, I’m not Malay,” he said.
“Umno’s policy is very much influenced by ‘racialist’ sentiments,” he added.

Ternyata bekas Ketua Parti Komunis Malaya ini masih ada perasaan benci yang keterlaluan terhadap Melayu dan ketuanan Melayu di Malaysia…dan dengan atas dasar itulah dia melebelkan UMNO sebagai racist dan mahukan Pakatan Rakyat yang ditunjangi DAP (berfahaman komunis) mengambilalih tampuk pemerintahan di Negara kita.

Cuba anda fikirkan,…adakah kepulangan Chin Peng hanya akan berhenti setakat ia menetap dan mampus di Setiawan sahaja??...ternyata anda silap jika mengatakan YA…di saat landskap politik pembangkang yang mana DAP memainkan peranan terpenting, percayalah Chin Peng dan sekutunya termasuk Singapore tidak akan pernah berdiam.

Kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya Melayu menentang kembalinya Chin Ping atau mayatnya di sini bukan atas dasar suka-suka,…namun atas dasar satu perasaan yang amat memilukan apabila ribuan bangsa Melayu serta keturunan kita sebelum ini dibunuh dgn kejam oleh Parti Komunis Malaya yang diketuai CHIN PENG itu sendiri!

Berapa ramai tentera yang telah terkorban??? Berapa ramai polis yang telah terkorban??? Berapa ramai rakyat Melayu terkorban???...adakah anda ketahui wahai penyokong Pakatan Rakyat?

FAHAMI SEJARAH!...

Sunday, October 11, 2009

1REFERENDUM Buat P.R!

SALAM,...:)

(UMNO - Dulu.Kini.Selamanya)

Kemenangan BN dengan majoriti yang amat besar membuktikan ianya adalah satu referendum rakyat ke atas Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan PKR!! Keputusan PRK ini telah menunjukkan kembalinya sokongan padu masyarakat Melayu dan India ke atas kepimpinan Barisan Nasional. PAS telah kalah teruk untuk kesemua saluran peti undi di DUN Bagan Pinang, dan ketiga-tiga saluran peti undi yang majoritinya adalah masyarakat India telah dimenangi oleh Barisan Nasional!

Istilah calon ‘recycle’ dan perasuah ke atas Tan Sri Isa Samad tidak membuatkan kelunturan kepercayaan rakyat Bagan Pinang. Sebenarnya dakwaan yg mengatakan Tan Sri Isa perasuah adalah boleh dianggap suatu perkara yang amat kecil. Sepanjang 22 tahun beliau menjadi MB Negeri Sembilan, hanya itu sahaja iaitu rekod politik wang semasa pemilihan parti. Jika mahu dibandingkan dengan pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang yang baru memerintah setahun lebih ini, ternyata mereka ini lebih perasuah dan penyeleweng daripada Tan Sri Isa.

Provokasi dan setiap tindak tanduk ganas penyokong PAS dan PKR membuatkan rakyat Bagan Pinang menolak sehabis-habisnya ke atas pakatan ini,…sehinggakan BN menang dengan majoriti yang amat tinggi!.Majoriti yang dimiliki BN adalah yang tertinggi setakat ini selepas Permatang Pauh dalam siri PRK pada tahun 2008 dan 2009. Ini merupakan bukti rakyat kembali bersama kepimpinan PM Najib Tun Razak dan Barisan Nasional.

Jika kita lihat trend pengundi di setiap Pilihanraya kecil, sokongan BN adalah semakin meningkat walaupun kalah!...lihat saja di Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai, Permatang Pasir dan Bagan Pinang itu sendiri.

Secara totalnya,…rakyat Malaysia kini semakin menerima konsep 1Malaysia yang mana mendahulukan pencapaian dan rakyat untuk setiap agenda. Kita lihat ini adalah satu titik perubahan kepada BN dan bermulanya satu titik hitam yang juga boleh dikatakan sebagai “Tsunami Politik Pakatan Rakyat” @ “Referendum kepada Kepimpinan Pakatan Rakyat”

TERIMA KASIH RAKYAT BAGAN PINANG DAN SELURUH JENTERA,AHLI BARISAN NASIONAL!!!

ISA Wins!!!!..Kekalahan Besar Buat PAS!!!

SALAM,... :)




B/PINANG - Isa wins more than 5000 majority - low votes for PAS!

B/PINANG - Unofficial result: Barisan's Tan Sri Mohd Isa Samad wins with 7,821 votes and PAS's Zulkefly gets 2,480.

B/PINANG - A PAS official expects defeat in all 19 streams. PAS won 5 last year.(2 minutes ago)- 7.25 p.m

B/PINANG - BN looks set to win all three Indian dominated polling districts it lost in 2008.(4 minutes ago)

B/PINANG - Official results so far shows BN: 4,377; PAS: 941 out of 6 of 19 boxes counted. Majority is 3,436.(6 minutes ago)

B/PINANG - Official results postal votes are BN: 3,521, PAS: 601. In Election 2008 it was BN: 3080, PAS: 1,189.(17 minutes ago)

B/PINANG - Unofficial: Umno has increased its share of postal votes. There are 4,604 postal voters.(25 minutes ago)

B/PINANG - Unofficial results from Umno's polling agents show BN is leading by about 4,000 votes.(26 minutes ago)

RAYUAN KAMI dari 1Malaysia…

SALAM,...Rakan2 seperjuangan, :)



Hari ini adalah hari mengundi di pilihanraya kecil Bagan Pinang di mana kita akan melihat UMNO vs PAS sekali lagi dalam sejarah negara. Sejarah negara di mana bangsa Melayu di pecah belahkan hanya kerana keuntungan politik dan bukan keuntungan Agama Bangsa dan Negara. PAS menyatakan kalau undi untuk mereka, pengundi itu akan masuk syurga. Di mana mereka belajar ini, mungkin mereka lebih seronok nampak bangsa sendiri mati di tangan kafir daripada menyatu untuk perpaduan bangsa sendiri.

Saya sendiri telah melihat keadaan di Bagan Pinang, di mana pembangkang sekarang berada dlm keadaan kritikal, dan sanggup buat apa saja utk meraihkan kemenangan, dan adakah mereka sanggup memanggil penyokong provokasi mereka dari seluruh negara, untuk datang ke Bagan Pinang, untuk apa ? Siapa penyokong provokasi mereka ? Untuk lawan saudara dia sendiri, bangsa dia sendiri, untuk apa ? Untuk masuk syurga PAS. Ia, di dunia ini ada syurga untuk umat Islam, dan ada syurga untuk ahli PAS, ia berlainan ?Perlawanan demi perlawanan di antara UMNO dan PAS di pilihanraya kecil di seluruh negara telah menyaksikan perpecahan diantara bangsa Melayu yang tidak dapat dibayangi.

Penyokong pembangkang amat gembira dengan keadaan ini ? Yang tinggal sekarang hanya kuasa, bila itu pun dah tak ada, yang tinggal hanya syurga PAS ?Saya tidak boleh paksa anda keluar mengundi, saya tidak boleh paksa anda pangkah UMNO, tetapi Insyallah anda sedar bahawa UMNO boleh berubah di bawah kepimpinan YAB PM Najib Tun Razak. Bersatu lah Bangsa Melayu.......

Petugas PAS Hina Orang Kampung!!

SALAM,... :)

(Gerakan Muslimat PAS yang PENIPU + MUNAFIK)

Petang tadi ketika kami menyusuri pinggir-pinggir pekan Bagan Pinang dan sekitar Pusat Markas Utama PAS,…petugas-petugas Pakatan Rakyat sibuk menyediakan persiapan untuk ceramah umum mereka. Dengar kata sepatutnya Anwar Ibrahim hadir semalam untuk menunaikan sumpah laknat, tapi mungkin atas sebab teknikal atau apa sahaja alas an yang membuatkan Pengkhianat Bangsa itu tidak hadir,…mungkin Azmin, Sukma, Azizan atau Wan Azizah tau mengapa ketidakhadirannya!...:) tetapi pada sebelah malamnya beliau hadir berucap untuk jumlah pendengar dari rakyat tempatan yg hanya sekitar 200orang.

Tapi apa yang menariknya,…kami mendengar ‘khabar’ dari orang tempatan iaitu di Bagan Pinang sendiri mengatakan petugas-petugas Pakatan Rakyat yang masuk ke kampung-kampung serta estet-estet berkempen dengan cara yang tidak professional berbanding Petugas BN. Kata mereka,…petugas P.R seolah-olah cuba menghina masyarakat kampung dengan mengatakan, “Sudahlah duduk di kampung dan makcik dan pakcik tidak tahu apa yang berlaku, komputer takda,internet pun takda,…jadi undilah PAS nanti”. Antara lain petugas DAP juga dikatakan memilih bulu ketika melakukan kempen kerana kampung-kampung Melayu tidak dimasuk langsung oleh mereka. Sedangkan nama parti mereka berasaskan Demokrasi!!

Terbaru,…Muslimat PAS diketahui telah menipu orang tempatan dgn mengatakan Pilihanraya ditunda ke 13 Oktober 2009!!..Haram jadah betul,…pakai shj tudung labuh tapi amalkan amalan syaitan. Mohon Allah turunkan pengajaran pada mereka. AMIN.

Setakat ini,…penyertaan dan perpaduan antara jentera UMNO, MIC dan MCA dilihat baik. BN juga dibantu dgn NGO-NGO dan komponen-komponen lain seperti PPP. Misi utama untuk dicapai dalam menjelang Pilihanraya beberapa jam saja lagi ini,…Undi kaum Melayu dan India perlu dimenangi secara besar-besaran. Satu isyarat jelas dan signal yang kita nampak,..boleh dikatakan kehadiran masyarakat India ke ceramah-ceramah PAS adalah hampir tiada!

>>>> KEPADA JENTERA BARISAN NASIONAL : teruskan usaha kita untuk memenangi hati rakyat Bagan Pinang!!!..jangan leka.

TERUSKAN SOKONGAN MAJORITI RAKYAT MALAYSIA,… Undilah Barisan Nasional

Saturday, October 10, 2009

MAHUKAH BAGAN PINANG bersama Pengkhianat Islam??

SALAM,... :)

(Apakah sebenarnya perjuangan PAS???)



Disana sini para pengkhianat sedang melenting bak cacing kepanasan.Mereka tuduh Utusan memainkan sentimen perkauman.Mereka seru supaya memboikot Utusan.Ada yang kata Utusan menjadi lidah UMNO dan UMNO tidak akan faham maksud perkauman "for a million years".

Pernah satu masa dahulu kita dengar kisah orang PAS berpolitik sehingga anak menghalau ibu dan bapa, keluarga bermasam muka sehingga berpecah-belah, suami-isteri bercerai-berai, jiran tidak bertegur sapa, sembahyang dua imam, sembelihan tidak boleh dimakan kerana dikatakan haram, khenduri diboikot dan jenazah tidak disempurnakan.

Parti PAS ketika itu menghukum UMNO kafir dan segala yang bersangkutan UMNO adalah haram. PAS mengata macam-macam dan mencipta berbagai fatwa untuk menyatakan dialah sahaja Islam dan dia lah wakil Islam diTanah Melayu ini. Akibatnya orang melayu yang beragama Islam berpecah-belah.

Kini PAS berpakat dengan parti-parti bukan Islam dibawah bimbingan dan pimpinan seorang manusia yang dahulunya daripada puak UMNO yang dicemburui oleh PAS. Manusia yang dulunya dibenci sehinggakan apabila dia keluar dikaca TV, orang PAS akan menutup TV kerana benci. Haram melihat dan mendengarnya.

Kalau dulu UMNO dikatakan fasik kerana bermuafakat dengan parti bukan Islam,kini tidak berani berkata demikian kerana cara UMNO yang sama kini ditiru oleh PAS walaupun tidak sebijak UMNO didalam urusan tersebut.

Islam memandang penting kepada perpaduan. Didalam Islam ada adab bersaudara, ada adab berjiran,bermasyarakat dan bernegara.Orang melayu adalah orang Islam dan menjadi tuntutan Islam untuk orang melayu mengelakkan perpecahan sesama sendiri.

Jadi apa salahnya seruan Utusan kepada orang melayu untuk bangkit dari kelekaan dan kerakusan berpolitik untuk berfikir sejenak dan menjuruskan kepada tuntutan agamanya iaitu bersatu-padu sesama melayu demi orang melayu demi agamanya Islam?


Mereka ini sehinggakan menyeru untuk memboikot Utusan hanya kerana Utusan menjalankan peranannya untuk perjuangan orang melayu,orang Islam.Dahulu pernah akhbar seperti Utusan ini lah yang membangkitkan semangat dan menyeru orang melayu supaya bangkit menentang penjajahan. Mereka ini ada peranan, cuma kita yang perlu faham dan mempunyai iltizam untuk sedia ditegur dan bangkit bertindak. Jangan sombong dan bongkak apa lagi bodoh apabila tersesat tidak mahu disukat.


Pengkhianat dan pendusta Islam ini semua adalah golongan munafik yang bersifat hipokrat dan penipu kerana ingin mencapai matlamat mereka walau dengan apa cara sekalipun waimah, menggadai bangsa dan meliwat agama! Maka tidak hairanlah PAS dislogankan sebagai PAS for All...parti yg tidak bertunjangkan lagi tentang perjuangan Islam.


>>>>>
Kami majoriti rakyat Malaysia merayu supaya rakyat Bagan Pinang tidak kira apa bangsa,...Melayu, India, Cina dan Lain-Lain untuk terus mengundi calon BN esok. Sumbangan anda mampu menstabilkan kembali politik negara kita yang telah dirosakkan oleh Pakatan Rakyat.



TERUSKAN SOKONGAN MAJORITI RAKYAT MALAYSIA,
... Undilah Barisan Nasional

Friday, October 9, 2009

SMS Rayu Kehadiran PENYOKONG Berterusan!

SALAM,... :)

(penyokong PAS yang dikatakan mabuk)

Di sekitar Bagan Pinang hari ini, petugas-petugas PAS dan para blogger terus disebarkan dengan SMS yang dipercayai dibuat serta direka oleh Markas Utama PAS untuk PRK Bagan Pinang. Pengarah Pilihanraya PAS, Sallahudin Ayob boleh dipertanggungjawabkan ke atas SMS berbaur hasutan untuk melakukan jenayah dan provokasi ini.

SMS yang dicipta serta disebarkan adalah Pusat Jentera Pakatan Rakyat:

1. "9 org diserang smlm, seorg cedera parah ditetak d kepala. 200 org serang markaz induk. SERUAN JIHAD KPD SELURUH PEMUDA YG CINTAKAN JIHAD, MARI BSAMA KAMI"
2. Marilah kita berjihad menentang perosak agama dan bangsa dikalangan UMNO dan barisan nasional.
3. Kami merayu penyokong pakatan rakyat dari seluruh Negara bantu berkempen untuk pakatan rakyat di sini – sokongan semakin padu pada BN,… jadi mari sama2 kita rosakkannya!!!
4. Calon recycle BN perlu dikalahkan!!! Mahukah anda?

Selari dengan apa yang dikhabarkan media rasmi PAS semalam, Harakah Daily kononnya seorang Petugas PAS diserang oleh beberapa orang pemuda yang memakai T-shirt bertulis Barisan Nasional….tapi kami para blogger bersama permerhati politik tanah air yang 24jam berkampung di setiap Pusat Jentera BN dan berada di sekitar Pusat Jentera PAS tidak nampak satu pun insiden yang disebarkan pembangkang itu! Kami tertanya-tanya darimanakah cerita ini datang jika bukan dari orang-orang kuat dan pemimpin Pakatan Rakyat itu sendiri!

Kami YAKIN 100% penyebaran SMS ini adalah demi menarik penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dari sekitar Kuala Lumpur, Melaka dan Selangor untuk turun meramaikan ceramah-ceramah dan kempen PAS. Ini kerana seperti yg sedia maklum, rakyat di Bagan Pinang memprotes serta tidak hadir ke ceramah-ceramah mereka dalam tempoh berkempen minggu ini. Rata-rata kempen mereka melalui ceramah hanya dihadiri kira-kira 200 orang setiap malam dan majoriti dari jumlah itu adalah drpd para petugas mereka sendiri.

>>>> Rakyat Bagan Pinang mampu membuat penilaian mereka sendiri, kerana kami tahu yg mereka tahu apa yang berlaku sebenarnya!... sememangnya ‘Pakatan Rakyat tertubuh diatas asas sandiwara yang hebat’.

TERUSKAN SOKONGAN MAJORITI RAKYAT MALAYSIA,Undilah Barisan Nasional

PEMINAT Ziana Zain Berang Pada P.R!!!

SALAM,... :)



Ramai peminat-peminat penyanyi popular Ziana Zain kecewa dengan tuduhan serta fitnah tidak berasas yang dilemparkan ke atas penyayi kesayangan ramai itu. Mana taknya,..Ziana dituduh ditangkap khalwat bersama PM Najib Tun Razak di sebuah Hotel di P.D. Isu fitnah yang disebarkan oleh portal-portal dan blog-blog Pakatan Rakyat itu sebenarnya menggambarkan mereka selesa mengamalkan politik kotor!

Di sini, blogger SD-Malaysia menemuramah beberapa orang penduduk di sekitar pekan Bagan Pinang berkenaan tuduhan Pakatan Rakyat yang mana Ziana Zain ditangkap khalwat bersama PM Najib Tun Razak:

Kak Rahimah :
“ Sepanjang 26 tahun saya menetap di P.D, tidak pernah sekalipun saya terdengar isu mengaitkan PM kita bersama artis Ziana Zain…mengapa bila adanya pilihanraya di Bagan Pinang, baru fitnah ini saya dengar?...kami di sini kecewa dengan aksi-aksi tidak senonoh penyokong PAS dan PKR yang gemar menyebarkan fitnah!”

Faizal :
“Sedih bila kita dengar artis sebersih Ziana Zain dijadikan alat fitnah oleh media-media Pakatan Rakyat!..di manakah letaknya hati nurani mereka, Subahanallah…baru kita umat Islam habis tunaikan Ibadah puasa, mengapa perkara keji yang melibatkan fitnah ke atas perlakuan zina sering menjadi omongan serta pertuduhan tanpa asas oleh mereka?”

Anis Mariam :
“Sesuatu yang keji adalah bilamana parti-parti politik mula menaburkan fitnah tanpa asas demi memastikan sokongan memihak kepada mereka…Ziana Zain perlu buat kenyataan rasmi di media berkenaan tuduhan fitnah ini, kerana kami yakin fitnah ini adalah rekaan semata-mata demi menjatuhkan maruah PM kesayangan kita dan secara tidak langsung imej akak Ziana juga”

Kalsum Hawa :
“Adakah mereka begitu mulia untuk terus memfitnah dan memfitnah??...kami di sini teguh bersama Tan Sri Isa Samad. Kami tahu dia pernah ada salah laku, tapi dia sudah dihukum dan kini kembali ke pangkal jalan semula. Lagipula kalau mahu dibandingkan dgn Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin Selangor, Penang dan Kedah lebih banyak rekod korupsi yang dilakukan mereka sepanjang tahun ini.”

>>>> Marilah kita berdoa supaya dijauhkan daripada melakukan fitnah ke atas saudara sesama Islam. Islam bukan hanya pada nama atau kepartian,…tetapi ia adalah pengisian yang sempurna.

>>>> Umat Islam Malaysia,…jauhkanlah sifat keji memfitnah yang gemar dilakukan Pakatan Rakyat demi mengejar kuasa….kembalilah bersama ajaran agama Allah wahai penyokong Pakatan Rakyat.

TERUSKAN SOKONGAN MAJORITI RAKYAT MALAYSIA,… Undilah Barisan Nasional