Monday, August 31, 2009

‘Flip-Flop’ & Kebodohan Pakatan Rakyat

SALAM,... :)


(Sinar Harian)


1Malaysia gah dengan perhimpunan haram menentang akta ISA yang dianjur oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di K.L baru-baru ini!...tetapi nyatanya pemimpin mereka yang terdiri dari pengkhianat bangsa dan racist itu mudah lupa dan mengalami ‘flip-flop’ ketika mahu berbicara soal pentadbiran Negara terutamanya berkaitan isu semasa.

Kelmarin, ADUN Selangor dari PKR yang mana sebelum ini mempunyai tuduhan kes rasuah sebanyak RM320,000 telah menyatakan “kerajaan harus mengenakan tindakan ISA ke atas perusuh yang membawa kepala lembu di Shah Alam semasa demonstrasi membantah kuil Hindhu dibina di kawasan majoriti Islam itu”.

Amat lucu bila kita terdengar pemimpin Pakatan Rakyat masih mengharapkan bantuan dari kerajaan Persekutuan untuk membantu menyelesaikan masalah sensitiviti kaum yang dicipta oleh Pakatan Rakyat sendiri di Selangor,…tambahan pula mereka mengesyorkan tindakkan ISA dikenakan!

Apa maksudnya akan semua ini??? Baru tidak sampai sebulan mereka merusuh supaya akta yang kononnya zalim itu dimansuhkan,…kini meminta untuk dilaksanakan pula??? Apa punya tiada pendirian la sama pemimpin pembangkang!...cetek dalam merancang pentadbiran. Tidak hairanlah, pentadbiran di negeri Selangor kini disifatkan sebagai antara pentadbiran terlemah seiring dengan pentadbiran negeri Kedah,…kedua-dua negeri pimpinan P.R ini terjejas dek kerana adanya YB-YB bodoh ataupun bersifat ‘flip-flop’ seperti ini,…mereka jugalah punca negara kita akan berdepan dengan kemusnahan secara besar-besaran di masa hadapan jika P.R naik memerintah.

Boleh disimpulkan Pakatan Rakyat sebenarnya masih mengharapkan penggunaan akta ISA di Malaysia,…jadi tidak perlulah Kementerian Dalam Negeri sibuk-sibuk untuk mengkaji semula dasar-dasar akta tersebut!...kenyataan sokongan telah dibuat oleh mereka.

>>>> Menarik mengenai pakatan P.R (perompak rakyat),… mereka mencadangkan billboard bertemakan anti-ISA akan diletak di pintu utama masuk ke negeri-negeri pimpinan mereka…

>>>> Pemimpin Pakatan Rakyat pada saat ini boleh disifatkan sebagai penghasut yang mana memecah belahkan Melayu dan kaum-kaum lain di Negara kita. Sepanjang 50 tahun pentadbiran UMNO/BN tidak pernah kita lihat akan perpecahan antara kaum menjadi sebegini rumit macam hari ini,….Pakatan Rakyat @ Pakatan Haram inilah puncanya! Pengkhianat Bangsa!


‘Pengorbanan Jangan Dilupa, Khianat Janji Hilang Jasa’….
+ Mohon Rakyat Melayu tidak kira penyokong BN atau Pakatan Rakyat tonton filem Hati Malaya (Pengarah : Shuhaimi BaBa)

Friday, August 28, 2009

BN TETAP KEKAL,…hanya perlu bertambah!

SALAM,... :)



Posting sebelum ini yang bertajuk “KEPERLUAN UMNO Untuk terus Kekal” dikatakan oleh penyokong pambangkang bahawa blog ini sudah beralih-arah dan tidak lagi sealiran dgn UMNO,…itu ternyata salah! Kami sebenarnya ingin menyedarkan ahli-ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin Cawangan dan Bahagian di seluruh Negara supaya lebih giat mengaktifkan sumbangan…

Berkenaan isu pemecatan Chua Soi Lek, mungkin ada rasionalnya yang tersendiri mengapa Presiden MCA mengambil tindakkan tegas begitu!,…tapi apa yang menarik untuk saya bicarakan adalah keadaan parti-parti komponen BN yang dilihat memerlukan satu momentum dan perubahan baru dalam meraih undi dari rakyat berbilang kaum.

Berdasarkan rekod PRK Permatang Pasir, undi Melayu pada UMNO dilihat meningkat manakala undi bukan Melayu pada BN dilihat tidak berubah seperti mana pada PRU 12 tahun lepas. Perubahan positif oleh Melayu ini bukan hanya berlaku di Permatang Pasir, malahan di Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai dan Penanti. Faktor calon bukan menjadi persoalan buat pengundi bukan Melayu, tetapi faktor parti dan dasar politik sesebuah pakatan amat dititikberatkan oleh mereka. Secara logiknya, apa yang mampu kita fikirkan mengapa orang Cina sanggup undi PAS di kebanyakkan tempat???

Motif mereka cuma satu, PAS berada di dalam Pakatan Rakyat yang mana hala tuju Pakatan Rakyat adalah turut ditentukan parti Dominan Cina iaitu Dap!,…pada masa yang sama PKR juga di Pulau Pinang terkenal dengan pemimpin-pemimpin pelbagai kaum mereka yang mana sering menabur janji akan dasar keterbukaan dalam pentadbiran negeri mahupun Negara. Pakatan Rakyat sebenarnya dilihat tidak lebih dari cuma mengaburi rakyat akan perjuangan mereka yang kononnya memegang prinsip demokrasi dan keterbukaan antara semua kaum. Tetapi untuk kesedaran anda,…pernahkah mana-mana isu berkaitan Melayu,… DAP perjuangkan???

Jadi, adalah menjadi satu keperluan untuk UMNO merangsang perubahan yang seharusnya berlaku ke atas parti-parti komponen lain terutamanya seperti MCA dan MIC!..kedua-dua parti ini disifatkan amat penting dalam misi memenangkan BN untuk setiap pilihanraya di Negara ini. Kekuatan sebenar BN untuk kawasan majmuk adalah dengan gabungan ketiga-tiga parti dominan ini,…bukan hanya bergantung harap pada UMNO sahaja.

Adalah sesuatu yang baik apabila BN berjaya mengekalkan undi rakyat ke atasnya di Permatang Pasir walaupun kawasan itu dikira ‘hardcore’ kerana berada di bawah Parlimen Permatang Pauh…mereka hanya perlu cari daya tarikan untuk pengundi bukan Melayu…., sebaliknya, walaupun PAS dan Pakatan Rakyat meraikan setiap kemenangan PRK, namun mereka harus sedar majoriti dan sokongan ke atas mereka semakin hari semakin merudum,…terutamanya dari majoriti rakyat yang berbangsa Melayu.

Thursday, August 27, 2009

PKR Bukit Antarabangsa Lumpuh,..

SALAM,... :)



Berita ini diperoleh dari akhbar Sinar harian yang mana menyatakan seramai kira-kira 100 ahli PKR telah keluar dari parti dan menyertai UMNO!...

Antara ulasan mereka,...

"Pemimpin seprti Anwar Ibrahim ini akan sanggup berjuang apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri sekalipun terpaksa menggadai hak-hak kaum Melayu".

" Konsep 1Malaysia amat mudah difahami dan rakyat perlu praktikkannya untuk memastikan semangat perpaduan terus di tahap utuh,...bukan seperti Pakatan Rakyat yang kerap memainkan isu sentimen Islam dan bangsa Melayu!".

"Sokongan kepada PKR ini dilihat berkurang terutamanya kawasan berhampiran kami iaitu sekitar Ampang, Bukit Antarabangsa, Setiawangsa dan Ulu Kelang"...

>>>> Pastikan lebih ramai Melayu tinggalkan Pakatan Rakyat!,...rakyat Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai, Penanti dan Permatang Pasir telah buktikannya!...anda bila lagi???

Wednesday, August 26, 2009

KEPERLUAN UMNO Untuk Terus Kekal...

SALAM,…




Berkenaan Pilihanraya Kecil Permatang Pasir telah pun umum ketahui,…kini soal pengenalpastian punca kekalahan BN harus diperjelaskan sejelasnya jelasnya kepada rakyat dan penyokong parti tersebut yang mana telah menyumbang tenaga secara langsung mahupun tidak langsung!

Kami sedar, kubu terkuat Pakatan Rakyat ini ataupun kubu terkuat Anwar Ibrahim ini memang sukar untuk ditembusi UMNO dan Barisan Nasional!,…tetapi bila membicarakan soal majoriti yang diraih calon PAS, ia adalah sangat tidak munasabah dan ia memperlihatkan seolah-olah kebangkitan serta transformasi baru UMNO tidak menjadi!,…bukan ini yang diharapkan oleh pimpinan Najib dan juga penyokong parti Barisan Nasional.

Ada suara mengatakan,…Keseluruhan kakitangan UMNO Bahagian Permatang Pauh patut meletakkan jawatan dan menggantikan dengan wakil-wakil yang lebih mesra pengundi dan mesra rakyat!,..bukan hanya bertemu rakyat ketika pilihanraya tiba sahaja….rakyat juga berkata wakil-wakil UMNO di sekitar permatang Pasir ini jauh berbeza dengan cara pendekatan yang dilakukan ADUN Seberang Jaya iaitu dari BN, Dato’ Arif shah Omar Shah. DUN Seberang Jaya diakui lebih mesra dan wakil rakyatnya kerap bertemu rakyat!, Bukankah ini contoh terbaik dan terdekat???

Wakil-wakil UMNO ini sebenarnya boleh melaksanakan agenda yang berterusan tanpa mengira ia kawasan pembangkang atau tidak!,..mengapa di Selangor pimpinan serta wakil-wakil rakyat dari Barisan Nasional Berjaya menggoncang kepimpinan Khalid Ibrahim???...Di situ sebenarnya aktivis-aktivis dan wakil UMNO dan Barisan Nasional boleh pelajari sesuatu untuk dipraktikkan di Pulau Pinang, Kedah, dan Kelantan!

Secara peribadinya,…berdasarkan pengalaman berkempen sepanjang minggu lepas dan keberadaan kami di Permatang Pasir,…jentera kempen UMNO boleh dikatakan bagus dan strateginya teratur,..mungkin cuma ada sebahagian kecacatan,…namun jika kita perhatikan jentera kempen dari parti komponen BN lain, ternyata menampakkan kelemahan yang amat sangat!...boleh dikatakan MCA dan Gerakan tidak menyumbang langsung!...cuba bayangkan BN hanya meraih undi kaum Cina sekitar 200 undi sahaja!..

Kenyataan Zahid Hamidi mungkin boleh disanggah yang mana beliau mengatakan kesemua jentera kempen dari parti komponen amat memuaskan!,…buat apa cuba kaburi rakyat dan media??? Kita bercakap tentang soal ketelusan yang mana ketelusan ini mampu untuk merubah landskap dan cara berpolitik UMNO/BN di masa hadapan!...



>>>> Ini bukan masa untuk pemimpin-pemimpin parti Barisan Nasional Cuma menyatakan ‘punca kekalahan akan dikenalpasti’ atau ‘kekalahan ini berpunca dari masalah kesedaran rakyat atau masalah calon itu sendiri’…Tetapi ia masa untuk BERTINDAK DAN MELAKSANAKAN!!!

>>>> Kami juga mencadangkan pimpinan Najib Tun Razak menimbangkan semula kepimpinan-kepimpinan Cawangan dan Bahagian di seluruh Negara supaya digantikan dengan wakil-wakil muda yang lebih berpengetahuan, terpelajar dan bersih!,….bukan meletakkan kepimpinan veteran yang mana mungkin kebanyakkannya sudah dibenci rakyat dek kerana rekod buruk terdahulu mereka!!!

>>>> Walaupun tindakkan drastik mungkin ‘kurang popular’ dikalangan penjawat-penjawat di Bahagian dan Cawangan UMNO/BN ini,..perlaksanaan harus dilakukan juga demi mempertahankan parti pembela bangsa Melayu ini!

>>>> Sumbangan & Semangat Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya dibanggakan dan dicontohi keseluruhan jentera BN!!!...

Tuesday, August 25, 2009

It's Not The End of The World...for BN

SALAM,... :)



Kekalahan Barisan Nasional sebenarnya amat dirasai dan dikesali oleh sebilangan besar penyokong parti itu,...bukan kerana kecewa ke atas partinya,..namun kecewa ke atas rakyat jelata yang masih tidak sedar akan apa itu PAS dan Pakatan Rakyat!

Nyata senyata-nyatanya yang PAS dan Pakatan Rakyat terpesong dari landasan politik sebenar,..mereka cuma bergabung untuk meraih populariti rakyat dan menagih simpati rakyat,...dan ternyata simpati diberikan oleh rakyat kepada mereka.

Kekalahan kali ini sememangnya tidak akan memadamkan semangat kami (blogger-blogger) dan juga selaku ahli Barisan Nasional dalam menentang perjuangan dasar politik kotor Pakatan Rakyat! Kami sedar untuk memenangi kerusi daripada Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti,Manek Urai dan Permatang Pasir adalah bukan mudah kerana semua ini kubu kuat Pakatan Rakyat!,...namun kami sentiasa akan mencuba dan gigih berusaha dari sehari ke sehari untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kami jua suatu hari nanti...

Namun untuk satu rekod positif,...sejak daripada pilihanraya kecil Bukit Gantang sehinggalah ke Permatang Pasir,..trend pengundian bangsa Melayu telah berpihak kepada UMNO/Barisan Nasional!...inilah yang kita mahukan, Melayu bersatu di bawah UMNO...dan ternyata mereka sedar PKR dan PAS tidak mampu menjamin hak-hak bangsa tersebut..

>>>> Kami sedia untuk terus mendedahkan kepincangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dilakukan mereka di seluruh negara buat tatapan rakyat!!!

KEPADA PENGUNDI : Lakukan Perubahan Demi Jihad Menetang DAP & Sekutunya

SALAM,... :)



Esok merupakan hari untuk rakyat serta pengundi berdaftar di Permatang Pasir menentukan siapa yang akan menggantikan YB Hamdan dari PAS yang telah meninggal dunia.


Segala macam tomahan, fitnah dan makian dilemparkan ke atas calon BN yang mana akhirnya tiada satu pun bukti yang dikemukan oleh PAS untuk membuktikan tomahan itu,..sedangkan rakan kongsi Rohaizad sendiri iaitu Yusri Ishak menyatakan Rohaizad adalah calon terbaik dan baik hati dari segi pandangan peribadinya,...rakyat Permatang Pasir mampu membuat pilihan terbaik berdasarkan performance kedua-dua parti sepanjang minggu berkempen ini.

Setelah hampir 4 penggal diberi kepercayaan oleh rakyat kepada PAS,...dan penggal ini pula P.Pinang diperintah oleh Pakatan Rakyat,..tambah lagi Ahli Parlimennya adalah Anwar Ibrahim,...apa kebajikan yang anda peroleh??,..apa pembangunan yang anda peroleh??? mahu kata kerajaan negeri tiada dana???,..anda harus fikirkan sedalam-dalamnya...
Kekalkan momentum perubahan pengundi Manek Urai tempoh hari,...

Calon BN dilihat lebih realistik dalam memberi segala janji kepada penduduk Permatang Pasir,…manakala calon PAS boleh dikatakan gagal membina kenyakinan rakyat keatasnya kerana hampir secara keseluruhannya visi perjuangan calon dan partinya kurang jelas untuk ditafsirkan pengundi.

Kesimpulannya hanya satu,…rakyat Permatang Pasir perlu membuat satu perhitungan terbaik yang mana membolehkan BN diberi peluang kedua untuk berada di negeri pembangkang tersebut,…jihadlah dengan melakukan perubahan ke atas YB anda yang sebelum ini yang mana secara terang-terangan bersekongkol dgn kafir DAP.

Ambil kesempatan ini dengan,…

Singkir PAS bermakna Singkirkan DAP!!!

>>>> Tetapkan Pendirian anda serta Tekadkan Pilihan,…Undilah Calon Barisan Nasional, Rohaizad Othman!

>>>> Kami doakan kemenangan calon BN,..Amin Ya ALLAH,

Sunday, August 23, 2009

MENGENAI CALON BN : Apa Rakyat Permatang Pasir Perlu Tahu?

SALAM,... :)



Bekenaan Calon BN, Rohaizad dan mengapa rakyat Permatang Pasir harus mengangkatnya menjadi ADUN N11 Permatang Pasir:

- Yang Jelas Rohaizat layak bertanding!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah di dakwa di mana-mana Mahkamah atas dakwaan mereka!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah di liwat!

- Yang Jelas Rohaizat tidak ada kes Meliwat!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah bergambar bogel semasa tidur dan berbaring!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah ditangkap basah dengan Norma di Kota Bharu!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah berperang dengan SPRM untuk menutup kesalahannya!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah mengikari arahan polis hingga di sembur dengan pemedih mata dan water canon!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah menyeru secara sesat mengajak orang ramai berkawan dengan setan dan iblis!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah berkata yang tuhan mencarut!

- Yang Jelas Rohaizat bukannya pelacur murahan politik yang sanggup menggadai agama demi serakah politik yang sempit!

- Yang Jelas Rohaizat bukannya Melayu yang lupa diri dan kurang ajar dengan merelakan ISA dan DEB dihapuskan!

- Yang Jelas Rohaizat bukannya penyeleweng kuasa dan duit rakyat yang mahu menggunakan duit zakat untuk pembangunan kuil, arak dan judi!

- Yang Jelas Rohaizat bukan pengkhianat Bangsa, Agama dan Negara!

- Yang Jelas dan Pasti Rohaizat ialah anak Melayu yang Faham, Sedar dan Insaf akan keperluan dan kehendak Bangsanya yang masih perlukan pembelaan, Yang sedar bahawa dengan tertegaknya kuasa Bangsanya di Watan tercinta ini maka akan tertegak lah Agama Islam yang Bangsa nya Anuti, Kesedaran ini lah yang diperlukan oleh Negara! Bagi Negara Rohaizat ialah PANGLIMA!!!

calon PAS?

>>>> ADUN PKR DUN LUNAS di Kedah umum keluar dari parti. Beliau juga merupakan seorang EXCO Pelancongan di negeri Pimpinan Ustaz Azizan itu. Selain itu, beberapa Bahagian PKR turut dibubarkan kerana sudah tidak percaya akan perjuangan Parti Keadilan Rakyat.

>>>> BUKTI RAKAN ROHAIZAD YANG BERURUSAN DGN KOPERASI GETAH,...siapa yang paksa rakan kongsi Rohaizad untuk menipu pada rakyat Permatang Pasir???

(http://www.theunspinners.blogspot.com/2009/08/unspin-dokumen-yusri-terlibat-dengan.html)

>>>> Berdasarkan sumber dalaman PAS,...MB Kedah telah menyumbangkan duit untuk kempen di Pilihanraya Kecil Permatang Pasir,..jika betul, rakyat Kedah harus bangkit menentang 'pencabulan dana negeri' ini!!!

>>>> Doakan kemenangan calon BN di Permatang Pasir,...AMIN Ya ALLAH!

Saturday, August 22, 2009

PENGAKUAN Rakyat Permatang Pasir !

SALAM,… :)


(kereta mewahnya jadi bahan tatapan rakyat)

Pendedahan berkaitan peribadi calon PAS yang tersebar meluas di Internet mengenai penyelewengan duit yang dilakukannya menjadikan popularitinya menurun secara mendadak.

Blogger yg menemui penduduk sekitar permatang pasir member respons yang agak kecewa dengan parti penyandang DUN tersebut, iaitu PAS!
Di sini ada ulasan daripada penduduk yang mana blogger sendiri Tanya pada mereka,

Jasman hasim, “Jika benar tuduhan serta penyelewengan yg dikatakan oleh internet ini, mengapa calon PAS tak memberi sebarang respons?,..dia juga tak membuat sidang khas berkenaan isu ini, adakah kerana dia takut berhadapan dengan rakyat?.”. sepanjang 15 tahun kami menetap di sini, PAS sememangnya ‘layu’ di Pulau Pinang, UMNO lebih byk perjuangkan kepentingan org kampung.

Ranjitha, “ bangsa India memang tidak ramai di sini, tapi calon BN dilihat lebih realistik terutama masa bertemu pengundi termasuk penduduk India,..sedangkan calon PAS lebih utamakan kaum Cina, ini adalah kurang adil kerana kami juga yang bertanggungjawab memenangkan calon PAS Hamdan sebelum ini!”..katanya ketika ditanya di pekan Permatang Pauh.

Rahimah Isa, “calon PAS mungkin boleh dikira bersenang hati dgn segala macam kontroversi yang melanda calon BN,tapi beliau sebenarnya boleh dianggap pengecut kerana hanya bergantung harap dgn isu peribadi orang lain sedangkan kami tidak tahu apa yg PAS mampu lakukan di Pulau Pinang”,…Rahimah juga berkata, “sedangkan 4 penggal yg YB Hamdan pegang pun langsung tiada apa perubahan, lagi pula Permatang Pasir berada di bawah Parlimen Anwar, mengapa kami ditinggalkan dalam segala macam bentuk kepentingan?”.

Lee Foo Kit, “orang Cina mungkin banyak suka pada calon PAS kerana dia satu geng dengan DAP,..tapi kalau PAS menang pun, apa yang Salleh boleh bagi pada kami di sini?,..YB sebelum ini pun tak buat apa-apa pada rakyat Cina di Permatang Pasir. Bantuan bisnes pun tiada, tapi dulu janji nak bagi.”…tambahnya, “kami lebih suka jika BN menang karana kami mungkin boleh tengok bila BN ambil tempat pembangkang,apa depa boleh buat”.

Johari Manan, “memang tak boleh sangkal, ini kubu kuat PAS, kami di sini memang sudah lama ingin lihat YB PAS ubah tempat kami tapi tak ada apa yang kami dapat selama dekat 20 tahun ni. Jadi kali ini, saya rasa sudah ramai mahu berubah ke BN,..bukan sebab calon BN, tapi sebab parti mereka yg kami lihat sudah ada sikit perubahan positif,…kerana bagi kami kalau BN menang pun bukannya kerajaan negeri nak berubah”.

>>>> fikirkanlah penduduk Permatang Pasir!!!

>>>>> KAMI DOAKAN KEMENANGAN CALON BN,...AMIN YA ALLAH!

Friday, August 21, 2009

GEMPAR : Calon PAS Alami Krisis Keyakinan Keterlaluan & TIDAK MESRA RAKYAT !

SALAM,... :)

Ini antara respons baru yang diterima dari kebanyakkan penduduk di sekitar DUN Permatang Pasir,…orang-orang kampung telah memperkatakan yang Salleh Man mengalami krisis keyakinan yang terlalu ketara yang mana sehinggakan ketar dan tidak berani untuk memberi ‘public speech’ di khalayak ramai,…

Beliau juga gagap dan terpaksa berpandukan skrip ketika berucap di hadapan para penyokong! Itu baru penyokong sendiri,…belum berhadapan dengan rakyat jelata yang berbilang kaum dan pemimpin-pemimpin DAP lain di Penang yang kuat maki!
Anda semua boleh lihat sendiri bagaimana yang dimaksudkan tentang “MENGALAMI KRISIS KEYAKINAN” melalui video di bawah ini,..



Ini baru satu contoh,..banyak lagi contoh di blog-blog lain (pro atau anti pembangkang)!

Jika anda amati,..dari hari penamaan calon sehinggalah pada hari ini,..proses kempen yang dijalankan hanya melibatkan Naib Presiden PAS iaitu Mahfuz Omar selaku ‘pengganti’ dan pemimpin terkemuka lain dalam menyampaikan intipati kempen dan visi PAS untuk pilihanraya ini! Sedangkan tugas demikian seharusnya dilakukan oleh calon yang dipilih oleh parti itu sendiri,..

Selain itu,..ketika blogger bertemu penduduk di sekitar Sungai Dua dan sekitar Kg Pelet, mereka memberi respons mengatakan Salleh Man tidak mesra rakyat dan tidak pandai bergaul kita bertemu rakyat..

Osman Jailani mengatakan, “Salleh Man ini sebenarnya bukan berasal dari Permatang Pasir dan ia kurang dikenali rakyat di sini, mungkin ini membuatkan dia kurang yakin bila berhadapan dengan rakyat”,katanya bila blogger bertanyakannya tentang Salleh Man

Manakala Rafidah Hussien berkata, “walaupun saya hanya atas pagar dalam kempen kedua-dua parti ini, namun saya lihat calaon BN lebih memiliki latarbelakang agama dan pendidikan yang baik, malahan fitnah yang dilemparkan bertubi-tubi ke atasnya membuatkan kami merasa kasihan kepadanya”.

Selain itu penduduk Cina, Yeow berkata, “calon PAS sebelum ini tidak lakukan apa-apa, namun dia pandai berkata dan membuatkan kita semua sejuk hati bila melihatnya, tapi calon PAS yang baru ini lebih takut-takut dan ‘less confidence’ ketika mahu mengatakan visi dia”,
Yeow juga mengatakan dia langsung tidak faham apa sebenarnya yang diperjuangkan PAS di negeri Pulau Pinang. Yeow juga menambah, “konsep 1Malaysia lebih menarik perhatiannya di bawah pemerintahan Najib kerana mudah difahamiterutama di kawasan seperti Penang”.

Orang kampung mula mengatakan walaunpun calon BN dilanda pelbagai kontroversi yang difitnah oleh PAS dan Pakatan Rakyat, namun mereka melihat Rohaizad lebih memiliki ciri serta keterampilan sebagai pemimpin,…lagipun Rohaizad memiliki latar belakang agama yang baik dimana beliau merupakan peguam Undang-Undang Syariah serta mampu untuk mengimamkan penduduk kampung dalam sebarang upacara keagamaan!

>>>> Walau apapun,..memang dari hari penamaan calon ramai rakyat sedar calon PAS iaitu Salleh Man memang tidak yakin ketika berbicara di hadapan rakyat!

>>>> Satu persoalan lagi,... kecoh di blog-blog lain mengatakan Calon PAS,Salleh Man ini kaki perempuan,..betulkah rakyat Permatang Pasir????







FITNAH Antara Amalan 5 Waktu PAS !!!!

SALAM,... :)




Langkah Rohaizat dalam mengabaikan serangan-serangan peribadi yang dikenakan ke atasnya adalah satu langkah yang terbaik.

Pendekatan beliau dalam beramah mesra bersama bakal-bakal pengundi di Permatang Pasir lebih dilihat sebagai satu langkah selamat untuk beliau meraih sokongan yang sememangnya dijangkakan agak sukar...tapi tidak salah mencuba!

PAS yang sekarang ini sibuk mengorek noda-noda lama Rohaizat wajib memberhentikan amalan tersebut. Perbuatan ini bukan sahaja mempamirkan sikap tidak profesional mereka dalam berpolitik, malah boleh memutuskan silaturrahim sesama insan.

Permusuhan lama yang hampir dilupakan (atau mungkin sudah saling bermaafan) kini dibangkitkan kembali dengan hanya satu tujuan, mengejar kuasa politik. Sikap busuk PAS ini telah memecahbelahkan saudara seagamanya sendiri.

Berkempenlah cara yang profesional. Tidak salah kalau menabur janji kepada bakal pengundi jika mampu menunaikannya setelah berjaya memenangi PRK ini. BN memang selalu menabur janji, kerana janji tersebut akan ditunaikan. Cuma ketikanya sahaja tidak kunjung semenjak dua menjak ini...

PAS takut menabur janji kerana mereka sedar janji tersebut memang tidak mampu mereka tunaikan, apatah lagi di Pulau Pinang. Tetapi kemenangan tetap mereka perlukan bagi mengekalkan status quo di Permatang Pasir. Satu-satunya kerusi kebanggaan PAS or more likely an expendable asset in Penang. Tidak ada apa yang boleh diharapkan dari Guan Eng untuk kebajikan Melayu Islam di sini...nak mengharapkan PKR...jauh panggang dari api!

Demi kemenangan yang hendak dikekalkan, keperluan penduduk telah PAS abaikan, sebaliknya mereka sibuk mencabul keaiban lawan mereka hingga boleh merenggangkan hubungan dua sahabat lama.

PAS sanggup menyediakan pentas bagi saudara Yusri semata-mata kepentingan politik mereka. Tidakkah PAS sedar tindakan mereka itu akan menyebabkan goyahnya hubungan saudara seagama ini. Dua sahabat yang dahulunya mengusahakan perniagaan kini mula bergaduh akibat perbuatan PAS yang hina ini...mujur Rohaizat mengamalkan sikap yang perofesional dengan tidak mempedulikan asakan yang dikenakan ke atasnya...

Terbaru,...fitnah Ketua Pemuda PAS yg mengatakan Rohaizat ada dua isteri,...sebenarnya apa masalah mental pemimpin PAS ini???
Sedarkah anda,..mereka cuba bangkitkan isu peribadi berbanding isu-isu kebajikan rakyat ataupun agama Islam yang seperti mereka laungkan sebelum ini???
Inikah maksudnya,..PAS sudah tidak perjuangkan kebajikan dan Islam???
Sebenarnya inilah yang dikatakan cubaan mengalih perhatian rakyat supaya momentum kemenangan BN di Manek Urai gagal diteruskan!

Semoga silaturrahim akan sentiasa terjalin dengan tersungkurnya PAS di kubu kuat mereka sendiri di Bulan Ramadhan yang mulia ini..