Tuesday, June 30, 2009

SOKONGAN PADU PADA BN DI MANEK URAI !!!

SALAM, :)

Calon Barisan Nasional telahpun diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri di Manek Urai beberapa hari yang lalu.
Bagi saya, pemilihan ini merupakan antara keputusan yang terbaik buat rakyat untuk menebus kembali maruah BN yang mana telah ditewaskan di Kelantan pada Pilihanraya Umum lalu.
Kita sudah lihat bayak perkembangan negatif dan perilaku bodoh pemimpin pembangkang dalam siri pentadbiran di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Daripada isu rasuah sehinggalah ke isu melibatkan pemansuhan kepentingan rakyat Bumiputera dan Islam di negeri-negeri Pakatan Rakyat!

Kita berharap, walaupun calon Barisan Nasional Tuan Aziz Tuan Mat yang mempunyai latar belakang yang sangat bersih dan berpendidikan tinggi ini hanya akan menjadi wakil ADUN di Kelantan sekiranya menang,...rakyat Manek Urai harus ingat bahawa kemenangan ini akan menjadi satu titik perubahan kepada siri kembalinya Barisan Nasional dan UMNO yang akan terus berjuang memartabatkan bangsa Melayu, agama Islam dan kepentingan hak-hak Bumiputera.

Jadikanlah ia sebagai titik kemenangan yang akan menimbulkan kesedaran kepada rakyat Malaysia dan sekaligus menolak fanatiknya mereka kepada Pakatan Anwar & kafir DAP.




>>> Kepada rakyat Manek Urai & Penyokong BN:

- Disini, saya merayu supaya kita semua memberi sokongan sepadu-padunya kepada TUAN AZIZ TUAN MAT untuk memenangkan Barisan Nasional/UMNO di dalam Pilihan Raya Kecil ini sekaligus merampas kerusi DUN tersebut.

- Ingat rakyat Manek Urai!.. kemenangan Calon BN tidak akan merubah kerajaan Negeri,...tetapi ia akan menjadi satu daerah yang akan diberi keistimewaan oleh kerajaan Persekutuan dalam semua agenda di Kelantan. Tebuskan kembali maruah dan kepercayaan yang telah dimomokan oleh pemimpin Pakatan Rakyat kepada rakyat negeri pembangkang. Masa untuk berubah !!

- Di bawah konsep 1Malaysia, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...Marilah kita berdoa kepada Allah S.W.T untuk memberi kemenangan kepada UMNO/Barisan Nasional untuk PRK ini.

Saturday, June 27, 2009

Penjual Ikan Jadi Calon PAS Manek Urai...

SALAM,...

Ini merupakan berita yg baru diumumkan oleh Nik Aziz di Manek Urai Lama, Kelantan.
Mohd. Fauzi Abdullah merupakan seorang penjual ikan dan juga Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kuala Krai diangkat sebagai calon PRU N41,Manek Urai.


Calon Pakatan Rakyat telah diumumkan.
Harap rakan bloggers lain bersedia untuk menyokong sepenuhnya Calon Barisan Nasional yg akan diumumkan kelak. Walaupun seorang penjual ikan, trend pemilihan rakyat Kelantan kadang2 sukar diduga. Barisan Nasional pernah menyandang Kerusi Manek Urai !
Kita harus mencari dan terus mendedahkan kepincangan PAS yang semakin hari semakin terpesong dari perjuangan Islam sebenar.

Harap Kemenangan Berpihak Pada BN kali ini!...Insyaallah

Tuesday, June 23, 2009

DALANG PAKATAN RAKYAT !!! >>> Penipu Rakyat


SALAM,... :)


Alangkah terkejutnya bila Ustaz Hadi bersetuju untuk menolak semula cadangan Kerajaan Perpaduan yg beliau sendiri cadangkan sebelum ini antara PAS dan UMNO. Jelas sekali menunjukkan keputusan yang diumum oleh Anwar itu menggambarkan betapa PAS sememangnya ditunggang dan dipergunakan oleh DAP dan PKR dalam usaha mengejar cita-cita politik kotor mereka.

Tidakkah anda berasa pelik???....tiba-tiba suatu keputusan yang telah dicanangkan oleh sekian lamanya oleh dua pemimpin tertinggi PAS tersebut iaitu Ustaz Hadi & Ustaz Nasharuddin dibatalkan dalam keadaan drastik???


Siapakah yang memainkan pernanan utama dalam percaturan ini,....??
Dalam sidang media pengumuman tersebut, Ustaz Hadi, Anwar dan Lim Kit Siang menyatakan bahawa UMNO/BN telah mengambil kesempatan ke atas isu tersebut dan berusaha untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Saudara,
Siapakah yang dulu berkempen tentang Kerajaan Perpaduan jika tidak Hadi dan Nasharuddin di Mukhtamar lalu???
Siapakah yang memberi reaksi positif bila BN mengalu-alukan idea kerajaan Perpaduan yang jelas untuk kebaikkan Melayu dan Islam kalau bukan Ustaz Nasharuddin????
Siapakah yang menyuruh Nasharuddin letak jawatan kalau bukan Tuan Guru Nik Aziz???

Anda semua harus lihat isu ini dari sudut tersirat,....saya percaya penolakkan idea Kerajaan Perpaduan ini telah dicaturkan oleh pimpinan PKR dan DAP!
Mereka yang mana rata-ratanya memiliki pemimpin tertinggi parti dari bukan Melayu amat gusar akan perkembangan atau realisasinya usul Kerajaan Perpaduan tersebut.
Mereka lebih gemar melihat isu-isu masyarakat Melayu/Islam tidak mencapai kesepakatan antara satu sama lain. Dan ini akan memberi kelebihan atau advantage kepada kaum bukan Melayu di Malaysia.

Cuba anda fikirkan,...PAS mengatakan....bersama atau bergabung dengan UMNO/BN sememangnya menghalang mereka untuk melaksanakan Islam yang syumul.
Tetapi, adakah dengan penggabungan bersama DAP serta PKR membolehkan PAS laksanakan ISLAM sepenuhnya???

Kita sebagai Melayu/Islam harus sedar akan permainan politik dan percaturan pada hari ini. Ada pihak menggunakan nama Islam sebagai modal berkempen, ...Ada pihak menggunakan nama Demokrasi untuk dilihat mesra rakyat, ...Ada pihak menggunakan nama Keadilan untuk meraih simpati!

Adakah Pakatan Rakyat sebetulnya bertunjangkan prinsip Islam,Keadilan dan Demokrasi???

ATAU


>>>>> Mungkinkah penolakkan Kerajaan Perpaduan ini bermotifkan sesuatu ????
Mahu menutup perpecahan dalaman dan akar umbi parti ????





Renung-renungkanlah untuk kebaikan bersama... :)

Thursday, June 18, 2009

KELUAR PAS : Kepada Ahli PAS Yg Sokong Kerajaan Perpaduan

SALAM ... :)

Semalam satu negara sudah tahu yg Tuan Guru Nik Aziz menggesa Nasharuddin melepaskan jawatan sebagai Timb. Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok!
Kenyataan Tuan Guru dgn mengatakan supaya keluar PAS dan sertai UMNO kepada Nasharuddin sekiranya bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan boleh disimpulkan :
Kepada semua Ahli PAS dan PKR yang bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan supaya keluar daripada PAS dan beramai-ramai menyertai UMNO.
Tidakkah anda sedar, ramai perwakilan PAS yang membuat pemilihan pada sidang Muktamar baru-baru ini telah memilih calon yang menyokong kepada idea penubuhan Kerajaan Perpaduan ???
Ini membuktikan bahawa sebilangan besar para perwakilan dan ahli PAS memang sokong kepada idea Kerajaan Perpaduan yg diilhamkan oleh Ustaz Hadi dan Ustaz Nasharuddin ini.

JADI,....DI SINI SAYA MEMINTA SEMUA AHLI PAS DAN PERWAKILAN YANG MENYOKONG IDEA KERAJAAN PERPADUAN INI MEMPERTIMBANGKAN KENYATAAN TUAN GURU TERSEBUT !!!
Tinggalkan PAS dan sertai UMNO jika bersetuju dgn Kerajaan Perpaduan!!!

Wednesday, June 17, 2009

GEMPAR : NIK AZIZ MINTA NASHARUDDIN LEPAS JAWATAN

SALAM,... :)


Jika dilihat gambar di atas,...apakah yg anda fikirkan???
Beginikah kepimpinan berteraskan Ulama' yg mana secara terang-terangan menampakkan penindasan antara satu sama lain demi mencapai impian politik masing2?

Terbaru,...Tuan Guru Nik Aziz telah meminta Nasharuddin melepaskan jawatan sebagai ahli Parlimen Bachok dan Timb. Presiden PAS kerana memberi reaksi positif berkenaan Kerajaan Perpaduan.
Apakah ada salahnya ingin berpadu tenaga menguatkan masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia ini Tuan Guru???.... ini bukannya soal UMNO dan PAS akan bersatu menjadi 'satu parti',...ia cumalah berkongsi pendapat yg bernas untuk mengukuhkan Melayu dan Islam di Malaysia.

Kesimpulannya,....anda sendiri boleh melihat yg keputusan dan tidak tanduk Tuan Guru Nik Aziz kini byk memihak pada pakatan Anwar dan DAP. Bukannya kita tidak tahu yg Anwar telah menolak sekeras-sekerasnya rancangan Kerajaan Perpaduan ini.

DAP pula hanya mengambil sikap berdiam diri pada waktu ini,....hanya bertepuk tangan dan melihat Melayu terutamanya Islam bertelagah sesama sendiri.


Pada penyokong Pakatan Rakyat,...cuba anda fikirkan semula apakah relevannya sokongan pada Pakatan seperti ini???....



Kenyataan Najib Tun Razak :

"Saya dah cakap sebelum ini bahawa kita bersikap terbuka dan sedia mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh Pas,"


Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz :

“Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan timbalan (presiden Pas) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan,”

KEPADA PENYOKONG PAS...

SALAM RAKYAT MALAYSIA.... :)




Semalam semua rakyat Malaysia sikit tergamam dgn tindakan Nizar Jamaluddin dgn melaungkan Hidup Rakyat & Bubar DUN sesudah mengangkat sumpah di Parlimen. Dari segi moral,...apakah sebenarnya lahir di benak fikiran anda???

Adakah ini merupakan satu tindakan yg amat demokratik dan boleh dibanggakan oleh penyokong Pakatan Rakyat?...kadang2 timbul juga rasa pelik di benak fikiran saya ttg mengapa masih ramai yang menyokong parti yang langsung tidak mencerminkan sifat peribadi Muslimin yg sempurna ini...

Dahulu mereka mengatakan UMNO dan BN lah yg paling kurang ajar, rasuah, politik kotor dan lain2,....tapi pada hari ini apa bezanya jika dibandingkan dgn pemimpin Pakatan Rakyat??? Tidak cukup dgn menderhaka pada bangsa Melayu dan Kesultanan, rasuah politik,maki sesama Muslim...
Sekarang, Nizar ini mula untuk menjadi boneka DAP secara terang-terangan pula.

Jika kita amati,...siapa yg akan mendapat keuntungan dari kekacauan politik seperti ini terutamanya di Perak,??...tentulah DAP.
Kepada penyokong Pakatan Rakyat, setujukah anda jika Nizar ini digelar sebagai boneka DAP???

Dia jugalah yg menyertai mogok lapar bersama pemimpin DAP di K.L baru2 ini,(walaupun dikatakan HARAM BAGI MUSLIM oleh para Mufti)...
Beliau jugalah yg mengepalai sidang DUN bawah pokok sebelum ini...
Beliau jugalah yang sembah derhaka pada Sultan sebelum ini...
dan beliau jugalah yg mengatakan PAS tidak pernah memperjuangkan penubuhan negara Islam di Malaysia.
Tidak pernahkah anda terfikir mengapa Nizar beria-ia memperjuangkan Pakatan Rakyat di Perak???...sedangkan PAS hanya mempunyai 6 kerusi DUN.
Majoritinya adalah dari DAP.

Jadi apakah relevan sokongan terhadap parti PAS daripada anda semua yg nyata sudah tiada bezanya dari PKR atau DAP...???
Di mana laungan perjuangan Hudud sebenar???...masihkah anda rasai kesungguhan mereka???
Dimana laungan penubuhan negara Islam sebenar..??? masihkah ada kedengaran???


Kepada rakyat di Perak, Kedah dan Selangor....apakah perbezaan baru yg anda peroleh dari segi perlaksanaan Islam dan pembangunan???
Adakah Hudud dilaksanakan?, adakah pub-pub malam ditutup?, adakah kedai no ekor disita??

>>>>> Apa yg ada pada ketika ini adalah dasar perkongsian kuasa politik bersama DAP dan PKR yang mana anda harus sedar....kedua-dua parti ini telah menyatakan dgn rasminya bhw perlaksanaan negara dan hukum Islam adalah ditolak sama sekali!

Saturday, June 13, 2009

PENTADBIRAN MELAYU VS NON-MALAY

SALAM Melayu Malaysia....


>>>> Fikirlah dgn kewarasan yang ada untuk mempertahankan bangsa kita!


LKY - Pengasas Singapura


Sedarkah anda sebagai rakyat akan kehadiran Lee Kuan Yew di negara kita dalam beberapa hari ini??,....LKY adalah berjiwa komunis yang mana dia berjaya menyingkirkan dan memusnahkan Melayu di kota Singa tersebut dari dulu hingga sekarang???

Kalau difikir-fikirkan balik,.. kenapa agaknya Lee Kuan Yew, bapa kepada komunis ini datang melawat Malaysia ? Tiba-tiba sahaja dia membuat keputusan untuk melawat negara kita ini, saya dikhabarkan bahawa tujuan utama LKY datang ke sini ialah dengan misi atau agenda beliau untuk menguatkan lagi KOMUNIS….

Tujuan asal LKY datang ke Malaysia ialah untuk mengajak semua kaum cina serta dengan kaum pribumi Sabah dan Sarawak yang bukan beragama Islam untuk mengambilalih negara dan akan buka Singapura untuk masuk ke Malaysia semula. Jangan lupa suatu masa dahulu manusia yang bernama LKY ni jugalah yang menubuhkan Malayan Union serta berjumpa dengan Mc Michael di Guam pada tahun 1945.

Ironiknya, kunjungan Lee Kuan Yew ke Malaysia selepas timbul isu Komunis dan Chin Peng! Perjumpaan dia dijadualkan di Perak, Gopeng dan Cenderiang, di Pahang Genting dan Bukit Tinggi. Cuba kita fikirkan dan siasat siapa yang pegang atau tadbir ke empat-empat tempat ni? Semua pusat pentadbiran bintang tiga bukan? Sebab apa dia pergi ke sana? Jangan lupa di dia ni mastermind Malayan Union. Dia tau melayu tak suka dan cadang masuk PKM untuk dapatkan bekalan senjata berontak menentang British, (atas dasar inilah Mursyidul Am PAS menggelar Parti Komunis sebagai nasionalis - setujukah anda?)

Tak cukup dengan itu, Ong Tee Keat dalam blognya telah mengadakan poll tentang, Setujukah anda sekiranya MCA keluar dari BN?
Keputusan mendapati 70% bersetuju untuk MCA keluar dari BN! Persoalannya sekarang kenapa seorang pemimpin kerajaan yang bertaraf menteri membuat poll seperti itu? Apakah motif beliau? Pelik kan?

Adakah semua perkara ini berlaku sebagai satu kebetulan atau memang telah dirancang untuk menghancurkan negara kita? Wahai Melayu Islam sedarlah olehmu, makin kita berpecah, makin orang mengambil kesempatan! Sedarlah sebelum terlambat!

Mungkin anda mengaggap sokongan dan undi anda pada PAS atau PKR sebagai satu alternatif dan merasakan ia amat remeh sekali,....tetapi bagi DAP yg hubunganya rapat bersama Lee Kuan Yew di Singapura mungkin mempunyai agenda berbeza.

(setiap undi atau sokongan pada Pakatan Rakyat akan mengukuhkan lagi DAP di Malaysia)


>>>> Kepada penyokong PAS,...apakah rasional sokongan anda pada parti ini sekiranya PAS sendiri perlu mendapat persetujuan dari DAP untuk laksanakan hukum Islam dgn sepenuhya & negara Islam itu sendiri???
>>>> Kepada penyokong PKR,...apakah dgn menyokong parti pimpinan Anwar ini yg memperjuangkan kesamarataan antara hak-hak kaum di Malaysia adil bagi kita semua??? apa yg akan diwariskan pada anak-cucu kita 50-100 tahun akan dtg jika hak keistimewaan Melayu telah dibuang???

Ketuanan Melayu, Kesultanan dan Sistem Beraja sudah dikekalkan lebih 50 tahun oleh UMNO....Sudahkah anda bersedia di mana Malaysia bakal berubah menjadi Singapura yang mana semua Melayu dan Islam dianak tirikan???



Renungan :


Kalau kita lihat sejarah sehingga tahun 2007 iaitu ketika BN sedang kuat, agak sukar untuk Lee Kuan Yew (LKY) ini datang untuk melawat Malaysia.
Terutama sekali dizaman Tun Mahathir memerintah. Kita tahu bagaimana hubungan dengan Singapura ketika Tun Mahathir memerintah.
Tetapi kini, ketika DAP sedang "naik" baharulah timbul rasa nak datang melawat ke sini? Datang nak melawat negeri yang hampir sama keadaannya dengan Singapura iaitu Pulau Pinang.
Datang nak berjumpa dengan anak didik PAP yang menguasai keseluruhan Pulau Pinang? Apakah rancangan seterusnya LKY ini.
Adakah datang untuk mengajar Lim Guan bagaimana hendak membawa Pulau Pinang keluar dari Malaysia dengan mendesak kerajaan Persekutuan dengan berbagai desakan sepertimana yang dilakukannya ketika membawa Singapura keluar dari Malaysia.
Kita tahu LKY ini adalah MENTOR kepada DAP Malaysia.
Mungkin benar apa yang dikatakan bahawa kedatangan ini adalah lawatan terakhir untuk meninggalkan amanat dan wasiat untuk pengikut-pengikut mereka disini?
Dan saya rasa orang yang paling gembira sekali adalah Lim Kit Siang kerana beliau adalah bekas setiausaha sulit kepada LKY.
Apa-apa pun kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas ini.
wallahuallam.

Thursday, June 11, 2009

GEMPAR : PELAJAR IPTA DIPAKSA SERTAI PKR !

SALAM,....



Perkara ni dah berlaku dekat dua bulan dah dan sekarang ni benda ni berjangkit pada IPTA lain yang menjadi milik kerajaan Khalid Ibrahim, atas arahan Anwar Ibrahim semua pelajar-pelajar unisel di minta menghadiri krusus anjuran Institut Kajian Dasar (IKD) yang seratus peratus dimiliki oleh PKR dan selepas krusus itu pelajar-pelajar di minta untuk menyerahkan salinan photocopy kad pengenalan mereka, rupa-rupanya salinan kad pengenalan itu di gunakan untuk mendaftar keahlian sebagai ahli PKR dan Daftar pemilih.

Memang sejak dua menjak ni PKR dah semakin ketandusan sokongan orang melayu dan plan anwar untuk memperbanyakkan ahli melayu dengan cara memaksa semua pelajar UNISEL menyertai PKR nampaknya berhasil. malah kebanyakkan nama pelajar-pelajar ini di daftarkan sebagai pengundi di bukan tempat yang sepatutnya mereka mengundi, dengan kata lain PKR dah setting nama-nama pelajar ni ditempat yang boleh memberikan kemenangan untuk PKR di situlah mereka akan mengundi.

Penyakit memaksa pelajar-pelajar universiti dan kolej di Selangor kini merebak pula di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) modius operandi mereka adalah sama, paksa pelajar jadi ahli PKR dan daftar nama mereka untuk mengundi di tempat yang PKR rasakan sesuai. bagi pelajar yang telah menyertai UMNO sebelum mereka datang untuk belajar di UNISEL atau KUIS mereka ini telah di pantau oleh berberapa pegawai yang di lantik dari kalangan orang-orang PKR. silap langkah pelajar-pelajar ini akan di buang Asrama atau dibuang
Universiti atau Kolej.

Selain IKD, Yayasan Selangor juga terbabit dalam siri brainwash pelajar-pelajar ini supaya membenci kerajaan Persekutuan, antara tempat-tempat yang selalu mereka menjalankan aktiviti-aktiviti ini ialah di Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kem Princess Haliza Kuala Langat dan berberapa lagi kem-kem swasta yang di bina oleh puak-puak PKR. mereka mengunakan krusus motivasi dan jatidiri dan pelbagai judul latihan untuk megaburi mata pelajar-pelajar, bila pelajar sudah memasuki kem, mereka ni mulalah menyebarkan dakyah-dakyah songsang dan jahat mereka tu.

Dan mengikut desas-desus cerita warga Unisel, besar kemungkinan Khalid Ibrahim akan melantik Abangnya Anwar yang sama nama bapak tapi mak bapak lain-lain untuk menjadi Chancellor yang mana Chancellor sekarang ini ialah Datin Paduka Seri Rosmah Binti Mansor.


>>>>> Politik kotor seumpama ini memang sering diamalkan oleh Parti Pembangkang dan sentiasa didalangi pemimpin berhati keji seperti Anwar Ibrahim. Kelihatan permainan politik terdesak seperti ini menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat sememangnya sudah mula hilang sokongan daripada pengundi Melayu.

Tindakan dan pemantauan harus dilakukan oleh pihak berkuasa jika didapati P.R terbukti melakukan politik kotor seperti ini. Tidak hairanlah beberapa siri Pilihan Raya Kecil yang dilakukan sepanjang setahun lebih ini sering memihak pada mereka. Pembohongan politik seperti ini mampu dilakukan mereka tanpa rasa bersalah, apatah lagi tindakan terdesak yang lebih dasyat pula bakal menyusul kelak....

Pihak SPR,SPRM, dan POLIS perlu ambil tindakan.


DIHARAP PELAJAR IPTA MELAPORKAN TERUS KEJADIAN SEUMPAMA DI ATAS KEPADA PIHAK BERKUASA SEKIRANYA BERULANG!!!

Saturday, June 6, 2009

BILA PEMIMPIN PAS JADI FASIQ!!!


SALAM.... :)




Berikut adalah sajak yg didendangkan oleh "pemimpin PAS yg pernah ditangkap khalwat" (Mat Sabu - gambar di atas) suatu ketika dulu,....dan hari ini tanpa segan silu menabur fitnah dan kiasan berunsur pembohongan secara terang-terangan di dalam majlis yg penuh dgn laungan Allahhuakbar.

Bila DOSA FITNAH dan PAHALA PUJIAN PADA TUHAN dicampur,...apakah rasionalnya perjuangan PARTI PAS yg kononnya mengamalkan 'ma'aruf'???


'Altantuya'


Aku Insan Ajnabi,
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga


Aku wanita Ajnabi merantau kemana=mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Kukuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama


Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
Kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa


Zuriatku ada
Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluh
Tubuhku berkecai rapuh
C4 dipanggil untuk memusnahku


Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau
Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia, entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah



Kita sebagai Melayu Islam,...fikir2kan lah sama ada sesuai atau tidak menyokong parti yang nyata sesat dan nyata secara terang-terangan berkomplot dgn PKR & DAP serta mempergunakan nama Islam untuk meraih undi dan kuasa politik!

Dikesempatan itu, TAHNIAH kepada pemilihan Nasharudin sebagai N0.2 Post in PAS!...Semoga membuka lembaran baru kepada konsep Kerajaan Perpaduan bersama UMNO seperti yang telah dikatakan!....
GAGALnya pemimpin pro-Erdogan & pro-Anwar dalam PAS!


Salam Kerajaan Perpaduan.... :)

Wednesday, June 3, 2009

Realiti Mengapa Khir Toyo Digantung!!

Salam,...




Seperti umum yg kita telah tahu,….bahawa Ketua Pembangkang Selangor telahpun digantung daripada menghadiri siding DUN selama setahun. Keputusan melulu ini telahpun diumum oleh Speaker DUN Selangor kira-kira 2-3 minggu yg lepas.

Jadi di sini,…atas apa sebab sekalipun tindakan bodoh kerajaan P.R yang nyatanya didalangi DAP, PAS dan PKR itu ternyata menampakkan kecetekkan waras fikiran pemimpin pembangkang di negeri Selangor.

Rakyat Malaysia dan khususnya rakyat Selangor umum mengetahui bahawa Dr. Khir Toyo sememangnya lantang membangkang di dlm Dewan DUN terhadap kepincangan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Jika kita amati,….terlalu banyak isu-isu yang timbul di negeri Selangor:

1. Isu rasuah lembu,
2. Duit kutipan rakyat yg dimasukkan ke dlm akaun PKR,
3. Cadangan perlantikan Cina sebagai pengarah PKNS
4. Kenaikkan sewa rumah Projek Pembangunan Rakyat (PPR)
5. Pembelian Toyota Camry yang menyumbang kpd pembaziran
6. Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa yg mana rakyat tidak mendapat bantuan sewajarnya.
7. Isu Air yg tidak selesai
8. EXCO skandal bogel
9. Yuran peniaga Pasar Malam di Ampang-Pandan dinaikkan


Jika mahu disenaraikan,….terlalu banyak kepincangan pentadbiran oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Jadinya disini, kita sebagai rakyat boleh membuat justifikasi bahawa….kehadiran Dr. Khir Toyo di dalam Sidang DUN yg nyata membuat pemimpin pembangkang bagai cacing kepanasan yang mana terlalu byk isu yg tidak dpt dijawab….termasuklah kadang2 menyentuh isu yang membabitkan kepentingan hak-hak Melayu di negeri tersebut.

Jelas menunjukkan juga P.R takut untuk menghadapi demokrasi sebenar dlm menjalankan sesebuah pentadbiran!...pemimpin yg serba takut dan bermasalah inikah yg mahu kita lantik untuk memimpin Negara????
Ternyata rakyat Selangor telah salah memilih di PRU 12 lepas.

Selain itu, kenyataan Speaker DUN Selangor dari DAP juga mengatakan “I can punish anyone. I can be the complainant, the prosecutor and also the judge in this case. All this is allowed according to the law.”



Speaker Selangor, YB Teng

Bayangkan jika kata-kata ini diucapkan oleh pimpinan Barisan Nasional. Reaksi yang bagaimana akan muncul di sebahagian blog dan laman web pembangkang???




Dr. Khir:
“Tidak pernah dalam sejarah ahli Dewan Undangan Negeri mahu pun Parlimen digantung kerana mengkritik undang-undang atau Dewan. Jika ini dijadikan kes duluan maka ramailah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang bakal digantung kerana mengkritik pelbagai undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen termasuk ISA”

Untuk pengetahuan rakyat Selangor,….penggantungan oleh Speaker YB Teng ini ibarat satu ‘balas dendam’. Ini kerana kerajaan Selangor dahulu pernah menggantung beliau selaku ketua Pembangkang akibat melanggar dan membuang Peraturan DUN….sebaliknya ketika itu, Dr. Khir memberi pilihan pada YB Teng sama ada mahu memohon maaf serta masuk DUN seperti biasa atau digantung.

Beliau memilih untuk digantung!.....

Itulah bezanya antara kerajaan Selangor dulu dan sekarang,….yg mana jelas menampakkan Pakatan Rakyat kini langsung tidak mewujudkan sistem pentadbiran yang adil! Rakyat Selangor harus sedar akan kepimpinan sekarang yg ternyata bermasalah dan mereka harus BANGKIT!

Salam,…