Monday, August 16, 2010

PM NAJIB: EKUITI 30% BUMIPUTERA WAJIB DIKEKALKAN!

SALAM,...:)



Sepertimana yang diketahui bahawa Kongres Ekonomi Kaum Cina Malaysia telah membuat pelbagai tuntutan dan salah satunya termasuklah memansuhkan secara berperingkat ekuiti (30%) Bumiputera dalam bidang ekonomi serta tender. Secara dasarnya permintaan ini adalah satu penghinaan ke atas masyarakat Bumiputera yang selama ini telah banyak mengalah kepada kaum lain di Negara kita.

Logiknya, majority rakyat Malaysia adalah terdiri daripada kaum Bumiputera yang rata-ratanya berpendapatan sederhana, manakala sebaliknya pula bagi kaum Cina. Kaum Cina di Malaysia boleh disifatkan sebagai kaum yang telah menerima banyak keuntungan di Negara kita, termasuklah dari ekonomi hingga ke pendidikan. Tuntutan mereka ini dianggap melampau dan boleh dianggap cuba untuk menjatuhkan penguasaan Melayu sedikit demi sedikit.

Kami di sini sedikit sebanyak berbangga dan bersetuju dengan tindakkan Presiden PERKASA iaitu Ibrahim Ali dalam menyuarakan bantahan beliau. Seharusnya PM Najib Tun Razak mengambil iktibar dengan tidak menyetujui sewenang-wenangnya akan segala permintaan dari kaum Cina yang membolehkan kaum-kaum lain terutamanya Melayu dan India rasa terguris.

Lihat saja pada pilihanraya-pilihanraya kecil lalu, segala peruntukkan diberi kononnya mampu menarik sokongan kaum tersebut, tapi apa yang kerajaan peroleh??
Kami mencadangkan apa yang ada pada sebelum ini dikekalkan mengikut apa yang terkandung dalam Perlembagaan Negara. UMNO harus sedar bahawa kemenangan BN pada PRU lepas adalah disumbangkan daripada sokongan padu rakyat Bumiputera.
MCA pada hari ini dilihat gagal dalam apa sahaja,..yang manjadi kepakaran mereka adalah menjadi ‘alat’ atau cuba meraih populariti dengan mengutarakan isu yang dilihat mampu memusnahkan BN dari dalam.

Perlu direnungkan juga: ‘Mengapa pada era Tun Mahathir, semua ini tidak berlaku?’…masih belum terlambat untuk kepimpinan Negara mendapatkan bantuan serta pandangan daripada negarawan Tun Mahathir Mohamad.

Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran



Jom suarakan pendapat & join:

Facebook PERKASA