Monday, August 31, 2009

‘Flip-Flop’ & Kebodohan Pakatan Rakyat

SALAM,... :)


(Sinar Harian)


1Malaysia gah dengan perhimpunan haram menentang akta ISA yang dianjur oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di K.L baru-baru ini!...tetapi nyatanya pemimpin mereka yang terdiri dari pengkhianat bangsa dan racist itu mudah lupa dan mengalami ‘flip-flop’ ketika mahu berbicara soal pentadbiran Negara terutamanya berkaitan isu semasa.

Kelmarin, ADUN Selangor dari PKR yang mana sebelum ini mempunyai tuduhan kes rasuah sebanyak RM320,000 telah menyatakan “kerajaan harus mengenakan tindakan ISA ke atas perusuh yang membawa kepala lembu di Shah Alam semasa demonstrasi membantah kuil Hindhu dibina di kawasan majoriti Islam itu”.

Amat lucu bila kita terdengar pemimpin Pakatan Rakyat masih mengharapkan bantuan dari kerajaan Persekutuan untuk membantu menyelesaikan masalah sensitiviti kaum yang dicipta oleh Pakatan Rakyat sendiri di Selangor,…tambahan pula mereka mengesyorkan tindakkan ISA dikenakan!

Apa maksudnya akan semua ini??? Baru tidak sampai sebulan mereka merusuh supaya akta yang kononnya zalim itu dimansuhkan,…kini meminta untuk dilaksanakan pula??? Apa punya tiada pendirian la sama pemimpin pembangkang!...cetek dalam merancang pentadbiran. Tidak hairanlah, pentadbiran di negeri Selangor kini disifatkan sebagai antara pentadbiran terlemah seiring dengan pentadbiran negeri Kedah,…kedua-dua negeri pimpinan P.R ini terjejas dek kerana adanya YB-YB bodoh ataupun bersifat ‘flip-flop’ seperti ini,…mereka jugalah punca negara kita akan berdepan dengan kemusnahan secara besar-besaran di masa hadapan jika P.R naik memerintah.

Boleh disimpulkan Pakatan Rakyat sebenarnya masih mengharapkan penggunaan akta ISA di Malaysia,…jadi tidak perlulah Kementerian Dalam Negeri sibuk-sibuk untuk mengkaji semula dasar-dasar akta tersebut!...kenyataan sokongan telah dibuat oleh mereka.

>>>> Menarik mengenai pakatan P.R (perompak rakyat),… mereka mencadangkan billboard bertemakan anti-ISA akan diletak di pintu utama masuk ke negeri-negeri pimpinan mereka…

>>>> Pemimpin Pakatan Rakyat pada saat ini boleh disifatkan sebagai penghasut yang mana memecah belahkan Melayu dan kaum-kaum lain di Negara kita. Sepanjang 50 tahun pentadbiran UMNO/BN tidak pernah kita lihat akan perpecahan antara kaum menjadi sebegini rumit macam hari ini,….Pakatan Rakyat @ Pakatan Haram inilah puncanya! Pengkhianat Bangsa!


‘Pengorbanan Jangan Dilupa, Khianat Janji Hilang Jasa’….
+ Mohon Rakyat Melayu tidak kira penyokong BN atau Pakatan Rakyat tonton filem Hati Malaya (Pengarah : Shuhaimi BaBa)

Friday, August 28, 2009

BN TETAP KEKAL,…hanya perlu bertambah!

SALAM,... :)



Posting sebelum ini yang bertajuk “KEPERLUAN UMNO Untuk terus Kekal” dikatakan oleh penyokong pambangkang bahawa blog ini sudah beralih-arah dan tidak lagi sealiran dgn UMNO,…itu ternyata salah! Kami sebenarnya ingin menyedarkan ahli-ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin Cawangan dan Bahagian di seluruh Negara supaya lebih giat mengaktifkan sumbangan…

Berkenaan isu pemecatan Chua Soi Lek, mungkin ada rasionalnya yang tersendiri mengapa Presiden MCA mengambil tindakkan tegas begitu!,…tapi apa yang menarik untuk saya bicarakan adalah keadaan parti-parti komponen BN yang dilihat memerlukan satu momentum dan perubahan baru dalam meraih undi dari rakyat berbilang kaum.

Berdasarkan rekod PRK Permatang Pasir, undi Melayu pada UMNO dilihat meningkat manakala undi bukan Melayu pada BN dilihat tidak berubah seperti mana pada PRU 12 tahun lepas. Perubahan positif oleh Melayu ini bukan hanya berlaku di Permatang Pasir, malahan di Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai dan Penanti. Faktor calon bukan menjadi persoalan buat pengundi bukan Melayu, tetapi faktor parti dan dasar politik sesebuah pakatan amat dititikberatkan oleh mereka. Secara logiknya, apa yang mampu kita fikirkan mengapa orang Cina sanggup undi PAS di kebanyakkan tempat???

Motif mereka cuma satu, PAS berada di dalam Pakatan Rakyat yang mana hala tuju Pakatan Rakyat adalah turut ditentukan parti Dominan Cina iaitu Dap!,…pada masa yang sama PKR juga di Pulau Pinang terkenal dengan pemimpin-pemimpin pelbagai kaum mereka yang mana sering menabur janji akan dasar keterbukaan dalam pentadbiran negeri mahupun Negara. Pakatan Rakyat sebenarnya dilihat tidak lebih dari cuma mengaburi rakyat akan perjuangan mereka yang kononnya memegang prinsip demokrasi dan keterbukaan antara semua kaum. Tetapi untuk kesedaran anda,…pernahkah mana-mana isu berkaitan Melayu,… DAP perjuangkan???

Jadi, adalah menjadi satu keperluan untuk UMNO merangsang perubahan yang seharusnya berlaku ke atas parti-parti komponen lain terutamanya seperti MCA dan MIC!..kedua-dua parti ini disifatkan amat penting dalam misi memenangkan BN untuk setiap pilihanraya di Negara ini. Kekuatan sebenar BN untuk kawasan majmuk adalah dengan gabungan ketiga-tiga parti dominan ini,…bukan hanya bergantung harap pada UMNO sahaja.

Adalah sesuatu yang baik apabila BN berjaya mengekalkan undi rakyat ke atasnya di Permatang Pasir walaupun kawasan itu dikira ‘hardcore’ kerana berada di bawah Parlimen Permatang Pauh…mereka hanya perlu cari daya tarikan untuk pengundi bukan Melayu…., sebaliknya, walaupun PAS dan Pakatan Rakyat meraikan setiap kemenangan PRK, namun mereka harus sedar majoriti dan sokongan ke atas mereka semakin hari semakin merudum,…terutamanya dari majoriti rakyat yang berbangsa Melayu.

Thursday, August 27, 2009

PKR Bukit Antarabangsa Lumpuh,..

SALAM,... :)



Berita ini diperoleh dari akhbar Sinar harian yang mana menyatakan seramai kira-kira 100 ahli PKR telah keluar dari parti dan menyertai UMNO!...

Antara ulasan mereka,...

"Pemimpin seprti Anwar Ibrahim ini akan sanggup berjuang apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri sekalipun terpaksa menggadai hak-hak kaum Melayu".

" Konsep 1Malaysia amat mudah difahami dan rakyat perlu praktikkannya untuk memastikan semangat perpaduan terus di tahap utuh,...bukan seperti Pakatan Rakyat yang kerap memainkan isu sentimen Islam dan bangsa Melayu!".

"Sokongan kepada PKR ini dilihat berkurang terutamanya kawasan berhampiran kami iaitu sekitar Ampang, Bukit Antarabangsa, Setiawangsa dan Ulu Kelang"...

>>>> Pastikan lebih ramai Melayu tinggalkan Pakatan Rakyat!,...rakyat Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai, Penanti dan Permatang Pasir telah buktikannya!...anda bila lagi???

Wednesday, August 26, 2009

KEPERLUAN UMNO Untuk Terus Kekal...

SALAM,…




Berkenaan Pilihanraya Kecil Permatang Pasir telah pun umum ketahui,…kini soal pengenalpastian punca kekalahan BN harus diperjelaskan sejelasnya jelasnya kepada rakyat dan penyokong parti tersebut yang mana telah menyumbang tenaga secara langsung mahupun tidak langsung!

Kami sedar, kubu terkuat Pakatan Rakyat ini ataupun kubu terkuat Anwar Ibrahim ini memang sukar untuk ditembusi UMNO dan Barisan Nasional!,…tetapi bila membicarakan soal majoriti yang diraih calon PAS, ia adalah sangat tidak munasabah dan ia memperlihatkan seolah-olah kebangkitan serta transformasi baru UMNO tidak menjadi!,…bukan ini yang diharapkan oleh pimpinan Najib dan juga penyokong parti Barisan Nasional.

Ada suara mengatakan,…Keseluruhan kakitangan UMNO Bahagian Permatang Pauh patut meletakkan jawatan dan menggantikan dengan wakil-wakil yang lebih mesra pengundi dan mesra rakyat!,..bukan hanya bertemu rakyat ketika pilihanraya tiba sahaja….rakyat juga berkata wakil-wakil UMNO di sekitar permatang Pasir ini jauh berbeza dengan cara pendekatan yang dilakukan ADUN Seberang Jaya iaitu dari BN, Dato’ Arif shah Omar Shah. DUN Seberang Jaya diakui lebih mesra dan wakil rakyatnya kerap bertemu rakyat!, Bukankah ini contoh terbaik dan terdekat???

Wakil-wakil UMNO ini sebenarnya boleh melaksanakan agenda yang berterusan tanpa mengira ia kawasan pembangkang atau tidak!,..mengapa di Selangor pimpinan serta wakil-wakil rakyat dari Barisan Nasional Berjaya menggoncang kepimpinan Khalid Ibrahim???...Di situ sebenarnya aktivis-aktivis dan wakil UMNO dan Barisan Nasional boleh pelajari sesuatu untuk dipraktikkan di Pulau Pinang, Kedah, dan Kelantan!

Secara peribadinya,…berdasarkan pengalaman berkempen sepanjang minggu lepas dan keberadaan kami di Permatang Pasir,…jentera kempen UMNO boleh dikatakan bagus dan strateginya teratur,..mungkin cuma ada sebahagian kecacatan,…namun jika kita perhatikan jentera kempen dari parti komponen BN lain, ternyata menampakkan kelemahan yang amat sangat!...boleh dikatakan MCA dan Gerakan tidak menyumbang langsung!...cuba bayangkan BN hanya meraih undi kaum Cina sekitar 200 undi sahaja!..

Kenyataan Zahid Hamidi mungkin boleh disanggah yang mana beliau mengatakan kesemua jentera kempen dari parti komponen amat memuaskan!,…buat apa cuba kaburi rakyat dan media??? Kita bercakap tentang soal ketelusan yang mana ketelusan ini mampu untuk merubah landskap dan cara berpolitik UMNO/BN di masa hadapan!...



>>>> Ini bukan masa untuk pemimpin-pemimpin parti Barisan Nasional Cuma menyatakan ‘punca kekalahan akan dikenalpasti’ atau ‘kekalahan ini berpunca dari masalah kesedaran rakyat atau masalah calon itu sendiri’…Tetapi ia masa untuk BERTINDAK DAN MELAKSANAKAN!!!

>>>> Kami juga mencadangkan pimpinan Najib Tun Razak menimbangkan semula kepimpinan-kepimpinan Cawangan dan Bahagian di seluruh Negara supaya digantikan dengan wakil-wakil muda yang lebih berpengetahuan, terpelajar dan bersih!,….bukan meletakkan kepimpinan veteran yang mana mungkin kebanyakkannya sudah dibenci rakyat dek kerana rekod buruk terdahulu mereka!!!

>>>> Walaupun tindakkan drastik mungkin ‘kurang popular’ dikalangan penjawat-penjawat di Bahagian dan Cawangan UMNO/BN ini,..perlaksanaan harus dilakukan juga demi mempertahankan parti pembela bangsa Melayu ini!

>>>> Sumbangan & Semangat Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya dibanggakan dan dicontohi keseluruhan jentera BN!!!...

Tuesday, August 25, 2009

It's Not The End of The World...for BN

SALAM,... :)



Kekalahan Barisan Nasional sebenarnya amat dirasai dan dikesali oleh sebilangan besar penyokong parti itu,...bukan kerana kecewa ke atas partinya,..namun kecewa ke atas rakyat jelata yang masih tidak sedar akan apa itu PAS dan Pakatan Rakyat!

Nyata senyata-nyatanya yang PAS dan Pakatan Rakyat terpesong dari landasan politik sebenar,..mereka cuma bergabung untuk meraih populariti rakyat dan menagih simpati rakyat,...dan ternyata simpati diberikan oleh rakyat kepada mereka.

Kekalahan kali ini sememangnya tidak akan memadamkan semangat kami (blogger-blogger) dan juga selaku ahli Barisan Nasional dalam menentang perjuangan dasar politik kotor Pakatan Rakyat! Kami sedar untuk memenangi kerusi daripada Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti,Manek Urai dan Permatang Pasir adalah bukan mudah kerana semua ini kubu kuat Pakatan Rakyat!,...namun kami sentiasa akan mencuba dan gigih berusaha dari sehari ke sehari untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kami jua suatu hari nanti...

Namun untuk satu rekod positif,...sejak daripada pilihanraya kecil Bukit Gantang sehinggalah ke Permatang Pasir,..trend pengundian bangsa Melayu telah berpihak kepada UMNO/Barisan Nasional!...inilah yang kita mahukan, Melayu bersatu di bawah UMNO...dan ternyata mereka sedar PKR dan PAS tidak mampu menjamin hak-hak bangsa tersebut..

>>>> Kami sedia untuk terus mendedahkan kepincangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dilakukan mereka di seluruh negara buat tatapan rakyat!!!

KEPADA PENGUNDI : Lakukan Perubahan Demi Jihad Menetang DAP & Sekutunya

SALAM,... :)



Esok merupakan hari untuk rakyat serta pengundi berdaftar di Permatang Pasir menentukan siapa yang akan menggantikan YB Hamdan dari PAS yang telah meninggal dunia.


Segala macam tomahan, fitnah dan makian dilemparkan ke atas calon BN yang mana akhirnya tiada satu pun bukti yang dikemukan oleh PAS untuk membuktikan tomahan itu,..sedangkan rakan kongsi Rohaizad sendiri iaitu Yusri Ishak menyatakan Rohaizad adalah calon terbaik dan baik hati dari segi pandangan peribadinya,...rakyat Permatang Pasir mampu membuat pilihan terbaik berdasarkan performance kedua-dua parti sepanjang minggu berkempen ini.

Setelah hampir 4 penggal diberi kepercayaan oleh rakyat kepada PAS,...dan penggal ini pula P.Pinang diperintah oleh Pakatan Rakyat,..tambah lagi Ahli Parlimennya adalah Anwar Ibrahim,...apa kebajikan yang anda peroleh??,..apa pembangunan yang anda peroleh??? mahu kata kerajaan negeri tiada dana???,..anda harus fikirkan sedalam-dalamnya...
Kekalkan momentum perubahan pengundi Manek Urai tempoh hari,...

Calon BN dilihat lebih realistik dalam memberi segala janji kepada penduduk Permatang Pasir,…manakala calon PAS boleh dikatakan gagal membina kenyakinan rakyat keatasnya kerana hampir secara keseluruhannya visi perjuangan calon dan partinya kurang jelas untuk ditafsirkan pengundi.

Kesimpulannya hanya satu,…rakyat Permatang Pasir perlu membuat satu perhitungan terbaik yang mana membolehkan BN diberi peluang kedua untuk berada di negeri pembangkang tersebut,…jihadlah dengan melakukan perubahan ke atas YB anda yang sebelum ini yang mana secara terang-terangan bersekongkol dgn kafir DAP.

Ambil kesempatan ini dengan,…

Singkir PAS bermakna Singkirkan DAP!!!

>>>> Tetapkan Pendirian anda serta Tekadkan Pilihan,…Undilah Calon Barisan Nasional, Rohaizad Othman!

>>>> Kami doakan kemenangan calon BN,..Amin Ya ALLAH,

Sunday, August 23, 2009

MENGENAI CALON BN : Apa Rakyat Permatang Pasir Perlu Tahu?

SALAM,... :)



Bekenaan Calon BN, Rohaizad dan mengapa rakyat Permatang Pasir harus mengangkatnya menjadi ADUN N11 Permatang Pasir:

- Yang Jelas Rohaizat layak bertanding!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah di dakwa di mana-mana Mahkamah atas dakwaan mereka!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah di liwat!

- Yang Jelas Rohaizat tidak ada kes Meliwat!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah bergambar bogel semasa tidur dan berbaring!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah ditangkap basah dengan Norma di Kota Bharu!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah berperang dengan SPRM untuk menutup kesalahannya!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah mengikari arahan polis hingga di sembur dengan pemedih mata dan water canon!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah menyeru secara sesat mengajak orang ramai berkawan dengan setan dan iblis!

- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah berkata yang tuhan mencarut!

- Yang Jelas Rohaizat bukannya pelacur murahan politik yang sanggup menggadai agama demi serakah politik yang sempit!

- Yang Jelas Rohaizat bukannya Melayu yang lupa diri dan kurang ajar dengan merelakan ISA dan DEB dihapuskan!

- Yang Jelas Rohaizat bukannya penyeleweng kuasa dan duit rakyat yang mahu menggunakan duit zakat untuk pembangunan kuil, arak dan judi!

- Yang Jelas Rohaizat bukan pengkhianat Bangsa, Agama dan Negara!

- Yang Jelas dan Pasti Rohaizat ialah anak Melayu yang Faham, Sedar dan Insaf akan keperluan dan kehendak Bangsanya yang masih perlukan pembelaan, Yang sedar bahawa dengan tertegaknya kuasa Bangsanya di Watan tercinta ini maka akan tertegak lah Agama Islam yang Bangsa nya Anuti, Kesedaran ini lah yang diperlukan oleh Negara! Bagi Negara Rohaizat ialah PANGLIMA!!!

calon PAS?

>>>> ADUN PKR DUN LUNAS di Kedah umum keluar dari parti. Beliau juga merupakan seorang EXCO Pelancongan di negeri Pimpinan Ustaz Azizan itu. Selain itu, beberapa Bahagian PKR turut dibubarkan kerana sudah tidak percaya akan perjuangan Parti Keadilan Rakyat.

>>>> BUKTI RAKAN ROHAIZAD YANG BERURUSAN DGN KOPERASI GETAH,...siapa yang paksa rakan kongsi Rohaizad untuk menipu pada rakyat Permatang Pasir???

(http://www.theunspinners.blogspot.com/2009/08/unspin-dokumen-yusri-terlibat-dengan.html)

>>>> Berdasarkan sumber dalaman PAS,...MB Kedah telah menyumbangkan duit untuk kempen di Pilihanraya Kecil Permatang Pasir,..jika betul, rakyat Kedah harus bangkit menentang 'pencabulan dana negeri' ini!!!

>>>> Doakan kemenangan calon BN di Permatang Pasir,...AMIN Ya ALLAH!

Saturday, August 22, 2009

PENGAKUAN Rakyat Permatang Pasir !

SALAM,… :)


(kereta mewahnya jadi bahan tatapan rakyat)

Pendedahan berkaitan peribadi calon PAS yang tersebar meluas di Internet mengenai penyelewengan duit yang dilakukannya menjadikan popularitinya menurun secara mendadak.

Blogger yg menemui penduduk sekitar permatang pasir member respons yang agak kecewa dengan parti penyandang DUN tersebut, iaitu PAS!
Di sini ada ulasan daripada penduduk yang mana blogger sendiri Tanya pada mereka,

Jasman hasim, “Jika benar tuduhan serta penyelewengan yg dikatakan oleh internet ini, mengapa calon PAS tak memberi sebarang respons?,..dia juga tak membuat sidang khas berkenaan isu ini, adakah kerana dia takut berhadapan dengan rakyat?.”. sepanjang 15 tahun kami menetap di sini, PAS sememangnya ‘layu’ di Pulau Pinang, UMNO lebih byk perjuangkan kepentingan org kampung.

Ranjitha, “ bangsa India memang tidak ramai di sini, tapi calon BN dilihat lebih realistik terutama masa bertemu pengundi termasuk penduduk India,..sedangkan calon PAS lebih utamakan kaum Cina, ini adalah kurang adil kerana kami juga yang bertanggungjawab memenangkan calon PAS Hamdan sebelum ini!”..katanya ketika ditanya di pekan Permatang Pauh.

Rahimah Isa, “calon PAS mungkin boleh dikira bersenang hati dgn segala macam kontroversi yang melanda calon BN,tapi beliau sebenarnya boleh dianggap pengecut kerana hanya bergantung harap dgn isu peribadi orang lain sedangkan kami tidak tahu apa yg PAS mampu lakukan di Pulau Pinang”,…Rahimah juga berkata, “sedangkan 4 penggal yg YB Hamdan pegang pun langsung tiada apa perubahan, lagi pula Permatang Pasir berada di bawah Parlimen Anwar, mengapa kami ditinggalkan dalam segala macam bentuk kepentingan?”.

Lee Foo Kit, “orang Cina mungkin banyak suka pada calon PAS kerana dia satu geng dengan DAP,..tapi kalau PAS menang pun, apa yang Salleh boleh bagi pada kami di sini?,..YB sebelum ini pun tak buat apa-apa pada rakyat Cina di Permatang Pasir. Bantuan bisnes pun tiada, tapi dulu janji nak bagi.”…tambahnya, “kami lebih suka jika BN menang karana kami mungkin boleh tengok bila BN ambil tempat pembangkang,apa depa boleh buat”.

Johari Manan, “memang tak boleh sangkal, ini kubu kuat PAS, kami di sini memang sudah lama ingin lihat YB PAS ubah tempat kami tapi tak ada apa yang kami dapat selama dekat 20 tahun ni. Jadi kali ini, saya rasa sudah ramai mahu berubah ke BN,..bukan sebab calon BN, tapi sebab parti mereka yg kami lihat sudah ada sikit perubahan positif,…kerana bagi kami kalau BN menang pun bukannya kerajaan negeri nak berubah”.

>>>> fikirkanlah penduduk Permatang Pasir!!!

>>>>> KAMI DOAKAN KEMENANGAN CALON BN,...AMIN YA ALLAH!

Friday, August 21, 2009

GEMPAR : Calon PAS Alami Krisis Keyakinan Keterlaluan & TIDAK MESRA RAKYAT !

SALAM,... :)

Ini antara respons baru yang diterima dari kebanyakkan penduduk di sekitar DUN Permatang Pasir,…orang-orang kampung telah memperkatakan yang Salleh Man mengalami krisis keyakinan yang terlalu ketara yang mana sehinggakan ketar dan tidak berani untuk memberi ‘public speech’ di khalayak ramai,…

Beliau juga gagap dan terpaksa berpandukan skrip ketika berucap di hadapan para penyokong! Itu baru penyokong sendiri,…belum berhadapan dengan rakyat jelata yang berbilang kaum dan pemimpin-pemimpin DAP lain di Penang yang kuat maki!
Anda semua boleh lihat sendiri bagaimana yang dimaksudkan tentang “MENGALAMI KRISIS KEYAKINAN” melalui video di bawah ini,..



Ini baru satu contoh,..banyak lagi contoh di blog-blog lain (pro atau anti pembangkang)!

Jika anda amati,..dari hari penamaan calon sehinggalah pada hari ini,..proses kempen yang dijalankan hanya melibatkan Naib Presiden PAS iaitu Mahfuz Omar selaku ‘pengganti’ dan pemimpin terkemuka lain dalam menyampaikan intipati kempen dan visi PAS untuk pilihanraya ini! Sedangkan tugas demikian seharusnya dilakukan oleh calon yang dipilih oleh parti itu sendiri,..

Selain itu,..ketika blogger bertemu penduduk di sekitar Sungai Dua dan sekitar Kg Pelet, mereka memberi respons mengatakan Salleh Man tidak mesra rakyat dan tidak pandai bergaul kita bertemu rakyat..

Osman Jailani mengatakan, “Salleh Man ini sebenarnya bukan berasal dari Permatang Pasir dan ia kurang dikenali rakyat di sini, mungkin ini membuatkan dia kurang yakin bila berhadapan dengan rakyat”,katanya bila blogger bertanyakannya tentang Salleh Man

Manakala Rafidah Hussien berkata, “walaupun saya hanya atas pagar dalam kempen kedua-dua parti ini, namun saya lihat calaon BN lebih memiliki latarbelakang agama dan pendidikan yang baik, malahan fitnah yang dilemparkan bertubi-tubi ke atasnya membuatkan kami merasa kasihan kepadanya”.

Selain itu penduduk Cina, Yeow berkata, “calon PAS sebelum ini tidak lakukan apa-apa, namun dia pandai berkata dan membuatkan kita semua sejuk hati bila melihatnya, tapi calon PAS yang baru ini lebih takut-takut dan ‘less confidence’ ketika mahu mengatakan visi dia”,
Yeow juga mengatakan dia langsung tidak faham apa sebenarnya yang diperjuangkan PAS di negeri Pulau Pinang. Yeow juga menambah, “konsep 1Malaysia lebih menarik perhatiannya di bawah pemerintahan Najib kerana mudah difahamiterutama di kawasan seperti Penang”.

Orang kampung mula mengatakan walaunpun calon BN dilanda pelbagai kontroversi yang difitnah oleh PAS dan Pakatan Rakyat, namun mereka melihat Rohaizad lebih memiliki ciri serta keterampilan sebagai pemimpin,…lagipun Rohaizad memiliki latar belakang agama yang baik dimana beliau merupakan peguam Undang-Undang Syariah serta mampu untuk mengimamkan penduduk kampung dalam sebarang upacara keagamaan!

>>>> Walau apapun,..memang dari hari penamaan calon ramai rakyat sedar calon PAS iaitu Salleh Man memang tidak yakin ketika berbicara di hadapan rakyat!

>>>> Satu persoalan lagi,... kecoh di blog-blog lain mengatakan Calon PAS,Salleh Man ini kaki perempuan,..betulkah rakyat Permatang Pasir????







FITNAH Antara Amalan 5 Waktu PAS !!!!

SALAM,... :)




Langkah Rohaizat dalam mengabaikan serangan-serangan peribadi yang dikenakan ke atasnya adalah satu langkah yang terbaik.

Pendekatan beliau dalam beramah mesra bersama bakal-bakal pengundi di Permatang Pasir lebih dilihat sebagai satu langkah selamat untuk beliau meraih sokongan yang sememangnya dijangkakan agak sukar...tapi tidak salah mencuba!

PAS yang sekarang ini sibuk mengorek noda-noda lama Rohaizat wajib memberhentikan amalan tersebut. Perbuatan ini bukan sahaja mempamirkan sikap tidak profesional mereka dalam berpolitik, malah boleh memutuskan silaturrahim sesama insan.

Permusuhan lama yang hampir dilupakan (atau mungkin sudah saling bermaafan) kini dibangkitkan kembali dengan hanya satu tujuan, mengejar kuasa politik. Sikap busuk PAS ini telah memecahbelahkan saudara seagamanya sendiri.

Berkempenlah cara yang profesional. Tidak salah kalau menabur janji kepada bakal pengundi jika mampu menunaikannya setelah berjaya memenangi PRK ini. BN memang selalu menabur janji, kerana janji tersebut akan ditunaikan. Cuma ketikanya sahaja tidak kunjung semenjak dua menjak ini...

PAS takut menabur janji kerana mereka sedar janji tersebut memang tidak mampu mereka tunaikan, apatah lagi di Pulau Pinang. Tetapi kemenangan tetap mereka perlukan bagi mengekalkan status quo di Permatang Pasir. Satu-satunya kerusi kebanggaan PAS or more likely an expendable asset in Penang. Tidak ada apa yang boleh diharapkan dari Guan Eng untuk kebajikan Melayu Islam di sini...nak mengharapkan PKR...jauh panggang dari api!

Demi kemenangan yang hendak dikekalkan, keperluan penduduk telah PAS abaikan, sebaliknya mereka sibuk mencabul keaiban lawan mereka hingga boleh merenggangkan hubungan dua sahabat lama.

PAS sanggup menyediakan pentas bagi saudara Yusri semata-mata kepentingan politik mereka. Tidakkah PAS sedar tindakan mereka itu akan menyebabkan goyahnya hubungan saudara seagama ini. Dua sahabat yang dahulunya mengusahakan perniagaan kini mula bergaduh akibat perbuatan PAS yang hina ini...mujur Rohaizat mengamalkan sikap yang perofesional dengan tidak mempedulikan asakan yang dikenakan ke atasnya...

Terbaru,...fitnah Ketua Pemuda PAS yg mengatakan Rohaizat ada dua isteri,...sebenarnya apa masalah mental pemimpin PAS ini???
Sedarkah anda,..mereka cuba bangkitkan isu peribadi berbanding isu-isu kebajikan rakyat ataupun agama Islam yang seperti mereka laungkan sebelum ini???
Inikah maksudnya,..PAS sudah tidak perjuangkan kebajikan dan Islam???
Sebenarnya inilah yang dikatakan cubaan mengalih perhatian rakyat supaya momentum kemenangan BN di Manek Urai gagal diteruskan!

Semoga silaturrahim akan sentiasa terjalin dengan tersungkurnya PAS di kubu kuat mereka sendiri di Bulan Ramadhan yang mulia ini..

Thursday, August 20, 2009

CALON PAS PERMATANG PASIR SONGLAP DUIT???

SALAM,... :)

Inilah berita yang tersebar luas sepanjang kempen PRK N11 Permatang Pasir,

(http://www.parpukari.blogspot.com/2009/08/alamak-brader-mujahid-setakat-menafikan.html)

>>>> undilah calon Barisan Nasional untuk kesejahteraan bersama!


Menarik di Permatang Pasir :

(Bukan Muhrim bergaul,...HARAM!!!)

(para penyokong PAS)

(Timb. Presiden PAS bersama kereta mewah)

(Protes Penduduk Kg.Buah Pala ke atas Kerajaan Negeri)

(Lambang Perpaduan 1Malaysia)

(Undilah Calon Barisan Nasional)!!!

Wednesday, August 19, 2009

KENYATAAN RASMI JAWAPAN FITNAH PAKATAN RAKYAT !!!... SERANG PERIBADI CALON PAS PULA!!!

SALAM,... :)

Baca dan sebarkan !!!
Bantulah Calon BN!!!

(http://www.puu-umno.blogspot.com/2009/08/kenyataan-rasmi-pejabat-penasihat.html)

BLOGGER BN PERLU Serang Peribadi Calon PAS !!!

SALAM,... :)



Memang diakui Pakatan Rakyat bijak mengatur fitnah dan dakyah politik untuk mengaburi mata rakyat. Malahan Majlis Peguam secara terang - terangan menjadi proksi mereka. Diharap Kerajaan ambil tindakkan ke atas Majlis Peguam setelah pelbagai siri termasuklah ke atas Agama Islam dan sistem demokrasi kerajaan mereka kucar-kacirkan!

TOLONG AMBIL TINDAKKAN KE ATAS MAJLIS PEGUAM!!!!

Terbaru di Permatang Pasir,...

Calon BN dikatakan melakukan penyelewengan,...walaupun pendakwa kepada hal tersebut telah mengatakan ia satu kesilapan dan ia bukan melibatkan Rohaizad (calon BN), tetapi rakan kongsi Rohaizad!
Rakyat Malaysia sekalian,..biasalah hal-hal sebegini,...rakan kongsi punya hal, tapi pemilik syarikat (perkongsian) turut kena sama!
Nama Rohaizad dan syarikatnya digantung kerana Rohaizad yang memiliki firma guaman tersebut,..dan yang membuat masalahnya adalah rakan kongsinya!

Dalam dok sibuk-sibuk berkempen ni,..isu calon BN bukan main gah diomongkan Pakatan Rakyat..apa kurangnya calon-calon mereka sebelum ini????
Malahan calon PAS yang bakal bertanding di Permatang Pasir langsung tidak dikenali rakyat dan dikatakan sombong!

Apapun,...di sini mahu saya senaraikan rekod jahat/rekod hitam calon-calon Pakatan Rakyat di sepanjang Pilihanraya di Malaysia,...:

i. MP PAS ...... ( masih MP ) lagi di Kelantan. Tak usah sebut namalah. Terlibat dengan kecurian balak di kawasan Tanah Merah Kelantan sehingga TGNA mengambil tindakan menggugurkannya sebagai exco / pengerusi pembalakkan di Kelantan pada tahun 1990. Kalau TGNA bercuti , TGNA akan memberikan pemangkuan kepada seorang ADUN lain sebagai pemangku MB. Tak beri kepadanya. Hanya berikan kepada YB ini sebagai menguruskan hal-hal pentadbiran sahaja. Kejadian ini terjadi setelah 12 orang pegawai jabatan Hutan Tanah Merah termasuk pengarah Hutan Negeri Kelantan di tahan oleh tentera Navik Thailand. Baik sangat ke?

ii. Kes bekas Adun Bukit Selambau ( Arumugam ) . Bersekedudukan sehingga lahir anak luar nikah.


iii. Kes Eli Wong di Selangor : bersekedudukan dengan lelaki muslim tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Baik sangat ke?


iv. Kes Ronnie Liu : Masih bicara di mahkamah kerana menghalang penguatkuasa MPSA menyerbu di pusat pelacuran / karaoke. Baik sangat ke ?


v. Kes khalwat Mat Sabu denganseorang wanita bernama Norma di hotel Perdana Kota Bharu( tak silap bilik 121 kot ). Mat Sabu cakap perempuan tersebut datang nak jual ubat. Baik sangat ke?


vi. Kes Apandi Ali ( bekas ADUN Jeli Kelantan ): membuat tuntutan palsu dengan mendakwa menetap di hotel perdana Kota Bharu tapi tak tinggal disitu dan telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Termasuk dituduh ialah seorang YB ( dah bekas ) di Kelantan juga kerana membuat tuntutan palsu berkaitan hotel yang sama juga bersama YB Apandi Ali. Baik sangat ke ?


vii. DSAI. Dua kes liwat. Satu dah selesai dan mahkamah sahkan bahawa beliau seorang pengamal homoseksual. Satu kes lagi sedang berjalan. Itu punasyik mengelak aje. Baik sangat ke?


viii. Allahyarham Buniyamin : menuduh Tun Mahathir menonton filem lucah dengan cucunya. Lepas fitnah tersebut terus meniggal dunia. Nasib baiknya dimaafkan oleh Tun. Baik sangat ke?


viii. Kes Fairuz TKM Pulau Pinang. rasuah kemudian didapati tak cukup bukti ambil duit dari syarikat pecah batu. ( Teknikal sahaja: duitnya ambil juga ). Baik sangat ke ?


x. Kes-kes rasuah dan penyelewengan YB PR di Selangor sekarang. Baik sangat ke YB PR ini ?. Dari MB nya sehinggalah kepada exco-exconya sama aje
.

>>>> Adalah menjadi kemestian untuk semua penyokong BN dan blogger BN memulakan serangan ke atas peribadi calon PAS di Permatang Pasir!!! Ini kerana mereka telah memulakan dulu peperangan ini!!!


Perang Sama Pakatan Rakyat !!!

SALAM,... :)


Maka bermulah sudah tuduh-menuduh dan fitnah dari pakatan haram kepada calon BN yang bertanding, siap bawak Haris Ibrahim, seorang lawyer dari mana entah, aku pun tak tau untuk tujuan misi memburuk-burukkan saudara Rohaizat Othman!

Pelbagai macam la tuduhan dilemparkan, dikatanya Rohaizat ini sudah 'blacklisted' di BAR Council dan bermacam lagi la, biasa la kalau bab tuduh-menuduh dan fitnah memitnah ni serahkan saja pada pakatan Harami ni, depa memang 'expert'.

Mujurlah aku ada terima satu SMS semalam yang menerangkan senario yang sebenar tentang isu ini, di bawah ini aku lampirkan senarionya:


Aduan telah dibuat oleh Haji Che Ani, Pengerusi Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang kepada Majlis Peguam terhadap firma Saif-Ariff - T.Jayaraj dan Rohaizat.

Pembelian hartanah untuk koperasi dan ianya diuruskan oleh BEKAS RAKAN KONGSI rohaizat bernama Yusri Isahak. Pembelian itu telah dibatalkan dan koperasi telah membuat aduan di BAR Council.

Yang sebenarnya, Rohaizat tidak terlibat pun dalam urusan jualbeli tersebut. Semuanya diuruskan oleh Yusri Isahak, termasuk la segala urusan akaun dan tandatangan surat jual beli. Namun pada tahun 2003 rakan kongsi Rohaizat ini telah pun keluar dari firma tersebut.

Oleh yang demikian, didalam aduan Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang, Rohaizad telah dinamakan, beliau telah menjadi MANGSA KEADAAN demi untuk menyelamatkan firma dan rakan kongsi.

Rohaizat tidak dapat memberi keterangan kepada Lembaga Tatatertib Majlis Peguam (BAR Council) kerana beliau jatuh sakit pada hari tersebut dan beliau punyai surat cuti sakit yang sah. Namun rohaizat tetap dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Tatatertib Majlis Peguam dan namanya telah 'dikeluarkan' daripada senarai daftar peguambela/cara. Keputusan ini memang TIDAK ADIL!

Rohaizat telah menyelesaikan hal Koperasi bagi pihak rakan kongsi yang telah keluar. Pada tarikh 28/3/2008 koperasi telah menghantar surat kepada Lembaga Tatatertib Majlis Peguam dan telah menarik balik kesemua aduan terhadap Rohaizat. Kes ini masih lagi dalam proses rayuan.


Jadi apa lagi yang tak kena wahai pakatan rakyat? Sampai terpaksa bawak lawyer untuk nak belasah Rohaizat ni! 'Desperate'nya pakatan gangster ni kan? Patut la semalam ada satu hero Paria yang pukul polis lagi, Tak tau la apa lagi mereka akan buat selepas ini!

Kalau difikir baliklah kan, perkara sebegini memang sudah menjadi satu kelaziman di negara kita ini, selalunya rakan kongsi kita buat hal tapi kita yang kena menanggung akibatnya, cuba kita lihat sekeliling kita la ya wahai pembaca budiman sekalian, berapa ramai orang yang kita kenal biasa kena tipu dengan rakan kongsi, ramai bukan? So, is that a big deal?

Lagipun perkara ini dah settle dah pun, apa la nak dikecohkan lagi, hmmm, apa yang aku nampak pihak pakatan haram ni sudah makin ketandusan idea dah ni...

REKOD KECUNDANG CALON PAS !

SALAM,...:)

Nama : Salleh ManUmur : 52 tahun.

Kelulusan : graduan UM.

Pekerjaan: Ahli Perniagaan (berniaga apa tak tau la- tak ada dalam rekod)

Jawatan dalam PAS : Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang

Rekod bertanding Pilihanraya :
Pilihanraya Umum 2008 : TEWAS kepada calon BN, Datuk Jasmin Mohamed
Pilihanraya Umum 2004 : TEWAS kepada calon BN, Datuk Roslan Saidin
Pilihanraya Umum 1999 : TEWAS kepada calon BN, Yahaya Hamid
Pilihanraya Umum 1995 : TEWAS kepada calon BN, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad

Pilihanraya Kecil N11 PERMATANG PASIR : ???

>>>> Tiada sebab untuk rakyat Permatang Pasir untuk memenangkan 'big loser' ini!...
Undilah calon Barisan Nasional di PRK N11,Permatang Pasir 25 Ogos 2009 ini...
Kemenangan akan memihak pada BN,...AMIN Ya Allah

Tuesday, August 18, 2009

JAWAPAN FITNAH PAKATAN RAKYAT

SALAM,... :)

Dakwaan pembangkang wujudnya salah guna wang Koperasi Pekebun-pekebun Kecil Getah Pulau Pinang, yang hendak dibangkitkan semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, tidak melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman.

"Dari penjelasan yang diberikan oleh penasihat undang-undang bahawa pihak Koperasi Pekebun-pekebun Kecil Getah Pulau Pinang, yang diperjelaskan oleh Bendaharinya, Tuan Haji Omar (Hamid), pembayaran terhadap wang yang dipegang oleh syarikat guaman Saudara Rohaizat telah pun diselesaikan lama dahulu.

"Oleh yang demikian, mereka juga telah lama menarik balik laporan yang dibuat terhadap penggunaan wang pelanggan oleh firma guaman Saudara Rohaizat, di mana yang melakukan perbuatan itu bukanlah saudara Rohaizat tetapi bekas rakan kongsinya... di mana perkara ini telah pun diselesaikan," katanya.

Pesanan ZAHID HAMIDI, sesuai dengan ayat keenam Surah al-Hujurat:

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.Oleh kerana Zahid pernah menjadi menteri yang bertanggungjawab hal ehwal agama tentulah beliau tidak fasik. Dan, takkan pula beliau nak berbohong.

>>>> Harap Pakatan rakyat yang suka memburuk-burukkan dihancurkan sehancur-hancurnya!!!

KERJA JAHAT PAKATAN RAKYAT!

SALAM,... :)




Hari ini pihak pembangkang terutama Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar sibuk menjaja cerita yang mengatakan calon Barisan Nasional Rohaizad sudah tidak memegang status guaman dari Majlis Peguam. Dalam keadaan mereka tidak mendapat sambutan dari rakyat Permatang Pasir dalam sepanjang tempoh berkempen ini, pihak pimpinan Pakatan Rakyat sudah mulakan runtin bermusim mereka iaitu 'serangan peribadi' ke atas calon BN!


Disebalik semua ini, macam lah 1Malaysia tak tahu apa tujuan sebenar Majlis peguam mengeluarkan surat supaya membatalkan pencalonan Rohaizad sebagai calon BN,...kalau kita amati,...terlalu ramai pro-pembangkang serta Ahli Parlimen pembangkang merupakan orang kuat Majlis Peguam antaranya Tian Chua, Zulkifli Noordin dan sebagainya!
Benar tanggapan BN yang mengatakan Majlis Peguam cuba untuk menjadi proksi dalam memburuk-burukkan peribadi Rohaizad,..sedangkan SPR telah mengesahkan isu tersebut tidak menjadi sebarang masalah ke atas pencalonan seseorang individu!


Adakah individu serta parti yang sering melaungkan Islam sebagai moto mereka diajar untuk merendah-rendahkan martabat serta menghina orang lain???
Patutlah seringkali ulama' serta org kuat PAS kini sewenang-wenangnya benarkan bukan Islam untuk menghina agama kita dengan alasan 'mereka tidak tahu apa itu Islam'!


Jadi tidak hairanlah isu memburuk-burukkan peribadi orang lain ni adalah kelaziman bg mereka.
Sebenarnya pemimpin pembangkang pernah berjanji yang mereka tidak akan pernah menyentuh hal peribadi lawan dalam menjalankan kempen pilihanraya...begitu juga BN,...tetapi kini siapa yang bersifat munafik melanggar janji kalau bukan P.R???


Rakyat Malaysia sekalian,..jika mahu persoalkan peribadai calon,..apa kurangnya dengan calon PAS???
Salleh yang menjadi wakil PAS amat kurang dikenali rakyat Permatang Pasir, dia juga bukan berasal dari kawasan perlimen Permatang Pauh serta juga mengakui yang dia sendiri tidak kenal dengan kerenah rakyat di kawasan DUN Permatang Pasir! Pakatan Rakyat dalam tempoh berkempen ini mengatakan BN terlalu jahat sehingga memainkan isu arak yang melanda P.R di Selangor baru-baru ini di P.Pasir,...mereka mengatakan BN cuba memainkan isu dan sentimen perkauman dan agama untuk meraih hati pengundi!


Anda sekalian harus sedar,...adakah salah BN dalam memainkan isu sebegitu??? Bukankah isu tersebut sebenarnya membela Melayu Islam di Selangor???
BN mahu beri pengajaran yang terbaik dengan membuktikan bahawa, walaupun Ahli Parlimen Shah Alam adalah Melayu dan MB nya juga Melayu,...namun mereka gagal untuk menegakkan hak-hak serta kepentingan dan sensitiviti masyarakat Melayu di sana,...


Itulah yang cuba dipraktikkan BN Permatang Pasir untuk kesedaran rakyat,...DAP yang memerintah juga gagal untuk menjaga sensitiviti pelbagai kaum di Pulau Pinang,...lihat saja dari isu pertukaran Bahasa Melayu dan Jawi di sign board, isu Kg. buah Pala, isu pembinaan kuil bersebelahan masjid di Kg. Belacan, isu cadangan pembatalan DEB dan sebagainya!


Mereka disifatkan gagal dalam menjaga kepentingan rakyat Permatang Pasir dan Pulau Pinang, terutamanya masyarakat Melayu!
Adalah menjadi tanggungjawab Melayu Islam Penang menolak kerajaan hina ini!!!

>>>> Kepada pengundi Permatang Pasir,...isu yang cuba diketengahkan tentang peribadi Rohaizad langsung tiada kaitan dengan karier politiknya,...itu cuma niat jahat Majlis Peguam yang mana mereka cuba untuk menjadi proksi Pakatan Rakyat!
>>>> Sebenarnya mereka telah ketandusan isu sehingga perlu untuk menyerang peribadi calon BN,...tunggu saja selepas ini,..mungkin keluar foto super-impose,..cerita rekaan,...dan mcm2 lagi,...semua ini adalah rutin Pakatan Rakyat!
>>>> Kami doakan kemenangan calon BN di Permatang Pasir YA ALLAH,...AMIN

Monday, August 17, 2009

Pakatan Rakyat Penang Tolak PAS!

SALAM,... :)



Isu yang dibangkitkan ini mungkin tidak menjadi kejutan kepada sebahagian besar penyokong P.R di P.Pinang,…namun ia dikira gah di mata pemerhati politik tanah air.
Sebenarnya ada suara dari akar umbi di P.Pinang telah menyuarakan serta memberi amaran supaya DAP tidak mencampuri kempen PRK Permatang Pasir,…ini kerana mereka tidak mahukan PAS berada di dalam P. Pinang memandangkan mereka hanya ada satu kerusi di negeri itu! Jika tiada kerusi langsung lebih baik.

Mereka mengatakan PAS hanya akan menjadi pengundang masalah dalam pentadbiran negeri seperti di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan!...mereka memberi contoh akan campur tangan PAS dalam isu arak di Selangor,…kata mereka EXCO PAS lah yang menghangatkan isu tersebut dan menjadikannya sebagai senjata BN untuk PRK Permatang Pasir ini. PAS jugalah yang dulu beria-ia ingin menutup kilang arak di Selangor,tapi pada hari ini janji mereka tidak tertunai-tunai lagi, malahan kini sibuk untuk pengharaman penjualan pula….pembohong seperti inilah yang tidak dimahukan mereka kononnya (mcmlah PKR & DAP tak janji mcm-mcm,..dan tak laksana juga) :)

Ramai juga mengatakan biarlah BN memenangi PRK kali ini,…kerana jika kemenangan diraih BN sekalipun, Pakatan Rakyat langsung tidak akan terjejas di P.Pinang!...keupayaan UMNO dan BN untuk menundukkan kerajaan pimpinan DAP di sana adalah terlalu-lalu mustahil!...jadi apa sangat yang dikisahkan sekiranya BN menang di sana..? Tidak kurang juga yang angkuh berkata,…jika kita kalah pun tak kisah kerana PRK sebelum-sebelum ini telah banyak menang…berilah peluang untuk BN.
Kesian mereka…. :)

Dalam pada itu, berdasarkan maklumat yang diperoleh dari blog-blog pro-pembangkang juga mengatakan kemenangan PAS di Permatang Pasir akan membuatkan Nik Aziz mula untuk masuk campur akan pentadbiran di Penang!,…Ini kerana pada masa kini Nik Aziz lebih kepada menjadi proksi Anwar Ibrahim…


Kepada Pengundi Permatang Pasir :

+ Ingatkah lagi anda dengan kenyataan Nik Aziz yang mengatakan “sembah roh orang mati serta tunduk memberi penghormatan pada mereka adalah tidak dilarang di sisi Islam”???
+ Ingatkah lagi dengan kenyataan Nik Aziz yang mengatakan “biarlah jika DAP ingin hina Islam,…ini kerana dia tak faham Islam”…???

>>>> Walau apapun suara serta bantahan penyokong pembangkang di Penang terhadap PAS,….sebenarnya adalah lebih wajar sekiranya BN memenangi PRK Permatang Pasir ini!

>>>> Ini adalah kerana, BN dan UMNO memiliki banyak kerusi di sana,…kemenangan ini sedikit sebanyak akan membuatkan DAP mempertimbang setiap keputusan yang bakal diambil kelak dengan lebih rasional kerana pembangkang P.Pinang (BN) semakin kuat sokongannya!!!

>>>> Berilah peluang seperti mana jiran DUN anda memberi peluang ke atas Dato’ Arif Shah Omar Shah (BN) walaupun berada di bawah Parlimen Permatang Pauh!..berilah sedikit ruang buat YB BN berkhidmat di sana,…lagi pula kemenangan BN tidak akan menggugat kuasa kerajaan Pakatan Rakyat di sana.

>>>> Melayu Islam di Permatang Pasir perlu memilih BN dalam memastikan segala tindak-tanduk DAP yang merendahkan martabat Islam di Pulau Pinang dapat didedahkan!...bukan hanya akan menjadi Pak Turut atau Boneka seperti YB-YB PAS dan PKR! Insya’allah BN menang di PRK Permatang Pasir…AMIN

Rentak Pembangkang Membakar Semangat Melayu !!!

SALAM,... :)


Rakyat malaysia sekalian,...kelmarin kita dihidangkan dengan rentak percaturan politik pembangkang yang berunsur lakonan semata-mata. Perkara yang dimaksudkan adalah kecederaan yang dialami pembantu khas Ronnie Liu, EXCO Selangor ketika cuba dibawa bekerjasama oleh SPRM,...


1malaysia dapat lihat yang anggota SPRM telah berbincang terlebih dahulu serta berinteraksi secara diplomatik ketika ingin membawa Pembantu Ronnie Liu tersebut ke Head Office SPRM di Selangor,...namun macam babi yang menggila individu tersebut meronta-ronta serta bergelut untuk tidak mahu dibawa......saudara sekalian, ingatkah lagi pepatah "Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah"??? :)


Setelah dengan jayanya individu tersebut berlakon apabila membalut satu kakinya keesokkan hari selepas kejadian,.. ia mendapat reaksi berbeza daripada rakyat,...mcm biasalah pro-pembangkang akan mengatakan SPRM tidak telus, tidak ada etika, amalkan kekerasan dan sebagainya....media rasmi pembangkang seperti Malaysiakini dan TheMalaysianInsider juga mengeksploitasikan isu tersebut sedalam-dalamnya!...memang itu sudah dijangka....apa perlu dihairankan??

Tetapi berbalik kepada reaksi rakyat,...banyak blog,portal,discussion board pro-pembangkang mengecam tindakan DAP mengeksploitasikan isu tersebut!...kebanyakkan yang marah pada DAP adalah daripada penyokong PAS & PKR,...mereka mengatakan perbuatan (lakonan) tersebut adalah satu penipuan yang sengaja dibuat untuk meraih simpati rakyat!..
Mereka mengatakan tindakkan tersebut bukan akan menjatuhkan imej SPRM,...sebaliknya menjatuhkan imej dan sikap pemimpin Pakatan Rakyat!...
Banyak blog-blog pro-pembangkang yang mula memaki hamun sikap DAP yang seringkali berlakon untuk memporak-perandakan negara sejak akhir-akhir ini!
Sudahla menghina Raja & Sultan,...cuba membangkitkan kemarahan orang Melayu pula!


Kes-kes seperti ini sememangnya selalu diamalkan oleh pemimpin-pemimpin DAP & Pakatan Rakyat,...Sebagai contoh :

1. Isu yang dibawa Teresa Kok,...Perempuan yang dikatakan warga China dirakam berbogel di dalam sel penjara kira-kira 2 tahun lepas. (walhal perempuan itu Melayu),...ketika dikatakan Cina,...sibuk pemimpin Pakatan Rakyat bertegang urat memaki kerajaan dan Polis, demonstrasi,...setelah diketahui Melayu,...langsung tiada respons untuk membela wanita itu!!! Inikah Demokrasi mereka???

2. Isu Teresa Kok ditahan ISA,...dia mengatakan makanan yang disediakan adalah seperti makanan anjing!...cuma sekadar telur rebus dan nasi. Sebenarnya apa makanan yang diharapkan oleh anak dara tua ini di dalam tahanan???

3. Lakonan pembantu khas Ronnie Liu,...kononnya belum berkesempatan untuk ke pejabat SPRM untuk disoal-siasat...tetiba meronta-ronta serta bergelut untuk tidak mahu dibawa oleh anggota SPRM. Yang peliknya,..cuma terebah dengan ketinggian tidak sampai semeter,...tapi simen kaki hingga ke paha... :)

4. Penamaan Calon Permatang Pasir,... Gobalakrishnan yang juga Ahli Parlimen Padang Serai dilarang oleh polis daripada terus berada di luar kawasan yang dikhaskan untuk penyokong,...Ketika polis cuba membawanya masuk ke ruang yang ditetapkan, berlaku sedikit kekecohan antara Gobalakrishnan dan polis berikutan keengganan pemimpin itu untuk ikut arahan polis.
Kekecohan berakhir apabila Gobalakrishnan dibawa oleh ambulans kerana mengadu cedera...


5. Lakonan Karpal Singh yang kononnya cedera di lobi Parlimen apabila dikerumuni Pemuda UMNO,....namun apa yang cederanya??? kata mahu saman,...mana samannya??? Nak saman Sultan pun setakat hangat-hangat tahi ayam,... :)

6. Lakonan 'Bubar DUN Perak' yang dikenali senagai 'Mogok Lapar' melibatkan Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat juga menampakkan kebodohan serta kecetekkan akal mereka! Macam inikah mahu diangkat jadi pemimpin??? Tidak lebih daripada cuma ingin meraih simpati rakyat,...maklumlah tidak boleh terima Qada' dan Qadar dari Allah...



>>>> Apa semua ini???...'matapelajaran' baru yang diajar oleh Cikgu Anwar ke??? :)


>>>> Walau apa pun, lakonan mereka dari sehari ke sehari sememangnya membuatkan majoriti Melayu berasa jelik dengan Pakatan Rakyat!,...lakonan seterusnya amat digalakkan oleh kami kepada pemimpin P.R untuk menyemarakkan lagi kebencian rakyat pada mereka!

>>>> Tidak hairanlah mengapa Melayu sudah mula memberi kepercayaan kepada pimpinan Najib dan Muhyiddin berdasarkan rekod PRK Penanti dan Manek Urai!
Kita nantikan pula di Permatang Pasir!
Insyaallah BN akan merampas kerusi Permatang Pasir!!!
Kami Doakan kemenangan BN serta kekalahan Pakatan Rakyat,..
.AMIN

Sunday, August 16, 2009

ANWAR : PENGKHIANAT BANGSA & KeADILan

SALAM,... :)


Keadilan bagi Anwar ialah kesamarataan hak dan pembahagian kekayaan ekonomi Malaysia kepada semua kaum.Keadilan bagi Anwar ialah segala keberadaan di dalam Malaysia ini dipunyai secara bersama diantara semua kaum Melayu, Cina, India, Iban dan kadazan.

Keadilan menurut Anwar pembasmian kemiskinan tidak hanya kepada kaum Melayu ianya mestilah meliputi semua kaum.DEB bagi Anwar adalah untuk kroni-kroni Umno yang bertambah kaya dan yang miskin papa kedana.

Baiklah, jika kita bersetuju dengan Anwar maka perkara-perkara berikut mesti dilakukan :-

1. Setelah diteliti, maka kekayaan sekarang lebih dimiliki oleh kaum cina dan India serta yang terkaya juga adalah orang Cina dan India, suatu keadilan dituntut untuk Melayu juga diberi peluang untuk menikmati kekayaan itu setelah bertolak ansur memberikan kerakyatan kepada bukan Melayu..apakah mereka akan memberikannya???

2. Pemilikan tanah-tanah dibahagi sama rata diantara kaum maka premis-premis perniagaan di bandar KL misalnya mestilah diberi juga kepada org Melayu secara adil dan saksama sehingga mencapai 50-50 !

3. Pembasmian kemiskinan juga mestilah serentak dengan menaikkan taraf ekonomi orang-orang Melayu yang sekarang ini hanya mencapai 18% dimana selebihnya dimiliki bukan Melayu maka mereka harus bersedia berkongsi aktiviti perniagaan dan ekonomi agar dari 18% ekuiti orang Melayu akan meningkat ke 50% ekuiti orang Melayu. Segala aktiviti ekonomi seperti pembentukan syarikat mestilah diberikan 50% kepada orang Melayu atau India mengikut tahap pemegangan ekuiti semasa sehinggalah terjadi pembasmian kemiskinan secara samarata.

4. DEB memang tidak diperlukan jika langkah-langkah menaikkan ekuiti orang Melayu kepada 50% dan ini adalah adil kerana Melayu tidak meminta lebih daripada separuh...hanya 50% je.Begitulah keadilan versi Anwar itupun kalau bukan Melayu bersetuju dan bersedia untuk kepunyaan mereka dikongsi bukan hanya tahu berkongsi kepunyaan atau hak Melayu sahaja.!

>>>> Orang Melayu jangan jadi bodoh dengan hanya menyokong segala prinsip perjuangan politik Si-Pengkhianat Bangsa ini. Cita-citanya hanyalah ingin menjadi PM Malaysia (yg mana secara terang-terangan tidak akan kesampaian)!!

>>>> Bangkitlah rakyat Malaysia untuk menolak dakyah politik songsang Pakatan Rakyat ini,...mereka hanyalah satu pakatan haram tidak berdaftar yang mana gemar memainkan isu perkauman untuk memporak-perandakan negara kita yang aman makmur ini!!!

>>>> Kepada rakyat Permatang Pasir,....berilah pengajaran kepada Anwar yang mana dia langsung tidak pernah membela agama dan bangsa kita!!!...sudah banyak kali anda memberi peluang pada mereka,...namun hasilnya hampeh!
Undilah Calon Barisan Nasional

Friday, August 14, 2009

GEMPUR : Rohaizad Calon BN

SALAM,... :)


Petang tadi TPM Muhyiddin telah mengumumkan peguam muda Rohaizad Othman sebagai calon Barisan Nasional untuk PRK Permatang Pasir.Beliau yang berusia hanya 38 dilihat mampu untuk mengalahkan calon PAS yang mana pada masa ini pemilihan calon parti pembangkang itu masih dalam keadaan samar. Berdasarkan sumber dalaman PAS Pulau Pinang, pertelingkahan pendapat tentang calon yang sesuai telah berlaku dikalangan ahli-ahli PAS!Ramai yang mahukan calon berhaluan Erdogan di Permatang Pasir,...tetapi pucuk pimpinan parti mahukan calon bertaraf Ulama'!
Sebarang keputusan yang akan dibuat PAS akan tetap memecahkan sokongan jentera Parti mereka sendiri....iaitu Pro-Ulama' dan Pro-Erdogan!
Ramai yang mengatakan Mat Sabu akan dicalonkan sebagai wakil PAS untuk PRK kali ini! :)

Berbalik kepada calon BN,...ketika ini beliau merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh dan amat dikenali oleh rakyat di sekitar kawasan Permatang Pauh, Permatang Pasir. Selain itu, Rohaizad juga memiliki status akademik yang tinggi di mana beliau telah menerima pengajian Undang-Undang Syariah di IIUM (International Islamic University Malaysia)...
Sebelum melanjutkan pelajaran ke dalam Undang-Undang Syariah,...beliau telah bersekolah di SEK. Al-Mansoor di Penang.

Melihat kepada kemampuan dan latar belakang yang dimiliki Rohaizad, peluang BN untuk merapatkan jurang majoriti undi atau mengalahkan terus calon PAS di kawasan kubu kuat pembangkang tersebut adalah sangat cerah,...ini berikutan pada masa yang sama penindasan Melayu di Penang serta penganaktirian oleh DAP terhadap Melayu/India di sana akan menjadi suatu isu yang tersangat hangat!
Anwar Ibrahim selaku MP Permatang Pauh juga disifatkan sebagai gagal membela bangsa Melayu di Permatang Pasir!

Berdasarkan rekod yang mana DUN Permatang Pasir merupakan satu-satunya kerusi yang dimiliki PAS di Penang,...rakyat kebanyakkannya sudah mula sedar dengan pengundian mereka ke atas PAS tidak akan menjanjikan apa-apa di bawah kerajaan pimpinan DAP itu!...apa yang mereka bakal lihat jika PAS menang hanyalah wakil rakyat yang sentiasa menjadi Pak Turut serta Diam Membisu walaupun untuk isu-isu sensitif berkaitan Islam/Melayu!


>>>> Rakyat & Blogger Pembela Negara diminta berpadu tenaga seperti yang telah kita lakukan di Manek Urai untuk memastikan kemenangan menjadi milik kita!

>>>> Jentera Parti Barisan Nasional diminta mempraktikkan strategi yang paling kreatif dalam menambat hati pengundi untuk mengundi 'YB Rohaizad Othman' pada 25 Ogos 2009 nanti!

>>>> Jentera Pemuda,Puteri & Putera harus aktif dan dibantu oleh parti-parti komponen BN lain! Pastikan Anwar menggigit jari kali ini!!!
Insy'allah kemenangan memihak pada Barisan Nasional...

Thursday, August 13, 2009

Pelampau Islam dalam PAS!

SALAM,...:)




Hari ini secara mahu atau tidak,...rakyat Malaysia perlu peka dengan perkembangan semasa politik tanah air! Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sudah boleh dikira terlalu ekstrim dan melampau dalam membuat sebarang kenyataan...tidak kira sama ada kenyataan yang berbaur hasutan, tomahan, hinaan, fitnah dan yang lebih parah lagi menjadikan Islam sebagai alat untuk menguatkan kekuasaan politik mereka!!

Kelmarin, Tuan Guru Nik Aziz telah menyatakan secara terbuka yang beliau tidak kisah sekiranya DAP menghina Islam...!!
Dia memberi alasan bahawa mereka adalah kafir dan tidak mengetahui sebarang asas mengenai Islam...maka mereka layak menghina dan memijak Islam sekiranya mereka mahu.

Satu pertanyaan kepada Nik Aziz dan kepada anda semua...Adakah anda boleh membiarkan orang yang tidak dikenali atau tidak mengetahui asal-usul mak bapak anda menghina serta memijak kepala mereka di depan anda sendiri???
Apa reaksi anda sekiranya ibu anda dicemuh serta dihina dan dimaki setiap hari???
Itu baru ibu dan bapa,...bagaimana dengan Islam???
Relevankah kata-kata Ulama' (kononnya laa) seperti Nik Aziz ini???
Kitab mana yg dia pelajari & praktikkan???
Kalau benar pendapat Nik Aziz sebegitu,...mengapa dulu mereka sibuk berdemonstrasi ketika pelukis karikatur Belanda menghina Nabi Muhammad???...mereka juga tidak faham akan Islam,...jadi biarkan sajalah.... :)

Di sini kenyataan Nik Aziz :

“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam, Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.“Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang,” katany.

(satu pertanyaan,...Pakatan rakyat tidak pernah serang batang tubuh orang lain kah???,...bukankah hari-hari mereka yang memaki hamun dengan perkataan barua,laknatullah,bapak syaitan,kafir....yang tu bagaimana???)

Bukankah kita sebagai umat Islam diwajibkan hingga ke titisan darah terakhir untuk membela agama suci Islam kita..??? bagaimana penyokong-penyokong PAS masih boleh menyanjungi insan yang telah didoktrinkan oleh Anwar ini??
Mufti Perak Dato' Harussani juga kecewa dengan tindakkan pembangkang yang dengan mudahnya menghina Sultan dan Raja-Raja,..apatah lagi pemimpin BN...
Di dalam Islam, agama tidak mengajar supaya rakyat berpaling tadah dengan pemerintah atau pemimpin!!...
Bagaimana semua ini menjadi kelaziman bagi PAS???...sedangkan mereka sering melaungkan Islam sebagai moto dan prinsip mereka!

Ini Kenyataan Dato' Harussani :

“Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini.Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau. “Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,”

>>>> Kami sebagai rakyat Malaysia merayu supaya penyokong PAS & Pakatan Rakyat mempertimbangkan semula sokongan politik anda pada mereka demi membela agama,bangsa dan negara kita!!!

>>>> Renungan Hadis :

“Akan ada sesudahku para imam atau kepala negara yang tidak mengikut petunjuk dan tidak menjalankan sunnahku. Dan akan bangun pada mereka (dalam kalangan mereka) laki-laki yang hati mereka adalah hati syaitan dalam tubuh manusia. Bertanya Huzaifah, bagaimanakah saya hendak lakukan jika saya menemuinya, Ya Rasulullah? Baginda bersabda, hendaklah engkau mendengar dan taat, walaupun ia memukul belakangmu dan mengambil hartamu. Dengar dan taatlah.” (Riwayat Muslim)."

“Akan ada pemerintah yang kamu mengenali mereka dan kamu mengingkarinya. Maka, barangsiapa yang mengenali, sesungguhnya ia telah bebas dan barangsiapa yang membenci maka ia selamat. Akan tetapi orang yang redho dan mengikutnya? Mereka bertanya, bolehkah kami memerangi mereka? Rasulullah bersabda, Tidak! Selama mereka bersolat.” (Riwayat Muslim).

Wednesday, August 12, 2009

Pengecutnya PARTI PAS !!!

SALAM,...


Bila pembangkang mula membicarakan tentang kelemahan-kelemahan serta tiadanya perpaduan di dalam kerajaan Barisan Nasional ketika PRU12 lepas,...ramai rakyat pada ketika itu bersetuju dengan pendapat jumud mereka ini.
Tetapi hari ini,...apa yang jelas dapat kita lihat di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan bekas kerajaan mereka di Perak???
Adakah mereka sangat berpadu sehingga tiada langsung isu kecil berlaku dalam pentadbiran mereka???
Malahan isu-isu lebih besar banyak timbul!

Baru-baru ini,...Pemuda UMNO telah menjemput Pemuda PAS untuk menyertai perhimpunan memboikot penjualan arak di Selangor dengan keadaan yang paling aman...namun ia ditolak mentah-mentah oleh PAS!
Tapi mengapa???...bukankah mereka yang sering melaung-laungkan mereka perjuangkan dasar Islam serta menentang segala kegiatan mungkar yang ditegah oleh agama suci kita???
Mereka mengatakan,...alasan untuk tidak menyertai perhimpunan tersebut adalah kerana mereka ingin menjaga hubungan politik serta diplomatik mereka dengan DAP yang mana boleh menjaminkan 'peluang cerah untuk mentadbir negara' kelak!

Adakah parjuangan parti seperti ini yang nyata menggunakan nama Islam patut dibanggakan serta diharapkan oleh kita semua???
Mereka sering memaki dan mencaci UMNO kerana tidak perjuangkan Islam,...namun apa bezanya dengan mereka???
Adakah kerana peserta-peserta PAS kini lebih bersikap liberal seperti Anwar??
Kalau benar, maka tidak hairanlah suatu ketika dulu Tim. Presiden PAS,Nasharuddin pernah mempertikaikan Kontrak Sosial dimana kontak tersebut menjelaskan hak-hak Melayu Bumiputera dan Agama Islam sebagai agama rasmi yang telah dipersetujui sejak Merdeka lagi...

Rakyat malaysia & Selangor sekalian,...anda jangan sesekali pernah lupa yang PAS dan PKR pernah melaungkan ini sebagai manifesto mereka ketika PRU12 tahun lepas :

1. Akan menutup Kilang Carlsberg dan Tiger di Selangor setelah mengambilalih tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional.

2. Melarang penjualan arak di tempat-tempat terbuka di seluruh Selangor (bukan hanya di tempat majoriti Melayu seperti MB Gagap umumkan minggu lalu)

Itu baru kita sentuh berkaitan isu arak,....belum lagi janji-janji mereka untuk memansuhkan cukai tanah, mengurangkan cukai pintu, subsidi petrol, pengurangan sewa perumahan Projek Rakyat dan sebagainya...

Bila pemimpin BN mempertikaikan betapa pengecutnya YB-YB PAS di Selangor dalam menegakkan Islam dan masyarakat Melayu,..mereka tidak boleh terima!
Jadi siapa yang akan membela masyarakat Melayu/Islam seperti kami di Selangor???
Penang???
Lihat saja senarai EXCO...berapa kerat dari golongan Melayu/Islam???

>>>> Kita sebagai rakyat Malaysia harus mula belajar menolak dakyah politik pengecut PAS yang mana secara terang-terangan berkomplot dengan bukan Islam untuk memastikan kuasa pemerintahan berada di tangan mereka!

>>>> Kata-kata Tuan Guru Nik Aziz juga dilihat semakin hari semakin liberal dan pro-Anwar!!..sehingga membenarkan upacara penyembahan roh, benarkan kafir baca Quran untuk berpolitik, tolak perpaduan sesama Melayu/Islam,...dan sebagainya.

Friday, August 7, 2009

Hassan Ali Dikambing-Hitamkan DAP!

SALAM,... :)

Hari ini telah tersebar luas tentang berita Tony Pua (MP Petaling Jaya) mencadangkan supaya hadapkan Dato' Dr. Hassan Ali,EXCO Agama Islam Selangor ke Lembaga Disiplin Pakatan Rakyat di negeri itu... Tindakkan yang menampakkn sejelas-jelasnya perpecahan di Selangor ini adalah kerana gesaan Dato' Hassan Ali supaya Ronnie Liu meletakkan jawatan sebagai EXCO di Selangor!

Rakyat Malaysia sekalian,...kehadiran PAS hanya dijadikan sebagai boneka oleh komponen Pakatan Rakyat di Selangor!,...cuba anda lihat dari isu ladang babi, isu sekolah Agama & Tahfiz, isu Azan, isu rumah ibadat bukan Islam, isu Air dan terbaru isu pengharaman arak.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat telah berjanji sesudah mereka mengambil alih pentadbiran Selangor dari Barisan Nasional,...pengharaman arak, judi serta kilang arak akan dilakukan secara total di sana....
Namun hari ini apa yg rakyat Selangor dapat????
Pengharaman Arak...??? Hudud...???? Kebajikan...???? Langsung tiada apa yang dapat dibanggakan berbanding pemerintahan BN!

Gesaan Hassan Ali supaya Ronnie Liu meletakkan jawatan adalah selaras dengan tindakan barua DAP ini yang sering mencampuri urusan pentadbiran PBT!...Kawasan majoriti Islam seharusnya patut diharamkan untuk penjualan arak!...mengapa tempat-tempat yang majoriti penduduknya 95% Melayu Islam harus mengekalkan kedai yang menjual arak??

(Dato' Dr Hassan Ali)

DAP juga menuduh Hassan Ali cuba menjadi proksi UMNO dalam mengkucar-kacirkan hubungan komponen Pakatan Rakyat di Selangor!....Rakyat Malaysia sekalian, bukan hanya Hassan Ali yang tidak senang dengan para pimpinan Selangor sekarang, namun MP Gombak, Azmin Ali juga pernah menyuruh MB Selangor mempertimbangkan supaya rombakan EXCO diadakan secepat mungkin!...ini adalah kerana terlalu banyak kes-kes serta isu-isu negatif yang timbul sepanjang pentadbiran bertunjangkan DAP ini !!!

Berbalik kepada isu Hassan Ali,...DAP juga mengatakan beliau mempunyai agenda tersendiri.... yang mana seperti umum ketahui Hassan pernah mengadakan sesi Muzakarah dengan pemimpin UMNO pada hujung tahun lepas!!
Apa salahnya dengan muzakarah yang DAP cuba bangkitkan???....Rakyat Malaysia sekalian, ini semua adalah agenda terancang DAP yang mana mereka cuba untuk doktrinkan masyarakat Melayu supaya sentiasa berpecah!

Pimpinan Pakatan Rakyat juga sudah mula menunjukkan kurangnya keyakinan pada Hassan Ali di atas perkembangan terbaru ini!...Adakah mereka cuba menggesa supaya jawatan beliau dilucutkan dan digantikan dengan EXCO yang lebih liberal nanti?,...(walaupun Hassan Ali itu sudah dikira cukup liberal :) )

Ini kenyataan Tony Pua :

“Dr Hassan’s reckless actions, which were taken without any consultation with either the state executive council or the state Pakatan Rakyat leadership, firmly begs the question of his hidden agenda,” Pua said today.

“What I’m talking about is what everyone is talking about. Everyone knows he has ambitions”.

Setiap hari mereka cuba melakonkan watak serta membohongi rakyat terutamanya ke atas rakyat Selangor dengan mengatakan hubungan PAS,DAP & PKR tidak pernah retak!...
Namun,...'bolehkah bangkai gajah kita sembunyikan???'
Bukan hanya perpecahan, namun segala macam carca-merba yang tidak ketahuan hujung pangkal juga banyak berlaku di Selangor!!!


>>>> Pelik juga dengan tindakkan MB Gagap Selangor yang secara terang-terangan melindungi Ronnie Liu tanpa berfikir panjang,...kalau sudah ada kepentingan peribadi memang beginilah jadinya bila memerintah!
Sudahlah gagap,...cetek kewarasan juga dalam membela hak-hak Bumiputera dan Melayu Islam!

>>>> Hal-hal sebegini tidak pula diulas atau disokong pemimpin PAS lain yang selalu sangat kita dengari memaki-hamun UMNO/BN di ceramah-ceramah mereka,...macam siapa ya???
Hadi Awang, Nik Aziz, Mahfuz Omar, Haron Din, Nizar,....mana mereka semua ni???
Mereka harus sedar,...PAS bukan menumpang di Selangor,...mereka mempunyai bilangan kerusi DUN yang membolehkan Pakatan Rakyat jatuh sekiranya mereka umum keluar dari Pakatan Haram tersebut!

>>>> Doakan kembalinya UMNO/BN di Selangor di PRU13!!! Insyaallah kita tawan Selangor!

Thursday, August 6, 2009

Siapakah Pembunuh Teoh Beng Hock ???

SALAM,... :)


Gobind kata DNA Tan Boon Hwa dan Lim Wye WIng tidak sepadan dengan kesan-kesan DNA pada mayat Teoh Beng Hock. Semua DNA yang diperolehi tidak tunjuk persamaan juga.Nak kata bunuh diri, Dr Xavier kata tak mahu terima. Baiklah, bukti-bukti masih menunjukkan ia dibunuh. Seorang yang akan berkahwin esok harinya tidak akan bunuh diri melainkan ...

Tak sampai hati nak sebut. Sebut anak haram atau luar nikah pun depa suruh Utusan Melayu minta maaf. Chiew Mei Fun mahu Teoh dianggap sudah kahwin. Cina sekarang ni terlalu emosi hingga dah tak rasional. Sampai nak main langgar undang-undang.Beberapa bukti nampak macam Teoh telah dibunuh:

Guard yang jumpa nampak darah mayat sudah kering. Selari dengan apa polis beritau Teoh meninggal pada lebih kurang pukul 8-9 pagi.
Dua DNA yang diakui mungkin menandakan Teoh sudah dikerjakan dua orang.
Ada trolley ditingkap 14 mungkin menunjukkan depa guna trolley untuk angkat dan sorong mayat tu keluaq tingkap.

Raja Petra kata darah mayat Teoh tak serupa macam dicampak dari Tingkat 14. Jadi dia dicampak dari Tingkat berapa? Kalau gitu, dia dibunuh dan dicampak dari tingkat lain? Atau dia dibunuh dan diletak di Tingkat 5?


Lain-lain bukti Siapa bunuh?

Jangan lupa Tan dan Lim masih berada di pejabat SPRM pagi tu. Tan mengaku dalam statement pada polis bahawa dia nampak Teoh pada pukoi 6 pagi. Masih satu misteri kenapa dia dudok di pejabat dari pukoi 1 pagi hingga 11 pagi di pejabat SPRM. Kalau DNA tidak matching, dia belum lepaih habis. Boleh kena abetting atau bersekongkol.

Dua Pak Guard kata ada 10 orang pegawai SPRM dalam bangunan pada malam tu dari 8 malam hingga 8 pagi esok hari. Semua dia dapat cam termasuk seorang pegawai yang akhir jumpa Teoh pada pukoi 6 pagi.
Pak Guard bernama Wan Rosli dalam CCTV ada seorang pegawai kelihatan masuk bersama seorang Cina yang tidak dikenali pada pukoi 12:52 pagi.

Pak Guard yang bernama Abdul Rahman dapat mengenali hanya satu dari tiga pegawai SPRM yang masuk dalam satu video clipping. Pegawai itu bernama Ashraff.Laporan The Star bukan boleh caya sangat. Depa lani dah mula pro-pembangkang. Putarbelit pun depa sanggup siarkan. Pegawai SPRM yang tidak dikenali jaga boleh dikenalpasti. Sebanyak 157 DNA telah diambil termasuk semua staf SPRM, polis yang menyiasat, staf forensik, pencuci bangunan, dan lain-lain individu. Semua tidak match DNA pada badan.Siapa bunuh Teoh sekarang? Adakah Teoh keluar dari pejabat SPRM tapi masih dalam bangunan selepas pukul 6 pagi?

Adakah dia terjumpa siapa-siapa dalam bangunan Masallam antara pukul 6 pagi hingga kematiannya dalam pukul 8-9 pagi? Macam mana ada trolley di tepi tingkat Tingkat 14 dan rambut di tingkap? Rambut siapa? Mungkinkah dia dibunuh ditempat lain dan ada orang aturkan trolley tepi tingkap? Kalau demikian, ini macam kerja-kerja pembunuh profesyenal.Adakah mudah untuk masuk dalam pejabat SPRM tanpa dikesan? Mungkinkah pula ada dua orang yang masuk dan membunuh dan buang Teoh ke bawah?Apa cerita pula dengan handphone Teoh?

sumber: (http://www.theunspinners.blogspot.com/)

>>>> Kes pembunuhan ini dilihat cuba dipermainkan pembangkang untuk mencemarkan imej SPRM,...diharap prosiding kes akan diteruskan tanpa gangguan makhluk-makhluk bodoh dari Pakatan Rakyat!

Wednesday, August 5, 2009

Permatang Pasir : Cubaan Melobi Calon PAS

SALAM,....:)




Di saat penganalisis politik menakrifkan senario politik dan cara kepimpinan PM Najib serta konsep 1Malaysia adalah semakin menarik,...
Tidak kurang juga maklumat-maklumat serta pandangan-pandangan yang diutara oleh rakyat melalui blog-blog juga dilihat semakin rancak,...:)

Terbaru,...melalui blog pro-Pakatan Rakyat,
telah ada suara-suara yang menyatakan ketidakpuasan hati dengan cara pemilihan calon-calon untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pasir!..PAS telah menjanjikan kepada rakyat yang mereka akan umumkan calon mereka minggu hadapan!
Melalui sumber dalaman PAS Pulau Pinang ,...telah ada pihak yang mula melobi calon yang menjadi pilihan masing-masing!
Ada juga yang mengatakan calon-calon yang dikemukan dan bakal bertanding adalah lebih kepada pro-Anwar, iaitu pro-Erdogan,...

Pemilihan yang membahagikan Erdogan dan Ulama' ini adalah penting dalam memastikan sokongan padu oleh rakyat dan ahli-ahli kepada jentera pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat!
Sekiranya calon dari pro-Ulama',...maka sokongan hanya akan diberikan oleh barisan pimpinan bertaraf Ulama' iaitu seperti pro-Hadi!
Manakala, sekiranya calon dari pro-Erdogan,...maka sokongan hanya akan diberikan oleh barisan kepimpinan dari ahli komponen Pakatan Rakyat dan ahli-ahli PAS berhaluan Erdogan!

Berdasarkan rekod pilihanraya yang telah diadakan di Permatang Pasir,...pada tahun 2004 & 2008 PAS telah diwakili oleh YB Mohd Hamdan Abdul Rahman,...kedua-dua pilihan raya menyaksikan PAS telah menang dengan majoriti mudah yang mana mengalahkan UMNO/BN.
Ada sesetengah sumber dari dalam PAS berpendapat Mat Sabu turut dikatakan akan dipertimbangkan sebagai calon dalam merebut kerusi tersebut.

Permatang Pasir merupakan kubu kuat pembangkang yang mana ia berada di bawah Parlimen Permatang Pauh (Anwar Ibrahim),...namun terlalu banyak kepincangan kerajaan P.R di Pulau Pinang termasuklah dengan isu-isu penindasan kaum Melayu dan India di sana yang patut diperdebatkan!...serta korupsi, rasuah dan penyelewengan pemimpin dalaman Pakatan Rakyat.
Sebelum ini,...PRK Penanti juga disambut dingin oleh para pengundi di sana sehinggakan kurang 40% pengundi keluar mengundi.

Isyarat jelas menunjukkan UMNO/BN mempunyai peluang cerah untuk merampas atau merapatkan jurang majoriti undi seperti yang mana mereka telah lakukan di Manek Urai baru-baru ini!...
Isu sentimen kaum yang kerap disentuh Pakatan Rakyat/DAP melibatkan Melayu, India dan Cina turut menjadi tarikan dalam menentukan pengundian yang bakal dilakukan oleh para pengundi di Permatang Pasir.
Ramai yang telah menyatakan suara kekecewaan ke atas pemerintahan Lim Guan Eng (Melaka Boy) yang mana lebih berat sebelah dalam memperjuangkan kepentingan kaum Cina di Pulau Pinang!
PAS hanyalah boneka di sana dan jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran bertunjangkan DAP & PKR itu juga langsung tidak mengangkat wakil PAS untuk sebarang jawatan-jawatan penting.

>>>> Di saat ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS kini sibuk lobi-melobi calon kegemaran mereka dalam menempuh Pilihanraya Kecil Permatang Pasir, ahli-ahli UMNO/BN termasuklah bolggers pro-negara haruslah bersiap-sedia dari segi mental dan fizikal dalam menyerang segenap jentera pilihanraya & strategi mereka sepertimana kita lakukan di Manek Urai!!
Kemenangan pasti menjadi milik kita! Insyaallah....

>>>> Diharap Calon Barisan Nasional adalah dari kalangan rakyat tempatan dan cukup dikenali oleh mereka,... :)