Friday, August 21, 2009

GEMPAR : Calon PAS Alami Krisis Keyakinan Keterlaluan & TIDAK MESRA RAKYAT !

SALAM,... :)

Ini antara respons baru yang diterima dari kebanyakkan penduduk di sekitar DUN Permatang Pasir,…orang-orang kampung telah memperkatakan yang Salleh Man mengalami krisis keyakinan yang terlalu ketara yang mana sehinggakan ketar dan tidak berani untuk memberi ‘public speech’ di khalayak ramai,…

Beliau juga gagap dan terpaksa berpandukan skrip ketika berucap di hadapan para penyokong! Itu baru penyokong sendiri,…belum berhadapan dengan rakyat jelata yang berbilang kaum dan pemimpin-pemimpin DAP lain di Penang yang kuat maki!
Anda semua boleh lihat sendiri bagaimana yang dimaksudkan tentang “MENGALAMI KRISIS KEYAKINAN” melalui video di bawah ini,..



Ini baru satu contoh,..banyak lagi contoh di blog-blog lain (pro atau anti pembangkang)!

Jika anda amati,..dari hari penamaan calon sehinggalah pada hari ini,..proses kempen yang dijalankan hanya melibatkan Naib Presiden PAS iaitu Mahfuz Omar selaku ‘pengganti’ dan pemimpin terkemuka lain dalam menyampaikan intipati kempen dan visi PAS untuk pilihanraya ini! Sedangkan tugas demikian seharusnya dilakukan oleh calon yang dipilih oleh parti itu sendiri,..

Selain itu,..ketika blogger bertemu penduduk di sekitar Sungai Dua dan sekitar Kg Pelet, mereka memberi respons mengatakan Salleh Man tidak mesra rakyat dan tidak pandai bergaul kita bertemu rakyat..

Osman Jailani mengatakan, “Salleh Man ini sebenarnya bukan berasal dari Permatang Pasir dan ia kurang dikenali rakyat di sini, mungkin ini membuatkan dia kurang yakin bila berhadapan dengan rakyat”,katanya bila blogger bertanyakannya tentang Salleh Man

Manakala Rafidah Hussien berkata, “walaupun saya hanya atas pagar dalam kempen kedua-dua parti ini, namun saya lihat calaon BN lebih memiliki latarbelakang agama dan pendidikan yang baik, malahan fitnah yang dilemparkan bertubi-tubi ke atasnya membuatkan kami merasa kasihan kepadanya”.

Selain itu penduduk Cina, Yeow berkata, “calon PAS sebelum ini tidak lakukan apa-apa, namun dia pandai berkata dan membuatkan kita semua sejuk hati bila melihatnya, tapi calon PAS yang baru ini lebih takut-takut dan ‘less confidence’ ketika mahu mengatakan visi dia”,
Yeow juga mengatakan dia langsung tidak faham apa sebenarnya yang diperjuangkan PAS di negeri Pulau Pinang. Yeow juga menambah, “konsep 1Malaysia lebih menarik perhatiannya di bawah pemerintahan Najib kerana mudah difahamiterutama di kawasan seperti Penang”.

Orang kampung mula mengatakan walaunpun calon BN dilanda pelbagai kontroversi yang difitnah oleh PAS dan Pakatan Rakyat, namun mereka melihat Rohaizad lebih memiliki ciri serta keterampilan sebagai pemimpin,…lagipun Rohaizad memiliki latar belakang agama yang baik dimana beliau merupakan peguam Undang-Undang Syariah serta mampu untuk mengimamkan penduduk kampung dalam sebarang upacara keagamaan!

>>>> Walau apapun,..memang dari hari penamaan calon ramai rakyat sedar calon PAS iaitu Salleh Man memang tidak yakin ketika berbicara di hadapan rakyat!

>>>> Satu persoalan lagi,... kecoh di blog-blog lain mengatakan Calon PAS,Salleh Man ini kaki perempuan,..betulkah rakyat Permatang Pasir????







19 comments:

millenium fighter said...

satu pendedahan yg menarik,..syabas!
aku juga sedar akan isu ini,tapi belum brkesempatan nak tulis.
tahniah SuaraDemokrasi-Malaysia!!!

megat said...

aku nak ajak mai smua pengundi prmtang pasir ubah la kali ni. aku sndri dah x tahan dgn kerenah dap kat penang. depa ingt depa bgoih sgt ka?!
barua mcm depa ni, kalau pas cuma ada satu krusi saja, jwbnya pas jadi tukang angguk kpala ja la.

megat said...

aku nak ajak mai smua pengundi prmtang pasir ubah la kali ni. aku sndri dah x tahan dgn kerenah dap kat penang. depa ingt depa bgoih sgt ka?!
barua mcm depa ni, kalau pas cuma ada satu krusi saja, jwbnya pas jadi tukang angguk kpala ja la.

Anonymous said...

bro, mamat salleh ni.. kalau nak aku kirakan .. tak pernah lebih 20 minit dia bagi ceramah. dia cakap apa? dia janji itu janji ini. macam bodoh jer.. dia ingat lim guan eng nak luluskan semua janji2 kera dia tu ke??

Anonymous said...

ada bau2 bacang dgn Mb selangor ka?
gagap juga
wakaka

PEJUANG CYBER said...

Salam Hurmat...

Tiga Soalan untuk Pakatan Pembangkang

1.Pertama sekali, isu pengundi hantu di pilihanraya kecil

2.Kedua, PAS dan DAP masing-masing tidak lagi dapat menjawab persoalan KJ mengapa PAS tidak mendapat kerusi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang meskipun Kerajaan Negeri ini dilabel sebagai "Kerajaan Pakatan Rakyat"?

3.Ketiga, sudahlah calon PAS di DUN Permatang Pasir ini tidak diberi penghargaan sewajarnya oleh DAP, rakyat Permatang Pasir ini pun seolah-olah tidak diendahkan. Dalam kempen PRK ini,langsung tak mendengar sebarang rancangan atau pelan pembangunan buat rakyat sekiranya calon PAS menang menjadi wakil rakyat.

Pro Gilerrr kat Muhyiddin & Najib said...

depa dok serang calon BN bukan apa,..depa sbnarnya x yakin dgn calon depa sndiri,..satu2 caranya utk kaburkan mata pengundi adlh dgn cara kutuk calon BN,..nanti rakyat tgok buruklah smua berkaitan BN!...apa pun depa mmg pndai eksploitasi,..aku respect cara pembangkang sebar dakyah & cara politik songsang dan jahat...mungkin berkat Godfather depa kot,..Anwar Ibrahim.
Apa pn,...ini pengajaran terbaik buat BN utk tempuhi setiap pilihanraya lps ni,..
Selidik masalah peribadi calon lawan & jadikannya sbg modal kempen,...
Kita kena ikut karma la beb.

permatang pauh corner said...

aku dengaq yg dap dgn pkr x supportkempen pas,..btoi ka?
klau sungguh,.bagoih la sb aku pun mmg meluat sgt dgn pakatan perompak ni.

upai said...

Kempen cara menyerang peribadi ni cara kempen kampungan tapi yang mengaku urban,celik IT,graduan,bijak pandai konon pun sama naik bodohnya bila bab memburuk2kan orang ni.Ini akhlak Islam ke?

upai said...

Mungkin ada benarnya juga,kalau semua orang(kampung dan bandar)suka sangat dengan stail kempen burukkan peribadi,BN pun kena main rentak yang sama jugaklah,tapi cakap yang benar saja,jangan tokok tambah dan fitnah macam pembangkang.

Anonymous said...

gagap-gagap dia pon bole jadik calon...

Anonymous said...

tengok Najib pakai songkok da nampak macam ...orang yang baik dan senyuman yg ikhlas .. pemimpin berwajah cantik dan berotak geliga ,, bermata tajam dan bersuara tinggi ,

elok sangat kalau pakai serban ..

Anonymous said...

hahahahaha.tgh muka najib pn aku rasa nk ludah muka dia.

Anonymous said...

Alhamdulillah Ketua Wanita UMNO sudah sempurnakan cara pemakaian tudungnya,..syabas Sharizat utk hijrah yang mulia,...kekalkan momentum perubahan UMNO/BN yg telah kita mulakan.
Hasil tak datang bergolek,..tingkatkan usaha,..kpd calon BN,..walaupun hari ini kita difitnah & ditakdirkan kalah,..jgn putus asa,..
walauapapun majoriti rakyat Malaysia bersama BN dan ia terbukti di PRu12 lepas dan KAMI SENTIASA BERDOA KEMENANGAN BN DI PERMATANG PASIR,...AMIN YA! ALLAH.
MAKBULKANLAH DOA KAMI, PENYOKONG BN DI BULAN RAMADHAN INI.

Anonymous said...

Dalam blog hang hang boleh tibai macam macam2lah.Hanglah yang paling maksum.Hang jangan jadi macam katak bawah tempurung atau lembu di tarik hidung Tengoklah dunia luar. Jadilah manusia yang mendapat maklumat yang betul. Projek apa hang dapat sokong UMNO ni.Hang tak lihatkah macam macam pemimpin UMNO lakukan dalam negara tercinta ini,rasuah,perempuan,seleweng duit rakyat,subahat bunoh orang,leteh mulut aku nak sebut- terlalu banyak yang tak elok..

Anonymous said...

ya ka?..
mcm mna dgn pemimpin P.R gmbar bogel,tangkap basah, rasuah, halalkan kilang arak di selangor, perlahankan laungan azan, tuduh sesama Islam itu kafir, komplot bunuh saksi, link dgn gangster, ubah bahasa melayu ke campuran, buang tulisan jawi...byk lg,...wakakaka
hang yg dungu

Anonymous said...

itu baru x sampai sepenggal,..kalau 60 tahun perintah mcm UMNO,..jawabnya jd Israel la malaysia ni,..Islam dibuang terus.
kahkahkah

mail lambong said...

SEBELUM BERPUASA PERBETULKAN AKIDAH IAITU ISLAM ADALAH CARA HIDUP DAN AJARAN.

BUKAN HANYA IBADAH DAN AGAMA.

ISLAM UNTUK SEMUA TANPA MENGIRA BANGSA DAN KAUM.MELAYU TAK SEMESTINYA ISLAM.ISLAM TAK SEMESTINYA MELAYU.

ISLAM HANYA PINJAMAN DAN BOLEH TERBATAL BILA-BILA MASA.(dgn perbuatan,petuturan,niat)ISLAM ITU TIDAK KEKAL KECUALI ORANG YANG MENJAGA APA ITU ISLAM.

SEPOTONG HADIS UNTUK EMPUNYA BLOG DAN PEMBACA SEMUA AGAR RENUNG-RENUNGKAN HADIS TERSEBUT.

Sabda Rasulullah SAW:

Bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang menyeru kepada perkauman,

dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang berjuang demi kerana perkauman,

dan bukanlah daripada golongan kami (golongan umat Islam) barangsiapa yang mati kerana perkauman.
-Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan An-Nasa'ie.

SEMOGA ANDA MASIH KEKAL SEBAGAI ORANG ISLAM

eXception said...

Salleh Man kaki perempuan? Huiyyo!! Tp aku selak kain dia, penuh bulu... Kaki perempuan licin jerr... he he he he... Bg PAS tak berdosa kalo pemimpin diorg kaki perempuan, namanya mengeratkan silaturrahim... UMNO tak boleh, Haram!!

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Post a Comment