Monday, August 17, 2009

Rentak Pembangkang Membakar Semangat Melayu !!!

SALAM,... :)


Rakyat malaysia sekalian,...kelmarin kita dihidangkan dengan rentak percaturan politik pembangkang yang berunsur lakonan semata-mata. Perkara yang dimaksudkan adalah kecederaan yang dialami pembantu khas Ronnie Liu, EXCO Selangor ketika cuba dibawa bekerjasama oleh SPRM,...


1malaysia dapat lihat yang anggota SPRM telah berbincang terlebih dahulu serta berinteraksi secara diplomatik ketika ingin membawa Pembantu Ronnie Liu tersebut ke Head Office SPRM di Selangor,...namun macam babi yang menggila individu tersebut meronta-ronta serta bergelut untuk tidak mahu dibawa......saudara sekalian, ingatkah lagi pepatah "Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah"??? :)


Setelah dengan jayanya individu tersebut berlakon apabila membalut satu kakinya keesokkan hari selepas kejadian,.. ia mendapat reaksi berbeza daripada rakyat,...mcm biasalah pro-pembangkang akan mengatakan SPRM tidak telus, tidak ada etika, amalkan kekerasan dan sebagainya....media rasmi pembangkang seperti Malaysiakini dan TheMalaysianInsider juga mengeksploitasikan isu tersebut sedalam-dalamnya!...memang itu sudah dijangka....apa perlu dihairankan??

Tetapi berbalik kepada reaksi rakyat,...banyak blog,portal,discussion board pro-pembangkang mengecam tindakan DAP mengeksploitasikan isu tersebut!...kebanyakkan yang marah pada DAP adalah daripada penyokong PAS & PKR,...mereka mengatakan perbuatan (lakonan) tersebut adalah satu penipuan yang sengaja dibuat untuk meraih simpati rakyat!..
Mereka mengatakan tindakkan tersebut bukan akan menjatuhkan imej SPRM,...sebaliknya menjatuhkan imej dan sikap pemimpin Pakatan Rakyat!...
Banyak blog-blog pro-pembangkang yang mula memaki hamun sikap DAP yang seringkali berlakon untuk memporak-perandakan negara sejak akhir-akhir ini!
Sudahla menghina Raja & Sultan,...cuba membangkitkan kemarahan orang Melayu pula!


Kes-kes seperti ini sememangnya selalu diamalkan oleh pemimpin-pemimpin DAP & Pakatan Rakyat,...Sebagai contoh :

1. Isu yang dibawa Teresa Kok,...Perempuan yang dikatakan warga China dirakam berbogel di dalam sel penjara kira-kira 2 tahun lepas. (walhal perempuan itu Melayu),...ketika dikatakan Cina,...sibuk pemimpin Pakatan Rakyat bertegang urat memaki kerajaan dan Polis, demonstrasi,...setelah diketahui Melayu,...langsung tiada respons untuk membela wanita itu!!! Inikah Demokrasi mereka???

2. Isu Teresa Kok ditahan ISA,...dia mengatakan makanan yang disediakan adalah seperti makanan anjing!...cuma sekadar telur rebus dan nasi. Sebenarnya apa makanan yang diharapkan oleh anak dara tua ini di dalam tahanan???

3. Lakonan pembantu khas Ronnie Liu,...kononnya belum berkesempatan untuk ke pejabat SPRM untuk disoal-siasat...tetiba meronta-ronta serta bergelut untuk tidak mahu dibawa oleh anggota SPRM. Yang peliknya,..cuma terebah dengan ketinggian tidak sampai semeter,...tapi simen kaki hingga ke paha... :)

4. Penamaan Calon Permatang Pasir,... Gobalakrishnan yang juga Ahli Parlimen Padang Serai dilarang oleh polis daripada terus berada di luar kawasan yang dikhaskan untuk penyokong,...Ketika polis cuba membawanya masuk ke ruang yang ditetapkan, berlaku sedikit kekecohan antara Gobalakrishnan dan polis berikutan keengganan pemimpin itu untuk ikut arahan polis.
Kekecohan berakhir apabila Gobalakrishnan dibawa oleh ambulans kerana mengadu cedera...


5. Lakonan Karpal Singh yang kononnya cedera di lobi Parlimen apabila dikerumuni Pemuda UMNO,....namun apa yang cederanya??? kata mahu saman,...mana samannya??? Nak saman Sultan pun setakat hangat-hangat tahi ayam,... :)

6. Lakonan 'Bubar DUN Perak' yang dikenali senagai 'Mogok Lapar' melibatkan Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat juga menampakkan kebodohan serta kecetekkan akal mereka! Macam inikah mahu diangkat jadi pemimpin??? Tidak lebih daripada cuma ingin meraih simpati rakyat,...maklumlah tidak boleh terima Qada' dan Qadar dari Allah...



>>>> Apa semua ini???...'matapelajaran' baru yang diajar oleh Cikgu Anwar ke??? :)


>>>> Walau apa pun, lakonan mereka dari sehari ke sehari sememangnya membuatkan majoriti Melayu berasa jelik dengan Pakatan Rakyat!,...lakonan seterusnya amat digalakkan oleh kami kepada pemimpin P.R untuk menyemarakkan lagi kebencian rakyat pada mereka!

>>>> Tidak hairanlah mengapa Melayu sudah mula memberi kepercayaan kepada pimpinan Najib dan Muhyiddin berdasarkan rekod PRK Penanti dan Manek Urai!
Kita nantikan pula di Permatang Pasir!
Insyaallah BN akan merampas kerusi Permatang Pasir!!!
Kami Doakan kemenangan BN serta kekalahan Pakatan Rakyat,..
.AMIN

3 comments:

zardi said...

"pembangkang akan terbakar macam kayu arang gobala..."

Singh Is Kinng said...

Salam Saudara,

Kurang ajar depa ni dah pada tahap buatkan orang Melayu hilang sabar.

Itulah masalahnya kalau politik Melayu berpecah, tapi si pemuja bulan masih tak nampak.

Anonymous said...

Hidup Gobala....
Hidup Anwar.....
Permatang Pasir N11...H1N1 buat UMNO dan konco2
Hancur lebur UMNO dan penyokongmuuu.

Post a Comment