Saturday, August 22, 2009

PENGAKUAN Rakyat Permatang Pasir !

SALAM,… :)


(kereta mewahnya jadi bahan tatapan rakyat)

Pendedahan berkaitan peribadi calon PAS yang tersebar meluas di Internet mengenai penyelewengan duit yang dilakukannya menjadikan popularitinya menurun secara mendadak.

Blogger yg menemui penduduk sekitar permatang pasir member respons yang agak kecewa dengan parti penyandang DUN tersebut, iaitu PAS!
Di sini ada ulasan daripada penduduk yang mana blogger sendiri Tanya pada mereka,

Jasman hasim, “Jika benar tuduhan serta penyelewengan yg dikatakan oleh internet ini, mengapa calon PAS tak memberi sebarang respons?,..dia juga tak membuat sidang khas berkenaan isu ini, adakah kerana dia takut berhadapan dengan rakyat?.”. sepanjang 15 tahun kami menetap di sini, PAS sememangnya ‘layu’ di Pulau Pinang, UMNO lebih byk perjuangkan kepentingan org kampung.

Ranjitha, “ bangsa India memang tidak ramai di sini, tapi calon BN dilihat lebih realistik terutama masa bertemu pengundi termasuk penduduk India,..sedangkan calon PAS lebih utamakan kaum Cina, ini adalah kurang adil kerana kami juga yang bertanggungjawab memenangkan calon PAS Hamdan sebelum ini!”..katanya ketika ditanya di pekan Permatang Pauh.

Rahimah Isa, “calon PAS mungkin boleh dikira bersenang hati dgn segala macam kontroversi yang melanda calon BN,tapi beliau sebenarnya boleh dianggap pengecut kerana hanya bergantung harap dgn isu peribadi orang lain sedangkan kami tidak tahu apa yg PAS mampu lakukan di Pulau Pinang”,…Rahimah juga berkata, “sedangkan 4 penggal yg YB Hamdan pegang pun langsung tiada apa perubahan, lagi pula Permatang Pasir berada di bawah Parlimen Anwar, mengapa kami ditinggalkan dalam segala macam bentuk kepentingan?”.

Lee Foo Kit, “orang Cina mungkin banyak suka pada calon PAS kerana dia satu geng dengan DAP,..tapi kalau PAS menang pun, apa yang Salleh boleh bagi pada kami di sini?,..YB sebelum ini pun tak buat apa-apa pada rakyat Cina di Permatang Pasir. Bantuan bisnes pun tiada, tapi dulu janji nak bagi.”…tambahnya, “kami lebih suka jika BN menang karana kami mungkin boleh tengok bila BN ambil tempat pembangkang,apa depa boleh buat”.

Johari Manan, “memang tak boleh sangkal, ini kubu kuat PAS, kami di sini memang sudah lama ingin lihat YB PAS ubah tempat kami tapi tak ada apa yang kami dapat selama dekat 20 tahun ni. Jadi kali ini, saya rasa sudah ramai mahu berubah ke BN,..bukan sebab calon BN, tapi sebab parti mereka yg kami lihat sudah ada sikit perubahan positif,…kerana bagi kami kalau BN menang pun bukannya kerajaan negeri nak berubah”.

>>>> fikirkanlah penduduk Permatang Pasir!!!

>>>>> KAMI DOAKAN KEMENANGAN CALON BN,...AMIN YA ALLAH!

10 comments:

eXception said...

Doakan kemenangan calon BN, amin...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Anonymous said...

Salam saudara

Sekadar bertanya andai berlaku perubahan tampuk kerajaan negara adakah penjawat awam akan diberhentikan?

mail lambong said...

Kalau nak tengok apa PAS boleh buat, elok tunggu dulu apa yang Allahyarham YB Hamdan sewaktu jadi ADUN tunggal PAS berjaya laksanakan... hasil desakan, bantahan, memorandum, perbincangan dan perundingan semasa jadi pembangkang dan semasa berada dalam kerajaan.

* Pastikan tiada langsung premis judi beroperasi di kawasan N11 Permatang pasir. Setiap permohonan judi ditentang habis-habisan - BERJAYA SEPENUHNYA.

* Memperjuangkan isu tanah milik Melayu Pulau Pinang, tanah wakaf dan tanah perkuburan Islam - SEBAHAGIANNYA BERJAYA.

* Mendesak papan iklan arak dengan imej wanita menjolok mata diturunkan - BERJAYA.

* Mendesak mangsa tsunami di Tanjung Bungah diberikan rumah (tuntutan dibuat kepada kerajaan BN, terlaksana semasa Pakatan Rakyat berkuasa) - BERJAYA.

* Tindakan tegas terhadap 107 pusat hiburan yang melanggar syarat seperti tiada lesen, salahguna lesen, maksiat dan lain-lain - BERJAYA.

* Menentang habis-habisan projek kasino terbesar di Pulau Jerjak yang dicadang di zaman BN (2004). Ketua Menteri Lin Guan Eng membatalkan projek tersebut dan menggazetkan Pulau Jerjak sebagai hutan lipur - BERJAYA SEPENUHNYA.

* Minta Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menambah kakitangan dan lojistik setelah mendapati kapasiti tinggalan BN dulu terlalu lemah - BERJAYA.

Ashley Ahmed said...

Salam,

PAS jd tunggul di Penang!

Hj. Zakaria said...

kepada faizal,..
kami di permatang pasir ni duduk lebih 20 tahun,..tp x nampak apa pun yg saudara ckp.
Saudara baru reka ke?
atau skrip tu dilatih pemimpin PAS & DAP utk di'paste'kan di internet?
Sudahlah,..kami rakyat di sini, kami lebih tahu siapa YB Hamdan,..tiada apa yg dia lakukan selain jaga kroninya saja,..tanyalah ahli-ahli PAS sendiri di sini,...jgn main ckp saja,...
sedangkan jawatan apa pun langsung DAP x ambil dari wakil parti PAS utk dijadikan EXCO di negeri itu,..wakil majlis Agama Islam yang mati-matian rakyat Penang perjuangkan pun tiada,...jgn menangguk di air keruh,..
berilah BN ambil alih kawasan ini pula,..lagipun jika BN menang bukannya kerajaan negeri berubah.

Anonymous said...

mungkin penjawat awam akan dihentikan,...cuba lihat penjawat2 awam di Selangor,Penang dan Kedah,...Perak juga suatu ketika dulu.
Sebelum ini di Terengganu,...ia berlaku dan sejauh mana perlaksanaan tidak diketahui.

Anonymous said...

untuk pengetahuan tuan anonymous,pemberhentian kakitangan awam tidak akan berlaku walaupun DAP yg memerintah. Ini kerana semua penjawat awam dilindungi oleh perlembagaan. Sebab itulah jata negara digunakan utk setiap urusan dan menggunakan sampul surat URUSAN SERI PADUKA BAGINDA AGONG.
jika berlaku ia adalah mainan politik pihak2 tertentu sahaja.

Marzuki said...

tetapi bg saya,...ia kerap berlaku contohnya di kedah,terangganu,penang dan selangor sebelum ini,..

Raziff said...

jadikan suara rakyat suara keramat,...
menangkan calon BN!

Anonymous said...

mengikut laporan JPA/SPA tiada penjawat awam perseketuan ditukarkan atau diberhentikan di mana2 negeri walau diperintah PR. Andai berlaku ia membabitkan penjawat negeri seperti daerah dan sbgainya.

Post a Comment