SALAM,... :)
Langkah Rohaizat dalam mengabaikan serangan-serangan peribadi yang dikenakan ke atasnya adalah satu langkah yang terbaik.
Pendekatan beliau dalam beramah mesra bersama bakal-bakal pengundi di Permatang Pasir lebih dilihat sebagai satu langkah selamat untuk beliau meraih sokongan yang sememangnya dijangkakan agak sukar...tapi tidak salah mencuba!
PAS yang sekarang ini sibuk mengorek noda-noda lama Rohaizat wajib memberhentikan amalan tersebut. Perbuatan ini bukan sahaja mempamirkan sikap tidak profesional mereka dalam berpolitik, malah boleh memutuskan silaturrahim sesama insan.
Permusuhan lama yang hampir dilupakan (atau mungkin sudah saling bermaafan) kini dibangkitkan kembali dengan hanya satu tujuan, mengejar kuasa politik. Sikap busuk PAS ini telah memecahbelahkan saudara seagamanya sendiri.
Berkempenlah cara yang profesional. Tidak salah kalau menabur janji kepada bakal pengundi jika mampu menunaikannya setelah berjaya memenangi PRK ini. BN memang selalu menabur janji, kerana janji tersebut akan ditunaikan. Cuma ketikanya sahaja tidak kunjung semenjak dua menjak ini...
PAS takut menabur janji kerana mereka sedar janji tersebut memang tidak mampu mereka tunaikan, apatah lagi di Pulau Pinang. Tetapi kemenangan tetap mereka perlukan bagi mengekalkan status quo di Permatang Pasir. Satu-satunya kerusi kebanggaan PAS or more likely an expendable asset in Penang. Tidak ada apa yang boleh diharapkan dari Guan Eng untuk kebajikan Melayu Islam di sini...nak mengharapkan PKR...jauh panggang dari api!
Demi kemenangan yang hendak dikekalkan, keperluan penduduk telah PAS abaikan, sebaliknya mereka sibuk mencabul keaiban lawan mereka hingga boleh merenggangkan hubungan dua sahabat lama.
PAS sanggup menyediakan pentas bagi saudara Yusri semata-mata kepentingan politik mereka. Tidakkah PAS sedar tindakan mereka itu akan menyebabkan goyahnya hubungan saudara seagama ini. Dua sahabat yang dahulunya mengusahakan perniagaan kini mula bergaduh akibat perbuatan PAS yang hina ini...mujur Rohaizat mengamalkan sikap yang perofesional dengan tidak mempedulikan asakan yang dikenakan ke atasnya...
Terbaru,...fitnah Ketua Pemuda PAS yg mengatakan Rohaizat ada dua isteri,...sebenarnya apa masalah mental pemimpin PAS ini???
Sedarkah anda,..mereka cuba bangkitkan isu peribadi berbanding isu-isu kebajikan rakyat ataupun agama Islam yang seperti mereka laungkan sebelum ini???
Inikah maksudnya,..PAS sudah tidak perjuangkan kebajikan dan Islam???
Sebenarnya inilah yang dikatakan cubaan mengalih perhatian rakyat supaya momentum kemenangan BN di Manek Urai gagal diteruskan!
Semoga silaturrahim akan sentiasa terjalin dengan tersungkurnya PAS di kubu kuat mereka sendiri di Bulan Ramadhan yang mulia ini..
7 comments:
pas mmg boneka dlm P.R!
Bodoh,..aku pelik knp masih ada rakyat yg sokong dieorng ni?
sedangkan org Klate pn dah benci dgn nik aziz
dah nyanyok la katakan
SLM BRO..PAK AJIS DH TUKA 5 RUKUN ISLAM JADI 5 RUKUN KAFIR HUHUHU
fitnah apekebenda nye kalu dh memang dia songlap duit rkyat...penyangak tetap penyangak gak walaupun pkai serban....huhuhuhuhuhaktui.....
Salam,
itu langkah yg betul, birakan PAS memalukan diri sendiri yg sudah cukup malu itu.
Pas dah kalah sebelum berjuang akibat tok guru yang mereka puja sehingga lupa yang tok guru juga hamba Allah SWT tetapi ego tok guru nak ambil kerja kerja Allah SWT menetukan siapa yang bolih masuk syurga dan siapa yang masuk ke neraka, persoalan saya ialah bolih kah nik aziz beri gerenti yang dia sendiri tak masuk ke neraka jahanam. pas adalah sebuah parti siasah dan saya harap umat Islam jangan kelirukan dengan agama Islam yang suci. Mereka sokong parti pas tetapi jangan anuti agama pas sekali sebab parti pas bukan nya agama Islam yang suci. Kita orang Melayu beragama Islam haruslah pandai menilai apa yang Agama Islam tuntut kita lakukan dan bukan nya parti pas suruh kita maki hamun dan disambut dengan takbir nama Allah SWT yang maha suci. Kekadang perlu dilihat dari mata hati dan bukan nya membuta tuli mengikut nafsu dan ego pemimpin pas. Jadi saranan saya ialah tinggalkan lah parti yang sudah tentu mengajak kita bermusuhan sesama orang Islam tetapi pada masa yang sama bersekongkol dengan musuh Islam yang terang, dan hentikan lah sikap munafik dan dengan kedatangan ramadhan al mubarak ini kita sama sama memuhasabahkan diri dan ini saya tujukan khas buat pemimpin pas yang cakap lain tetapi buat lain. Cuba perhatikan tindak tanduk pemimpin didalam klip video malaysia kini kepunyaan anwar yang di katakan menjunjung agama Islam yang suci tetapi menghanguk hanguk tanda hormat kepada mendiang TBH sedangkan karpal singh tidak lansung tundukkan kepala nya apabila anwar, azmin dan salehudin menghangguk hangguk kan kepala nya melainkan Nasharuddin, seperti apa yang di lakukan olih chua jui meng. Ini lah perbuatan yang akan membuat orang agama lain tidak menghormati agama Islam. Disebabkan pemimpin parti pembangkang sendiri bolih buat maka akan tiba masa nya mereka akan berkata kalau dia olang bolih buat lu pun bolih juga lah. Itu sebab nya arak di selangor tak haram sedangkan kita tahu hukum tuhan tidak bolih kita tukar mengikut selera dan nafsu kita. Kita orang Islam kenalah menuruti ajaran Agama Islam dan bukan nya Ajaran parti yang jumud dan menyesatkan. Semoga Ramadhan ini dapat membawa berkat kepada kita semua. Amin....
Mohon rakyat permatang pasir yg mahu ataupun telah undi PAS,..pertimbangkanlah..
Berilah satu peluang untuk BN membawa perubahan di tempat anda,...kami tidak minta lebih,
Berilah peluang ini,..untuk kesekiankalinya setelah 16 tahun anda di bawah PAS!
aku dngaq org kampung kata salleh man tu x berani ckp dpan org ramai,..dia gagap dgn ketaq,
ramai dok kata dia ada krisis keyakinan.
tapi apa yg aku tgok kat ceramah dia,.memang sunggoh,..
payal la lagu ni nak jadi pemimpin,..mcm mna nk lawan mangkuk2 DAP di peneng nu? jenoh, jenoh..haih
Post a Comment