Monday, August 17, 2009

Pakatan Rakyat Penang Tolak PAS!

SALAM,... :)



Isu yang dibangkitkan ini mungkin tidak menjadi kejutan kepada sebahagian besar penyokong P.R di P.Pinang,…namun ia dikira gah di mata pemerhati politik tanah air.
Sebenarnya ada suara dari akar umbi di P.Pinang telah menyuarakan serta memberi amaran supaya DAP tidak mencampuri kempen PRK Permatang Pasir,…ini kerana mereka tidak mahukan PAS berada di dalam P. Pinang memandangkan mereka hanya ada satu kerusi di negeri itu! Jika tiada kerusi langsung lebih baik.

Mereka mengatakan PAS hanya akan menjadi pengundang masalah dalam pentadbiran negeri seperti di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan!...mereka memberi contoh akan campur tangan PAS dalam isu arak di Selangor,…kata mereka EXCO PAS lah yang menghangatkan isu tersebut dan menjadikannya sebagai senjata BN untuk PRK Permatang Pasir ini. PAS jugalah yang dulu beria-ia ingin menutup kilang arak di Selangor,tapi pada hari ini janji mereka tidak tertunai-tunai lagi, malahan kini sibuk untuk pengharaman penjualan pula….pembohong seperti inilah yang tidak dimahukan mereka kononnya (mcmlah PKR & DAP tak janji mcm-mcm,..dan tak laksana juga) :)

Ramai juga mengatakan biarlah BN memenangi PRK kali ini,…kerana jika kemenangan diraih BN sekalipun, Pakatan Rakyat langsung tidak akan terjejas di P.Pinang!...keupayaan UMNO dan BN untuk menundukkan kerajaan pimpinan DAP di sana adalah terlalu-lalu mustahil!...jadi apa sangat yang dikisahkan sekiranya BN menang di sana..? Tidak kurang juga yang angkuh berkata,…jika kita kalah pun tak kisah kerana PRK sebelum-sebelum ini telah banyak menang…berilah peluang untuk BN.
Kesian mereka…. :)

Dalam pada itu, berdasarkan maklumat yang diperoleh dari blog-blog pro-pembangkang juga mengatakan kemenangan PAS di Permatang Pasir akan membuatkan Nik Aziz mula untuk masuk campur akan pentadbiran di Penang!,…Ini kerana pada masa kini Nik Aziz lebih kepada menjadi proksi Anwar Ibrahim…


Kepada Pengundi Permatang Pasir :

+ Ingatkah lagi anda dengan kenyataan Nik Aziz yang mengatakan “sembah roh orang mati serta tunduk memberi penghormatan pada mereka adalah tidak dilarang di sisi Islam”???
+ Ingatkah lagi dengan kenyataan Nik Aziz yang mengatakan “biarlah jika DAP ingin hina Islam,…ini kerana dia tak faham Islam”…???

>>>> Walau apapun suara serta bantahan penyokong pembangkang di Penang terhadap PAS,….sebenarnya adalah lebih wajar sekiranya BN memenangi PRK Permatang Pasir ini!

>>>> Ini adalah kerana, BN dan UMNO memiliki banyak kerusi di sana,…kemenangan ini sedikit sebanyak akan membuatkan DAP mempertimbang setiap keputusan yang bakal diambil kelak dengan lebih rasional kerana pembangkang P.Pinang (BN) semakin kuat sokongannya!!!

>>>> Berilah peluang seperti mana jiran DUN anda memberi peluang ke atas Dato’ Arif Shah Omar Shah (BN) walaupun berada di bawah Parlimen Permatang Pauh!..berilah sedikit ruang buat YB BN berkhidmat di sana,…lagi pula kemenangan BN tidak akan menggugat kuasa kerajaan Pakatan Rakyat di sana.

>>>> Melayu Islam di Permatang Pasir perlu memilih BN dalam memastikan segala tindak-tanduk DAP yang merendahkan martabat Islam di Pulau Pinang dapat didedahkan!...bukan hanya akan menjadi Pak Turut atau Boneka seperti YB-YB PAS dan PKR! Insya’allah BN menang di PRK Permatang Pasir…AMIN

8 comments:

kassim said...

BN mungkin payah mahu menang di Prmtg Pasir, tapi mungkin boleh rapatkan majoriti

Anonymous said...

Barua UMNO boleh menang ke???

Anonymous said...

Salam semua...BN pasti menang... Kita hancurkan DAP dan sekutunya..

pai Koliang said...

BERKEMUNGKINAN JUGA BN BOLEH MENANG BESAR SEBAB ADA DESAS DESUS ORANG PAS DAN PKR BANYAK DAH SEDAR LANTARAN BEBERAPA ISU KEBELAKANGAN INI MENCABAR UMAT ISLAM MALAYSIA.YA SEKARANG KITA TANYA SESIAPA SAJA PUN ORANG MELAYU ISLAM MEREKA AKAN KATA NIK AJIS DAH BANYAK BUAT KENYATAAN SALAH DAN MENGHILANGKAN SOKONGAN PD PAS.ORANG PAS SENDIRI AKUI.TAPI SATUNYA ORANG PAS NI BILA DITANYA MEREKA ISU ISU AGAMA BEGINI MEREKA AKAN JAWAP UMNO YG SENGAJA PUTAR PUTAR KENYATAAN NIK AZIZ,.TAPI SAYA DAH BANYAK BUKTI RAMAI KAWAN SAYA DARI PAS DAH SEDAR

ghostWRITER said...

Nama : Salleh Man
Umur : 52 tahun
Kelulusan : graduan UM
Jawatan dalam liPAS : Pesuruhjaya liPAS Pulau Pinang
Rekod bertanding Pilihanraya :
Pilihanraya Kecil N11 PERMATANG PASIR : TEWAS kepada calon BN, Rohaizat Othman
Pilihanraya Umum yang lalu : TEWAS kepada calon BN, Datuk Jasmin Mohamed
Pilihanraya Umum 2004 : TEWAS kepada calon BN, Datuk Roslan Saidin
Pilihanraya Umum 1999 : TEWAS kepada calon BN, Yahaya Hamid
Pilihanraya Umum 1995 : TEWAS kepada calon BN, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad

TAKE BEER!!!!

anakmuda
http://ohpolitik.blogspot.com

Ashley Ahmed said...

Salam Bro,

Barua DAP boleh menang ke?

Anonymous said...

mari ramai2 kita hancurkan kubu kuat Anwar!!!

rafique said...

barua DAP memang melampau,pegi jahanam la sama ahli pkr dgn pas yg x sedar2 lagi.
sokong pas/pkr sama dgn sokong dap

Post a Comment