Setelah mengikuti perkembangan kejadian pergaduhan antara staff KFC (berbangsa Melayu) dan pelanggan (berbangsa Cina) di restoran KFC i-City, ternyata ia hanyalah pergaduhan biasa yang melibatkan ketidakpuasan hati antara satu sama lain. Di mana- mana saja pergaduhan / pertikaman lidah seumpama itu berlaku baik di Malaysia ataupun di seluruh pelusuk dunia.
Apa yang perlu difikirkan dengan lebih mendalam bagi rakyat Malaysia adalah mengapa pemimpin pembangkang (Ahli Parlimen Segambut (DAP) Lim Lip Eng) bertindak bodoh dengan tanpa sebarang bukti / saksi, beliau terus mengadakan sidang akhbar dan bertindak menyalahkan pekerja KFC tersebut?
Pihak SD-Malaysia secara peribadinya tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak atau bangsa, tetapi dengan jelasnya Ahli Parlimen tersebut bertindak melulu dengan menyemarakkan api perkauman, mencemarkan sistem Parlimen Malaysia serta prinsip demokrasi Negara yang telah lama kita amalkan.
Sekiranya pemimpin pembangkang mahu perjuangkan nasib rakyat atas prinsip demokrasi, mengapa sidang akhbar yang diadakan hanya menyebelahi sebelah pihak saja?
Walaupun pergaduhan ini melibatkan bangsa Malayu dan Cina, mengapa pihak Pakatan Rakyat membuat kenyataan seolah-olah UMNO/Barisan Nasional yang bersalah? Apa kena mengena kerajaan Malaysia dengan isu ini?? Malah tiada seorang Menteri / pimpinan kerajaan pun yang tampil membuat sebarang kenyataan untuk menyebelahi mana-mana pihak.
Tindakkan kepimpinan Pakatan Rakyat adalah sangat terdesak dan secara jelasnya mereka akan sentiasa mengambil kesempatan untuk mengapi-apikan semangat perkauman di Malaysia kerana hanya dengan cara itu sajalah mereka mampu untuk maraih undi simpati menjelang Pilihanraya Umum kelak.
SD-Malaysia menyokong tindakkan KFC menggantung pekerja tersebut dan menggesa pihak KFC sendiri dengan bantuan pihak berwajib mendedahkan video sebenar (CCTV) kepada rakyat Malaysia. Secara rasionalnya, pihak KFC boleh mengambil tindakkan ke atas Ahli Parlimen tersebut di atas publisiti negatif yang cuba beliau sebarkan.
>>>> Masih ingatkah anda isu “Wanita Cina Berbogel Ketuk Ketampi Di Dalam Penjara” yang didedahkan oleh Ahli Parlimen DAP Teresa Kok sebelum PRU 2008 dulu???
Akhirnya satu Malaysia menyaksikan yang wanita tersebut bukanlah dari bangsa Cina pun. Tetapi atas semangat perkauman mereka yang tinggi, mereka menjaja isu tersebut ke seluruh Negara demi meraih undi simpati rakyat.
>>>> “Customer Always Right, but Camera Won’t Lie”