Saturday, October 24, 2009

Hadi Awang DISINGKIR NIK AZIZ ?!

SALAM,... :)


Sesuatu yang timbul di benak fikiran peminat serta pemerhati politik tanah air ketika Nik Aziz menggesa untuk adakan EGM PAS adalah,… “Inilah suatu pelan terancang untuk singkirkan Hadi Awang”.! Jika memperlihatkan kenyataan Nik Aziz ketika ditanya wartawan semalam,..beliau menyatakan antara tujuan utama EGM PAS ini perlu diadakan adalah kerana PAS sudah berpecah-belah kepada pelbagai puak dan ia masing-masing diketuai oleh kepimpinan utama parti yang berbeza.

Dengan tanpa berselindung, Nik Aziz menamakan Timb. Presiden PAS Nasharuddin dan EXCO Selangor Dr. Hassan Ali sebagai peneraju PAS yang menyebabkan berlakunya perpecahan di dalam Parti Islam itu. Yang peliknya mengapa Nik Aziz tidak menamakan Hadi Awang?? Sedangkan idea kerajaan Perpaduan itu dilahirkan oleh PAS melalui Ustaz Hadi Awang itu sendiri. UMNO tidak pernah menyuarakan yang mereka ingin laksanakan Kerajaan Perpaduan bersama PAS,..UMNO cuma katakan yang mereka akan setuju akan idea itu hanya kerana untuk pembangunan Bangsa Melayu dan Agama Islam.

Jika kita lihat dengan lebih mendalam,..mengapa Nik Aziz ada menyatakan sesetengah pemimpin PAS berpihak dan pro kepada UMNO??..dan mengapa Nik Aziz menyatakan yang dia kalau boleh mahu menyingkirkan pemimpin-pemimpin yang pro kepada Kerajaan Persekutuan ini??..inilah persoalan yang membuatkan kita berasa pelik dengan tindak-tanduk Nik Aziz sejak akhir-akhir ini!
Mengapa dia tidak namakan Nizar???

Ternyata ada individu yang cuba menyingkirkan peneraju utama PAS ini dengan cara memperalat Nik Aziz yang semakin hari dilihat semakin liberal tindak-tanduknya. Nik Aziz juga dilihat sudah tidak pernah mengatakan lagi berkenaan ‘Hukum Hudud’ atau ‘Penubuhan Negara Islam Sepenuhnya Di Malaysia’ dalam mana-mana kenyataannya bersama Pakatan Rakyat. Beliau dilihat hanya lebih mementingkan Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR & P.R dan cuba belajar untuk menerima perjuangan politik ‘racist’ DAP. Tidak hairanlah mengapa pejuang politik tulen PAS serta pro-Ulama’ sudah tidak mahukan Nik Aziz masuk campur dalam urusan pentadbiran PAS.

Ramai ahli-ahli PAS juga dikatakan sering kecewa dengan alas an utama Nik Aziz yang lazimnya berbunyi;

“Saya adalah Mursyidul Am PAS dan semua perlu dengar kata saya,…saya lah yang menjaga parti ini, sayalah yang menatang parti ini, jadi sayalah yang berhak untuk menentukan hala tuju parti ini!”



>>>> Kami sebagai blogger BPN berharap Ustaz Hadi Awang mampu melakukan tidakkan yang paling rasional,..ini cumalah satu retorik politik yang dicipta oleh sesetengah individu yang ‘mungkin kita tahu siapa’ untuk menyingkirkan Presiden dan Timbalan Presiden PAS daripada terus menyusahkan Pakatan Rakyat, yang kononnya mereka katakan tiada kesepakatan seperti mana Nik Aziz bermuafakat dengan mereka.

8 comments:

Anonymous said...

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan keputusannya meminta pimpinan parti itu mengadakan muktamar agung khas bagi menentukan kedudukan beberapa pemimpin yang menimbulkan masalah dalaman kepada parti berhubung isu kerajaan perpaduan.

Katanya beliau tidak kisah walaupun ada negeri yang menolak cadangan itu, kerana apa yang penting hasrat untuk menyampaikan isi hatinya demi menyelamatkan parti, tercapai.

"Saya tidak akan menarik balik cadangan itu kerana ia dibuat atas hasrat dan isi hati saya sendiri yang mahu menyelamatkan parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Noraini, Kampung Pasir Hor, dekat sini hari ini.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tengku Ahmad Rithaudden yang membiayai pembinaan masjid berharga RM500,000 di kampung itu.

- BERNAMA

kahkahkah..aku nak keluar pas..x mau dh undi mangkuk2 pas ni!

rahman said...

aku pun xfaham dgn nik aziz ni..dh nyanyuk kot

zahir said...

aku sokong kalau hassan ali dgn nasharuddin keluar dari pas,.hadi awang x perlu adakan EGM, biarkan nik aziz gila sorang2.

vivian said...

tiada kesepakatan sememangnya membuatkan pakatan rapuh seperti P.r akan berpecah..kita akan saksikannya wahai rakyat malaysia. jadikanlah 1Malaysia sebagai teras perpaduan antara kaum.

joseph kaur said...

I extremely believe that Anwar will face a big trouble when he faces Najib and his 1Malaysia plan. It's a mistake for Anwar because letting Pak lah down as a PM. Im also sure BN will still lead the country in next GE. this is the fact. rakyat loves Najib also the fact,..

Anonymous said...

Nik aziz..oooooi...nik aziz...
lebih baik klau masa yg ada ni buat keja yang berfaedah dan menguntungkan Islam/Melayu.
Daripada kau jaga Al-liwati dan LGE, lebih baik kau jaga anak cucu kau sendiri...
Menate beruk punya melayu...

Ekeng A/L Etong said...

Mengikut ramalan Tok Bomoh yang Ekeng selalu jumpa, Nik Ajis akan menafikan apa saja yang dikatakannya, hatta apa jua yang ditulisnya. Kita tunggu siapa yang kena!

Anonymous said...

hj hadi masuk umno je,ok gak

Post a Comment