Sunday, November 7, 2010

UniMAP Menang Anugerah Inovasi Bioteknologi 2010

SALAM,...:)

Saintis Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini berjaya melakar sejarah meraih anugerah Inovasi Bioteknologi 2010 melalui ciptaan sistem penggredan bijak automotif untuk buah-buahan tempatan menggunakan penglihatan, inframerah, e-bau (e-nose) dan bunyi.

Anugerah tersebut dianjurkan oleh Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) iaitu sebuah badan yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan.

Kemenangan itu membolehkan penyelidik UniMAP membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 dan plak penghargaan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi BiotechCorp, Dr. Wan Abdul Rahaman Wan Yaacob.

Majlis penyampaian anugerah itu diadakan sempena Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2010 di sini.

Turut hadir Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety; Ketua Pegawai Eksekutif BiotechCorp, Datuk Iskandar Mizal Mahmood dan Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Datuk Dr. Daud Mohamad.

Penyelidik bersama untuk ciptaan tersebut, Profesor Madya Dr. Abdul Hamid Adom berkata, rekaan yang dibangunkan oleh UniMAP itu merupakan teknologi moden pertama yang dicipta untuk memeriksa kualiti buah.

"Melalui mesin ini, buah tersebut akan melalui proses pemeriksaan bukan sahaja untuk tahap kualiti luarannya tetapi juga bahagian dalam," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Menurut beliau, ciptaan tersebut juga dianggap unik kerana di samping memeriksa tahap kualiti sesuatu buah, mesin tersebut juga mengambil inspirasi daripada lima deria manusia terutamanya untuk mengetahui rasa buah tersebut.

"Mesin itu berfungsi seperti manusia memilih buah seperti memegang, menghidu dan melihat. Selain itu ia juga dibangunkan untuk merasa dan melihat isi dalam buah tanpa perlu mengupas kulit atau memakannya," jelas Abdul Hamid.

Selain UniMAP, penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa, Md. Zahangir Alam diumumkan sebagai penerima Anugerah Paling Berinovasi dan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Yaakob Che Man bagi kategori Anugerah Inovasi Harapan.

Sementara itu, kategori khas yang disediakan untuk saintis wanita iaitu Anugerah Bio Inovasi Wanita dimenangi penyelidik dari Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Noor Hayaty Abu Kassim.


Sumber: Utusan Malaysia


P.S: Semoga rakyat Perlis & Kedah yang mengalami bencana banjir bersabar dan menganggap ini sebahagian daripada musibah dan ujian daripada Allah S.W.T

6 comments:

Anonymous said...

Quality articles or reviews is the main to be a focus for the users to pay a quick visit the web page, that's what this site is providing.

My web page; achat vues youtube
My web site > augmenter vues youtube logiciel

Anonymous said...

I am actually pleased to read this blog posts which contains tons of helpful facts, thanks for
providing these kinds of statistics.

my weblog - acheter tweet

Anonymous said...

How come is Cleaning Venetian The blinds So Really hard?


Have a look at my weblog :: optoma hd33 best price

Anonymous said...

Longest tail Lights- A survey

My web page ... optoma hd33 projector

Anonymous said...

Acquire Amazing Brand new Features Together with Ios4 Software program
Update For Ipod itouch

Have a look at my web site; video to mp3 converter online

Anonymous said...

The actual Lg 32lf7700 Television set

Here is my page: payday loans

Post a Comment