Saturday, April 24, 2010

Pelajar UNISEL Diperalat!

SALAM,...:)



Berdasarkan sumber dari penduduk sekitar Batang Kali dan Ampang Pecah,…pelajar UNISEL dipergunakan pihak jentera Pakatan Rakyat demi meraih undi. Adakah tindakkan sebegini patut dibiarkan oleh pihak bertanggungjawab. Bukanlah untuk menyalahkan, tetapi pihak Polis perlulah mengetatkan lagi laluan jalan raya atau kawasan berhampiran asrama pelajar UNISEL demi mengelakkan mereka terus diperalat pihak pembangkang.

Berdasarkan info, sejumlah wang diberi sebagai ganjaran untuk setiap orang sekiranya bersetuju untuk datang berkempen membantu jentera Pakatan Rakyat.
Aduan penduduk ini mungkin ada asasnya,…ini kerana program SPICE yang dicadangkan serta dilaksanakan di UNISEL oleh pihak kerajaan negeri Selangor adalah berteraskan prinsip ‘setia kepada kerajaan Pakatan Rakyat’ yang mana kerajaan negeri adalah penaung utama university tersebut.

>>>> Kami nasihatkan kepada para pelajar UNISEL ataupun UiTM untuk tidak terlibat dengan aktiviti berpolitik ini. Pihak POLIS dijangka akan memperketatkan lagi pemeriksaan laluan jalan raya demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

>>>> Kepada Rakyat Hulu Selangor: Adalah menjadi harapan kami untuk anda semua menangkan BN! :)

Kamal1Malaysia ATAU ZaidPendusta???

SALAM,...:)





Faktor pemilihan calon PKR iaitu Zaid Ibrahim sememangnya menyebabkan kemarahan jentera-jentera PAS sehinggakan ahli-ahli PAS secara ketaranya dilihat memboikot sesi kempen untuk PRK Hulu Selangor. Berdasarkan sumber dalaman, dikatakan petugas-petugas yang memakai baju PAS sebenarnya merupakan ahli-ahli PKR yang mana terpaksa melakukan sedemikian demi menutup kepincangan yang berlaku.

Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PR yang lain sibuk turun untuk berkempen hampir setiap hari demi menabur fitnah dan menghasut rakyat Hulu Selangor untuk terus memilih kerajaan yang telahpun terbukti merompak harta rakyat, iaitu perampasan tanah YBK! Isu ini dilihat amat sensitif sehinggakan ramai penduduk di sana tidak hadir ke ceramah-ceramah atau kempen-kempen yang dijadualkan oleh Jentera Pakatan Rakyat. Kebanyakkannya yang hadir di setiap ceramah-ceramh PR adalah penyokong daripada kawasan sekitar K.L, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan demi memastikan kapasiti sesi ceramah umum mereka dilihat sentiasa penuh!

Hari ini, PM Najib Tun Razak, Tun Mahathir & Dato’ Seri Muhyiddin Yasin akan turun demi rakyat Hulu Selangor sekaligus menunjukkan sokongan padu ke atas calon 1Malaysia, Kamalanathan! Tiada ragu buat orang Melayu dan India untuk terus memangkah calon favorite ini esok. Tetapi bagi pengundi Cina,…anda harus ingat sesungguhnya PKR atau PR tidak pernah melaksanakan apa-apa manifesto yang telahpun mereka janji sebelum 8 Mac 2008 dahulu. Apakah yang anda dapat selama lebih 2 tahun PKR memerintah di Selangor?? Adakah pernah Teresa Kok merendahkan egonya untuk berjumpa rakyat di kampung-kampung Melayu, Cina, India dan pedalaman orang Asli?? Adakah Elizebeth Wong hadirkan diri untuk meminta maaf di atas gambar-gambar kontroversinya (bogel) yang jelas melanggar prinsip moraliti dan sensitiviti orang Islam?? SEMUA ITU TIDAK PERNAH!!!

Bagan Pinang telah menunjukkan bahawa orang Melayu, Cina dan India sudah kembali menyokong kepimpinan yang berteraskan perpaduan nasional oleh PM Najib Tun Razak,…jadi adalah menjadi tugas untuk rakyat Hulu Selangor memastikan kemenangan buat Barisan Nasional sebelum kita melangkah dengan yakin untuk memenangi Kerusi Parlimen Sibu pula.


>>>> Kami dari Satu Malaysia memohon rakyat Hulu Selangor memenangkan calon Barisan Nasional demi memberi tamparan hebat kepada kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang amat lemah di negeri Selangor!


Monday, April 12, 2010

Layakkah Perkataan 'Demokrasi' Untuk DAP??

SALAM,...:)

Apakah DAP @ Democratic Action Party adalah benar-benar demokratik dan memperjuangkan hak semua kaum??? Cuba anda lihat senarai Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dari DAP,…adakah anda terlihat nama Melayu walaupun seorang?

Mereka mengatakan UMNO dan BN adalah racist serta penubuhan BN adalah berasaskan parti perkauman,..namun apa bezanya dengan mereka?Apa bezanya dengan tertubuhnya cawangan Melayu dan Bukan Melayu oleh DAP??? Bukankah ini satu perlaksanaan yang membeza-bezakan antara kaum juga???

Cawangan DAP Melayu di Kinrara yang baru ditubuhkan seharusnya menjadi satu model untuk pertimbangan semua kaum Melayu dalam memahami politik tanah air!...Pernahkah anda sebelum ini terdengar mana-mana pemimpin DAP memperjuangkan hak-hak Melayu dan Islam???

Jadi dimanakah terletaknya kebenaran di atas prinsip mereka yang kononnya memperjuangkan istilah:

"berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen"



SENARAI AHLI-AHLI PARLIMEN DAP:
Dimanakah Melayu jika Mereka DEMOKRATIK?

P43 - Bagan - Lim Guan Eng,P45 - Bukit Mertajam - Chong Eng,Batu Kawan - Ramasamy Palanisamy,P48 -Bukit Bendera - Liew Chin Tong,P49 - Tanjong - Chow Kon Yeow
P50 - Jelutong - Ooi Chuan Aun,P51 - Bukit Gelugor - Karpal Singh Ram Singh,P60 - Taiping - Nga Kor Ming,P64 - Ipoh Timor - Lim Kit Siang,P65 - Ipoh Barat - M. Kulasegaran V. Murugeson,P66 - Batu Gajah - Fong Po Kuan,P68 - Beruas - Ngeh Koo Ham
P76 - Teluk Intan - M. Manogaran,P102 - Serdang - Teo Nie Ching,P103 - Puchong - Gobind Singh Deo,P106 - PJ Utara - Tony Pua Kiam Wee,P110 - Klang - Charles Anthony Santiago,P114 - Kepong - Tan Seng Giaw,P117 - Segambut - Lim Lip Eng,P120 - Bukit Bintang - Fong Kui Lun,P122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim,P123 - Cheras - Tan Kok Wai,P128 - Seremban - John Fernandez,P130 - Rasah - Loke Siew Fook,P138 - Kota Melaka - Sim Tong Him,P145 - Bakri - Er Teck Hwa,P172 - Kota Kinabalu - Hiew King Chew,P195 - Bandar Kuching - Chong Chieng Jen


>>>> Hari ini, YB Sivakumar sibuk bercakap soal demokrasi di Perak,...satu pertanyaan,..adakah mereka benar-benar bertunjangkan demokrasi sedangkan parti DAP ternyata 'racist' dalam setiap tindak-tanduknya.


Tuesday, March 23, 2010

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) & Akreditasinya...

SALAM,... :)




LAPORAN akhbar Kosmo! bertarikh 15 Mac 2010, hampir kesemua program Ijazah Kejuruteraan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tidak mendapat pengiktirafan daripada EAC, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada saya adalah kurang tepat.

Ini kerana sebahagian besar program-program di UniMAP ini masih sedang menjalani proses pengiktirafan atau dengan kata lain sedang dinilai oleh pihak yang berkenaan.

Tetapi apa yang menimbulkan keraguan sebahagian besar warga UniMAP, terutamanya para pelajar dan ibu bapa, mengapakah proses akreditasi untuk program-program Ijazah di UniMAP mengambil masa begitu lama?

Saya sebagai salah seorang bekas pelajar UniMAP secara peribadi amat kecewa kerana isu ini telah pun menjadi agenda utama pihak Pengurusan dan Pentadbiran Universiti sejak sekian lama. Apa yang kami sedia maklum, pihak berkaitan yang seharusnya merealisasikan proses pengiktirafan ini boleh disifatkan sebagai memandang enteng di atas apa yang pihak UniMAP usahakan.

Setelah dinaikkan taraf menjadi universiti yang mana sebelumnya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) dan tersenarai sebagai salah sebuah IPTA tempatan, adalah mustahil untuk menerima kenyataan apabila pengiktirafan program-program pengajiannya tergendala serta terpaksa mengambil masa yang amat lama hanya kerana kerenah birokrasi badan-badan bertanggungjawab.

Sejauh manakah lagi perjalanan dan selama manakah lagi masa yang perlu dibuang warga UniMAP untuk menemui jalan penyelesaian mengenai isu yang boleh dianggap sebagai isu nasional ini?

Seharusnya pihak terbabit ini perlu mengguna pakai konsep 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' seperti yang dizahirkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam menyelesaikan isu yang telah pun tertangguh lebih lima tahun ini.

Apa yang kami harapkan adalah tindakan yang lebih pantas dan telus oleh pihak-pihak yang terlibat serta usahasama murni oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

PRO UNIMAP

Kuala Lumpur

(Utusan Malaysia - 23 Mac 2010)


>>>> Bagi SD-Malaysia, isu ini perlu diambil kira serta dipandang serius oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kerajaan Malaysia kerana ia melibatkan secara langsung mengenai maruah sistem pendidikan negara yang mana ia selaras dengan hasrat Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia sebagai 'hub-pendidikan' di rantau ini.

>>>> Tambahan pula ketika ini merupakan musim IPT menerima kemasukkan pelajar baru untuk sesi pengajian Diploma dan Ijazah,...jadi apakah nasib UniMAP sebagai salah sebuah IPTA di negara kita???



Saturday, January 9, 2010

INDIVIDU YG Menyokong TINDAKAN ‘HERALD’

SALAM,...:)



Mungkin ada sesetengah rakyat Malaysia yang masih keliru dengan isu terbaru dimana melibatkan ketegangan diantara agama Islam dan Kristian. Sepanjang kuatnya BN dengan majoriti 2/3 penguasaan yang mereka peroleh sejak dari Merdeka dahulu di Parlimen,…jarang sekali kita dengar isu pertelingkahan yang amat ketara dan serius antara agama serta ancaman-ancaman berbaur kejahatan seperti ini. Tapi beberapa hari lepas,.. gereja terus dijadikan sasaran. Belum tahu siapakah yang terlibat,…harap pihak POLIS Malaysia yang amat berkaliber mampu menyelesaikannya.

Apapun,… disini kita boleh lihat pemimpin-pemimpin pembangkang yang pernah menyuarakan sokongan ke atas tindakan HERALD yang mahukan perkataan ALLAH tidak hanya menjadi hak eksklusif untuk penganut Islam saja di Malaysia ini…

Dan mereka yang menyokong adalah seperti:

1. Ketua Pembangkang @ Penasihat PKR = Anwar Ibrahim
2. Mursyidul AM PAS = Nik Aziz Nik Mat
3. Ahli Parlimen Shah Alam (PAS) = Khalid Samad
4. Kebanyakkan pemimpin-pemimpin, Ahli Parlimen, dan ADUN Pakatan Rakyat (dari PKR, DAP & PAS)

Dan mereka yang menentang perjuangan serta tindakkan HERALD ini adalah seperti:

1. Pemimpin-pemimpin UMNO dan Kerajaan Malaysia
2. Ahli Parlimen Bandar Bharu-Kulim (PKR) = Zulkifli Nordin
3. Ahli Parlimen Pasir Mas (BEBAS) = Ibrahim Ali


>>>> JADI PERTIMBANGKANLAH MANA YANG BAIK DAN MANA YANG BURUK,….tidak salah jika kita mengandaikan individu-individu yang menyokong inilah telah sedikit sebanyak menyumbangkan kepada keadaan tidak tenteram kita sebagai rakyat Malaysia yang mana sebelum ini harmoni dibawah pentadbiran Barisan Nasional dan UMNO!

>>>> LIHAT sajalah tindakkan Pakatan Rakyat yang hanya berdiam diri mengenai isu ini,….Nauzubillah.

Tuesday, December 22, 2009

22 TANDA Akhir Zaman...

SALAM,...:)



1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya.

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Islam Liberal - Setakat mana anda membaca?
(http://scripters.ning.com/forum/topics/baca-dan-nilai-diri-sendiri)

Monday, December 14, 2009

Umno bounces back strongly after painful lessons

SALAM,...:)




As the end of 2009 draws nearer, Umno looks set to close the year on a stronger note following a successful power transition and party elections back in March.

It was quite a turnaround for the biggest Malay political party in the country which some political analysts and observers predicted would crumble following the disastrous results in the March 2008 general election.

Bouncing back on its feet, Umno owed its newly-found confidence to forge ahead following that political tsunami to former president Abdullah Ahmad Badawi and his successor Najib Abdul Razak.

from MalaysiaKini.com [http://www.malaysiakini.com/news/119780]

Friday, December 11, 2009

Pak Lah Pertahan Tun M!

SALAM,...:)




Terbaru,..walaupun perang mulut antara Nazri Aziz dan Tun Mahathir sudah reda, namun bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi mengambil inisiatif untuk menjelaskan kedudukan sebenar BTN pada pendangan peribadinya. Beliau secara terang-terangan menyatakan sokongan ke atas Tun Mahathir mengenai isu BTN …yang mana telah melanda serta mencipta kontroversi dikalangan rakyat dan pemimpin politik negara.

Pak Lah dalam ucapannya menyatakan;

1. Beliau tidak mahu terlibat dalam perang mulut antara Tun M dan Nazri,…tetapi beliau cuma ingin menyatakan apa yang sebenarnya mengenai program BTN yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.

2. Tiada apa yang membolehkan mana-mana pihak menyatakan program BTN adalah ‘racist’ kerana beliau sendiri telah melibatkan diri secara langsung di dalam program tersebut.

3. Beliau pernah melibatkan diri dalam BTN ketika era Tun Razak yang mana pada ketika itu konsepnya adalah berteraskan ‘Dasar Ekonomi Baru’,…manakala ketika era Tun Mahathir konsepnya adalah berteraskan ‘Wawasan 2020’.

4. Beliau juga mengulas dakwaan pembangkang yang mengatakan BTN dilaksanakan secara rahsia dan tertutup adalah suatu yang tidak benar. Katanya; beliau sendiri tidak pernah risau akan segala jenis modul atau maklumat mengenai BTN dikeluarkan daripada program tersebut untuk tatapan umum,..jadi dimanakah kewajarannya dakwaan yang kononnya BTN dilaksanakan secara rahsia???

5. Katanya juga,..terlalu banyak cerita yang tidak benar pada waktu ini mengenai BTN…sedangkan pada suatu masa dulu Anwar Ibrahim juga telah menggunakan program BTN ini.


Pada ketika ini, proposal untuk mengubah kurikulum BTN yang mana akan berteraskan konsep 1Malaysia telah dicadangkan. Dan ini ternyata relevan kerana pada era Tun Razak, kurikulum Dasar Ekonomi Baru diperkenal, manakala pada era Tun Mahathir kurikulum Wawasan 2020 diperkenal dan kini era Najib kurikulum 1Malaysia bakal diperkenal.

>>>> Ternyata isu ini cuma dibangkit untuk membuatkan rakyat terkeliru dengan agenda kerajaan Malaysia. Tiada sebab untuk melihat BTN diharamkan kerana ianya ternyata boleh dipinda mengikut kesesuaian dan masa. Pakatan Rakyat yang sering kehabisan modal berpolitik sentiasa memikirkan benda-benda remeh seperti ini yang kononnya mengatakan BTN lah punca sokongan rakyat ke atas mereka semakin merosot!

>>>> Lebih menarik untuk kita dalami isu ‘racist’ iaitu pertikaian dana masjid oleh DAP dan isu menantu Nik Aziz!...sebenarnya isu-isu seperti BTN ini cuma direka untuk menutup kelemahan dan pekung P.R dihadapan rakyat!

Thursday, December 10, 2009

Nik Aziz Kritik Mahfuz Omar!

SALAM,...:)




Nampaknya perkembangan politik Melayu Islam di Negara kita sememangnya tidak pernah menemui sedikit kesefahaman,…setiap hari, setiap minggu, setiap bulan ada saja ahli-ahli politik Melayu Islam yang bertelagah sesama sendiri. Terbaru pertelagahan Nik Aziz dan Mahfuz Omar,..sebelum ini Nazri Aziz dan Tun Mahathir. Lepas ini siapa pula??? Benarkah dakwaan kebanyakkan orang bahawa pemimpin Melayu di Negara kita ini gila kuasa??

Walauapapun,…PAS bukanlah sebuah parti yang boleh dianggap sempurna pada hari ini sepertimana 5-10 tahun yang lalu. Hari ini PAS telah diwarisi dengan kepimpinan yang keras kepala, mengamalkan kroni, tidak demokratik, amalkan Islam liberal, perbalahan terbuka, bersekongkol dengan musuh politik Melayu Islam dan sebagainya. Rasanya dakwaan seperti itu adalah tidak keterlaluan kerana hampir kesemua rakyat Malaysia telahpun menyedarinya.

Isu kroni Nik Aziz dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) mendapat reaksi yang amat luar biasa dikalangan penyokong dan pemimpin PAS. Mereka menyelar tindakkan Nik Aziz yang secara terang-terangan melakukan ‘pengkronian’ di hadapan rakyat. Inikah yang dikatakan sebagai keterbukaan dan transparensi yang diamalkan Pakatan Rakyat atau dengan khususnya PAS yang mentadbir negeri Serambi Mekah itu??
Jikakalau benar mereka pengamal demokrasi sebenar sepertimana yang Anwar Ibrahim perjuangkan (kononnya),…mengapa teguran serta pendapat Mahfuz Omar dibidas dan dikritik hebat oleh Nik Aziz???

Sudah jelas lagi bersuluh bahawasanya tiada persefahaman antara pemimpin-pemimpin utama PAS! Adakah Mahfuz selaku Naib Presiden tiada hak menegur serta membidas sesuatu yang dilihat amat salah di dalam PAS???

Pada dasarnya, Nik Aziz dilihat seolah-olah terlalu keras kepala sehinggakan tidak boleh menerima teguran walau daripada sesiapa pun!...cuba kita lihat pada hari ini Presiden PAS Hadi Awang langsung sunyi serta tidak bersuara sama ada di media mahupun di dalam portal-portal pembangkang,…begitu juga dengan Timbalannya Nasharuddin!...ini semuanya adalah kerana mereka tidak sependapat dengan Nik Aziz yang mana sering menganggap dirinya saja yang betul sehinggakan pengamalan ‘dasar kroni’ juga dianggap betul sedangkan pada masa yang sama mengkritik UMNO dan BN mengenai isu yang sama! Nampaknya bukan hanya UMNO dibawah era-Pak Lah dibelenggu ‘isu menantu’,…tetapi hari ini PAS juga menghadapinya.

Kenyataan Nik Aziz kepada Mahfuz;

"Ucapan Mahfuz itu betul-betul memberi peluang kepada UMNO untuk berpesta. Itu kesilapan dia kerana ini benda yang sudah disiar dan dibincangkan, kenapa tidak berjumpa saya. “Tetapi dia bercakap dengan umum juga, dia pandai-pandai. Itu tidak ada strategi,”


>>>> Inikah pemimpin yang patut kita sanjungi???...fikir-fikirkan…

>>>> Kepada Nik Aziz: Sudah Tiba Masanya Untuk Anda Berundur dari Arena Politik PAS!

Wednesday, December 9, 2009

PERBALAHAN Nazri-TunM Menguntungkan P.R!

SALAM,...:)



Setelah berjaya mencipta kontroversi mengenai perlaksanaan BTN di Negara kita, hari ini kerajaan Negeri Selangor terutamanya Khalid Ibrahim dan penasihatnya Anwar Ibrahim mempunyai alasan untuk bersuka-ria dengan melihat perbalahan kecil seperti ini berlaku di dalam UMNO.

Sebenarnya inilah tujuan utama mereka,…mencipta satu isu kontroversi yang mana membolehkan perbalahan berlaku demi menutup masalah sebenar mereka di negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat! Bukannya rakyat Malaysia tidak tahu akan kepimpinan negeri Selangor yang menjadi semakin kompleks dan sokongan rakyat Selangor juga menurun ke atas MB Khalid Ibrahim. Selain itu,…bukti juga boleh dilihat apabila bancian menunjukkan sekiranya Pilihanraya Umum diadakan dalam masa terdekat, BN dikatakan akan kembali merampas majoriti 2/3 nya di dalam Parlimen.

Kejayaan dan semangat perpaduan konsep 1Malaysia yang diketengahkan PM Najib Tun Razak amat berkesan sekali dan cubaan menimbulkan isu BTN ini hanyalah bertujuan semata-mata untuk membantutkan usaha murni PM kita dalam memastikan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum berada di tahap yang utuh.


>>>> Nasihat kami sebagai rakyat: Kami amat sayangkan UMNO dan Barisan Nasional,… dan buktinya sudah ramai golongan belia dan professional sudah mula kembali menyokong BN sedikit demi sedikit. Sudahkah kita lupa akan kenyataan dari PKR yang mana Anwar Ibrahim akan sentiasa berusaha untuk menyerang peribadi PM kita dengan pelbagai isu???

>>>> BTN adalah sesuatu yang masih relevan dan terus relevan dan isu mengenainya dicipta semata-mata untuk mengaburi rakyat tentang masalah yang terus-menerus dihadapi Pakatan Rakyat di Selangor, Penang, Kelantan dan Kedah.


>>>> Nazri Aziz seharusnya bijak mengeluarkan kenyataan walaupun pada dasarnya beliau merasakan apa yang diucapkannya adalah benar. Janganlah terlalu ekstrim sehingga boleh menyebabkan kestabilan UMNO terjejas.

PERNAHKAH ANDA HADIRI BTN????....bagi blogger SD-Malaysia yang baru hadir pada 2 bulan lepas berpendapat tiada apa yang ‘racist’ dalam program itu…kesemuanya ditafsirkan dan diterangkan berdasarkan sejarah yang telah tercipta di Negara kita.

bolehkah sejarah yang menyatakan UMNO,MCA dan MIC yang telah bersama-sama dalam memperjuangkan kemerdekaan dan hak-hak setiap kaum DIPADAM sepertimana yang Khalid Ibrahim mahukan????