Friday, May 29, 2009

BILA PAKATAN RAKYAT Gemar PUTAR BELIT

Salam...

1. Dalam isu lompat parti 16 Sept :

Ketika isu lompat parti wakil rakyat BN ke PR dalam projek yang gagal dilaksanakan Anwar 16 Sept lalu, PR mengatakan bahawa yang menentukan hala tuju politik negara ialah 222 ahli Parlimen yang mana lebih tepat lagi 31 wakil rakyat BN yang melompat partilah yang akan menukar tampuk pemerintahan Malaysia disebabkan PR mendapat sokongan majoriti di Parlimen BUKAN RAKYAT.

Dalam isu Perak :

Masa depan politik Perak hendaklah diserahkan kepada RAKYAT melalui pembubaran DUN Perak bukan atas sebab BN mendapat sokongan majoriti dengan beralihnya sokongan 3 ADUN yang menyokong BN.

2. Dalam isu lompat parti 16 Sept :

Tidak semestinya yang melompat parti itu menyertai PR, cukup hanya mereka memberikan sokongan di dalam Parlimen yang akan membuatkan PR mendapat sokongan majoriti. Maknanya mereka boleh tetap di dalam BN tetapi memberikan sokongan kepada PR. Tidak perlu bubar Parlimen.

Dalam isu Perak :

DUN harus dibubarkan kerana 3 orang yang menyokong BN bukan wakil rakyat BN tetapi Bebas. Ini menyebabkan kerusi BN-PR di DUN Perak sama banyak kerana tidak termasuk 3 orang wakil rakyat Bebas itu.


3. Dalam isu lompat parti 16 Sept :

Perlu mengadap DYMM Yang Dipertuan Agong untuk memastikan peralihan kuasa licin dan sempurna.

Dalam isu Perak :

Mohon derhaka kerana Sultan Perak tidak menyebelahi PR.

4. Dalam isu lompat parti 16 Sept :

Kerajaan dan PM yang bakal mengambilalih kuasa pemerintahan adalah kerajaan dan PM yang sah disisi undang-undang.
Dalam isu Perak :

Kerajaan BN di bawah MB baru adalah kerajaan haram.

Ini adalah beberapa perkara yang kita harus selalu perhatikan di mana segala yang telah berlaku membuktikan bahawa PR tidak lebih hanya sebuah pakatan yang hanya bermatlamatkan kuasa dan di mana ada peluang dan ruang yang menyebelahi mereka maka semuanya perkara yang mereka lakukan adalah benar belaka.

Keputusan hakim juga adalah bergantung kepada siapa yang menang, kalau BN menang, maka Anwar akan kata " sistem kehakiman perlu bebas dan telus .." kalau PR menang, Anwar kata " telah mula nampak pembaikan dan reformasi dalam sistem kehakiman kita "
Adakah anda sependapat dgn hujah saya ini??
Renung2kanlah untuk tatapan bersama
salam... :)

Tuesday, May 26, 2009

Mengenai Isu Chin Peng!...(saya mengulas)


ULASAN KEPADA BLOG 'SANG KELEMBAI' (http://www.zaharinmy.blogspot.com/),



Antara Kekejaman Komunis!



Kenyataan dan Pandangan encik memang tidak masuk akal... sebagai Melayu Islam yang mana rata-ratanya pernah menerima penderitaan yg amat dahsyat ketika era-Komunis suatu ketika dahulu adalah amat sukar bagi mereka melupakannya,...terutamanya dengan kedatangan penjahat Chin Peng semula di negara ini.

Anak2 muda memang sudah tidak tinggal di dalam gua seperti yang dikatakan encik,....tapi saya yg berumur hanya 23 tahun dan menetap lebih 20 tahun di K.L memang amat memahami sentimen kebencian bangsa saya (Melayu) terhadap penjahat ini...
Adakah prinsip 'Kebebasan Bersuara' dan 'Demokrasi' boleh menutup semua sejarah yang tercipta ini??

Ibu, Bapa, Saudara-mara, Nenek, Moyang kita memang sudah mengenali kejahatan penjahat Chin Peng dan partinya ini!
Malayu Islam lah yg paling banyak menderita sepanjang pemerintahan Komunis!
Anda perlu memahami sejarah!
Mungkin anda bukan pelajar cemerlang dlm matapelajaran Sejarah suatu ketika dulu,...
tetapi saya YA!
Ramai ahli saudara mara saya dan rakan-rakan yg mati ketika berjuang menentang Komunis suatu ketika dahulu!
Apa pembelaan yang kami peroleh dari keturunan Chin Peng atau ahli Parti Komunis??
Adakah mereka pernah meminta maaf??
Adakah mereka pernah menzahirkan rasa kekesalan??

Apakah maksud Encik dgn mengajar rakyat Malaysia supaya menjadi pemaaf???
Adakah encik akan menjadi pemaaf apabila berada di dunia Palestin???...memaafkan Yahudi yang sentiasa membunuh & meghancurkan Islam dan bangsa Arab???
Adakah encik akan menjadi pemaaf sekiranya keturunan anda atau bapa sendiri telah terbunuh dengan kekejaman parti yang telah dipimpin oleh Chin Peng suatu ketika dahulu?

Adakah dgn pandangan encik yang mengatakan Nabi Muhammad mampu mengatasi kejahatan bangsa lain ke atas Bangsa Arab menjadi penyelesaian atau kesimpulan yang boleh diaplikasikan di sini???

Perkara yang mahu saya ingatkan,...perjuangan berlandaskan Islam itu memang sentiasa berada di jalan yang benar dan sentiasa mendapat keredhaan dari Allah,...
Jadi adakah dengan membenarkan kemasukan Chin Peng bermakna semua pemimpin beragama Islam termasuk UMNO dan PAS di Malaysia akan mampu mengatasi masalah yang boleh semudahnya terjadi kelak???
Mereka tidak semulia Nabi Muhammad,...

Sedangkan mahu bermuzakarah pun ditolak PAS...apa lagi yang boleh diharapkan setelah PAS berada di dalam Pakatan Rakyat???
Pokok pangkalnya, keupayaan umat Islam di akhir zaman pada ketika ini amatlah jauh berbeza dengan keupayaan umat Islam di zaman Nabi Muhammad S.A.W.
Percaturan dan pertimbangan yang jelas perlulah dilakukan.

Adakah anda mahu hanya kerana seorang penjahat yang bernama CHIN PENG dibenarkan masuk di Malaysia semula,...maka sentimen Kominisme yang dahulu pernah meragut ribuan rakyat Malaya berulang kembali....?
Tetapi ia mungkin bukan dengan cara yang sama (pembunuhan),...tetapi dgn cara yang halus yang mana pada akhirnya mendatangkan keburukan pada semua rakyat (terutamanya Melayu Islam)!

Adalah lebih baik mencegah seorang PENJAHAT daripada terpaksa menanggung masalah yang tidak dijangka di masa hadapan.

Sekian :)...SALAM

Saturday, May 23, 2009

Salam Rakyat Wilayah K.L,...






"I turun everywhere takkan nak bagi tau you semua. Ni saya nak pergi tandas, takkan nak bagi tau you, you nak ikut ke?"



ADAKAH AYAT DI ATAS INI SATU PENGHINAAN KEPADA SEORANG WANITA???
SAYA TIDAK NAMPAK APA YANG MENJADIKAN AYAT INI MENGHINA WANITA...




SEBENARNYA, AYAT INI DISEBUTKAN OLEH MENTERI WILAYAH KETIKA MELAWAT PASAR BARU DATO' KERAMAT PADA 21 MEI 2009...
KENAPA BELIAU SEBUT AYAT INI???
BELIAU SEBUT AYAT INI APABILA WAKIL RAKYAT PARLIMEN TITIWANGSA, YB DR LO' LO' MENGKRITIK MENTERI WILAYAH YANG TIDAK MEMAKLUMKAN KEPADA DR LO' LO' TENTANG LAWATAN YANG DILAKUKAN OLEH MENTERI ITU...
KRITIKAN INI DILAKUKAN DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI SEMASA MENTERI WILAYAH MASIH DI DALAM PASAR BARU DATO' KERAMAT BERSAMA-SAMA PENIAGA-PENIAGA DATO' KERAMAT...
ANDA BOLEH MELIHAT DAKWAAN MERAPU INI DALAM BLOG DR LO' LO' DAN MSTAR...



Gambar di atas pulak menunjukkan Dr. Lo'Lo'(MP Titiwangsa) sibuk buat sidang media tetang hal tersebut. Bagi saya, kata-kata yang di cakap oleh Menteri Wilayah tersebut tak boleh dianggap sebagai gangguan sexual. Bayangkan....Dr Lo'Lo' membuat kesimpulan yang terburu-buru seperti ini dan mencanangkannya kepada rakyat.


Tidakkah ia menjejaskan kredibiliti seorang ahli Parlimen....pada pendapat aku,....pemimpin pembangkang sekarang hanya banyak berminat untuk berpolitik dari membuat sesuatu perkara yang membina.


Dalam blog Dr. Lo'Lo' juga ada menyatakan bhw Menteri Wilayah baru ini gagal membuat pertemuan dgn ahli-ahli Parlimen K.L. ...Saudara-saudara bayangkan, belum pun sempat 2 bulan naik jadi Menteri,...kenapa hal-hal remeh mcm ni nak dibangkitkan! Banyak lagi isu-isu rakyat di Ampang, Titiwangsa, Gombak Setia tak diselesaikan. Baru visit dan tak beri tahu pun sudah dijadikan isu....MP bukannya Menteri Besar. Mereka cuma wakil rakyat!
Lagi pun,...takkan lah setiap kali mahu berjumpa rakyat perlu menjemput MP/ADUN???
Lambat lah kerja mcm tuu...
Di sini, aku nak beri contoh....Flat Sri Sentul yg lifnya rosak berbulan-bulan tu pun tak mendapat perhatian dari MP Batu, Tian Chua
Bekas Tim. Menteri ( T.Murugaiah) pulak yang turun padang...

Sedangkan, sepanjang aku duduk 20 tahun di K.L ni,...takda satu pun aktiviti berfaedah yang dianjurkan pemimpin pembangkang...yang ada cuma perhimpunan/ceramah (tu pun penuh dgn makian)...Pambangunan pulak,...'jauh panggang dari api'.


Aku berharap, Dr. Lo'Lo' mampu membuat pertimbangan dgn jelas dlm hal ini,....kami tahu ini penggal pertama dan mungkin yang terakhir buat beliau....jadi jgn lah bertidak mengikut emosi.
Saya percaya, sebagai seorang lelaki....benda ini dianggap spontan dan ia normal kepada 'rakyat biasa'. Mungkin ia menjadi sesuatu yang janggal kepada Anak Dato' seperti Dr. Lo'Lo'

Sudah jelas,....tak perlu untuk memburuk-burukkan pemimpin UMNO/BN dgn mengatakan tak mesra rakyat di dlm blog anda.....saya sudah 20 tahun berada di bawah BN di Parlimen Setiawangsa & Ampang.....ternyata pemimpin BN lebih matang dan berdedikasi dalam melaksana tugas sebagai MP!



Sbg informasi : setakat ini,...ramai pengunjung blog Dr. Lo'Lo' memberi komen negatif terhadap tindakan beliau sebagai MP Titiwangsa tentang isu ni.....perkara remeh diperbesarkan!!!

(kalau sudah tiada komen2 tu,...maksudnya sudah di'delete' oleh tuan empunya blog)


Sekian....SALAM

:)

Friday, May 22, 2009

Kami Sokong Zambry!...Tahniah!


Mahkamah Rayuan (putrajaya) telah berpihak kepada Dr. Zambry sebgai MB Perak yang sah.

Di sini, kami sebagai rakyat Malaysia & Melayu bersyukur dengan keputusan ini.

Diharap ia menjadi iktibar kepada penyokong pembangkang yang masih menyokong pemimpin2 mereka yang telah menyimpang jauh dalam memartabatkan maruah Bangsa, Agama dan Negara.

Jika sebelum ini BN terima kekalahan untuk kes ni di Mahkamah Tinggi K.L,...so, kami berharap penyokong dan pemimpin pembangkang juga mampu menerima keputusan terbaru ini dgn hati yang terbuka!


Kami tak mahu ada rusuhan yang menyusahkan rakyat jelata, sabotaj or apa2 yang negatif yang selalu dilakukan pembangkang.


Ulasan MB sah:

"Seperti saya selalu sebutkan, sesungguhnya kebenaran akan datang dan kebatilan akan terbenam jua"


Bangkitlah rakyat Malaysia & Melayu menentang P.R yang semakin terpesong dari perjuangan politik bersih!


Beri sokongan penuh buat BN di PRK Manik Urai...coming soon!


walaupun kubu kuat PAS...Azam mesti ada beb.


Hidup Dr. Zambry!

Salam...:)

Wednesday, May 20, 2009

Realiti Bila Anwar Bermain Dengan Bayangnya Sendiri



DUN Penanti, Bila Perdana Menteri kata kita (BN) tak akan letak calon lawan Pakatan (PKR) ada orang akan kata- padan muka PKR sebab 'ludah jilat ludah sendiri'.

Ada orang kata BN penakut dan takut menghadapi pilihanraya Penanti. Kata PM, 'kita akan hadapi pilihanraya besar dan kita tak pernah lari darinya'.

PAS pula mahu lihat percaturan politik antara Anwar dan Najib dihitung di Penanti. Kekalahan demi kekalahan atau BN gagal mempertahankan parlimen dan DUN telah menyebabkan populariti BN jatuh merundum. Puncanya kurang sokongan masyarakat India dan Cina kepada BN. Namun sokongan orang Melayu kepada UMNO bertambah. Adakah ini menunjukkan pada masa akan datang BN akan mengambilalih Kelantan sebagai 'sarang' PAS memandangkan 80% pengundinya adalah orang Melayu!!!


Ketiadaan persaingan di DUN Penanti sebenarnya menjelaskan 5 kesan;

1. Anwar Ibrahim kini bertarung dengan 'bayang' sendiri. Dia akan tuduh dan kata yang calon bebas tajaan BN atau UMNO. Yang berlaku calon bebas adalah bekas orang kuat PKR sendiri.


2. PAS dikatakan patuh kepada arahan Anwar supaya tidak meletak calon. Kalau PAS benar-benar berjuang kerana Islam sudah tentu dia tidak mematuhi arahan itu kerana matlamat PAS ialah mewujudkan negara atau negeri Islam.


3. Pengundi yang dijangka membuang undi mungkin kurang 50% atau silap haribulan hanya mencapai 40%!!! Ini akan memalukan Anwar kerana sokongan terhadap PKR semakin kurang. Sebenarnya ini adalah psikologi yang digunakan oleh Najib dalam menyerang Anwar sebagaimana Anwar memperbodohkan Pak lah sebelum ini.


4. Wujudkah pengundi berhantu di Penanti nanti? Kenapa isu pengundi hantu tak wujud sedangkan bila BN meletak calon, bukan main Pakatan kata pengundi hantu punca kemenangan BN sedangkan yang berlaku sebaliknya, iaitu PAS yang menang. Jadi pengundi hantu sokong PAS dan PKR!!!


5. Permainan politik- Pakatan bukan bekerja untuk rakyat tetapi suka buat hal dan selalu menimbulkan masalah. Pakatan tidak ubah pertubuhan haram HINDRAF yang mengungut untuk mengadakan demonstrasi jalanan nanti.


6. Pilihanraya Penanti tersiratnya ialah menunjukkan 'perang saraf' antara BN an Pakatan.


Ia pernah berlaku pada tahun 1948 di mana parti komunis malaya mengadakan pemberontakan terakhir untuk merampas kuasa namun gagal. Begitu juga taktik dan dakyah Anwar supaya rakyat menumpu kepada masalah politik daripada sokongan kerajaan membantu membangunkan ekonomi.

Parti komunis gagal walaupun berjaya membunuh orang Melayu yang bekerjasama dengan British. Sama apa yang berlaku kini. BN diam sahaja dan yang akan menilai ialah rakyat. Siapa yang patut menjadi 'payung kerajaan' dan siapa yang menjadi 'pembunuh rakyat' tetapi menggunakan nama 'kami berjuang untuk rakyat' dan se-malaysia sebagaimana perjuangan PKM.

Tuesday, May 19, 2009

Anak Raja Petra Penjenayah!!!

Anak kedua penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah di sekitar Shah Alam.


Raja Azman Raja Petra, 33, dari No. 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh didakwa mencuri sebuah motosikal Yamaha RXZ nombor pendaftaran BJQ 9597 bernilai RM8,000 milik seorang lelaki, Syaiful Setapa.


Tertuduh juga mengaku mencuri sebuah telefon bimbit Nokia, sebuah jam tangan Seiko dan serangkai kunci motosikal yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM3,850 dari sebuah kediaman milik Saipul Adli Mohamad Yunus.
Raja Azman juga mengaku telah memecah masuk ke dalam kediaman dan mencuri wang tunai RM20, cukai jalan, kad ATM Maybank dan BSN serta lesen memandu milik Mohd. Syaiful Setapa.


Dia juga mengaku atas tuduhan pilihan iaitu memiliki sebuah motosikal Yamaha 135LC bernombor pendaftaran NBT 7332 milik Ahmad Firdaus Jalaluddin.
Kesemua perbuatan didakwa dilakukan Azman antara pukul 9.30 pagi, 20 Mac lalu dan 10.40 malam, 5 Mei lalu di Seksyen 19, Seksyen U2, dan di Kinrara Court Puchong dekat sini. Hukuman akan dijatuhkan pada 19 Jun ini.

PENANTI = Antara Kebijaksanaan Najib & Kebodohan Anwar


1. Sudah terjawab teka teki iaitu hari ini Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan bertanding di DUN Penanti kerana menganggap pilihanraya kecil kawasan itu tidak berasaskan kepada kehendak perlembagaan dan hanya mainan politik pembangkang.
2.DS Najib menganggap pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan hanya kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) hendak menyelesaikan masalah dalaman mereka sahaja .Dewan Tertinggi bincang dengan panjang lebar tentang pilihan raya kecil DUN Penanti. Dewan Tertinggi mengambil keputusan oleh kerana kekosongan ini bukan disebabkan oleh peruntukan dalam perlembagaan tetapi sebab PKR nak selesai masalah dalaman mereka dan oleh kerana ini juga merupakan satu permainan politik pembangkang.“Ia tidak kena mengena dengan peruntukan perlembagaan dan oleh kerana BN lebih utamakan khidmat kepada rakyat dan usaha pulihkan ekonomi negara maka kita memutuskan supaya tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti,” katanya
3. Dahulu pendirian saya mahu BN bertanding tetapi setelah melihat sendiri suasana dan angin penduduk di Penanti ,saya menyokong keputusan Najib ini yang dianggap bijak dan tidak terperangkap dalam jerat yang dipasang oleh Anwar di dalam kubu beliau sendiri .Seperti kata -kata Najib ini semua adalah permainan politik pembangkang dan BN tidak harus menari mengikut rentak orang lain .
4.Tindakan Najib ini adalah tepat pada waktunya .Bagi saya tidak timbul soal takut mahupun pengecut dalam hal ini jika kepentingan dan tanggungjawab untuk rakyat dan negara akan diutamakan. PRK Penanti sebenarnya tidak patut diadakan kerana alasan kekosongan kerusi itu alasan bodoh dan tidak munasabah dan ianya jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak mahu membela dan memperjuangkan nasib rakyat seperti yang mereka laung-laungkan .
5. Memang tidak dapat dinafikan apabila mengadakan pilihanraya maka ia akan membazir seperti kos SPR ,kos pengurusan ,kos untuk menjaga keselamatan pilihanraya. Saya meninjau di Penanti ,sudah dipasang khemah-khemah besar untuk pasukan keselamatan polis yang akan mengawal keselamatan di Penanti ini . Tetapi dengan keputusan BN tidak bertanding ,maka BN sudah boleh mejimatkan kos untuk berkempen,sumbangan dan sebagainya.
6. Apabila BN tidak bertanding ,maka BN tidak perlu fikir lagi bagaimana nak meraih sokongan pengundi . Kita tengok gelagat Anwar dan askar-askarnya selepas ini yang telah pusing round Penanti berkempen yang saya tinjau sudah start ceramah perdananya minggu lepas.
7.Mengenai siapa akan menjadi pilihan pengundi ,apabila BN tidak bertanding maka faktor calon tersebut menjadi pilihan pengundi .Pengundi BN dan atas pagar pastinya terpaksa memilih 2 pilihan samada tidak keluar mengundi @ keluar mengundi dan mengundi calon bukan PKR iaitu calon BEBAS .
8.Saya masih ingat lagi ayat ini " Jika ada calon Bebas yang mahu bertanding , Pakatan Rakyat seperti biasa akan cakap ini calon tajaan BN untuk pecah undi . Inilah tuduhan lapuk oleh Pakatan Rakyat dan buat masa sekarang ini yang hanya sudah mengesahkan bertanding berkemungkinan adalah calon Bebas iaitu bekas Ketua Wanita PKR sendiri .
9.Kali ini Anwar sudah terkena lagi muslihat Najib .
----> Tunggu perbicaraan Kes Liwat Terbaru Anwar June ini, gd luck 'Bapa of Corruption'

Sunday, May 3, 2009

PAS Tolak UMNO Kerana Cintakan DAP??









Pemimpin PAS sanggup melihat Islam dan Melayu berpecah kerana mereka sangat yakin bahawa PAS boleh menjadi parti alternatif kepada orang-orang Melayu. Pemimpin PAS semakin yakin bahawa kaum Cina dan India mulai menyokong calon PAS. Mengapa mereka perlu bersatu dengan UMNO?

Mereka beranggapan UMNO mulai menuju kehancuran atau lubang kubur.Pandangan yang terlalu awal. Dalam politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ada masa naik dan ada masa turun. Ada masa air pasang dan ada masa air surut. Bergantunglah kepada keadaan dan masanya. UMNO mulai membuat beberapa perubahan bagi mengembalikan keyakinan rakyat.

Pemimpin-pemimpin MT UMNO yang dipilih melalui Persidangan Agung UMNO kebanyakan pemimpin yang berani bercakap, berpendirian tegas, berwibawa dan bersih. PM, DS Najib telah melantik Menteri dan Timbalan Menteri dari kalangan pemimpin UMNO yang bersih dan berkemampuan memberi sumbangan kepada rakyat dan negara. Beberapa dasar telah mengalami perubahan dan pembaharuan.

Majlis perasmian yang bakal dihadiri oleh pemimpin kerajaan diringkaskan kerana lebih masa ditumpukan kepada perkhidmatan kepada rakyat. Sesuai dengan cogan kata di bawah pentadbiran DS Najib iaitu "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan". Jika UMNO dan BN mendapat restu rakyat pada masa akan datang bermakna Melayu terus berpecah.Oleh itu pemimpin PAS mahu pun UMNO tidak perlu mendabik dada mengatakan parti masing-masing kuat. Sebenarnya NGOs dan orang Melayu tidak rela melihat bangsa Melayu semakin menuju kehancuran.

Apakah Islam boleh terus berkembang maju jika bangsa Melayu hancur? Perjuangan Islam PAS sebenarnya samalah jua dengan perjuangan UMNO. Cuma pendekatan PAS dan UMNO mungkin sedikit berbeda dan apakah perbedaan itu tidak memungkinkan UMNO dan PAS bersatu kerana Allah. Jika PAS boleh menerima DAP sebagai rakan dalam pakatan, mengapa PAS tidak boleh menerima UMNO sebagai pakatan dalam perjuangan membela nasib bangsa Melayu dan Islam?







Berjaga-jaga...

Baru-baru ini satu seminar/taklimat telah diadakan antara PersatuanPengguna Islam Malaysia dengan pihak Jabatan Agama Islam Perak khususmendedahkan produk haram yang berada dipasaran dan meminta orang-orangMelayu/Islam berhenti menggunakannya. Berikut disenaraikan secararingkas produk tersebut dan serba sedikit huraiannya.

1 COLGATEColgate keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam haram bercampur lemakbabi.Colgate 125ml yang berada dipasaran sekarang sah diimpot dari Thailand.

2. AJI NO MOTOAji No Moto keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam haram bercampurlemak babi Aji No Moto juga disahkan oleh doktor mengandungi MSG(Mono-SodiumGlutamate) berlebihan yang boleh mereputkan daging dan Sodiummenggugurkan rambut dengan cepat. Bagaimanapun produk Aji No Motokeluaran Jalan Kuchai Lama (Malaysia) disahkan bebas dari lemak babi.

3. COKLAT.Semua coklat yang diimpot dari luar negara mengandungi lemak babi ataupun sekurang-kurangnya mengandungi lemak binatang yang amat diragui.Sekiranya pada luar bungkusan pek coklat ada menunjukkan kod produk, KOD164 disahkan mengandungi lemak babi.

4. FISHCAKE; FISHBALL; MEE & KOYTIAW BASAHKeluaran bukan Islam disahkan mengandungi ramuan campuran lemak babisupaya produk tahan lama.

5. BERUS-BERUS SONGKOK, KASUT, CAKEBabi ternak di Malaysia tidak berbulu. Tetapi babi tunggal dikatakanberbulu. Di negeri China terdapat babi ternak yang khusus menghasilkanbulu seperti ternakan biri-biri. Berus untuk songkok, kasut dan cakedisahkan adalah bulu-bulu babi dari negeri China.

6. ROTI HIGH 5 (HIGH FIVE)Roti High 5 HARAM dimakan kerana mengandugi/dicampur/diproses dari ragiBabi. Suatu ketika dulu pernah tersebar luas berita/surat layangmengenai lemak babi dalam roti Gardenia. Ketika itu jualan Gardeniajatuh merosot dengan ketara sekali. Sebenarnya berita ini disebarkanoleh orang-orang dalaman High 5 sendiri yang iri hati denganpencapaian/kejayaan Gardenia.Punca iri hati ini disebabkan empat tokoh utama pengurusan Gardeniaadalah orang Melayu yang amat peka dengan sensitivity umat Islammengenai pemakanan halal/haram. Saham-saham besar Gardenia yangdikatakan bercampur dengan bisnes babi tidak membabitkan negaraMalaysia. Produk keluaran Gardenia diproses berlandaskan prinsip IslamISI 2020 yang digariskan Institut Penyelidikan Piawaian Islam (RISIS).Ini disahkan oleh Setiausaha PPIM Dr.Maamor Osman. Roti Gardenia disahkan bebas dari campuran lemak babi.

7. REMPAH KARI ALLAGAPA; BABAS; SAKHTY & CAP MATAKeempat-empat jenama kari diatas tidak mengandungi lemak babi TETAPI 40%hasil jualannya digunakan untuk membuat/menambah/memperelok kuil-kuil diMalaysia dan juga sebagai pembiayaan untuk membunuh masyarakat IslamGujerat India. Itu lah sebabnya kita melihat jenama kari iniberlumba-lumba menaja rancangan-rancangan hiburan TV (terutamanya lagudan filem menaja Hindi)supaya bersesuaian dengan selera orang Melayuyang sejak dari dulu lagi lagu dan filem Hindi ini ibarat isi dengankuku dan sudah sebati dengan jiwa mereka.Satu perkara lagi yang perludiberi perhatian ialah nombor 786.Orang-orang veteran India Muslim (berusia 80 tahun keatas) yang ditanyamengenai nombor ini menyatakan dengan berbagai pendapat. Tetapi apa punjawapannya nombor ini adalah kod untuk Bismillah yang cara amalannyamereka saja yang tahu. Malangnya kod ini (786) Diselewengkan olehpuak-puak Hindu apabila mereka juga melabelkan papan iklan kedai dengannombor tersebut untuk mengabui umat Islam. Tidak hairan lah dewasa inikalendar orang-orang India Muslim yang menggunakan gambar Kaabah danayat suci Al-Quran dicetak/ditaja oleh Palanniappa, Sakhty dan Babas.Juga perlu dingatkan pada umat Islam supaya amat peka dengan beberaparestoran baru nasi kandar yang bergiat aktif sama ada dimana-mana bandarterutama di Taiping dan Ipoh.Pastikan perniagaannya oleh orang Islam dan ayamnya halal. Di Taipingada restoran nasi kandar, pembuat roti nan dan toseh dari pekerja H****dan ayam dibekalkan oleh C***

8. COCA COLACoca Cola adalah jenama minuman yang mempunyai agendanya yangtersendiri.Lebih-lebih lagi agenda menghina Umat Islam. Tahu kah saudara tulisanCoca Cola itu jika dibelah dua dari bahagian belakangnya maka tulisannyaboleh dibaca dan akan membawa maksud 'Laa' Allah Laa'Muhammad (TiadaAllah TiadaMuhammad) Kajian menunjukkan Negeri Perak adalah negeri kedua diMalaysia yang berjaya memboikot Coca Cola dan dikatakan jualannya diPerak merosot sehingga 60%. Syabas warga Perak.

9. SARDIN TIN MERAHKuah Sardin ini dibuat dari campuran siput babi haram dimakan.

10. KENTUCKY FRIED CHICKENPerkara yang meragukan dalam kes KFC ini ialah cara sembelihan ayam itusendiri. Seorang petugas menyembelih di KFC mengakui bahawa bacaansemasa sembelih hanya dibaca pada permulaan/pertama sahaja manakala yanglain-lain nya tidak sempat kerana ribuan ekor lagi menunggu/berpusinguntuk disembelih. Kita tidak dapat berbuat apa-apa dengan masalah KFCini kerana ia mendapat kelulusan penuh pihak Pejabat Agama. Tetapiperkara yang mendatangkan was-was elok lah kita tinggalkan. Keadaan inisama lah juga dengan ayam yang kita beli dan lihat sendiri sembelihannyadimana-mana pasar ayam.. Sekiranya kita beli 10 ekor ayam dan selepasdisembelih ayam-ayam tadi dihumban kedalam sebuah bekas/raga.Persoalannya bagaimanakah cara 10 ekor ayam itu mati. SAH ayam itu matiakibat tertindih lemas sesama mereka dan bukan menggelupur sendirian.Mati lemas ini disahkan tidak halal kerana mati katak.

11. TEH HAILAMOrang Melayu sejak dulu lagi amat famous dengan teh Hailam. Ada yangpagi-pagi lagi mesti kena teh Hailam. Sedap katanya. Minum pula dalamcawan berbunga. TETAPI tahu kah kita apa kah cara tradisional teh inidibuat.Seorang Mualaf yang mendedahkan perkara ini memberitahu bahawa padasetiap pagi towkay kedai ketika sedang menggosok gigi dan ketika masayang sama akan Membenamkan berus gigi kedalam bekas membancuh teh atauapa-apa jua bekas untuk teh tersebut. Itu lah resepinya. Bunyinya memanglucu tetapi itu lah hakikatnya.12. TESCO IPOHSesiapa yang berkunjung ke Ipoh dan ingin menjamu selera diingatkansupaya berhati-hati apabila singgah makan dimana-mana warung dalamTesco. Hampir kesemua gerai-gerai makanan dipunyai oleh bukan Islam(C***) dan mengupah pekerja Melayu untuk RUN bisnes tersebut. Masalahutama ialah ayam digerai ini di supply oleh C***. Hanya sebuah gerai(Western Food) saja yang disahkan betul-betul halal dan dijalankansendiri oleh seorang pemuda Melayu.RENUNGANDipasaran sejak akhir-akhir ini kita dikaburi dengan jenama-jenama yangseolah-olah bercirikan Islam. Contoh : Bahan makanan kering yangdibungkus dengan gambar masjid diluarnya dan bunyi syarikat pembuatseperti bahasa/bunyi Arab yang kadangkala kita tak ambil kisahlangsung. Dipasar raya umpamanya jenama-jenama seperti Safi, Shurah,Zaitun dan Aminah Hassan dikenalpasti barang-barang keluaran bukanMelayu/Islam. Bisnes ini sebenarnya telah bertukar tangan. Selain itualasan paling mudah adalah mana mungkin produk Melayu boleh masuk pasarraya. Bagaimana pula dengan kicap Thamin.....????? Kicap Thamin HALALtetapi difahamkan ia terpaksa mengupah salesman C*** dengan bayaranRM7,000.00 untuk membolehkan produk tersebut memasuki pasar raya.

Saturday, May 2, 2009

1Malaysia

Konsep Satu Malaysia yang diumumkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak adalah bukti keprihatinan kepimpinan beliau terhadap destini negara-bangsa Malaysia, perpaduan, kemakmuran, keamanan, keselamatan, kecemerlangan, keunggulan dan kelangsungannya di hari muka.Konsep sosio-politik yang berteraskan cita-cita untuk membina satu era baru di

Malaysia menerusi satu transformasi yang besar ini bermatlamat untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat.Najib telah merincikan konsep ini menerusi blog peribadinya, 1 Malaysia. Contohnya, pada 5 April 2009, Najib menghuraikan aspek-aspek budaya kecemerlangan. Pada 8 April 2009, beliau pula menghuraikan maksud nilai-nilai ketabahan.Ini bermakna budaya kecemerlangan dan nilai-nilai ketabahan adalah antara ciri-ciri teras kepada Konsep Satu Malaysia.

Pastinya dalam siri tulisan Najib selanjutnya beliau akan menghuraikan ertinya perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity) yang mendasari elemen kemajmukan rakyat Malaysia dan lain-lain aspek kenegaraan yang sewajarnya menjadi perisian serta input kepada Konsep Satu Malaysia.Rakyat jelata Malaysia juga perlu menyumbangkan dayausaha mereka untuk memperdalami dan merincikan konsep ini. Dayausaha ini pasti dapat membantu kepimpinan Najib untuk segera menterjemahkan konsep ini menjadi dasar dan program perjuangan nasional yang efektif dan bermanfaat dalam tempoh terdekat ini.

Oleh sebab itu, sama-samalah kita bangkit dan bertindak. Kita yang terdiri daripada golongan akademik, profesional, pemimpin gerakan akar umbi, aktivis belia, aktivis pelajar, elit politik yang merentasi ideologi, dan seluruh rakyat jelata wajar bergabung tenaga dan minda untuk menghalusi konsep ini dengan seberapa segera.Kita rincikan konsep ini, kita hayati cita-citanya, kita terokai input dan perisian yang sewajarnya, dan akhir sekali kita ketengahkan penemuan daripada dayausaha kita ini kepada pihak kerajaan untuk menjadikannya kepada dasar dan program nasional yang kita perlukan.

Namun adalah penting jika dayausaha ini kita laksanakan dengan bersandarkan kepada prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara dan Wawasan 2020 supaya Konsep Satu Malaysia ini tidak meminggirkan ciri-ciri asas dan utama kepada kenegaraan, perpaduan dan kemajuan Malaysia seluruhnya. Dengan cara ini, moga-moga usaha untuk mengeksploitasikan Konsep Satu Malaysia kononnya sebagai sinonim dengan Konsep Malaysian Malaysia akan menjadi usaha yang terpencil dan dengan sendirinya ditolak oleh majoriti rakyat jelata Malaysia.

Friday, May 1, 2009

Salam Pengenalan...

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang mencintakan keamanan dan menyokong penuh prinsip demokrasi di dalam negara berpelembagaan ini, saya merasa terpanggil untuk mencoretkan isi hati & pandangan peribadi di blog ini. Berbekalkan pandangan dari ahli politik,rakan-rakan blogger, sumber terdekat, kawan-kawan & sbgnya....malaysia.suarademokrasi akan cuba berhujah dan membuahkan pandangan secara rasional.
Diharap ia dijadikan wadah yang baik dalam membincangkan perihal hak-hak demokrasi serta isu semasa di Malaysia.

Sekian Terima Kasih.