1. Sudah terjawab teka teki iaitu hari ini Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan bertanding di DUN Penanti kerana menganggap pilihanraya kecil kawasan itu tidak berasaskan kepada kehendak perlembagaan dan hanya mainan politik pembangkang.
2.DS Najib menganggap pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan hanya kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) hendak menyelesaikan masalah dalaman mereka sahaja .Dewan Tertinggi bincang dengan panjang lebar tentang pilihan raya kecil DUN Penanti. Dewan Tertinggi mengambil keputusan oleh kerana kekosongan ini bukan disebabkan oleh peruntukan dalam perlembagaan tetapi sebab PKR nak selesai masalah dalaman mereka dan oleh kerana ini juga merupakan satu permainan politik pembangkang.“Ia tidak kena mengena dengan peruntukan perlembagaan dan oleh kerana BN lebih utamakan khidmat kepada rakyat dan usaha pulihkan ekonomi negara maka kita memutuskan supaya tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti,” katanya
3. Dahulu pendirian saya mahu BN bertanding tetapi setelah melihat sendiri suasana dan angin penduduk di Penanti ,saya menyokong keputusan Najib ini yang dianggap bijak dan tidak terperangkap dalam jerat yang dipasang oleh Anwar di dalam kubu beliau sendiri .Seperti kata -kata Najib ini semua adalah permainan politik pembangkang dan BN tidak harus menari mengikut rentak orang lain .
4.Tindakan Najib ini adalah tepat pada waktunya .Bagi saya tidak timbul soal takut mahupun pengecut dalam hal ini jika kepentingan dan tanggungjawab untuk rakyat dan negara akan diutamakan. PRK Penanti sebenarnya tidak patut diadakan kerana alasan kekosongan kerusi itu alasan bodoh dan tidak munasabah dan ianya jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak mahu membela dan memperjuangkan nasib rakyat seperti yang mereka laung-laungkan .
5. Memang tidak dapat dinafikan apabila mengadakan pilihanraya maka ia akan membazir seperti kos SPR ,kos pengurusan ,kos untuk menjaga keselamatan pilihanraya. Saya meninjau di Penanti ,sudah dipasang khemah-khemah besar untuk pasukan keselamatan polis yang akan mengawal keselamatan di Penanti ini . Tetapi dengan keputusan BN tidak bertanding ,maka BN sudah boleh mejimatkan kos untuk berkempen,sumbangan dan sebagainya.
6. Apabila BN tidak bertanding ,maka BN tidak perlu fikir lagi bagaimana nak meraih sokongan pengundi . Kita tengok gelagat Anwar dan askar-askarnya selepas ini yang telah pusing round Penanti berkempen yang saya tinjau sudah start ceramah perdananya minggu lepas.
7.Mengenai siapa akan menjadi pilihan pengundi ,apabila BN tidak bertanding maka faktor calon tersebut menjadi pilihan pengundi .Pengundi BN dan atas pagar pastinya terpaksa memilih 2 pilihan samada tidak keluar mengundi @ keluar mengundi dan mengundi calon bukan PKR iaitu calon BEBAS .
8.Saya masih ingat lagi ayat ini " Jika ada calon Bebas yang mahu bertanding , Pakatan Rakyat seperti biasa akan cakap ini calon tajaan BN untuk pecah undi . Inilah tuduhan lapuk oleh Pakatan Rakyat dan buat masa sekarang ini yang hanya sudah mengesahkan bertanding berkemungkinan adalah calon Bebas iaitu bekas Ketua Wanita PKR sendiri .
9.Kali ini Anwar sudah terkena lagi muslihat Najib .
----> Tunggu perbicaraan Kes Liwat Terbaru Anwar June ini, gd luck 'Bapa of Corruption'
0 comments:
Post a Comment