Wednesday, August 5, 2009

Permatang Pasir : Cubaan Melobi Calon PAS

SALAM,....:)




Di saat penganalisis politik menakrifkan senario politik dan cara kepimpinan PM Najib serta konsep 1Malaysia adalah semakin menarik,...
Tidak kurang juga maklumat-maklumat serta pandangan-pandangan yang diutara oleh rakyat melalui blog-blog juga dilihat semakin rancak,...:)

Terbaru,...melalui blog pro-Pakatan Rakyat,
telah ada suara-suara yang menyatakan ketidakpuasan hati dengan cara pemilihan calon-calon untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pasir!..PAS telah menjanjikan kepada rakyat yang mereka akan umumkan calon mereka minggu hadapan!
Melalui sumber dalaman PAS Pulau Pinang ,...telah ada pihak yang mula melobi calon yang menjadi pilihan masing-masing!
Ada juga yang mengatakan calon-calon yang dikemukan dan bakal bertanding adalah lebih kepada pro-Anwar, iaitu pro-Erdogan,...

Pemilihan yang membahagikan Erdogan dan Ulama' ini adalah penting dalam memastikan sokongan padu oleh rakyat dan ahli-ahli kepada jentera pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat!
Sekiranya calon dari pro-Ulama',...maka sokongan hanya akan diberikan oleh barisan pimpinan bertaraf Ulama' iaitu seperti pro-Hadi!
Manakala, sekiranya calon dari pro-Erdogan,...maka sokongan hanya akan diberikan oleh barisan kepimpinan dari ahli komponen Pakatan Rakyat dan ahli-ahli PAS berhaluan Erdogan!

Berdasarkan rekod pilihanraya yang telah diadakan di Permatang Pasir,...pada tahun 2004 & 2008 PAS telah diwakili oleh YB Mohd Hamdan Abdul Rahman,...kedua-dua pilihan raya menyaksikan PAS telah menang dengan majoriti mudah yang mana mengalahkan UMNO/BN.
Ada sesetengah sumber dari dalam PAS berpendapat Mat Sabu turut dikatakan akan dipertimbangkan sebagai calon dalam merebut kerusi tersebut.

Permatang Pasir merupakan kubu kuat pembangkang yang mana ia berada di bawah Parlimen Permatang Pauh (Anwar Ibrahim),...namun terlalu banyak kepincangan kerajaan P.R di Pulau Pinang termasuklah dengan isu-isu penindasan kaum Melayu dan India di sana yang patut diperdebatkan!...serta korupsi, rasuah dan penyelewengan pemimpin dalaman Pakatan Rakyat.
Sebelum ini,...PRK Penanti juga disambut dingin oleh para pengundi di sana sehinggakan kurang 40% pengundi keluar mengundi.

Isyarat jelas menunjukkan UMNO/BN mempunyai peluang cerah untuk merampas atau merapatkan jurang majoriti undi seperti yang mana mereka telah lakukan di Manek Urai baru-baru ini!...
Isu sentimen kaum yang kerap disentuh Pakatan Rakyat/DAP melibatkan Melayu, India dan Cina turut menjadi tarikan dalam menentukan pengundian yang bakal dilakukan oleh para pengundi di Permatang Pasir.
Ramai yang telah menyatakan suara kekecewaan ke atas pemerintahan Lim Guan Eng (Melaka Boy) yang mana lebih berat sebelah dalam memperjuangkan kepentingan kaum Cina di Pulau Pinang!
PAS hanyalah boneka di sana dan jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran bertunjangkan DAP & PKR itu juga langsung tidak mengangkat wakil PAS untuk sebarang jawatan-jawatan penting.

>>>> Di saat ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS kini sibuk lobi-melobi calon kegemaran mereka dalam menempuh Pilihanraya Kecil Permatang Pasir, ahli-ahli UMNO/BN termasuklah bolggers pro-negara haruslah bersiap-sedia dari segi mental dan fizikal dalam menyerang segenap jentera pilihanraya & strategi mereka sepertimana kita lakukan di Manek Urai!!
Kemenangan pasti menjadi milik kita! Insyaallah....

>>>> Diharap Calon Barisan Nasional adalah dari kalangan rakyat tempatan dan cukup dikenali oleh mereka,... :)

1 comments:

mail lambong said...

Apa boleh buat, walaupun UMNO hanya ada lebihkurang 3 tahun lagi sebelum PRU 13 tetapi nampak gaya UMNO masih belum mahu berubah..Belum ada sebarang perubahan, orang-orang UMNO masih tetap dengan sikap lama, cara lama dan semangat lama. Sokongan rakyat pula semakin dingin dan hanya mereka yang berkempentingan saja yang bermati-matian menyokong UMNO.

Semalam saya bersembang dengan satu dua 'orang UMNO' yang ada hubungan 'dekat' dengan kira pembesar perintkat atas UMNO, nampak gaya sahabat itu pun dengan berani mengatakan bahawa jika keadaan yang ada sekarang ini,conform BN akan tumbang pada PRU 13 nanti..Sahabat ini kata hanya DS Najib yang cuba berusaha untuk memulihkan UMNO tetapi gerombolan yang lebih buat macam biasa saja..

Sahabat ini berkata lagi betapa UMNO cuba 'creat' beberapa isu untuk menyerangkan PR khasnya PKR dan DS Anwar tetapi kata beliau, rakyat yang sudah celik hanya diam saja dan mereka hanya akan tunggu untuk melepaskan 'tsunami' politik yang kedua pada PRU 13 nanti.

Post a Comment