Thursday, August 13, 2009

Pelampau Islam dalam PAS!

SALAM,...:)




Hari ini secara mahu atau tidak,...rakyat Malaysia perlu peka dengan perkembangan semasa politik tanah air! Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sudah boleh dikira terlalu ekstrim dan melampau dalam membuat sebarang kenyataan...tidak kira sama ada kenyataan yang berbaur hasutan, tomahan, hinaan, fitnah dan yang lebih parah lagi menjadikan Islam sebagai alat untuk menguatkan kekuasaan politik mereka!!

Kelmarin, Tuan Guru Nik Aziz telah menyatakan secara terbuka yang beliau tidak kisah sekiranya DAP menghina Islam...!!
Dia memberi alasan bahawa mereka adalah kafir dan tidak mengetahui sebarang asas mengenai Islam...maka mereka layak menghina dan memijak Islam sekiranya mereka mahu.

Satu pertanyaan kepada Nik Aziz dan kepada anda semua...Adakah anda boleh membiarkan orang yang tidak dikenali atau tidak mengetahui asal-usul mak bapak anda menghina serta memijak kepala mereka di depan anda sendiri???
Apa reaksi anda sekiranya ibu anda dicemuh serta dihina dan dimaki setiap hari???
Itu baru ibu dan bapa,...bagaimana dengan Islam???
Relevankah kata-kata Ulama' (kononnya laa) seperti Nik Aziz ini???
Kitab mana yg dia pelajari & praktikkan???
Kalau benar pendapat Nik Aziz sebegitu,...mengapa dulu mereka sibuk berdemonstrasi ketika pelukis karikatur Belanda menghina Nabi Muhammad???...mereka juga tidak faham akan Islam,...jadi biarkan sajalah.... :)

Di sini kenyataan Nik Aziz :

“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam, Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.“Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang,” katany.

(satu pertanyaan,...Pakatan rakyat tidak pernah serang batang tubuh orang lain kah???,...bukankah hari-hari mereka yang memaki hamun dengan perkataan barua,laknatullah,bapak syaitan,kafir....yang tu bagaimana???)

Bukankah kita sebagai umat Islam diwajibkan hingga ke titisan darah terakhir untuk membela agama suci Islam kita..??? bagaimana penyokong-penyokong PAS masih boleh menyanjungi insan yang telah didoktrinkan oleh Anwar ini??
Mufti Perak Dato' Harussani juga kecewa dengan tindakkan pembangkang yang dengan mudahnya menghina Sultan dan Raja-Raja,..apatah lagi pemimpin BN...
Di dalam Islam, agama tidak mengajar supaya rakyat berpaling tadah dengan pemerintah atau pemimpin!!...
Bagaimana semua ini menjadi kelaziman bagi PAS???...sedangkan mereka sering melaungkan Islam sebagai moto dan prinsip mereka!

Ini Kenyataan Dato' Harussani :

“Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini.Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau. “Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,”

>>>> Kami sebagai rakyat Malaysia merayu supaya penyokong PAS & Pakatan Rakyat mempertimbangkan semula sokongan politik anda pada mereka demi membela agama,bangsa dan negara kita!!!

>>>> Renungan Hadis :

“Akan ada sesudahku para imam atau kepala negara yang tidak mengikut petunjuk dan tidak menjalankan sunnahku. Dan akan bangun pada mereka (dalam kalangan mereka) laki-laki yang hati mereka adalah hati syaitan dalam tubuh manusia. Bertanya Huzaifah, bagaimanakah saya hendak lakukan jika saya menemuinya, Ya Rasulullah? Baginda bersabda, hendaklah engkau mendengar dan taat, walaupun ia memukul belakangmu dan mengambil hartamu. Dengar dan taatlah.” (Riwayat Muslim)."

“Akan ada pemerintah yang kamu mengenali mereka dan kamu mengingkarinya. Maka, barangsiapa yang mengenali, sesungguhnya ia telah bebas dan barangsiapa yang membenci maka ia selamat. Akan tetapi orang yang redho dan mengikutnya? Mereka bertanya, bolehkah kami memerangi mereka? Rasulullah bersabda, Tidak! Selama mereka bersolat.” (Riwayat Muslim).

Wednesday, August 12, 2009

Pengecutnya PARTI PAS !!!

SALAM,...


Bila pembangkang mula membicarakan tentang kelemahan-kelemahan serta tiadanya perpaduan di dalam kerajaan Barisan Nasional ketika PRU12 lepas,...ramai rakyat pada ketika itu bersetuju dengan pendapat jumud mereka ini.
Tetapi hari ini,...apa yang jelas dapat kita lihat di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan bekas kerajaan mereka di Perak???
Adakah mereka sangat berpadu sehingga tiada langsung isu kecil berlaku dalam pentadbiran mereka???
Malahan isu-isu lebih besar banyak timbul!

Baru-baru ini,...Pemuda UMNO telah menjemput Pemuda PAS untuk menyertai perhimpunan memboikot penjualan arak di Selangor dengan keadaan yang paling aman...namun ia ditolak mentah-mentah oleh PAS!
Tapi mengapa???...bukankah mereka yang sering melaung-laungkan mereka perjuangkan dasar Islam serta menentang segala kegiatan mungkar yang ditegah oleh agama suci kita???
Mereka mengatakan,...alasan untuk tidak menyertai perhimpunan tersebut adalah kerana mereka ingin menjaga hubungan politik serta diplomatik mereka dengan DAP yang mana boleh menjaminkan 'peluang cerah untuk mentadbir negara' kelak!

Adakah parjuangan parti seperti ini yang nyata menggunakan nama Islam patut dibanggakan serta diharapkan oleh kita semua???
Mereka sering memaki dan mencaci UMNO kerana tidak perjuangkan Islam,...namun apa bezanya dengan mereka???
Adakah kerana peserta-peserta PAS kini lebih bersikap liberal seperti Anwar??
Kalau benar, maka tidak hairanlah suatu ketika dulu Tim. Presiden PAS,Nasharuddin pernah mempertikaikan Kontrak Sosial dimana kontak tersebut menjelaskan hak-hak Melayu Bumiputera dan Agama Islam sebagai agama rasmi yang telah dipersetujui sejak Merdeka lagi...

Rakyat malaysia & Selangor sekalian,...anda jangan sesekali pernah lupa yang PAS dan PKR pernah melaungkan ini sebagai manifesto mereka ketika PRU12 tahun lepas :

1. Akan menutup Kilang Carlsberg dan Tiger di Selangor setelah mengambilalih tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional.

2. Melarang penjualan arak di tempat-tempat terbuka di seluruh Selangor (bukan hanya di tempat majoriti Melayu seperti MB Gagap umumkan minggu lalu)

Itu baru kita sentuh berkaitan isu arak,....belum lagi janji-janji mereka untuk memansuhkan cukai tanah, mengurangkan cukai pintu, subsidi petrol, pengurangan sewa perumahan Projek Rakyat dan sebagainya...

Bila pemimpin BN mempertikaikan betapa pengecutnya YB-YB PAS di Selangor dalam menegakkan Islam dan masyarakat Melayu,..mereka tidak boleh terima!
Jadi siapa yang akan membela masyarakat Melayu/Islam seperti kami di Selangor???
Penang???
Lihat saja senarai EXCO...berapa kerat dari golongan Melayu/Islam???

>>>> Kita sebagai rakyat Malaysia harus mula belajar menolak dakyah politik pengecut PAS yang mana secara terang-terangan berkomplot dengan bukan Islam untuk memastikan kuasa pemerintahan berada di tangan mereka!

>>>> Kata-kata Tuan Guru Nik Aziz juga dilihat semakin hari semakin liberal dan pro-Anwar!!..sehingga membenarkan upacara penyembahan roh, benarkan kafir baca Quran untuk berpolitik, tolak perpaduan sesama Melayu/Islam,...dan sebagainya.

Friday, August 7, 2009

Hassan Ali Dikambing-Hitamkan DAP!

SALAM,... :)

Hari ini telah tersebar luas tentang berita Tony Pua (MP Petaling Jaya) mencadangkan supaya hadapkan Dato' Dr. Hassan Ali,EXCO Agama Islam Selangor ke Lembaga Disiplin Pakatan Rakyat di negeri itu... Tindakkan yang menampakkn sejelas-jelasnya perpecahan di Selangor ini adalah kerana gesaan Dato' Hassan Ali supaya Ronnie Liu meletakkan jawatan sebagai EXCO di Selangor!

Rakyat Malaysia sekalian,...kehadiran PAS hanya dijadikan sebagai boneka oleh komponen Pakatan Rakyat di Selangor!,...cuba anda lihat dari isu ladang babi, isu sekolah Agama & Tahfiz, isu Azan, isu rumah ibadat bukan Islam, isu Air dan terbaru isu pengharaman arak.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat telah berjanji sesudah mereka mengambil alih pentadbiran Selangor dari Barisan Nasional,...pengharaman arak, judi serta kilang arak akan dilakukan secara total di sana....
Namun hari ini apa yg rakyat Selangor dapat????
Pengharaman Arak...??? Hudud...???? Kebajikan...???? Langsung tiada apa yang dapat dibanggakan berbanding pemerintahan BN!

Gesaan Hassan Ali supaya Ronnie Liu meletakkan jawatan adalah selaras dengan tindakan barua DAP ini yang sering mencampuri urusan pentadbiran PBT!...Kawasan majoriti Islam seharusnya patut diharamkan untuk penjualan arak!...mengapa tempat-tempat yang majoriti penduduknya 95% Melayu Islam harus mengekalkan kedai yang menjual arak??

(Dato' Dr Hassan Ali)

DAP juga menuduh Hassan Ali cuba menjadi proksi UMNO dalam mengkucar-kacirkan hubungan komponen Pakatan Rakyat di Selangor!....Rakyat Malaysia sekalian, bukan hanya Hassan Ali yang tidak senang dengan para pimpinan Selangor sekarang, namun MP Gombak, Azmin Ali juga pernah menyuruh MB Selangor mempertimbangkan supaya rombakan EXCO diadakan secepat mungkin!...ini adalah kerana terlalu banyak kes-kes serta isu-isu negatif yang timbul sepanjang pentadbiran bertunjangkan DAP ini !!!

Berbalik kepada isu Hassan Ali,...DAP juga mengatakan beliau mempunyai agenda tersendiri.... yang mana seperti umum ketahui Hassan pernah mengadakan sesi Muzakarah dengan pemimpin UMNO pada hujung tahun lepas!!
Apa salahnya dengan muzakarah yang DAP cuba bangkitkan???....Rakyat Malaysia sekalian, ini semua adalah agenda terancang DAP yang mana mereka cuba untuk doktrinkan masyarakat Melayu supaya sentiasa berpecah!

Pimpinan Pakatan Rakyat juga sudah mula menunjukkan kurangnya keyakinan pada Hassan Ali di atas perkembangan terbaru ini!...Adakah mereka cuba menggesa supaya jawatan beliau dilucutkan dan digantikan dengan EXCO yang lebih liberal nanti?,...(walaupun Hassan Ali itu sudah dikira cukup liberal :) )

Ini kenyataan Tony Pua :

“Dr Hassan’s reckless actions, which were taken without any consultation with either the state executive council or the state Pakatan Rakyat leadership, firmly begs the question of his hidden agenda,” Pua said today.

“What I’m talking about is what everyone is talking about. Everyone knows he has ambitions”.

Setiap hari mereka cuba melakonkan watak serta membohongi rakyat terutamanya ke atas rakyat Selangor dengan mengatakan hubungan PAS,DAP & PKR tidak pernah retak!...
Namun,...'bolehkah bangkai gajah kita sembunyikan???'
Bukan hanya perpecahan, namun segala macam carca-merba yang tidak ketahuan hujung pangkal juga banyak berlaku di Selangor!!!


>>>> Pelik juga dengan tindakkan MB Gagap Selangor yang secara terang-terangan melindungi Ronnie Liu tanpa berfikir panjang,...kalau sudah ada kepentingan peribadi memang beginilah jadinya bila memerintah!
Sudahlah gagap,...cetek kewarasan juga dalam membela hak-hak Bumiputera dan Melayu Islam!

>>>> Hal-hal sebegini tidak pula diulas atau disokong pemimpin PAS lain yang selalu sangat kita dengari memaki-hamun UMNO/BN di ceramah-ceramah mereka,...macam siapa ya???
Hadi Awang, Nik Aziz, Mahfuz Omar, Haron Din, Nizar,....mana mereka semua ni???
Mereka harus sedar,...PAS bukan menumpang di Selangor,...mereka mempunyai bilangan kerusi DUN yang membolehkan Pakatan Rakyat jatuh sekiranya mereka umum keluar dari Pakatan Haram tersebut!

>>>> Doakan kembalinya UMNO/BN di Selangor di PRU13!!! Insyaallah kita tawan Selangor!

Thursday, August 6, 2009

Siapakah Pembunuh Teoh Beng Hock ???

SALAM,... :)


Gobind kata DNA Tan Boon Hwa dan Lim Wye WIng tidak sepadan dengan kesan-kesan DNA pada mayat Teoh Beng Hock. Semua DNA yang diperolehi tidak tunjuk persamaan juga.Nak kata bunuh diri, Dr Xavier kata tak mahu terima. Baiklah, bukti-bukti masih menunjukkan ia dibunuh. Seorang yang akan berkahwin esok harinya tidak akan bunuh diri melainkan ...

Tak sampai hati nak sebut. Sebut anak haram atau luar nikah pun depa suruh Utusan Melayu minta maaf. Chiew Mei Fun mahu Teoh dianggap sudah kahwin. Cina sekarang ni terlalu emosi hingga dah tak rasional. Sampai nak main langgar undang-undang.Beberapa bukti nampak macam Teoh telah dibunuh:

Guard yang jumpa nampak darah mayat sudah kering. Selari dengan apa polis beritau Teoh meninggal pada lebih kurang pukul 8-9 pagi.
Dua DNA yang diakui mungkin menandakan Teoh sudah dikerjakan dua orang.
Ada trolley ditingkap 14 mungkin menunjukkan depa guna trolley untuk angkat dan sorong mayat tu keluaq tingkap.

Raja Petra kata darah mayat Teoh tak serupa macam dicampak dari Tingkat 14. Jadi dia dicampak dari Tingkat berapa? Kalau gitu, dia dibunuh dan dicampak dari tingkat lain? Atau dia dibunuh dan diletak di Tingkat 5?


Lain-lain bukti Siapa bunuh?

Jangan lupa Tan dan Lim masih berada di pejabat SPRM pagi tu. Tan mengaku dalam statement pada polis bahawa dia nampak Teoh pada pukoi 6 pagi. Masih satu misteri kenapa dia dudok di pejabat dari pukoi 1 pagi hingga 11 pagi di pejabat SPRM. Kalau DNA tidak matching, dia belum lepaih habis. Boleh kena abetting atau bersekongkol.

Dua Pak Guard kata ada 10 orang pegawai SPRM dalam bangunan pada malam tu dari 8 malam hingga 8 pagi esok hari. Semua dia dapat cam termasuk seorang pegawai yang akhir jumpa Teoh pada pukoi 6 pagi.
Pak Guard bernama Wan Rosli dalam CCTV ada seorang pegawai kelihatan masuk bersama seorang Cina yang tidak dikenali pada pukoi 12:52 pagi.

Pak Guard yang bernama Abdul Rahman dapat mengenali hanya satu dari tiga pegawai SPRM yang masuk dalam satu video clipping. Pegawai itu bernama Ashraff.Laporan The Star bukan boleh caya sangat. Depa lani dah mula pro-pembangkang. Putarbelit pun depa sanggup siarkan. Pegawai SPRM yang tidak dikenali jaga boleh dikenalpasti. Sebanyak 157 DNA telah diambil termasuk semua staf SPRM, polis yang menyiasat, staf forensik, pencuci bangunan, dan lain-lain individu. Semua tidak match DNA pada badan.Siapa bunuh Teoh sekarang? Adakah Teoh keluar dari pejabat SPRM tapi masih dalam bangunan selepas pukul 6 pagi?

Adakah dia terjumpa siapa-siapa dalam bangunan Masallam antara pukul 6 pagi hingga kematiannya dalam pukul 8-9 pagi? Macam mana ada trolley di tepi tingkat Tingkat 14 dan rambut di tingkap? Rambut siapa? Mungkinkah dia dibunuh ditempat lain dan ada orang aturkan trolley tepi tingkap? Kalau demikian, ini macam kerja-kerja pembunuh profesyenal.Adakah mudah untuk masuk dalam pejabat SPRM tanpa dikesan? Mungkinkah pula ada dua orang yang masuk dan membunuh dan buang Teoh ke bawah?Apa cerita pula dengan handphone Teoh?

sumber: (http://www.theunspinners.blogspot.com/)

>>>> Kes pembunuhan ini dilihat cuba dipermainkan pembangkang untuk mencemarkan imej SPRM,...diharap prosiding kes akan diteruskan tanpa gangguan makhluk-makhluk bodoh dari Pakatan Rakyat!

Wednesday, August 5, 2009

Permatang Pasir : Cubaan Melobi Calon PAS

SALAM,....:)




Di saat penganalisis politik menakrifkan senario politik dan cara kepimpinan PM Najib serta konsep 1Malaysia adalah semakin menarik,...
Tidak kurang juga maklumat-maklumat serta pandangan-pandangan yang diutara oleh rakyat melalui blog-blog juga dilihat semakin rancak,...:)

Terbaru,...melalui blog pro-Pakatan Rakyat,
telah ada suara-suara yang menyatakan ketidakpuasan hati dengan cara pemilihan calon-calon untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pasir!..PAS telah menjanjikan kepada rakyat yang mereka akan umumkan calon mereka minggu hadapan!
Melalui sumber dalaman PAS Pulau Pinang ,...telah ada pihak yang mula melobi calon yang menjadi pilihan masing-masing!
Ada juga yang mengatakan calon-calon yang dikemukan dan bakal bertanding adalah lebih kepada pro-Anwar, iaitu pro-Erdogan,...

Pemilihan yang membahagikan Erdogan dan Ulama' ini adalah penting dalam memastikan sokongan padu oleh rakyat dan ahli-ahli kepada jentera pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat!
Sekiranya calon dari pro-Ulama',...maka sokongan hanya akan diberikan oleh barisan pimpinan bertaraf Ulama' iaitu seperti pro-Hadi!
Manakala, sekiranya calon dari pro-Erdogan,...maka sokongan hanya akan diberikan oleh barisan kepimpinan dari ahli komponen Pakatan Rakyat dan ahli-ahli PAS berhaluan Erdogan!

Berdasarkan rekod pilihanraya yang telah diadakan di Permatang Pasir,...pada tahun 2004 & 2008 PAS telah diwakili oleh YB Mohd Hamdan Abdul Rahman,...kedua-dua pilihan raya menyaksikan PAS telah menang dengan majoriti mudah yang mana mengalahkan UMNO/BN.
Ada sesetengah sumber dari dalam PAS berpendapat Mat Sabu turut dikatakan akan dipertimbangkan sebagai calon dalam merebut kerusi tersebut.

Permatang Pasir merupakan kubu kuat pembangkang yang mana ia berada di bawah Parlimen Permatang Pauh (Anwar Ibrahim),...namun terlalu banyak kepincangan kerajaan P.R di Pulau Pinang termasuklah dengan isu-isu penindasan kaum Melayu dan India di sana yang patut diperdebatkan!...serta korupsi, rasuah dan penyelewengan pemimpin dalaman Pakatan Rakyat.
Sebelum ini,...PRK Penanti juga disambut dingin oleh para pengundi di sana sehinggakan kurang 40% pengundi keluar mengundi.

Isyarat jelas menunjukkan UMNO/BN mempunyai peluang cerah untuk merampas atau merapatkan jurang majoriti undi seperti yang mana mereka telah lakukan di Manek Urai baru-baru ini!...
Isu sentimen kaum yang kerap disentuh Pakatan Rakyat/DAP melibatkan Melayu, India dan Cina turut menjadi tarikan dalam menentukan pengundian yang bakal dilakukan oleh para pengundi di Permatang Pasir.
Ramai yang telah menyatakan suara kekecewaan ke atas pemerintahan Lim Guan Eng (Melaka Boy) yang mana lebih berat sebelah dalam memperjuangkan kepentingan kaum Cina di Pulau Pinang!
PAS hanyalah boneka di sana dan jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran bertunjangkan DAP & PKR itu juga langsung tidak mengangkat wakil PAS untuk sebarang jawatan-jawatan penting.

>>>> Di saat ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS kini sibuk lobi-melobi calon kegemaran mereka dalam menempuh Pilihanraya Kecil Permatang Pasir, ahli-ahli UMNO/BN termasuklah bolggers pro-negara haruslah bersiap-sedia dari segi mental dan fizikal dalam menyerang segenap jentera pilihanraya & strategi mereka sepertimana kita lakukan di Manek Urai!!
Kemenangan pasti menjadi milik kita! Insyaallah....

>>>> Diharap Calon Barisan Nasional adalah dari kalangan rakyat tempatan dan cukup dikenali oleh mereka,... :)

PERHATIAN : Mesej Penting !!!

SALAM,...:)

EDISI KHAS :

BPN Mendesak Tindakan Tegas Terhadap Blogger Hina Mufti Perak Setaraf Pelacur


1. BPN memandang berat tindakan blogger pembangkang di sini
( http://www.malaysiawaves.com) yang telah menyamakan Mufti Perak dengan gelaran pelacur.

2. Perbuatan ini sangat tidak patut dan begitu menghina seorang Mufti yang begitu dimuliakan di sisi masyarakat sebagai ikutan dalam hal hal agama Islam. Apatah lagi beliau dilantik dan dipilih oleh Sultan Perak sendiri selaku Ketua Agama Islam negeri Perak.

3. Mufti Perak tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti mahupun memegang jawatan politik dan bukan orang politik.. Seharusnya tidak patut beliau menjadi sasaran kecaman atau penghinaan yang memalukan tersebut meskipun ada pandangan beliau tidak disenangi oleh mereka..

4. BPN mendesak agar tindakan tegas dan keras dikenakan terhadap blogger Malaysiawave ini dan juga mana-mana blogger yang berani menghina tokoh agama di negara kita, yang mana jika tidak dibendung dari sekarang ia boleh menggalakkan rakyat Malaysia untuk menghina tokoh agama seperti Mufti ini yang jelas tidak ada kepentingan politik di dalam berfatwa atau memberi pandangan.

5. Diharap suara Blogger Pembela Negara ( BPN ) ini akan dibaca dan disebarkan agar menjadi isu yang tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.


Pesanan : Mohon diulas, disebar luas isu ini oleh sahabat sahabat BPN atau tidak sehinggalah ia diambil tindakan oleh pihak berkuasa negara kita.


Yang benar,

Panglima Perang Cyber,
YDP Blogger Pembela Negara

link :
(http://www.malaysiawaves.com/2009/07/harussani-ulama-yang-melacurkan-diri.html)


>>>> Sungguhpun politik keterbukaan dan demokrasi yang Pakatan Rakyat cuba amalkan,...namun dengan penghinaan ke atas para Mufti yang menjadi salah satu simbol Agama Islam amatlah dipandang keji oleh kami iaitu masyarakat Islam sendiri!!!
Tidak dapat dipastikan sama ada penulis blog ini berbangsa apa atau beragama apa,...namun sensitiviti kaum lain serta agama lain perlulah cuba dihormati!...jgn jadi kurang ajar!!!

Tuesday, August 4, 2009

Jelmaan Islam Liberal Oleh Anwar !!!

SALAM,... :)

KENYATAAN-KENYATAAN ANWAR YANG PERLU KITA TELITI MAKSUDNYA.




1. ANWAR IBRAHIM KATA, SALMAN ADALAH "PROFOUND WRITER" BERERTI PENULIS YANG MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG MENDALAM. (Apakah karya Syaitannya itu juga berdasarkan pengetahuan yang mendalam, ANWAR ? )

2. " Let us look at Egypt, for example, who is the great beneficiary ofAmerican aid, second to Israel." ( KEKAGUMAN ANWAR KEPADA "BOSS"NYA...MUNGKIN)

3. "To my mind, it is essential because again, in my limitedexperience, with the Islamic Party, we were known to be strongadvocates of Islamic law, even an Islamic state. Now, Islamic stateis no longer on the agenda". ( NEGARA ISLAM BUKAN LAGI AGENDA ANWAR MUNGKIN BERSETUJU DENGAN SAYA KERANA BELUM MENCUKUPI SYARAT - APAKAH PAS BERSETUJU? BAGAIMANA AGAKNYA MASADEPAN PAKATAN RAKYAT? )

4. " AMERICA REMAINS THE STRONGEST VOICE FOR FREEDOM TODAY " . ( ADUH ! ANWAR ! MENGAPA TERSASAR JAUHNYA PEMIKIRAN KAMU).wahai golongan ANWARIST ! kami perlu penjelasan atas kenyataan-kenyataan ini.Untuk PAS , hati-hati dalam meniti kemenangan ini.


Satu Pertanyaan,

" BUDAYA KAGUM KE ATAS BARAT DAN AMERIKA INI NAMPAKNYA BUKAN SAHAJA MENIMPA ORANG AWAM DAN ANAK MUDA NAMUN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM JUGA, TIDAK PELIK KALAU PALESTIN MASIH DIKEROYOK DAN SEANTERO DUNIA HANYA MELIHAT SAHAJA, pertanyaannya, Di mana silapnya?

SIKAP KITA TERHADAP AMERIKA PERLU JELAS. JANGAN BERMAIN KATA DAN "PLAY SAFE" DENGAN AMERIKA. KITA HARUS TERIMA AMERIKA-ZIONIS, ZIONIS-AMERIKA. MESTI ADA TAWALLA DAN JUGA TABARRA...BERSAMA ISLAM DAN MUSLIMIN DALAM MASA YANG SAMA MENYATAKAN PERMUSUHAN KE ATAS MUSUH ISLAM DAN MUSLIMIN.

BERUNDING DENGAN AMERIKA ADALAH SIA-SIA !
WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM TERMASUK MALAYSIA ! PELIHARALAH NEGARA MASING-MASING DARI DICENGKAMI OLEH PENGARUH AMERIKA !
HIDUPKAN SEMANGAT PATRIOTISME AGAMA , BANGSA DAN NEGARA.


(sumber : http://www.pure-hadharist.blogspot.com/)



>>>> Rakyat Malaysia sekalian yang beragama Islam,...sudah terlalu banyak tindak-tanduk serta percaturan politik Anwar Ibrahim yang mana secara jelasnya membelakangkan kepentingan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan agama suci Allah.
Pemimpin Pakatan Rakyat juga termasuk dari PAS dilihat terlalu ekstrim dari sehari ke sehari sehinggakan apa yang diharamkan dalam Islam telah dihalalkan mereka sewenang-wenangnya!..
Bangkitlah menolak pakatan liberal ini!!!...
Bangkitlah menolak pakatan bertunjangkan DAP bodoh ini !!!

Monday, August 3, 2009

'Draconian Leaders' Dalam Pakatan Rakyat !!!

SALAM,... :)


Hari ini Vateren DAP telah dengan secara terbukanya membuat kenyataan yang Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melancarkan 'dendam' kepada Pemimpin Pakatan Rakyat berhubung kes perhimpunan Anti-I.S.A tempoh hari.
Lim Kit Siang mengatakan Tan Sri Musa Hassan menaruh dendam kepada Pakatan Rakyat kerana Ahli Parlimen P.R pernah mengusulkan cadangan untuk menukar Ketua Polis dalam memastikan keselamatan negara lebih terjamin.

Rakyat Malaysia sekalian,...wajarkah tuduhan Lim Kit Siang @ Bapa Setan ini???... Pihak Polis melancarkan serangan dan tangkapan ke atas pemimpin-pemimpin pembangkang adalah kerana mereka ini semua telah menghasut dengan negatifnya supaya rakyat keluar di jalanan untuk merusuh serta mengganggu ketenteraman awam....salahkah tindakan Polis & FRU???

Dalam pada yang sama,...Lim juga mengatakan zaman pemerintahan Najib adalah zaman yang paling diktator di mana hak serta kebebasan bersuara disekat dengan secara total berbanding dengan zaman 5 Perdana Menteri yang lain,....
Siapakah Lim Kit Siang untuk mempertikai apa yang kerajaan lakukan,..???
Apakah tindakkan dia bersama pemimpin P.R lain cukup dirahmati sehinggakan pihak berkuasa tidak boleh mengenakan apa-apa tindakan???.....
Prinsip bagaimanakah yg P.R amalkan sehingga apa yang mereka buat walaupun menggugat ketenteraman awam seperti tempoh hari langsung tidak boleh dihalang????

Lim Kit Siang juga mengatakan bahawa tidakannya menghasut rakyat supaya keluar merusuh bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat lain adalah bersifat demokratik serta tidak salah di sisi perlembagaan...!!
Ternyata pemikiran pembangkang sangat cetek serta tidak boleh diharapkan untuk memimpin negara...!

Rakyat Malaysia sekalian,...pemimpin Pakatan Rakyat sendiri telah memberi contoh kepada kita semua tentang mengapa I.S.A harus dikekalkan...
Bayangkan,...tempoh hari mereka merusuh dan merosakkan harta benda awam dengan sesuka hati...Esok, lusa,...mungkin mereka merusuh untuk mempersoal tentang hak keistimewaan Islam sebagai agama rasmi dan hak-hak Bumiputera di Malaysia ini!!....
Pada waktu itu,...apa akan terjadi sekiranya akta berguna seperti I.S.A ini telah dimansuhkan???

Janganlah kita menjadi bodoh dengan turun berjuang bersama-sama mereka dengan tanpa tujuan (pemimpin Pakatan Rakyat) hanya demi kepentingan orang-orang seperti Lim Kit Siang ini di masa hadapan...!

Konsep yang perlu diamati hanyalah mudah,....jika tidak bersalah, maka untuk apa kita takut ditahan di bawah sebarang akta????

>>>> Kami sebagai rakyat Malaysia menyokong penuh tindakkan PPOLIS & FRU dalam memastikan gejala bodoh penyokong dan pemimpin pakatan Rakyat tempoh hari dihalang....

>>>> Kami juga berharap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Ustaz Hadi Awang ditahan serta dikenakan tindakkan yang setimpal sepertimana yang telah ditetapkan dalam akta hasutan atau akta jenayah!!!

>>>> Mesej dari seluruh rakyat Malaysia yang tidak turun semasa perhimpunan haram tempoh hari : KEKALKAN I.S.A,...KAMI ADALAH MAJORITI !!!
10,000 rakyat bukan suara majoriti !!!

Saturday, August 1, 2009

GMI : Kebodohan Melayu Pakatan Rakyat !!!

SALAM,... :)






Ketika ini,...perhimpunan di sekitar K.L mungkin sudah mula surut,...namun perarakan sambil melaungkan Takbir Allahuakbar dilihat seolah-olah cuba menghina Tuhan oleh pemimpin & penyokong pembangkang.Bukan muhrim bersama berhimpit-himpit,...memaki hamun sesama Islam serta menggesa pemansuhan akta yang mana membawa keamanan sejagat dilihat menggambarkan penyokong pembangkang bersifat seperti Yahudi Laknatullah & Jahil!

Perhimpunan yang menyaksikan sekitar 5000 orang penyokong itu mempamerkan kebodohan pemimpin serta masyarakat Melayu Pakatan Rakyat. Jika diamati,...hampir 95% Melayu yang menyertainya. Sedangkan kaum yang sedang menunggu keuntungan dari pemansuhan I.S.A ini iaitu Cina dan India langsung tidak munculkan diri....
Apa nak jadi dgn bangsa kita????

Tindakan Polis & FRU dgn menyembur gas pemedih mata serta bom air amat dialu-alukan oleh silent majoriti penyokong I.S.A dari seluruh negara seperti kami!
Berdasarkan sumber,...hampir kesemua peserta perhimpunan tersebut telah dibawa oleh pihak pembangkang dari seluruh pelusuk negara ke K.L.....dan mereka terdiri dari ahli-ahli parti PAS,PKR & DAP!
Ini bermakna sasaran mereka untuk mengumpul 500,000 rakyat untuk mansuhkan I.S.A pada hari ini tersasar ...dan majoriti rakyat Malaysia masih menyokong penuh perlaksanaan I.S.A!

Demonstrasi yang diketui pemimpin Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Nizar Jamaluddin, Tian Chua, Ahli Perlimen P.R dan ramai lagi ini dilihat sebagai usaha mengalih perhatian ke atas isu pembunuhan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Selangor.
Selain isu pembunuhan yang mereka ingin alihkan,...ia juga melibatkan isu rasuah, kongsi gelap & gangster, penyelewengan dana kerajaan negeri serta pemansuhan hak-hak masyarakat Islam yang mereka lakukan di Selangor dan negeri pimpinan mereka.

>>>>> Kami bloggers pembela negara berharap kerajaan TIDAK MEMANSUHKAN I.S.A dan berharap PM Najib Tun Razak mengenakan tindakan sekeras-kerasnya kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab menghuru-harakan negara ini!!!

>>>>> Kepada pemimpin Pakatan Rakyat,...andalah individu yang dilahirkan sebagai proksi Syaitan di dunia ini,...yang mana bertopengkan Islam!

Rumah Mewah Pemimpin Pakatan Rakyat !!!

SALAM,... :)

Pandangan dari sebahagian sisi rumah baru Anwar No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur. Anwar berpindah dari rumah lama di Damansara pada awal Januari 2007. Rumah lama di Damansara bernilai RM2 juta, dan rumah baru (villa), di Bukit Segambut dianggarkan lebih dari 7 juta.



(rumah mewah Anwar Ibrahim)

(rumah mewah Lim Guan Eng)

(rumah mewah Khalid Ibrahim)


Anwar juga membeli bangunan 10 tingkat di Tropicana, Damansara sebagai ibu pejabat PKR baru.
Tidak dapat dipastikan berapa nilai rumah di Sekyen 16, Petaling Jaya, yang dijadikan pejabat peribadi Anwar. Kondomium misteri yang pernah dimasuki Anwar bernilai RM2.2 juta. Banyak betul duit Anwar, sedangkan beliau hanya berjawatan Ketua Umum PKR.

Selain itu, di sekeliling villa itu dipenuhi dengan CCTV. Villa bertingkat-tingkat umpama sebuah mahligai. Rumah beliau juga dilengkapi dengan pondok pengawal keselamatan.
Ciri-ciri rumah beliau seperti ini bukan menggambarkan beliau hidup sederhana sepertimana yang diwar-warkan dalam ceramah-ceramahnya.

Jika kita fikirkan,...dari manakah duit yang diperoleh Anwar serta keluarga untuk mengumpul harta-harta semewah seperti ini???
Adakah dgn cara menjadi Ahli Parlimen (anwar & anaknya) mampu untuk mengumpul wang sebanyak itu???
Adakah dgn kutipan derma wang rakyat melalui ceramah-ceramah perdana beliau di seluruh negara mampu membuatkan beliau begitu kaya???

Pembangkang sibuk mendedahkan kekayaan pemimpin-pemimpin BN sejak akhir-akhir ini,...tetapi pemimpin Pakatan Rakyat juga apa kurangnya???...
Lihat saja harta-harta kekayaan Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim ...dll.
Mereka belumpun sepenggal menjadi EXCO/MP/ADUN,....

>>>> Diharap para bolggers BPN yang aktif dapat sama-sama mendedahkan kekayaan luar biasa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ini. Ia boleh dijadikan isu yang sgt mujarab pada PRK Permatang Pasir kelak seperti mana mereka melakukan pada BN sebelum-sebelum ini!!! Dedahkan juga kes-kes penyelewengan duit rakyat, rasuah & pembunuhan yang berlaku di Selangor dgn lebih lanjut!!