Konsep Satu Malaysia yang diumumkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak adalah bukti keprihatinan kepimpinan beliau terhadap destini negara-bangsa Malaysia, perpaduan, kemakmuran, keamanan, keselamatan, kecemerlangan, keunggulan dan kelangsungannya di hari muka.Konsep sosio-politik yang berteraskan cita-cita untuk membina satu era baru di
Malaysia menerusi satu transformasi yang besar ini bermatlamat untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat.Najib telah merincikan konsep ini menerusi blog peribadinya, 1 Malaysia. Contohnya, pada 5 April 2009, Najib menghuraikan aspek-aspek budaya kecemerlangan. Pada 8 April 2009, beliau pula menghuraikan maksud nilai-nilai ketabahan.Ini bermakna budaya kecemerlangan dan nilai-nilai ketabahan adalah antara ciri-ciri teras kepada Konsep Satu Malaysia.
Pastinya dalam siri tulisan Najib selanjutnya beliau akan menghuraikan ertinya perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity) yang mendasari elemen kemajmukan rakyat Malaysia dan lain-lain aspek kenegaraan yang sewajarnya menjadi perisian serta input kepada Konsep Satu Malaysia.Rakyat jelata Malaysia juga perlu menyumbangkan dayausaha mereka untuk memperdalami dan merincikan konsep ini. Dayausaha ini pasti dapat membantu kepimpinan Najib untuk segera menterjemahkan konsep ini menjadi dasar dan program perjuangan nasional yang efektif dan bermanfaat dalam tempoh terdekat ini.
Oleh sebab itu, sama-samalah kita bangkit dan bertindak. Kita yang terdiri daripada golongan akademik, profesional, pemimpin gerakan akar umbi, aktivis belia, aktivis pelajar, elit politik yang merentasi ideologi, dan seluruh rakyat jelata wajar bergabung tenaga dan minda untuk menghalusi konsep ini dengan seberapa segera.Kita rincikan konsep ini, kita hayati cita-citanya, kita terokai input dan perisian yang sewajarnya, dan akhir sekali kita ketengahkan penemuan daripada dayausaha kita ini kepada pihak kerajaan untuk menjadikannya kepada dasar dan program nasional yang kita perlukan.
Namun adalah penting jika dayausaha ini kita laksanakan dengan bersandarkan kepada prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara dan Wawasan 2020 supaya Konsep Satu Malaysia ini tidak meminggirkan ciri-ciri asas dan utama kepada kenegaraan, perpaduan dan kemajuan Malaysia seluruhnya. Dengan cara ini, moga-moga usaha untuk mengeksploitasikan Konsep Satu Malaysia kononnya sebagai sinonim dengan Konsep Malaysian Malaysia akan menjadi usaha yang terpencil dan dengan sendirinya ditolak oleh majoriti rakyat jelata Malaysia.
OUR LEADER
About Me
- malaysia.suarademokrasi
- memperihalkan serta membincangkan isu-isu semasa di Malaysia!
Malaysia-Instinct News
Blog List
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kedahtime is here6 years ago
-
-
-
-
keputusan tak rasmi prk sg besar8 years ago
-
-
Healing Back Pain8 years ago
-
-
-
-
-
-
LEGAL STAY12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Latest!..Isu Liwat
Blog Archive
-
▼
2009
(134)
-
▼
May
(11)
- BILA PAKATAN RAKYAT Gemar PUTAR BELIT
- Mengenai Isu Chin Peng!...(saya mengulas)
- Salam Rakyat Wilayah K.L,..."I turun everywhere ta...
- Kami Sokong Zambry!...Tahniah!
- Realiti Bila Anwar Bermain Dengan Bayangnya Sendiri
- Anak Raja Petra Penjenayah!!!
- PENANTI = Antara Kebijaksanaan Najib & Kebodohan A...
- PAS Tolak UMNO Kerana Cintakan DAP??
- Berjaga-jaga...
- 1Malaysia
- Salam Pengenalan...
-
▼
May
(11)
SEDARLAH MELAYU!!!
PERJUANGAN DAP
“ Perjuangan DAP adalah untuk menyerang secara menyeluruh ke atas hak-hak keistimewaan orang Melayu, dimana ia dilakukan secara berperingkat-peringkat melibatkan dasar-dasar awam sebelum ini. Sebagai mengantikan hak keistimewaan ini DAP mencadangkan kesamaan dasar-dasar integrasi nasional berasaskan kepentingan ekonomi melibatkan semua kaum”.
Sumber: Gordon P. Means, Malaysian Polititics, Hodder and Stoughton, London (1976: 393-4)
“ Perjuangan DAP adalah untuk menyerang secara menyeluruh ke atas hak-hak keistimewaan orang Melayu, dimana ia dilakukan secara berperingkat-peringkat melibatkan dasar-dasar awam sebelum ini. Sebagai mengantikan hak keistimewaan ini DAP mencadangkan kesamaan dasar-dasar integrasi nasional berasaskan kepentingan ekonomi melibatkan semua kaum”.
Sumber: Gordon P. Means, Malaysian Polititics, Hodder and Stoughton, London (1976: 393-4)
AMANAT MIC & MCA
JUNE 1969 (Tun Tan Siew Sin & Tun Sambanthan) :
''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''
Ya Allah!....Selamatkan Malaysia
Knp PAS Tolak Perpaduan?
Saturday, May 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Buktikan dulu!...tapi aku respect Najib turun padang utk tgok rakyat.
Jgn jd mcm Pak Lah..
Post a Comment