Friday, May 29, 2009

BILA PAKATAN RAKYAT Gemar PUTAR BELIT

Salam...

1. Dalam isu lompat parti 16 Sept :

Ketika isu lompat parti wakil rakyat BN ke PR dalam projek yang gagal dilaksanakan Anwar 16 Sept lalu, PR mengatakan bahawa yang menentukan hala tuju politik negara ialah 222 ahli Parlimen yang mana lebih tepat lagi 31 wakil rakyat BN yang melompat partilah yang akan menukar tampuk pemerintahan Malaysia disebabkan PR mendapat sokongan majoriti di Parlimen BUKAN RAKYAT.

Dalam isu Perak :

Masa depan politik Perak hendaklah diserahkan kepada RAKYAT melalui pembubaran DUN Perak bukan atas sebab BN mendapat sokongan majoriti dengan beralihnya sokongan 3 ADUN yang menyokong BN.

2. Dalam isu lompat parti 16 Sept :

Tidak semestinya yang melompat parti itu menyertai PR, cukup hanya mereka memberikan sokongan di dalam Parlimen yang akan membuatkan PR mendapat sokongan majoriti. Maknanya mereka boleh tetap di dalam BN tetapi memberikan sokongan kepada PR. Tidak perlu bubar Parlimen.

Dalam isu Perak :

DUN harus dibubarkan kerana 3 orang yang menyokong BN bukan wakil rakyat BN tetapi Bebas. Ini menyebabkan kerusi BN-PR di DUN Perak sama banyak kerana tidak termasuk 3 orang wakil rakyat Bebas itu.


3. Dalam isu lompat parti 16 Sept :

Perlu mengadap DYMM Yang Dipertuan Agong untuk memastikan peralihan kuasa licin dan sempurna.

Dalam isu Perak :

Mohon derhaka kerana Sultan Perak tidak menyebelahi PR.

4. Dalam isu lompat parti 16 Sept :

Kerajaan dan PM yang bakal mengambilalih kuasa pemerintahan adalah kerajaan dan PM yang sah disisi undang-undang.
Dalam isu Perak :

Kerajaan BN di bawah MB baru adalah kerajaan haram.

Ini adalah beberapa perkara yang kita harus selalu perhatikan di mana segala yang telah berlaku membuktikan bahawa PR tidak lebih hanya sebuah pakatan yang hanya bermatlamatkan kuasa dan di mana ada peluang dan ruang yang menyebelahi mereka maka semuanya perkara yang mereka lakukan adalah benar belaka.

Keputusan hakim juga adalah bergantung kepada siapa yang menang, kalau BN menang, maka Anwar akan kata " sistem kehakiman perlu bebas dan telus .." kalau PR menang, Anwar kata " telah mula nampak pembaikan dan reformasi dalam sistem kehakiman kita "
Adakah anda sependapat dgn hujah saya ini??
Renung2kanlah untuk tatapan bersama
salam... :)

7 comments:

Nadia said...

isu 916 perlu sntiasa dimainkan BN!
Anwar harus sedar yg taktik bodoh dia tlah terkandas....
Rakyat harus bangkit menolak munafik ini!

anak lambor said...

saya cadangkan hujah tuan distickerkan dan di tampalkan kepada kereta2 bagi semua rakyat faham..fakta yg baik...biro penerangan umno diperingkat cawangan ke bahagian harus mengetahui dan memberi penerangan dlm rangka ceramah. Bagi deme ni paham skit asyik sokong tak tentu arah..
azmin ali?semasa dlm umno gombak dulu pun sangat bossy.apa2 skit dia kata pak sheikh nak..faham sgt azmin tu

wakdanial said...

haha nice one bro....betul ur hujah ptt distickerkan bg rakyat phm...aku naik jelik dah tgk anwar n the geng neyh...aduih....

Nandesh said...

Bagus2,...dieorng ni mmg suka putar-belit
Kalau kptusan memihak diorng,..takpa
kalau memihak BN...buat prhimpunan haram...
Haih...

Mawar said...

jgn kat kreta je,...kat smua tmpt!
haha...bg rakyat faham...

anak lambor said...

izinkan saya produce sticker tersebut amacam boleh ka

Anti-Penanti BE said...

Boycott Penanti!!!

Post a Comment