Tuesday, May 26, 2009

Mengenai Isu Chin Peng!...(saya mengulas)


ULASAN KEPADA BLOG 'SANG KELEMBAI' (http://www.zaharinmy.blogspot.com/),



Antara Kekejaman Komunis!



Kenyataan dan Pandangan encik memang tidak masuk akal... sebagai Melayu Islam yang mana rata-ratanya pernah menerima penderitaan yg amat dahsyat ketika era-Komunis suatu ketika dahulu adalah amat sukar bagi mereka melupakannya,...terutamanya dengan kedatangan penjahat Chin Peng semula di negara ini.

Anak2 muda memang sudah tidak tinggal di dalam gua seperti yang dikatakan encik,....tapi saya yg berumur hanya 23 tahun dan menetap lebih 20 tahun di K.L memang amat memahami sentimen kebencian bangsa saya (Melayu) terhadap penjahat ini...
Adakah prinsip 'Kebebasan Bersuara' dan 'Demokrasi' boleh menutup semua sejarah yang tercipta ini??

Ibu, Bapa, Saudara-mara, Nenek, Moyang kita memang sudah mengenali kejahatan penjahat Chin Peng dan partinya ini!
Malayu Islam lah yg paling banyak menderita sepanjang pemerintahan Komunis!
Anda perlu memahami sejarah!
Mungkin anda bukan pelajar cemerlang dlm matapelajaran Sejarah suatu ketika dulu,...
tetapi saya YA!
Ramai ahli saudara mara saya dan rakan-rakan yg mati ketika berjuang menentang Komunis suatu ketika dahulu!
Apa pembelaan yang kami peroleh dari keturunan Chin Peng atau ahli Parti Komunis??
Adakah mereka pernah meminta maaf??
Adakah mereka pernah menzahirkan rasa kekesalan??

Apakah maksud Encik dgn mengajar rakyat Malaysia supaya menjadi pemaaf???
Adakah encik akan menjadi pemaaf apabila berada di dunia Palestin???...memaafkan Yahudi yang sentiasa membunuh & meghancurkan Islam dan bangsa Arab???
Adakah encik akan menjadi pemaaf sekiranya keturunan anda atau bapa sendiri telah terbunuh dengan kekejaman parti yang telah dipimpin oleh Chin Peng suatu ketika dahulu?

Adakah dgn pandangan encik yang mengatakan Nabi Muhammad mampu mengatasi kejahatan bangsa lain ke atas Bangsa Arab menjadi penyelesaian atau kesimpulan yang boleh diaplikasikan di sini???

Perkara yang mahu saya ingatkan,...perjuangan berlandaskan Islam itu memang sentiasa berada di jalan yang benar dan sentiasa mendapat keredhaan dari Allah,...
Jadi adakah dengan membenarkan kemasukan Chin Peng bermakna semua pemimpin beragama Islam termasuk UMNO dan PAS di Malaysia akan mampu mengatasi masalah yang boleh semudahnya terjadi kelak???
Mereka tidak semulia Nabi Muhammad,...

Sedangkan mahu bermuzakarah pun ditolak PAS...apa lagi yang boleh diharapkan setelah PAS berada di dalam Pakatan Rakyat???
Pokok pangkalnya, keupayaan umat Islam di akhir zaman pada ketika ini amatlah jauh berbeza dengan keupayaan umat Islam di zaman Nabi Muhammad S.A.W.
Percaturan dan pertimbangan yang jelas perlulah dilakukan.

Adakah anda mahu hanya kerana seorang penjahat yang bernama CHIN PENG dibenarkan masuk di Malaysia semula,...maka sentimen Kominisme yang dahulu pernah meragut ribuan rakyat Malaya berulang kembali....?
Tetapi ia mungkin bukan dengan cara yang sama (pembunuhan),...tetapi dgn cara yang halus yang mana pada akhirnya mendatangkan keburukan pada semua rakyat (terutamanya Melayu Islam)!

Adalah lebih baik mencegah seorang PENJAHAT daripada terpaksa menanggung masalah yang tidak dijangka di masa hadapan.

Sekian :)...SALAM

9 comments:

Anonymous said...

Aku nak join kritik Sang Kelembai...!
Jom reramai...

Anonymous said...

Salam
Saudara Zaharin,
Kerajaan sudah memaafkan Chin Peng...sebab itulah Chin Peng boleh hidup dengan aman sekarang. Jika Chin Peng ikhlas...matilah di sana dari pulang ke Malaysia yang menyebabkan rakyat Malaysia kembali bertelagah. JIKA CHIN PENG BENAR-BENAR IKHLAS.....diamkan diri dan matilah dengan aman diluar sana. Kepulangan anda memang akan ada yang sambut terutama yang pemaaf seperti saudara tetapi lebih ramai yang terasa dan tersinggung....maka ada baiknya keadaan adalah seperti sekarang. Nyawa Chin Peng sudah di penghujung, jika kepulangannya membawa musibah walau seringgit, walau satu nyawa...amat malang dan rugi negara Malaysia. Kerajaan Malaysia lebih berminat untuk menjaga hati jutaan rakyat yang trauma dengan PKM berbanding beberapa kerat yang masih taksub dengan fahaman Komunis.
Saudara seperti berbangga sekiranya teori domino kejatuhan Vietnam selatan melarat ke Tanah Melayu?. Jika itu terjadi mungkinkah Malaysia (Tanah Melayu) boleh semakmur sekarang?
Jika PKM masih tidak meletakkan senjata bolehkah Malaysia semakmur sekarang?
Malaysia mungkin lebih makmur sekiranya PKM sejak merdeka lagi menerima kenyataan kemerdekaan Tanah Melayu.
Rundingan Baling 1955 membuktikan PKM ingin mempertahankan ideologinya....Saudara sendiri tentu tahu ideologi PKM, jadi JANGAN salahkan Tunku (Kononnya mengikut saudara termakan hasutan British).
Apapun bagi saya, saudara dan kita semua boleh dan telah memaafkan Chin Peng cumanya JANGAN PULANG KE NEGARA INI. Pada ketika ini yang kelihatan cuma PERMAINAN POLITIK bukan lagi keinginan hati yang ikhlas.

Anonymous said...

Tgok TV9??
Husam Musa pengecut x hadir Hujah!!
Sah PAS memang nak sorok politik wang yg sekarang mrk alami.
Kita blogger UMNO mesti gesa PAS buka kepada SPRM utk laksana tugas masa Muktamar nanti!!!

Anonymous said...

Husam...
cakap boleh la. Bila berdepan ketaq lutut ngam Ezam.

lelamanja said...

GREAT BLOG!
keep it up...

Anonymous said...

aku rasa... pemimpin yang mahukan chin peng kembali tu telah dihasut oleh pembangkang... ura2 mengatakanlah .. namun begitu .. nak ajak chin pening tu masuk malaysia.. tak betul ...

rais yatim pun dah bantah .. hai~ ape nak jadi ngan dunia.. .:)

Anonymous said...

KEPADA KDN ,TOLONG AMBIL TINDAKAN BERJAGA-JAGA x BENARKAN USHA-USHA PEMBANKANG NAKBAWA MASUK CHIN PENG HIDUP ATAU MATI KE MALAYA ,PEMBANKANG MENCARI SOKONGAN RAKYAT MASALAH CHIN PENG ,MEREKA AKAN LAKUKAN APA SAJA ....

TOKYA said...

MELAYU BERSATULAH KAMU,INILAH NEGERI ANUGERAH ALLAH KEPADA ORANG MELAYU,MAKMURKAN LAH HAI MELAYU NEGERI INI.BERBAIK-BAIKLAH SESAMA KAMU,KASIH MENGASIHANI SEMOGA ALLAH MEMEANGKAN KAMU,BERSOLAT BERSAMA-SAMA INGAT BANYAK-BANYAK PEMBERIAN ALLAH KEPADA MELAYU SEMENJAK MREDEKA KE HARI INI, BERSATULAH MELAYU.....

Anonymous said...

bersatulah melayu,pergi jahanam pemimpin yang merosakan perpaduan melayu,jahanam anwar,pkr,pas dan dap........

Post a Comment