Wednesday, May 20, 2009

Realiti Bila Anwar Bermain Dengan Bayangnya Sendiri



DUN Penanti, Bila Perdana Menteri kata kita (BN) tak akan letak calon lawan Pakatan (PKR) ada orang akan kata- padan muka PKR sebab 'ludah jilat ludah sendiri'.

Ada orang kata BN penakut dan takut menghadapi pilihanraya Penanti. Kata PM, 'kita akan hadapi pilihanraya besar dan kita tak pernah lari darinya'.

PAS pula mahu lihat percaturan politik antara Anwar dan Najib dihitung di Penanti. Kekalahan demi kekalahan atau BN gagal mempertahankan parlimen dan DUN telah menyebabkan populariti BN jatuh merundum. Puncanya kurang sokongan masyarakat India dan Cina kepada BN. Namun sokongan orang Melayu kepada UMNO bertambah. Adakah ini menunjukkan pada masa akan datang BN akan mengambilalih Kelantan sebagai 'sarang' PAS memandangkan 80% pengundinya adalah orang Melayu!!!


Ketiadaan persaingan di DUN Penanti sebenarnya menjelaskan 5 kesan;

1. Anwar Ibrahim kini bertarung dengan 'bayang' sendiri. Dia akan tuduh dan kata yang calon bebas tajaan BN atau UMNO. Yang berlaku calon bebas adalah bekas orang kuat PKR sendiri.


2. PAS dikatakan patuh kepada arahan Anwar supaya tidak meletak calon. Kalau PAS benar-benar berjuang kerana Islam sudah tentu dia tidak mematuhi arahan itu kerana matlamat PAS ialah mewujudkan negara atau negeri Islam.


3. Pengundi yang dijangka membuang undi mungkin kurang 50% atau silap haribulan hanya mencapai 40%!!! Ini akan memalukan Anwar kerana sokongan terhadap PKR semakin kurang. Sebenarnya ini adalah psikologi yang digunakan oleh Najib dalam menyerang Anwar sebagaimana Anwar memperbodohkan Pak lah sebelum ini.


4. Wujudkah pengundi berhantu di Penanti nanti? Kenapa isu pengundi hantu tak wujud sedangkan bila BN meletak calon, bukan main Pakatan kata pengundi hantu punca kemenangan BN sedangkan yang berlaku sebaliknya, iaitu PAS yang menang. Jadi pengundi hantu sokong PAS dan PKR!!!


5. Permainan politik- Pakatan bukan bekerja untuk rakyat tetapi suka buat hal dan selalu menimbulkan masalah. Pakatan tidak ubah pertubuhan haram HINDRAF yang mengungut untuk mengadakan demonstrasi jalanan nanti.


6. Pilihanraya Penanti tersiratnya ialah menunjukkan 'perang saraf' antara BN an Pakatan.


Ia pernah berlaku pada tahun 1948 di mana parti komunis malaya mengadakan pemberontakan terakhir untuk merampas kuasa namun gagal. Begitu juga taktik dan dakyah Anwar supaya rakyat menumpu kepada masalah politik daripada sokongan kerajaan membantu membangunkan ekonomi.

Parti komunis gagal walaupun berjaya membunuh orang Melayu yang bekerjasama dengan British. Sama apa yang berlaku kini. BN diam sahaja dan yang akan menilai ialah rakyat. Siapa yang patut menjadi 'payung kerajaan' dan siapa yang menjadi 'pembunuh rakyat' tetapi menggunakan nama 'kami berjuang untuk rakyat' dan se-malaysia sebagaimana perjuangan PKM.

7 comments:

Anonymous said...

mmg,...si gay ni mmg syok sendiri!
hahaha

Anonymous said...

tapi,...pada pndapat aku,
BN not affected ke morally if skip this B.E?
walaupun sikit?
for PKR pulak,...it could be a waste of times and efforts.
My advice to P.R,..judge your YBs first before contest in whatever election.
Currently, P.R YBs always come out with irrelevant issues.
Stop politicking and look forward to people.
Performance first!
Cau...
-Kelvin-

Anonymous said...

Hidup Najib!
Hidup UMNO!
Hidup BN!
Hancur Pakatan Rakyat!
Amin...

Anonymous said...

Tnggu dulu...awal lagi nak ckp apa2 hal.
Anwar pun licik jugakk...

Anonymous said...

Welcome in blogging!
visit me at www.promahathir.blogspot.com

Anonymous said...

aku bantah Chin Peng blik M'sia.!
jom blogers,...kite boikot komunis tu.!

Anonymous said...

kelantan? Tak lama lagi .. coming soon dalam pemerintahan adil Barisan Nasional ...

Post a Comment