Tuesday, March 23, 2010

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) & Akreditasinya...

SALAM,... :)




LAPORAN akhbar Kosmo! bertarikh 15 Mac 2010, hampir kesemua program Ijazah Kejuruteraan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tidak mendapat pengiktirafan daripada EAC, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada saya adalah kurang tepat.

Ini kerana sebahagian besar program-program di UniMAP ini masih sedang menjalani proses pengiktirafan atau dengan kata lain sedang dinilai oleh pihak yang berkenaan.

Tetapi apa yang menimbulkan keraguan sebahagian besar warga UniMAP, terutamanya para pelajar dan ibu bapa, mengapakah proses akreditasi untuk program-program Ijazah di UniMAP mengambil masa begitu lama?

Saya sebagai salah seorang bekas pelajar UniMAP secara peribadi amat kecewa kerana isu ini telah pun menjadi agenda utama pihak Pengurusan dan Pentadbiran Universiti sejak sekian lama. Apa yang kami sedia maklum, pihak berkaitan yang seharusnya merealisasikan proses pengiktirafan ini boleh disifatkan sebagai memandang enteng di atas apa yang pihak UniMAP usahakan.

Setelah dinaikkan taraf menjadi universiti yang mana sebelumnya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) dan tersenarai sebagai salah sebuah IPTA tempatan, adalah mustahil untuk menerima kenyataan apabila pengiktirafan program-program pengajiannya tergendala serta terpaksa mengambil masa yang amat lama hanya kerana kerenah birokrasi badan-badan bertanggungjawab.

Sejauh manakah lagi perjalanan dan selama manakah lagi masa yang perlu dibuang warga UniMAP untuk menemui jalan penyelesaian mengenai isu yang boleh dianggap sebagai isu nasional ini?

Seharusnya pihak terbabit ini perlu mengguna pakai konsep 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' seperti yang dizahirkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam menyelesaikan isu yang telah pun tertangguh lebih lima tahun ini.

Apa yang kami harapkan adalah tindakan yang lebih pantas dan telus oleh pihak-pihak yang terlibat serta usahasama murni oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

PRO UNIMAP

Kuala Lumpur

(Utusan Malaysia - 23 Mac 2010)


>>>> Bagi SD-Malaysia, isu ini perlu diambil kira serta dipandang serius oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kerajaan Malaysia kerana ia melibatkan secara langsung mengenai maruah sistem pendidikan negara yang mana ia selaras dengan hasrat Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia sebagai 'hub-pendidikan' di rantau ini.

>>>> Tambahan pula ketika ini merupakan musim IPT menerima kemasukkan pelajar baru untuk sesi pengajian Diploma dan Ijazah,...jadi apakah nasib UniMAP sebagai salah sebuah IPTA di negara kita???



5 comments:

LOVE 1Malaysia said...

seharusnya isu cm ni xberlaku,..dh kata ipta kan?
so what happen now?
minister of Higher edu should do somethin!
unimap is well-known among engineering sectors,takkan la nak biar students graduate without official validation from BEM & EAC,
dari apa yg aku tau, unimap ni dah buat mcm2 utk dapatkan akreditasi ni,tp badan2 yg profesional ni buat dek je,mcm xde pape yg brlaku.

PM Malaysia please do somethin' to UNIMAP!
we beg u MR. PM,
LOVE 1Malaysia

Lim Soon said...

my friend also studying in unimap right now, he really upset with the gov coz didn't give full effort in solving this national issue. I admit tht the students from this U got great knowledge and high ability in engineering field, but without accreditation..it's just meaningless.
agree with LOVE1Malaysia,..PM please make somethin to your 'rakyat' in unimap.

Anonymous said...

Dato' Kamaruddin adlh VC yg bagus bg aku!

aku ni ex-stdnt UniMAP batch 2006 & mmg anggap u ni sbgai one of the bst antara u teknikal lain. tp nasib x mnyebelahi u aku ni.
ape2 pun TAHNIAH kat unimap sb publish isu ni ke pengetahuan umum & dh dapat perhatian dr org2 besar.

Anonymous said...

masalah birokrasi adalah punca kpda semua yg berlaku...pihak BEM-EAC perlu datang berbincang dan menerangkan kepada student Unimap akan apa yg berlaku,.sekiranya BEM-EAC membuat keputusan tidak mengikhtiraf unimap,maka mereka perlu mengadakan sesi forum bersama pelajar unimap untuk memberi penerangan yg sewajarnya.Pihak unimap juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana ego dalam mempertahankan dasar dan acuan pembelajaran mereka yg sememang sudah ditolak sekian lamanya oleh BEM-EAC..kepada Menteri yg bertanggunjawab,sila peka nasib Pelajar UNimap...jgn makn gaji buta

Anonymous said...

ubinap harus bertanggung jawab terhadap apa yang dilakukannya atas dasar pertahankan identitinya. Universiti teknikal lain sudah lama beralih arah. unimap dan kementerian pengajian tinggi malaysia wajib bertanggungjawab dan jagan lepaspas tangan. Jangan tunggu lama lam lepastu angap orang ramai telah lupa. isu ini tetap terpahat dalam malaysia book of the record " universiti awam yang paling lama tidak mendapat pengiktirafan"

Post a Comment