Thursday, April 29, 2010

Join FACEBOOK Calon BN PRK SIBU

SALAM,...:)


Robert Hui Yew Lau


Jom kita ramai-ramai support & join FB calon BN untuk PRK Sibu!

>>>> Waktu untuk mula berkempen demi memastikan kemenangan BN & SUPP di Sibu.

Tuesday, April 27, 2010

176 JUTA WANG RAKYAT Selangor DIBAZIRKAN !!!

SALAM,...:)



BERIKUT IALAH PERBELANJAAN & PEMBAZIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR :

• SEWA STADIUM RM 3000.00 X 15 HARI
• SEWA KHEMAH SELURUH HULU SELANGOR 376 BUAH X RM 600.00(SEBUAH)
• KATERING KESELURUHAN PERJALANAN KEMPEN RM480,000.00( 40 RIBU TETAMU)SEPANJANG KEMPEN
• TURAP JALAN KESELURUHAN 15.7 KM TOTAL 23.4 JUTA
• TAMPAL JALAN TOTAL RM786,553.00
• ELAUN PEGAWAI KERAJAAN NEGERI DAN ADUN PR DAN EXCO SATU KEPALA 10 HARI RM850.00 X 176 PEGAWAI,ADUN PR, EXCO.
• BELI BERAS 1KG RM2.30 X 10 TAN
• SUMBANGAN WARGA EMAS RM 500 X 7653 ORANG
• SUMBANGAN BUKAN WARGA EMAS RM 100X 16,347 ORANG
• BANNER KERAJAAN NEGERI RM 230.00 X 3500 PCS
• BILLBOARD KERAJAAN NEGERI SIAP PASANG SATU BUAH RM 2000.00 X 250 BUAH
• DAN BEBERAPA PERBELANJAAN YANG LAIN...

TOTAL SATU KEPALA MENGIKUT UNDI YANG PR DAPAT SEKITAR 23 RIBU IALAH RM76,251.00 SATU KEPALA.

*sumber perbendaharaan kerajaan negeri Selangor

http://kerisputera.blogspot.com/2010/04/kerajaan-negeri-membazir-176-juta-untuk.html



>>>> Berdasarkan maklumat ini, ternyata ekonomi negeri Selangor yang tidak seberapa mana sejak kepimpinan Pakatan Rakyat akan terjejas teruk sekiranya salahguna seperti ini berterusan. Mereka membazirkan wang rakyat, namun tiada kemenangan diperoleh. Lagipula, duit-duit itu banyak diperuntuk untuk kegunaan jentera parti mereka sedangkan peruntukkan daripada BN adalah untuk kemudahan dan kesenangan rakyat Hulu Selangor.

Monday, April 26, 2010

Rakyat Minta Selesaikan Isu UniMAP Segera!

SALAM,...:)



Kelmarin di dalam rakyat sibuk mengambil tahu perkembangan tentang PRK Hulu Selangor, blogger SD-Malaysia telah menerima satu e-mail daripada pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang masih kabur berkenaan isu dalaman universiti tersebut iaitu berkenaan Program Ijazah yang belum Diiktiraf.

Disini, saya cuma ingin mengutarakan apa yang diluahkan oleh pelajar tersebut:

1. Pelajar tersebut mengatakan majoriti penuntut di sana masih kabur dan tidak faham dengan isu dalaman yang sudah berlarutan lebih dari 7 tahun ini, namun hingga hari ini masih belum ada jalan penyelesaian. Katanya, UniMAP merupakan IPTA yang berpayung secara mutlak di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan seharusnya perkara ini tidak berlaku.

2. Sehingga ke hari ini, langsung tiada maklum balas oleh Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Pelajaran mahupun Perdana Menteri sendiri berhubung masalah ini. Sedangkan blogger difahami bahawa Setiausaha Politik Perdana Menteri telah hadir berbincang dengan pihak UniMAP baru-baru ini.

3. Khabarnya juga, UniMAP sedang bertungkus-lumus untuk memenuhi segala kriteria yang ditetapkan oleh BEM, EAC dan MQA dalam mendapat pengiktirafan.

4. Pelajar tersebut akui isu seperti ini pernah berlaku di universiti-universiti lain (IPTA), namun pihak pengurusan mereka dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan jangkamasa yang amat cepat berbanding UniMAP yang sudah berlanjutan dalam kadar tempoh yang amat lama.

5. Berhubung masalah ini juga, pelajar tersebut kecewa kerana statusnya masih tidak terjamin terutamanya setelah keluar daripada Universiti tersebut untuk mendapatkan pekerjaan. Sedangkan di luar sana masih terlalu ramai penganggur dan kesulitan ini ternyata sedikit-sebanyak menjejaskan peluang pelajar UniMAP.


>>>> SD-Malaysia berharap masalah pelajar UniMAP dapat diselesaikan dengan segera oleh kerajaan Malaysia. Bagi rakyat, mutu pendidikan adalah yang paling penting berbanding segala aspek lain. Tambahan pula universiti ini adalah satu-satunya universiti yang mengungguli bidang kejuruteraan dimana penting dalam memacu Idea Inovasi yang diketengahkan oleh PM Najib Tun Razak.

>>>>Kerajaan BN seharusnya mengambil kesempatan ini untuk membuktikan bahawa setiap hak rakyat benar-benar diperjuangkan tambahan pula majoriti pelajar IPTA adalah daripada golongan berpendapatan sederhana dan sentiasa berharap kejayaan dalam bidang pendidikan akan menjamin masa depan mereka.

>>>> Bagi Sd-Malaysia: UniMAP adalah universiti unik yang mana pusat pengajiannya berada di seluruh negeri Perlis. Apapun, selamat maju jaya kepada para pelajar dan warga UniMAP!

Sunday, April 25, 2010

REFERENDUM KE-2 Rakyat Buat P.R!

SALAM,...:)


Syukur akhirnya rakyat Hulu Selangor membuat perhitungan yang bijak walaupun ‘kilang fitnah’ Jentera Pakatan Rakyat sangat aktif beroperasi di sana. Dengan majoriti yang meningkat secara mendadak iaitu daripada 198 undi kepada 1725,…ini menunjukkan Referendum yang amat dahsyat buat kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim khususnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Tiada ragu tindakkan pemimpin-pemimpin utama PKR keluar dan menyatakan perjuangan parti itu sudah bukan di atas landasan yang sebenar. Kemenangan ini turut menggambarkan pemulihan sebenar parti komponen BN iaitu MIC sedang berlaku. Nyatanya sejak dari PRK Bagan Pinang, pengundi India sudah beralih sokongan mereka kepada Barisan Nasional. Begitu juga dengan pengundi Cina, walaupun peti undi kawasan pengundi Cina secara majoritinya BN tewas, namun peratus sokongan ke atas calon BN telah menunjukkan peningkatan yang ketara.

Usaha Malaysiakini.Com yang cuba memprovokasi keputusan PRK Hulu Selangor kali ini dengan menggambarkan keputusan undi yang salah daripada keputusan sebenar amat mengecewakan rakyat. Ternyata tindakkan terdesak seperti ini cumalah bertujuan untuk menimbulkan rusuhan dan keganasan akibat ketidakpuasan hati dikalangan rakyat.

Perkembangan yang seharusnya berlaku di dalam Parlimen Malaysia selepas ini adalah melucutkan status Ketua Pembangkang oleh Anwar Ibrahim kerana PKR sudah bukan majoriti lagi di dalam Dewan Rakyat. Jika tidak mahu melantik wakil dari DAP,…lantiklah wakil dari PAS iaitu Ustaz Hadi Awang yang lebih beretika dan professional untuk mengetuai barisan pembangkang.


>>>> Khabarnya, keputusan kekalahan ini disenangi oleh sebahagian pemimpin utama PKR yang sememangnya berniat untuk melihat Zaid Ibrahim kecundang!

>>>> Apapun, kami mengucapkan terima kasih kepada penduduk Hulu Selangor dan kemenangan BN ini akan menjadi kemenangan sulung untuk tahun 2010, sebelum kita melangkah dengan yakin ke PRK Parlimen Sibu.

Ingatan Buat Rakyat Hulu Selangor

SALAM,...:)




Inilah contoh-contoh dokumen penipuan yang menggambarkan betapa terdesaknya Pakatan Rakyat untuk memenangi PRK kali ini. Pembohongan-demi pembohongan terus dilakukan,...tapi rakyat tahu untuk menilai apa yang baik dan apa yang sebaliknya..!

Saturday, April 24, 2010

Ingatkah Lagi Anda Ketika Zaid Bercuti dari PKR???

SALAM,...:)



Pada ketika Zaid Ibrahim baru saja menyertai PKR pada Jun tahun lalu, beliau menyatakan UMNO dan BN adalah satu pakatan yang tidak adil kepada rakyat serta Negara. Tetapi apabila berbalik kepada situasi Zaid di dalam PKR,…adakah beliau mendapat keadilan yang amat dimahukannya??..Sudah terang lagi bersuluh bahawa kemasukkannya di dalam PKR tidak disenangi sebahagian pihak,…tambahan pula Zaid dikatakan calon paling sesuai untuk menggantikan jawatan Presiden PKR kelak sehinggakan menyebabkan pemimpin PKR lain panas telinga.

Pada Oktober tahun lalu,..Zaid Ibrahim mengumumkan beliau mengambil "cuti politik" selama enam bulan selepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menghalangnya daripada menghadiri program di Sabah. Zaid telah menerima jemputan daripada Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan beberapa pemimpin PKR Sabah untuk satu majlis pelancaran buku berkaitan perundangan dan juga majlis rumah terbuka sempena Hari Raya. Zaid turut menyatakan yang dia mahu PKR menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapi PR di negeri Selangor.

Rakyat bagaimanapun difahamkan, hasrat Zaid untuk ke Sabah tidak direstui oleh seorang lagi Naib Presiden PKR iaitu Azmin Ali yang juga merupakan Pengerusi PKR Sabah. Ekoran daripada itu, Anwar telah menasihati Zaid supaya tidak pergi ke Sabah.

Azmin Ali dikatakan cemburu untuk melihat Zaid Ibrahim ‘mendahuluinya’ di sana. Tambahan pula Azmin sendiri telah diboikot oleh pemimpin-pemimpin tempatan Sabah sehingga ramai yang keluar parti pada ketika itu.


Antara isu Zaid Ibrahim & Selangor:

- Mempertikaikan keputusan PAS Selangor hendak mengharamkan penjualan arak dan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam.

- Mempertikaikan tindakan untuk membenarkan iman, siak dan bilal masjid menangkap atau menahan mana-mana orang Islam yang menjual atau meminum arak di negeri itu.

- Bercanggah pendapat dengan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali berhubung isu SELCAT.


>>>> Penduduk Hulu Selangor : Kalahkan Zaid Ibrahim esok!...Pastikan anda hadir ke pusat mengundi seawal mungkin untuk mengelakkan provokasi ganas yang mungkin dilakukan Pakatan Rakyat!...Kami menantikan berita gembira dari anda.!