SALAM,... :)
Setelah berakhirnya siri banner dan poster ‘Lelaki Y’ di sekitar Kuala Lumpur, kini poster-poster roadshow/ceramah Anwar Ibrahim dipenuhi di ibu Negara. Terbaru, penyokong-penyokong pembangkang berhimpun di Stadium Shah Alam dan melakukan solat hajat kononnya minta perlindungan dan meminta Anwar Ibrahim berjaya melepasi daripada dugaan ‘fitnah’ terbaru. Poster-poster juga banyak digantung di sekitar Ampang, Shah Alam, Wangsa Maju, Taman Melawati, Gombak dan sebagainya. Pada pendapat saya, masih adakah individu yang 100% percaya bahawa Anwar difitnah? Sedangkan ‘fitnah’ berkenaan disertakan dengan rakaman video 4 penjuru (seperti yang dilaporkan).
Rata-rata rakan termasuklah sama ada dikalangan generasi tua mahupun muda telah sampai ke tahap muak serta jemu untuk mendengar apa yang diperdendangkan oleh Anwar dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat lain. Tidak pernahkah anda wahai penyokong pembangkang sekalian terfikir, jikalau benar Anwar yang melakukan semua itu, apakah anda kini berada di pihak yang sesat di mana merayu serta memohon petunjuk daripada Allah S.W.T untuk melindungi orang yang benar-benar salah?
Pucuk pangkalnya, di era moden ini, segalanya perlulah berdasarkan bukti. Bukanlah mahu menuduh Anwar membuta tuli, tetapi sehingga hari ini Anwar masih belum membuktikan sebenar-benarnya di manakah beliau berada ketika rakaman video seks berkenaan dirakam. Anwar dilihat cuba membangkitkan kembali sentimen ‘rusuhan rakyat’ seperti 1998 dahulu dengan cara mengadakan ceramah (roadshow) di seluruh ibu Negara. Tetapi relevankah tindakkan beliau kerana beliau diibaratkan seperti tin kosong yang mana lebih bunyi dari isinya.
Biarlah masa dan ketentuan Allah S.W.T yang menentukan sama ada Anwar benar-benar difitnah atau tidak. Bukanlah tugas kita (rakyat Muslim) untuk mengadakan solat-solat sunat Hajat yang kita sendiri tidak tahu apakah yang sebenarnya dihajati dalam solat itu. Adalah lebih sempurna sekiranya mendirikan solat hajat untuk kepentingan diri kita sendiri. Lagi satu, secara peribadi, saya merasakan sangat keterlaluan bila Anwar disamakan dengan Nabi Yusof oleh kalangan pemimpin pembangkang. Mudah-mudahan kata-kata sedemikian telahpun diperhalusi sebaik-baiknya oleh mereka yang mengatakannya.
Jikalau isu video V.K Lingam yang mana ia melibatkan institusi kehakiman dan prinsip demokrasi Negara boleh disebarkan sewenang-wenangnya. Kami sebagai rakyat Malaysia menyeru supaya video ini diperhalusi kesahihannya dan jikalau ianya benar, dedahkan kepada rakyat. Saya yakin, majoriti rakyat Malaysia tidakpun merasa gairah untuk melihat video tersebut.
>>> Sebagai seorang Mulim, saya tidak mahu menuduh Anwar Ibrahim benar-benar bersalah dalam isu skandal seks ini, biarlah masa dan bukti menentukan kesahihannya. Jikalau benar, saya mengutuk sekeras-kerasnya penzina ini, dan jikalau tidak benar saya mendoakan Allah melindungi insan yang difitnah. Apapun kita perlulah sentiasa berada di landasan Islam yang sebenar demi kehidupan abadi kita di akhirat kelak.
>>> Kepada Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat, tolonglah hentikan siri ceramah/roadshow di sekitar K.L. …Rakyat dah mual.
OUR LEADER
About Me
- malaysia.suarademokrasi
- memperihalkan serta membincangkan isu-isu semasa di Malaysia!
Malaysia-Instinct News
Blog List
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kedahtime is here6 years ago
-
-
-
-
keputusan tak rasmi prk sg besar8 years ago
-
-
Healing Back Pain8 years ago
-
-
-
-
-
-
LEGAL STAY12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Latest!..Isu Liwat
SEDARLAH MELAYU!!!
PERJUANGAN DAP
“ Perjuangan DAP adalah untuk menyerang secara menyeluruh ke atas hak-hak keistimewaan orang Melayu, dimana ia dilakukan secara berperingkat-peringkat melibatkan dasar-dasar awam sebelum ini. Sebagai mengantikan hak keistimewaan ini DAP mencadangkan kesamaan dasar-dasar integrasi nasional berasaskan kepentingan ekonomi melibatkan semua kaum”.
Sumber: Gordon P. Means, Malaysian Polititics, Hodder and Stoughton, London (1976: 393-4)
“ Perjuangan DAP adalah untuk menyerang secara menyeluruh ke atas hak-hak keistimewaan orang Melayu, dimana ia dilakukan secara berperingkat-peringkat melibatkan dasar-dasar awam sebelum ini. Sebagai mengantikan hak keistimewaan ini DAP mencadangkan kesamaan dasar-dasar integrasi nasional berasaskan kepentingan ekonomi melibatkan semua kaum”.
Sumber: Gordon P. Means, Malaysian Polititics, Hodder and Stoughton, London (1976: 393-4)
AMANAT MIC & MCA
JUNE 1969 (Tun Tan Siew Sin & Tun Sambanthan) :
''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''
Ya Allah!....Selamatkan Malaysia
Knp PAS Tolak Perpaduan?
Wednesday, March 30, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
itulah, cek pun xpaham kenapa buat s.hajat? pelik betol la depa ni.
Mungkin mereka merasakan yg anwar tu maksum sama level dgn taraf seorang nabi...nauzubillah
Mudah2an Allah memberi petunjuk kpd mereka yg terlalu taksub dgn anwar!!!!
kalau betul, maknanya anwar ni biseks la? LOL
kerajaan BN dedahkanlah, kami tak stim pun sebab lelaki perut buncit beraksi. kahkahkah
xpayah kecoh2, aku rasa yg ge ceramah tu pun separuhnya dieorng pnya AJK, EXCO, kroni2 dan sapa2 tah. hahaha
dierng s.hajat utk dieorng sndri. Bodoh!
Wakakaka
dah terbukti TULEN!
Yeay!.
Allah akan beri petunjuk yg jelas tentang sapa pelakunya lepas ni...bgus la dieorg solat hajat pun... :)
Sepatutnya Nik Aziz perlu doakan kpd Allah mohon ditunjukkan siapa benar atau salah dlm isu yg melibatkan DSAI ni...bukan nya minta Allah lindungi penjenayah yg dikutuk Allah dan Rasulullah ni...
-Renung2kan.
Kami amat merindui tulisan blogger sd-malaysia..
kemanakah anda menghilang..???!!!
Teruskan perjuangan!
salam, solat hajat pun dah jadi satu mainan politik.
Post a Comment