Monday, November 30, 2009

Ulama’ Tapi Macam Bukan Ulama’

SALAM,...:)




Itulah satu gambaran yang boleh disifatkan kepada MB Kelantan iaitu si tua Nik Aziz. Perkataan tua bukan mahu menghina tetapi itulah lumrah orang-orang tua yang kadang kala terlepas pandang serta lupa tentang apa yang sepatutnya diucapkan ataupun apa yang tidak sepatutnya diucapkan.

Semalam,…heboh 1Malaysia yang mana Nik Aziz yang semakin hari semakin diakui oleh ahli PAS sendiri bahawa semakin liberal bersama Anwar telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan;

‘ Berdoa supaya Allah memusnahkan masa depan Perdana Menteri jika tidak memberi royalti minyak kepada negeri itu (Kelantan)’

Memanglah apabila kita menjustifikasikan sesuatu isu itu dengan hanya mendengar daripada sebelah pihak saja, maka secara automatiknya kita akan merasa amat marah dan kecewa dengan pihak lawan,…dan itulah yang terjadi kepada Nik Aziz. Beliau langsung tidak mahu mengadakan perbincangan walaupun ianya amat dituntut Islam dalam menyelesaikan sebarang masalah. Beliau lebih suka mendengar hasutan demi hasutan daripada orang-orang PAS tertentu serta pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat lain yang mana akhirnya membawa perbalahan terbuka. Sedangkan Perdana Menteri kita amat terbuka dalam menyelesaikan pelbagai isu rakyat,..contohnya terbukti kini Hindraf telahpun menyokong BN melalui Parti Makkal Sakti.

Sebagai seorang yang menggelarkan dirinya sebagai seorang Ulama’, adalah amat tidak rasional beliau bertindak sedemikian. Cubalah bawa berbincang,…walhal isu ini hanya berbangkit disebabkan cara pemberian wang itu dinamakan sebagai ‘Wang Ehsan’ dan bukannya ‘Royalti’. Tetapi pada hakikatnya walaupun namanya berbeza, cara pemberian wang itu adalah sama dengan cara kiraan Royalti yang kerajaan Terengganu peroleh setiap tahun. Itu bergantunglah kepada jumlah minyak yang dikeluarkan di pelantar minyak di persisir pantai Kelantan (walaupun apabila sudah dikenalpasti ianya bukan di persisir Kelantan).

Tindakkan kerajaan ini amat jelas,….pelantar minyak itu terletak di luar persisir pantai negeri Kelantan dan status ‘Wang Ehsan’ itu amat kena buat kerajaan negeri itu. Mengapa mereka tiba-tiba sensitif dengan perkataan wang ehsan???..sedangkan sejak daripada mereka memerintah Kelantan, tiada satu pun tindakkan ehsan yang mereka lakukan kepada rakyat di sana! Adakah mereka gentar dengan cara pemberian ini membolehkan gelombang biru terus melonjak di sana? Daripada Mursyidul AM, Menteri Besar dan para pemimpin PAS pusat langsung tidak rasional serta matang dalam membuat keputusan!

Bukankah mendoakan keburukkan sesama Islam itu akan mengundang kebencian dan kemungkaran daripada Allah S.W.T???...sama-samalah kita renungkan dan jadikan Nik Aziz sebagai iktibar buat kehidupan dunia akhirat kita. Jadilah Islam yang tidak berubah imannya dari muda hingga ke akhir hayat.

NAUZUBILLAH…

Saturday, November 28, 2009

Sudah Tidak Sesuai Buat Nik Aziz Jadi MB

SALAM,...:)



Bila kita tanya kepada para penyokong PAS,…sudah tentu mereka masih mengagungkan kepimpinan Nik Aziz sebagai MB Kelantan dan mahukan beliau terus mengetuai pentadbiran di negeri kubu kuat PAS itu. Namun pada hakikatnya,…masih relevenkah Nik Aziz sebagai MB di sana sedangkan pelbagai isu yang mencalarkan maruahnya telah berlaku?, …tambahan beliau adalah seorang pemimpin Islam yang kononnya antara 500 orang Islam paling berpengaruh di dunia pada ketika ini.

Isu rasuah berkenaan tajaan menunaikan haji dan kroni menantu diakui oleh PAS sendiri bahawa ia telah menjadi satu calaran yang amat menjejaskan kredebiliti parti Islam itu. Mereka juga tidak menafikan bahawa mungkin ada orang dari dalam PAS atau Pakatan Rakyat itu sendiri cuba memerangkap Nik Aziz.

Di saat signal penolakkan yang sudah ditunjukkan oleh rakyat Kelantan ke atas pentadbiran PAS melalui PRK Manek Urai lepas, …ramai yang berpendapat termasuklah daripada kalangan pemimpin-pemimpin cawangan dan bahagian PAS gusar tentang perkembangan ini. Tambahan pula, anak kepada Nik Aziz iaitu Nik Abduh dikatakan sering mengeluarkan kenyataan yang kononnya ‘tidak membantu’ kearah pemulihan imej PAS….Nik Abduh sering mengeluarkan kenyataan yang dilihat ‘seolah-olah ada individu di dalam PAS yang mengaturkan setiap langkah Nik Aziz’. Terbaru, beliau telah memberi amaran supaya jangan ada pihak di dalam PAS menghalang sekiranya Nik Aziz mahu meletakkan jawatan dalam masa terdekat ini.

Secara jelasnya,..sebelum ini PAS terutamanya melalui Nik Aziz dengan angkuhnya melebelkan UMNO sebagai pohon tua yang sudah reput dan hanya tunggu masa untuk rebah,…tapi lihatlah pada hari ini, UMNO sedikit demi sedikit mengukuh kembali serta mendapat sokongan rakyat sedangkan PAS pula yang dilihat semakin kearah ‘rebah’ bersama Pakatan Rakyat!

Pelik juga walaupun isu ini telah berlarutan selama beberapa minggu,…namun tiada pula kenyataan rasmi daripada Nik Aziz ataupun mana-mana pihak dari PAS untuk mempertahankan maruah parti mereka.

>>>> Mungkin tidak lama lagi Anwar Ibrahim akan keluar menyatakan ‘Semuanya sudah selesai seperti sedia kala’ ….sepertimana yang selalu dia lakukan,…:)

Friday, November 27, 2009

'Survival' Politik Khalid Ibrahim

SALAM,...:)


Tidak pelik untuk kita sebagai rakyat Malaysia mengandaikan yang kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Khalid Ibrahim terus menerus melakukan tindakan ‘flip-flop’ dalam setiap langkah pentadbirannya. 1Malaysia tahu akan perlaksanaannya yang mahukan kursus BTN ke atas pelajar IPT dan Penjawat Awam milik negeri Selangor diharamkan serta merta.

Sebenarnya tindakkan ini dilihat tidak lebih daripada hanya satu survival politik yang mana sedikit sebanyak mampu menyelamatkan sokongan golongan muda dan professional yang kini dilihat terjurus serta menyokong kepada konsep 1Malaysia yang diperjuangkan PM Najib Tun Razak.

Jika kita amati,…kursus BTN bukanlah satu doktrinasi ataupun ‘asuhan’ untuk menguatkan sokongan kepada UMNO mahupun Barisan Nasional. Kita pelik kerana mereka mendakwa BTN digunakan untuk berpolitik dan menghasut supaya membenci pembangkang!
Saya percaya, ramai yang di luar sana tahu apakah matlamat sebenar kursus BTN ini …dan perlaksanaannya walaupun di peringkat IPT itu sendiri mampu menyemarakkan semangat kenegaraan dan patriotik dikalangan golongan muda rakyat Malaysia. Sebenarnya apa yang kita lihat, kebanyakkan yang dipraktikkan di BTN adalah bersifatkan ‘fakta-fakta’ ataupun ‘hak-hak sebenar’ untuk setiap bangsa serta agama di Malaysia. Disana, peserta akan didedahkan dengan apakah itu konsep 1Malaysia, apakah hak-hak sebagai Bumiputera, apakah hak-hak sebagai bukan Bumiputera, apakah hak-hak kebebasan beragama, apakah bahasa rasmi yang patut diperjuangkan, apakah itu Hak Mutlak Raja-Raja Melayu, apakah yang dipersetujui ketika kemerdekaan dituntut, apakah I.S.A dan mengapa perlaksanaannya perlu diteruskan, apakah yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia dan banyak lagi,….jadi apa motif Pakatan Rakyat menafikan serta melarang semua ini???

Adakah mereka tidak bersetuju dengan semua perkara di atas dan mereka menganggap ia adalah politik semata-mata??..dimana dasar kecintaan kepada agama dan bangsa mereka??..apakah sebenarnya landasan perjuangan politik mereka???...ini yang kita persoalkan serta ragui.



>>>> Ingin kami persoalkan,..bagaimana pula program-program yang berunsurkan politik yang pernah dilaksana di IPT-IPT milik kerajaan negeri Selangor?....perkara ini berlaku dan sering berlaku. Apakah alasan mereka???

>>>> Dengan tindakkan Pakatan Rakyat Selangor ini,…marilah kita menjadikannya antara beribu alasan untuk menolak secara totalnya kepimpinan ‘flip-flop’ Khalid Ibrahim ini di PRU 13!!!

Tuesday, November 24, 2009

ADUN SELANGOR – Bersuaralah Untuk Rakyat!

SALAM,...:)




Walaupun sepanjang penggal ini,..bekas MB Selangor Khir Toyo dilihat antara ketua pembangkang dari BN yang paling agresif sekali, namun ADUN-ADUN di Selangor boleh dikatakan kurang memberi prestasi yang baik. Boleh disimpulkan secara keseluruhannya,…segala serangan politik atau kritikan ke atas kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim itu adalah daripada para blogger BPN dan pemimpin pusat termasuklah daripada Perdana Menteri, Najib Tun Razak itu sendiri.

Kelemahan dari kelemahan dalam segala tindak tanduk di negeri Selangor sepatutnya boleh dieksploitasikan secara besar-besaran. Namun sikap sesetengah ADUN-ADUN BN di Selangor yang kurang agresif membuatkan gelombang biru yang seharusnya semakin kuat di negeri-negeri pambangkang terbantut seketika. Sampai bila lagi mahu berubah??...seharusnya PM Najib Tun Razak yang mengetuai UMNO Selangor perlu mengambil peranan dalam memastikan ADUN-ADUN atau wakil rakyat di negeri itu bertindak lebih agresif! Jangan hanya bergantung harap pada blogger sahaja.

Apa akan berlaku sekiranya blogger-blogger ini semakin mual dan mula kecewa dengan sikap segelintir orang UMNO ini??

Memang tidak dapat dinafikan,…Khir Toyo mempunyai kredebiliti yang hebat sebagai seorang pemimpin walaupun kini sebagai seorang ketua pembangkang!... kami sarankan supaya Khir Toyo mampu untuk terus memberi semangat kepada rakan pasukannya demi memantapkan agenda politik BN sekaligus dapat menambat hati rakyat di negeri tersebut. Kita sudah mula mendapat sokongan, jangan biarkan sokongan itu berubah buat kali kedua!



>>>> Kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor dan negeri-negeri lain adalah amat lemah dan langsung tidak berteraskan kebajikan rakyat!...tunggu apa lagi wahai pemimpin-pemimpin BN negeri??? Teruskan usaha membenamkan P.R secara total!..

Friday, November 13, 2009

RM 1 per Month…Gimik Murahan Anwar!

SALAM,...:)


Setelah dilihat hampir gagal secara keseluruhannya dalam pelbagai siri strategi memburukkan prestasi PM Najib yang mana dilihat semakin hari semakin memberangsangkan,…hari ini tindakkan pembangkang @ Pakatan Rakyat yang melantik Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi khas negeri Selangor dengan bayaran RM 1 sebulan boleh dianggap sebagai gimik politik murahan. Tidak lebih daripada hanya ingin meraih populariti dan perhatian rakyat,…Pakatan Rakyat dari sehari ke sehari boleh dikatakan semakin terdesak untuk memenangi semula hati rakyat di negeri yang mereka gagal terajui.

Rakyat Selangor bukan bodoh untuk menjustifikasikan lakonan atau sandiwara yang dilihat amat cetek seperti ini. Bukan 1Malaysia tidak tahu yang Anwar Ibrahim dan sekutunya amat pandai ‘berlakon’ demi meraih simpati rakyat. Sejauh mana RM 1 itu akan kekal sebagai elaun khas Anwar adalah tidak pasti,…namun pelbagainya pertuduhan rasuah serta penyelewengan duit rakyat yang melibatkan kerajaan negeri Selangor sememangnya memualkan rakyat negeri itu untuk terus percaya akan strategi sandiwara lapuk mereka ini.


Antara ulasan MB Selangor mengenai perlantikan ini;

“I believe Anwar can help me and the state government continue our agenda to develop the state for the good of its people, and he has agreed,”. ...He also said Anwar, who is a director in one of the biggest fund management companies in the United States and an economic advisor to a country in Europe, will play a pivotal role in the move.



>>>> Nampaknya terbukti,...pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor tidak mampu serta dianggap gagal secara keseluruhannya untuk membawa perubahan dan pembangunan ekonomi yang pesat sehinggakan perlu melantik individu yang kononnya mempunyai pengaruh di luar Negara,...TERUTAMANYA U.S! :)

Malaysia Ini BUKAN MELAYU PUNYA!

SALAM,... :)




Itulah kata-kata Ketua Pembangkang @ Penasihat PKR, Anwar Ibrahim di suatu majlis yang dipenuhi penyokong-penyokong dan para pemimpin bukan Melayu tidak lama dulu! Baru-baru ini, keluar pula kenyataan dari Chua Jui Meng yang mengatakan antara sebab utama beliau beralih arah daripada BN kepada PKR adalah kerana tersentuh bila Presiden PKR Wan Azizah mengandaikan, Seharusnya tiada ketuanan Melayu di Malaysia ini, sebaliknya ketuanan Rakyat perlu ditegakkan.

Adakah dengan kata-kata Wan Azizah ini ataupun mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang bersetuju dengan kenyataan ini,..bermaksud maka perlunya untuk Institusi Beraja yang mana mengangkat Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negara dan Agama sepatutnya dihapuskan?.. Adakah ini tembelang sebenar agenda politik Pakatan Rakyat? Jika tidak,…mengapa kenyataan-kenyataan seperti ini dikeluarkan? Tidak dapat dinafikan sama ada di bandar mahupun di luar bandar,…majoriti Melayu sudah tidak menaruh kepercayaan ke atas kepimpinan Pakatan Rakyat!...lihat saja di Kedah, boleh dikatakan lebih 80% penduduk negeri itu merupakan Melayu, tapi apa yang mereka dapat???

Lihat saja para usahawan-usahawan muda dan perniagaan kecil-kecilan serta sederhana habis lingkup sejak pemerintahan PAS di sana. Pelabur juga semakin berkurang dari hari ke hari. Inikah yang dikatakan kebajikan rakyat?? PAS Kedah juga yang kononnya memperjuangkan Islam boleh diibaratkan tidak lebih daripada hanya sekadar “Islam di Billboard”. (Cuma billboard dipenuhi di sekitar bandar-bandar yang mana bertemakan Islam dan tulisan jawi). Itu sajakah yang mereka mampu lakukan??...

Jadi dimanakah relevennya dengan kenyataan serta retorik politik Pakatan Rakyat yang kononnya memperjuangkan “Keadilan Buat Semua” jika kebajikan rakyat terus-menerus diabaikan??..sedangkan kepentingan politik dan isu-isu skandal serta kroni pemimpin mereka lebih diutamakan?? Adakah dengan cara ini menunjukkan mereka komited untuk memimpin kita?? Dimanakah perjuangan Islam mereka???...Adakah golongan seperti ini yang kita mahu iktiraf dan angkat sebagai pemerintah setelah lebih 50 tahun kemerdekaan dan kejayaan dikecapi buat rakyat oleh BN???

Dari Perlis hingga ke Sabah,…Pakatan Rakyat tidak akan pernah bersatu dan berjaya sepertimana BN mampu lakukan untuk kesekian lamanya,…Jadi tinggalkanlah pakatan bermasalah ini demi masa depan Agama, Bangsa dan Negara!

>>>> Jadikanlah konsep 1Malaysia sebagai teras perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia!

Monday, November 2, 2009

Selamat Menjawab Peperiksaan...:)

SALAM,...:)


Kepada semua pelajar IPT di seluruh negara,...selamat berjaya dalam menghadapi peperiksaan.
Tawakal kepada Allah,...