Monday, April 26, 2010

Rakyat Minta Selesaikan Isu UniMAP Segera!

SALAM,...:)



Kelmarin di dalam rakyat sibuk mengambil tahu perkembangan tentang PRK Hulu Selangor, blogger SD-Malaysia telah menerima satu e-mail daripada pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang masih kabur berkenaan isu dalaman universiti tersebut iaitu berkenaan Program Ijazah yang belum Diiktiraf.

Disini, saya cuma ingin mengutarakan apa yang diluahkan oleh pelajar tersebut:

1. Pelajar tersebut mengatakan majoriti penuntut di sana masih kabur dan tidak faham dengan isu dalaman yang sudah berlarutan lebih dari 7 tahun ini, namun hingga hari ini masih belum ada jalan penyelesaian. Katanya, UniMAP merupakan IPTA yang berpayung secara mutlak di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan seharusnya perkara ini tidak berlaku.

2. Sehingga ke hari ini, langsung tiada maklum balas oleh Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Pelajaran mahupun Perdana Menteri sendiri berhubung masalah ini. Sedangkan blogger difahami bahawa Setiausaha Politik Perdana Menteri telah hadir berbincang dengan pihak UniMAP baru-baru ini.

3. Khabarnya juga, UniMAP sedang bertungkus-lumus untuk memenuhi segala kriteria yang ditetapkan oleh BEM, EAC dan MQA dalam mendapat pengiktirafan.

4. Pelajar tersebut akui isu seperti ini pernah berlaku di universiti-universiti lain (IPTA), namun pihak pengurusan mereka dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan jangkamasa yang amat cepat berbanding UniMAP yang sudah berlanjutan dalam kadar tempoh yang amat lama.

5. Berhubung masalah ini juga, pelajar tersebut kecewa kerana statusnya masih tidak terjamin terutamanya setelah keluar daripada Universiti tersebut untuk mendapatkan pekerjaan. Sedangkan di luar sana masih terlalu ramai penganggur dan kesulitan ini ternyata sedikit-sebanyak menjejaskan peluang pelajar UniMAP.


>>>> SD-Malaysia berharap masalah pelajar UniMAP dapat diselesaikan dengan segera oleh kerajaan Malaysia. Bagi rakyat, mutu pendidikan adalah yang paling penting berbanding segala aspek lain. Tambahan pula universiti ini adalah satu-satunya universiti yang mengungguli bidang kejuruteraan dimana penting dalam memacu Idea Inovasi yang diketengahkan oleh PM Najib Tun Razak.

>>>>Kerajaan BN seharusnya mengambil kesempatan ini untuk membuktikan bahawa setiap hak rakyat benar-benar diperjuangkan tambahan pula majoriti pelajar IPTA adalah daripada golongan berpendapatan sederhana dan sentiasa berharap kejayaan dalam bidang pendidikan akan menjamin masa depan mereka.

>>>> Bagi Sd-Malaysia: UniMAP adalah universiti unik yang mana pusat pengajiannya berada di seluruh negeri Perlis. Apapun, selamat maju jaya kepada para pelajar dan warga UniMAP!

31 comments:

azmin said...

seharusnya isu mcm x jd,.. bg aku laa, sb pengundi muda majoritinya from student U kat M'sia.
Kalau bn nk support atau sblm isu ni dimainkan Anwar, baik settle awal2.

aziah said...

apa yg pnting skrg ni, mntri khaled noordin kna ambil tindkkan cepat. smua dh kata kerajaan x peka dgn isu ni, smpi kuar utusan, kosmo, smua tp, xda apa2 tndakan.

bloger2 lain prlu dedahkan isu ni klau perlu
~Aziah a.setar~

Anonymous said...

smpi bila laaaaaaaa???? kesian studnt unimap

zali said...

hahahaha,...PERKASA xnak dtg ke kat Unimap?
prjuangkan hak student melayu kat sana?!

Anonymous said...

MB perlis buatpa?
snyap ja la ni, mcm xdak apa2 pun
Shahidan kasim tak mau riuh ka?
ke nak tunggu PRK kat perlis bru nk settle isu ni?
kahkahkah..BN, BN, BN..apadaaaaaaaaa

Mila75 said...

tnggu PRk kat perlis dulu la tu! hahahaha
Bodo punya Bn

Anonymous said...

mari kita guna saluran betul la...kita ingat kan menteri melalui ahli parlimen di perlis. jgn pulak merujuk kepada pambangkang

Anonymous said...

naib canselor kena letak jawatan...sebagai ketua universiti langah tersebut perlu sebab terlalu lembab ambik tindakan

harun said...

kat unimap rmai student yg layak mengundi, jgn sampai dieorang ni smua hukum najib sb ada menteri pngajian tnggi yg bodoh kat dlm kabinet tu ha!
pelik la aku dgn KPTM yg lembap xsudah2, tau pengurusan unimap yg lmbap?

Bekas Tenaga Pengajar USM said...

Seharusnya pihak pengurusan UniMAP bertindak lebih agresif dalam menyelesaikan isu tertangguh seperti ini. Pelajar dijadikan bahan eksperimen dan ini amat mencemarkan sistem pendidikan negara.
Dalam situasi ini, pihak kerajaan terutamanya Menteri Pengajian Tinggi Malaysia harus bertindak dalam memastikan kebajikan pelajar IPTA/IPTS terus dijamin dalam merealisasikan Malaysia sebagai hub-pendidikan.
Adakah pengurusan yang tidak efisyen menjadi faktor utama mengapa Universiti-Universiti di Malaysia masih belum mampu tersenarai dalam TOP 100 universiti terbaik dunia?
Pertimbangan sewajarnya harus dilaksanakan oleh semua pihak yang terlibat.
Pelajar dan ibu-bapa telah membayar yuran yang tinggi, lebih-lebih lagi pemimjam PTPTN yang ramai di negara kita. Perkara seperti ini akan menggugatkan kepercayaan pelajar ke atas kerajaan itu sendiri sekaligus mencalarkan sistem pendidikan negara.
Benar seperti komen di atas, Ahli Parlimen Perlis, MB Perlis, dan Menteri Plajaran seharusnya menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
UniMAP adalah sebuah universiti yang unggul dan mereka telah membuktikannya dengan pelbagai kejayaan di dalam dan luar negara.

Anonymous said...

samapi bila2 pun takkan trsnarai la dlm Ranking 100..UM dan UKM pun tak dapat.
USM lagi laaa..hahahaha
itulah masalahnya WAHAI BEKAS TENAGA PENGAJAR!

Fairus said...

tutplah unimap ni..tak pernah dgr pun u ape ni?

Natasya~$ said...

Memang sepatutnya tak dirujuk kepada pembangkang, tapi kalau pihak pembangkang sudah hidu perkara ni?? mcm mna?
kerajaan kenalah buat sesuatu, ini perkara nasional.

Anonymous said...

inilah 1Malaysia!...hahahaha

Kamal said...

Naib Canselorm Unimap Dato' Kamaruddin kan? kalau tak silap aku la.
Poco2??
apa2 pun mber aku ramai kat unimap, kesian dieorang. nasib badan la katakan.
all the best, walaupun korang pandai2 yg ambik kos kat sana, tapi nak buat mcm mna masalah mcm ni plak jadi.

Anonymous said...

tak patut-tak patut!!
haramjadah pnya BN!

Pemuda PAS Ampang said...

Insyaallah isu ni akan dijadikan propaganda kami.

Anonymous said...

aku dgr menteri KPTM ni pro-pak lah dgn KJ, btol ke?

Anonymous said...

Wahai kengkawan, KPTM hanya membuat dasar dan dasar ini perlu dipatuhi untuk menjaga qualiti graduan yang bakal dikeluarkan. Jika nak ikut hak rakyat..... semuanya nak senang, mcm masuk je Universiti tak payah belajar, tak nak exam, tak payah dtg kelas,beli motor atau kereta pakai duit PTPTN, bercinta sampai buang anak dlm longkang, cuma lepak selama 3 tahun dapat IJAZAH SARJANA MUDA kemudian salahkan gomen kerana PTPTN tak mampu nak bayar,... lepastu terus sokong pembangkang... sebab kerajaan menindas mereka, baguih...baguih....

Cubalah buang sikap tu... asyik tunjuk masalah orang je.... diri sendiri pun tak terjaga nak sibuk dgn isu negara konon.... korang masih pakai pampers lagi ke??? bangun dan sedarkan diri sendiri..kalau dah melayu tu.. melayu jugak le....

Anonymous said...

Fairuz ni bangla kut...tak baca suratkhabar ka...senang-senang nak tutup universiti....

Anonymous said...

apa yg sepetutnya dilakukan oleh kerajaan?? ini adalah isu besar buat rakyat!
khabar angin mengatakan pelajar lepasan SPM & Matrik dinasihatkan utk tidak memohon masuk ke unimap.
Inikah yg KPTM mahu lihat? Unimap terus diboikot?

Ng Chin Ho said...

Poco-Pocooo..Unimap loves poco-poco.
I love unimap,..last year i went to unimap for a course. Then, we introduced with the 'poco-poco' dance.
We informed tht every wk Mr. VC will doing this poco-poco with all the staff..
whatever it is,..i hope to see unimap listed under MQA & BEM.

Anonymous said...

Don't waste ur time la Ng,..we will see unimap listed under MQA kalau ada PRK kat perlis,..kalau xda,..maka xda la jwbnya! kahkahkahkah

Pulau Mutiara said...

Aku dah semakin benci dan mual nak study kat Unimap ni..dah la x diiktiraf kemudian nak susahkan student pulak di akhir2 semester..nak kena ambil paper mcm2...pe hal???pelik la..dulu awal2 x nak suruh...dah sampai time nak blah dr Unimap baru terhegeh-hegeh nak suruh extent sem.!!!

SudaGar ManuSia said...

jgn putuasa,..nampaknya ada juga pelajar unimap yg beri komen di sini. apa sekalipun, tindakkan mungkin dilakukan. aku yakin.

Anonymous said...

bukan senang untuk mendapat pengiktirafan terutamanya dari BEM atau IEM..jgn politikkan isu ini. Tak ada universiti yg nak grafuannya tidak diiktiraf..maukah anda diiktiraf tetapi akhirnya jadi spt syok sendiri..BEM dan IEM adalah satu badan profesional bukannya politik..mereka tak kisah kalau politik cuba nak kacau..pengiktirafan yg diberi oleh IEM dan BEM akan melayakkan anda bekerja diseluruh dunia..sebab itu bukan senang nak fulfill syarat2 mereka..jgn sangka bila belajar di universiti adalah dah hebat...anda hebat bila sijil anda diiktiraf diperingkat dunia...baru boleh apply utk title IR kalau tak anda hanya pegang ijazah sajalah...maukah anda!!!!!sedangkan universiti yg dah lama pun every 3 years terpaksa apply balik utk pengiktirafan badan2 profesional tersebut inikan pula UNIMAP yg baru...bersabarlah bila anda disuruh ambil beberapa subjek tambahan..itu adalah sebenarnya requirement dari badan2 profesional tersebut..Jgn cuba politikkan isu in..nanti jangka panjang anda juga yg rugi..bila sijil tak laku diluar dari sempadan Malaysia...wallahualam...

Anonymous said...

ambil paper tambahan,..ok la tu.
Final Year kna extend lagi,..hehehehe

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt. Boleh saya mencelah. Sebenarnya saya kurang faham kenapa UniMAP gagal mendapat pengiktirafan EAC terhadap semua program Ijazah Pertama kecuali 2 program yang telah diberi pengiktrafan 5 tahun pada tahun 2005 dan program baru yang masih belum matang (dibuka tawaran pada sidang 2005/2006 ke atas). UniMAP telah masuk usia ke 8 tahun (2010) tetapi masalah ini tidak ada jalan kesudahannya. Di manakah silapnya? Universiti di bawah MTUN yang lain seperti UTHM, Utem dan UMP telahpun diberi pengiktrafan oleh EAC untuk tempoh 2 tahun. Adakah EAC yang bermasalah atau UniMAP yang bermasalah? Tahun ini (2010) hampir semua program Ijazah Pertama UniMAP termasuk 2 program yang telah diiktraf sebelum ini memasuki semakan semula. Keputusannya mungkin dihujung tahun ini. Sebagai rakyat Malaysia yang telah melalui seluruhan sistem pengajian daripada sijil hingga PhD saya amat berharap semua program Ijazah Pertama UniMAP diberi pengiktrafan walaupun hanya untuk 2 tahun. Ini untuk mengembalikan status UniMAP sebagai IPTA. Namun begitu jika keputusan sebaliknya, KPTM perlu melakukan sesuatu tindakan drastik ke atas pengurusan tertinggi UniMAP terutama sekali NC UniMAP. Ini membuktikan beliau tidak memenuhi KPInya sebagai NC. Untuk menutup UniMAP adalah satu tindakan kurang cerdik kerana berjuta-juta duit rakyat negara ini telah dilaburkan ke UniMAP. Yang perlu ditukar adalah NC dan pihak KPTM hendaklah mencari NC yang benar-benar berusaha untuk memertabatkan UniMAP sebagai IPTA. Untuk cadangan agar isu ini tidak dipolitikan merupakan mereka yang berfikiran cetek. Sekira parti yang membentuk kerajaan tidak berusaha menyelesaikan kekusutan UniMAP kepada siapa nasib anak bangsa negara ini harus diserahkan. Ini merupakan isu negara dan masa depan negara bukan isu UMNO atau PKR atau DAP atau PAS atau MIC atau MCA. Ianya perlu diselesaikan segera. Jika perlu dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibahaskan, silakan agar akhirnya nanti ada jalan penyelesaian untuk anak bangsa negara ini. Jika Akta A1342 (Auku) dibahaskan di Dewan Rakyat, kenapa nasib siswa UniMAP tidak boleh dibahaskan di sana. Kita harus fikirkan nasib anak bangsa negara ini walaupun kita telah berjawatan tinggi kerana anak bangsa inilah penerus pembangungan negara Malaysia yang tercinta. Sekian, wasalam.

Anonymous said...

kesian-kesian unimap. Kementerian pengajian tinggi pun tak bertanggung jawab, apatah lagi NC Unimap>..... Bapak borek, anak rintik.....

ya saya said...

akum...aku ade kawan di unimap...name die tan kheng hui (TANI),mohd faizal bin zakaria (MFZ)dan faizal bin amril (FA)...diorang tu setiap hari buat lawak kat KKB5...adoi...

Anonymous said...

sistem keselamatan kat unimap pon sangat teruk.. student di jadi kan mangsa di atas saman2 yang tak sepatotnya di beri kan. banyak kecurian berlaku kebanyakannya berlaku di sebab kan ade unsur pakatan sabotaj antara mereka(guard)... pegawai keselamatan(guard) yang di ambil langsung tidak bertauliah.tiada adab tatasusila dan sentiasa mencari masalah dgn student.sgt2 kecewa dgn masalah tersebut..

Post a Comment