Wednesday, November 10, 2010

"Buat Kerja Mcm Orang Islam !!"…??

“Buat Kerja Mcm Orang Islam!!!”…



SALAM,…:)

Itulah ayat yang dilemparkan di muka pintu bilik sidang media di Wisma Darulaman, Alor Setar oleh MB Kedah, Dato’ Seri Azizan kepada beberapa wartawan. Ustaz Azizan ternyata nampak sangat terganggu dengan soalan yang dikemukakan oleh salah seorang wartawan yang bertanyakan mengenai perkembangan bencana banjir yang berlaku di Kedah. Mengapa Azizan mengatakan wartawan lebih tahu segalanya tentang perkembangan banjir ??,…adakah beliau melalui Exco dan kerajaannya langsung tidak tahu apakah status / perkembangan mengenai bencana tersebut di negeri yang beliau tadbir??.

Apapun seharusnya MB Azizan mengambil peluang ini untuk menjelaskan apakah kedudukan sebenar kerajaan negeri Kedah dalam membantu menyelesaikan kemelut rakyat yang menghadapi bencana ini dan umumkan apakah tindakkan susulan yang bakal diambil mereka kelak. Bukan naik berang tak tentu hala hinggakan menunjukkan tiadanya kematangan sebagai seorang pemimpin yang telah dilantik untuk mentadbir negeri!

Satu lagi persoalan,..adakah dengan cara pihak wartawan/media mendedahkan bahawa lemahnya bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri Kedah kepada rakyat semasa bencana banjir berlaku menggambarkan mereka melakukan kerja ‘bukan dengan cara Islam’ ???..aneh juga ya.

Azizan harus ingat, sebagai seorang MB bukan tiket untuk beliau menghentam seseorang di khalayak ramai sehingga dilihat telah menjatuhkan maruah orang lain. Beliau menjadi MB pun atas dasar sokongan rakyat di bawah ini dan beliau juga datang dari kalangan rakyat yang dulunya biasa-biasa saja,…seharusnya beliau peka dan tidak mudah melatah apabila dikritik. Kritikan memang menjadi lumrah sebagai pemimpin,..begitu jugalah saat ketikanya pemerintahan BN di Kedah dikritik oleh pakatan Azizan sewaktu mereka menjadi pembangkang sebelum PRU 2008 dulu.

‘Roda itu berputar wahai Dato’ Seri Azizan’…

Setakat ini Kedah masih belum melakukan apa-apa pengumuman bagi meringankan beban rakyat Kedah yang mengalami masalah bencana banjir,…sedangkan Perlis melalui MBnya iaitu Dato’ Seri Dr. Md Isa Sabu telahpun mengumumkan ‘bancian & pelaksanaan untuk bantuan kerosakkan’ dan ‘diskaun bil air’ untuk meringankan beban rakyat.

Kami berharap rakyat Kedah yang pernah menjunjung perjuangan politik Pakatan Rakyat pada PRU 2008 mendapat bantuan yang secukupnya daripada kerajaan negeri. Tambahan pula peperiksaan SPM bakal menjelang buat para pelajar dan Raya Haji juga semakin hampir.

>>>> Saya mendapat maklumat bahawa Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman telah menghulurkan bantuan kepada rakyat di kawasan yang mengalami bencana banjir. Terima Kasih diucapkan.

>>>> Begitu juga para pemimpin UMNO dan parti komponen BN Bahagian lain di Kedah yang telahpun menghulurkan sumbangan kepada rakyat. Terima Kasih banyak diucapkan.


PAKATAN RAKYAT HARUS BERTAUBAT !!!

Sunday, November 7, 2010

UniMAP Menang Anugerah Inovasi Bioteknologi 2010

SALAM,...:)

Saintis Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini berjaya melakar sejarah meraih anugerah Inovasi Bioteknologi 2010 melalui ciptaan sistem penggredan bijak automotif untuk buah-buahan tempatan menggunakan penglihatan, inframerah, e-bau (e-nose) dan bunyi.

Anugerah tersebut dianjurkan oleh Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) iaitu sebuah badan yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan.

Kemenangan itu membolehkan penyelidik UniMAP membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 dan plak penghargaan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi BiotechCorp, Dr. Wan Abdul Rahaman Wan Yaacob.

Majlis penyampaian anugerah itu diadakan sempena Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2010 di sini.

Turut hadir Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety; Ketua Pegawai Eksekutif BiotechCorp, Datuk Iskandar Mizal Mahmood dan Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Datuk Dr. Daud Mohamad.

Penyelidik bersama untuk ciptaan tersebut, Profesor Madya Dr. Abdul Hamid Adom berkata, rekaan yang dibangunkan oleh UniMAP itu merupakan teknologi moden pertama yang dicipta untuk memeriksa kualiti buah.

"Melalui mesin ini, buah tersebut akan melalui proses pemeriksaan bukan sahaja untuk tahap kualiti luarannya tetapi juga bahagian dalam," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Menurut beliau, ciptaan tersebut juga dianggap unik kerana di samping memeriksa tahap kualiti sesuatu buah, mesin tersebut juga mengambil inspirasi daripada lima deria manusia terutamanya untuk mengetahui rasa buah tersebut.

"Mesin itu berfungsi seperti manusia memilih buah seperti memegang, menghidu dan melihat. Selain itu ia juga dibangunkan untuk merasa dan melihat isi dalam buah tanpa perlu mengupas kulit atau memakannya," jelas Abdul Hamid.

Selain UniMAP, penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa, Md. Zahangir Alam diumumkan sebagai penerima Anugerah Paling Berinovasi dan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Yaakob Che Man bagi kategori Anugerah Inovasi Harapan.

Sementara itu, kategori khas yang disediakan untuk saintis wanita iaitu Anugerah Bio Inovasi Wanita dimenangi penyelidik dari Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Noor Hayaty Abu Kassim.


Sumber: Utusan Malaysia


P.S: Semoga rakyat Perlis & Kedah yang mengalami bencana banjir bersabar dan menganggap ini sebahagian daripada musibah dan ujian daripada Allah S.W.T

Saturday, November 6, 2010

KEDAH: Kemelut Kedah SALAH BN?

SALAM,...:)

Seperti yang kita tahu, keadaan bencana banjir yang sedang berlaku terutamanya di Kedah sememangnya menimbulkan keraguan rakyat ke atas keperihatinan dan kewibawaan Pakatan Rakyat (PAS) Kedah dalam menyelesaikan kemelut rakyat.

Kita telah mendapat aduan daripada segelintir rakyat yang terlibat dengan bencana banjir ini di mana mereka mengatakan pusat penempatan mangsa bencana ada yang terputus bekalan air. Ternyata ini adalah sangat menyedihkan dan sekiranya kita berada di dalam keadaan itu, apakah yang mampu kita lakukan selain memendam perasaan sakit hati yang teramat sangat kepada pihak berkuasa negeri yang terlalu lambat bertindak demi menjaga kepentingan rakyat.

Menyentuh mengenai isu kenaikkan air (kononnya ingin memperbaiki perkhidmatan air di Kedah), ramai rakyat masih marah dengan tindakkan tersebut. Manakan tidak, sepanjang berpuluh tahun Kedah dipimpin oleh kerajaan BN, harga air langsung tidak dinaikkan sewenang-wenangnya seperti yang mereka lakukan baru-baru ini. PAS melalui Menteri Besarnya iaitu Ustaz Azizan langsung tidak memberi alasan kukuh dengan keputusan tidak popular tersebut. Dulu sebelum PRU 2008, merekalah kononnya yang terbaik dalam memperjuangkan nasib rakyat, tapi bila sudah berkuasa,.. ‘feedback’ rakyat untuk segala tindakkan mereka pun sudah tidak diperlukan lagi. Jika mahu membicarakan soal ini, bukan hanya di Kedah, malah rakyat Selangor, Pulau Pinang dan dahulunya Perak pun menerima nasib yang sama.

Apa yang sebenarnya ingin diketengahkan di sini adalah kenyataan MB Kedah berhubung kenaikkan tariff air tersebut. Anda boleh lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Azizan di Warta Darul Aman (keluaran September-Oktober 2010). Beliau mengatakan kenaikkan tariff air adalah kuasa Kerajaan Pusat, sedangkan semua rakyat tahu hak sepenuhnya kenaikkan harga adalah melalui kerajaan Negeri & SADA (konsesi bekalan air Kedah) itu sendiri.



MB Kedah juga menyatakan antara alasan kenaikkan tariff air itu adalah kerana ingin menjelaskan hutang-hutang kerajaan negeri Kedah.



Apapun tindakkan yang diambil oleh MB dan kerajaannya seolah-olah cuba menjadikan kerajaan pusat (BN) sebagai kambing hitam demi memastikan rakyat terus menyokong mereka. Sejujurnya, retorik politik seperti ini yang disebarkan kepada masyarakat luar Bandar (kampung-kampung) ternyata berfungsi seolah-olah mengaburi tindak-tanduk ketidakadilan yang mereka lakukan kepada rakyat.

Adalah menjadi tugas Wakil Rakyat BN mengambil peranan dalam mengembalikan sokongan rakyat ke atas Barisan Nasional di Kedah!


JOM KITA GAGALKAN PAKATAN RAKYAT

Friday, November 5, 2010

Rakyat KEDAH PANAS HATI Dengan P.R !!!

SALAM,...:)


Keadaan banjir yang berlarutan terutamanya di sekitar Alor Setar dan Kubang Pasu membuatkan rakyat buntu tentang apakah nasib yang bakal mereka tempuhi dalam tempoh beberapa hari mendatang. Berdasarkan maklumat daripada penduduk di sana, kegiatan penanaman padi adalah yang paling teruk terjejas setelah aktiviti penanaman dan persediaan (menelan kos tinggi) rosak begitu saja.

Memang musibah sudah tidak dapat dieelak sekiranya Tuhan (Allah) telah menetapkannya untuk terjadi,.Tapi apa yang menimbulkan ‘kepanasan hati’ oleh kebanyakkan rakyat Kedah adalah usahasama yang sedikit ditunjukkan oleh pimpinan negeri dalam membantu meringankan masalah rakyat yang terlibat. Sehingga kini, lebih 40,000 mangsa banjir telah ditempatkan di pusat-pusat bencana banjir. Itu belum termasuk jumlah yang penduduknya tidak tinggal di pusat banjir tetapi memilih untuk menetap di rumah saudara-mara.



Difahamkan pusat-pusat bencana banjir yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah (termasuklah sekolah) berada pada tahap yang amat menyedihkan. Bayangkan,..sekolah yang digunakan sebagai tempat penempatan banjir terputus bekalan air (sama ada terputus atau apa jua alasan yang tidak diketahui).

Bagaimana mereka di sana ingin berada dalam keadaan yang sedikit selesa?? Bukankah kos perkhidmatan air di Kedah dinaikkan bulan lalu kononnya untuk memperbaiki perkhidmatannya?


Wakil rakyat PAS yang majoritinya memegang kerusi di sekitar kawasan yang berlakunya banjir dilaporkan oleh penduduk tidak turun bertemu rakyat secara menyeluruh. Subangan dari segi makanan juga tidak diberi kepada penduduk di rumah-rumah ketika berlakunya banjir. Cuba anda bayangkan sekiranya tiada kedai yang berniaga dan jalan sudah ditenggelami air,..bagaimana rakyat ingin mendapatkan sumber makanan kalau tidak dibantu oleh kerajaan negeri (melalui wakil rakyat)??

Rakyat Kedah juga ada menyatakan kehadiran pemimpin Pusat seperti Datuk Shahrizat, Datuk Chor Chee Heung, Datuk Mukhriz dan ramai lagi ternyata memberi sumbangan yang teramat dihargaai walaupun pembangkang menuduh pemimpin BN sibuk meraih undi rakyat di Galas & Batu Sapi!

Difahamkan MB Kedah, Ustaz Azizan hanya mengadakan mesyuarat mengenai banjir ini setelah 5 hari bencana tersebut berlaku. Anehnya, wakil rakyat PAS, PKR & DAP dari seluruh Kedah tiada kesepakatan langsung dalam membantu rakyat!

Kita juga tertanya-tanya mana pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Lim Kit Siang, Karpal Sing, Teresa Kok, Lim Guan Eng, Khalid Samad, dan ramai lagi ketika rakyat Kedah yang pernah menjulang perjuangan mereka di PRU 2008.

Inikah balasan yang mereka berikan??..tidak aneh apabila BN menang di Galas! (ternyata pembangkang hanya tahu menabur janji untuk mengejar kuasa).


3 Perkara utama yang diharapkan rakyat Kedah daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah:

1. Wang bantuan bencana pertanian (terutamanya penanam padi)

2. Wang bantuan bencana harta-benda (rumah, kereta, motor, mesin-mesin pertanian)

3. Sumbangan ikhlas pada keluarga mangsa yang kehilangan nyawa.


Rakyat Kedah mencadangkan bantuan RM 1000 dari kerajaan negeri untuk setiap relung padi yang telahpun rosak!!!




JOM KITA GAGALKAN PAKATAN RAKYAT