Friday, November 5, 2010

Rakyat KEDAH PANAS HATI Dengan P.R !!!

SALAM,...:)


Keadaan banjir yang berlarutan terutamanya di sekitar Alor Setar dan Kubang Pasu membuatkan rakyat buntu tentang apakah nasib yang bakal mereka tempuhi dalam tempoh beberapa hari mendatang. Berdasarkan maklumat daripada penduduk di sana, kegiatan penanaman padi adalah yang paling teruk terjejas setelah aktiviti penanaman dan persediaan (menelan kos tinggi) rosak begitu saja.

Memang musibah sudah tidak dapat dieelak sekiranya Tuhan (Allah) telah menetapkannya untuk terjadi,.Tapi apa yang menimbulkan ‘kepanasan hati’ oleh kebanyakkan rakyat Kedah adalah usahasama yang sedikit ditunjukkan oleh pimpinan negeri dalam membantu meringankan masalah rakyat yang terlibat. Sehingga kini, lebih 40,000 mangsa banjir telah ditempatkan di pusat-pusat bencana banjir. Itu belum termasuk jumlah yang penduduknya tidak tinggal di pusat banjir tetapi memilih untuk menetap di rumah saudara-mara.



Difahamkan pusat-pusat bencana banjir yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah (termasuklah sekolah) berada pada tahap yang amat menyedihkan. Bayangkan,..sekolah yang digunakan sebagai tempat penempatan banjir terputus bekalan air (sama ada terputus atau apa jua alasan yang tidak diketahui).

Bagaimana mereka di sana ingin berada dalam keadaan yang sedikit selesa?? Bukankah kos perkhidmatan air di Kedah dinaikkan bulan lalu kononnya untuk memperbaiki perkhidmatannya?


Wakil rakyat PAS yang majoritinya memegang kerusi di sekitar kawasan yang berlakunya banjir dilaporkan oleh penduduk tidak turun bertemu rakyat secara menyeluruh. Subangan dari segi makanan juga tidak diberi kepada penduduk di rumah-rumah ketika berlakunya banjir. Cuba anda bayangkan sekiranya tiada kedai yang berniaga dan jalan sudah ditenggelami air,..bagaimana rakyat ingin mendapatkan sumber makanan kalau tidak dibantu oleh kerajaan negeri (melalui wakil rakyat)??

Rakyat Kedah juga ada menyatakan kehadiran pemimpin Pusat seperti Datuk Shahrizat, Datuk Chor Chee Heung, Datuk Mukhriz dan ramai lagi ternyata memberi sumbangan yang teramat dihargaai walaupun pembangkang menuduh pemimpin BN sibuk meraih undi rakyat di Galas & Batu Sapi!

Difahamkan MB Kedah, Ustaz Azizan hanya mengadakan mesyuarat mengenai banjir ini setelah 5 hari bencana tersebut berlaku. Anehnya, wakil rakyat PAS, PKR & DAP dari seluruh Kedah tiada kesepakatan langsung dalam membantu rakyat!

Kita juga tertanya-tanya mana pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Lim Kit Siang, Karpal Sing, Teresa Kok, Lim Guan Eng, Khalid Samad, dan ramai lagi ketika rakyat Kedah yang pernah menjulang perjuangan mereka di PRU 2008.

Inikah balasan yang mereka berikan??..tidak aneh apabila BN menang di Galas! (ternyata pembangkang hanya tahu menabur janji untuk mengejar kuasa).


3 Perkara utama yang diharapkan rakyat Kedah daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah:

1. Wang bantuan bencana pertanian (terutamanya penanam padi)

2. Wang bantuan bencana harta-benda (rumah, kereta, motor, mesin-mesin pertanian)

3. Sumbangan ikhlas pada keluarga mangsa yang kehilangan nyawa.


Rakyat Kedah mencadangkan bantuan RM 1000 dari kerajaan negeri untuk setiap relung padi yang telahpun rosak!!!




JOM KITA GAGALKAN PAKATAN RAKYAT

21 comments:

Ms Pearl said...

sesuatu yang berlaku adalah ujian.
now buat pertama kalinya kerajaan ngeri Kedah yang baru pimpinan PAS di uji.

Anonymous said...

ujian-ujian jugak,..tapi dah kalau Yb pun malas nak turun apa kes?

Anonymous said...

iyo la, ujian hujan dan banjir. kalu jadi kat kerajaan bn, tu dia bala tuhan bagi .... kat depa bencana alam.

Anonymous said...

setuju anon1155..

memang dasar depa lagu tu, kalau tang depa kata itu ini, kalau tang BN habis la... (malas nak ikut mcm depa dok kata)

PAKAI JE LEBAI PUTIH TAPI HATI TAK TAU LAGI PUTIH KE HITAM.......

Anonymous said...

salam, ADUN2 PAS kata banjir ni kurniaan Allah, nak buat camna.

So, depa pun salahkan Allah la.

Tapi pengundi2 di Kedah janganlah salahkan Allah pulak, salahkan diri depa sendiri la, sebab termakan sangat dengan janji2 PAS, PKR dan DAP semasa PRU12 dulu. Percaya sangat!

Kalau depa dah sedar, ubahlah PRU13 nanti, tapi kalau nak macam ni juga pangkah lah lagi PR nanti. Biar padan muka depa sendiri.

-art-

Anonymous said...

entri yg menarik,..lama x update blog!
:)
apapun sekarang ni MB & kerajaan kedah salahkan BN sebab projek landasan keretapi berkembar!
bodoh!

Anonymous said...

MB Kedah, Ustaz Azizan hanya mengadakan mesyuarat mengenai banjir ini setelah 5 hari bencana tersebut berlaku -- kalau tak kerana rumah dia banjir sampai kering banjir lah dia dok kat rumah tido, sebab sejuk, best ooo tido, tambah lagi ada bini muda, ha ha ha

kedah-kecewa said...

kalau negeri tu BN punya mampos kena kutuk gila2 dgn P.R.
apapun mari kita tgok apa bantuan yg akan kerajaan kedah bagi.
dulu masa 2005,..kerajaan BN kedah bagi RM800 serelung untuk penanam padi sebagai ganti rugi.

Anonymous said...

cakap saja habok pun tarak

Anonymous said...

dulu masa bah 2005, tok lebai pas ni dengan bangganya menjaja sana sini bahawa itulah bala kerana bn tak laksana hukum Allah. sekarang kita pakat-pakat dengaq depa nak kona pi mana pulak. tapi yang pasti....depa akan kata...ini salah orang tu salah orang ni.depa tak salah jugak...betui tak.

Anonymous said...

Tahun ni bah besar kerana diKedah kerana Tuhan nak tunjuk Pas sanggup mengadai Islam kepada kafir kerana tamakkan kuasa.

Anonymous said...

Jangan menuduh kami ahli PAS Yg bukan2. Kami telah dijanjikan syurga oleh Tok Guru Hj Hadi
kerana memangkah PAS.Tuhan tidak akan menurunkan musibah dan bencana keatas ahli syurga yang dikasihiNya.

jie said...

kpd anon 8.25 sorry kalau aku kata hang tu bukan lagi bodo tapi kena tambah bangang, bebai, dungu dan semua sekali perkataan yang membawa maksud yang sama. syurga neraka Allah punya kerja.bukan hj Hadi yg tentukan. nasib dia kat sane nanti pun tak tau cam ne.ada otak baik guna sat g Allah tarik balik nanti baru padan muka hang. ngaku je PAS memang tak bleh wat keja. aku dengaq berita pg tadi si zambry MB perak tu yang arahkan bantuan menghantar air bersih ke Kedah.itu kerajaan BN tau. bukan PR. awat hangpa semua tak minta ja dari kerajaan Penang. DAP pun tak heran dengan hangpa. hang pikiaq la sendiri.

Anonymous said...

APA KE TAIK KERAJAAN PAS DULU MASA CERAMAH BUKAN MAIN BANYAK CAKAP SEMUA BOLEH BUAT.... MCM AL JUBURI CAKAP HARI PAKATAN MEMANG BESOK SEMUA CUKAI DI HAPUSKAN..SEMUA TOL DIHAPUSKAN.. OOOI MANA NAK CARI DUIT NAK BUAT PEMBANGUNAN.. JAWAB NYA MAK AJI DAN PAK AJI KENA JUAL JUBOR.. KAT TEPI JALAN ITU PUN KALAU LAKU LAGI..DULU PAS KATA PUTRAJAYA MEMBAZIR.. KINI SEMUA NAK KE PUTRAJAYA.. DULU KATA LEBUHRAYA MEMBAZIR KENAN IKIUT HIGHWAY IKUT LAH JALAN LAMA.. PAS/PKR/DAP ..PANDAI CAKAP.. KINI RASAKAN KAHAK YANG KAU LUDAH ITU...

Anonymous said...

awat hang dok bising-bising ;hang yg undi pas kahkahkah ;

Anonymous said...

ingat lagi masa PRU dulu Anwar Ibrahim punyala turun kat Kedah mcm tiap2 minggu,..tapi bila dah banjir mcm ni,..batang hidung pun x nampak.
apa punya pembangkang! citt,..
xguna
pi makan sampah la.

Alex-Muslim said...

aku rasa bantuan rm1000 tu kalaun BN mungkin bagi,..kalau PAS kedah haram laaa nk dpt.
duit staf kerajaan negeri pun aku dgr sengkek dh nk byar.
Cuba hangpa pikiaq,..kedah mana ada sumber ekonomi selain Kulim & langkawi. dahtu, depa ni pulak kalau pelabur2 luar sana nak mai melabur, depa x pandai nk tarik perhatian. Cuba hangpa habaq mai Exco mana yg hangpa rasa boleh meyakinkan pelabur2 luar sana?
Smua pun mengaji tahap spm, srp, diploma ja..yg ada mengaji tinggi pun xtau nk buat apa. dahtu mcm mna?

Anonymous said...

dulu depa kata Jambatan Pulau Pinang membazir,..laa ni minak jambatan lg satu plak. Dulu depa kata KLCC membazir, la ni KLCC yg dibanggakan smua rakyat, Dulu depa kata Putrajaya membazir, laa ni depa yg nak sgt2 putrajaya, dulu depa kata Proton memalukan, laa ni proton makin bagus depa dok kutuk lagii..kahkahkah

mak teh (wang tepus) said...

memang laa ujian, tapi dah kalau pengurusan pun lemah, mcm mana?
ini bukannya letusan gunung berapi yg mmg sukar untuk diuruskan,..ini cuma banjir yg setiap 2-3 tahun berlaku. Di kedah bukannya x pernah berlaku, tapi pemimpin pembangkang saja buat2 x endah bila kesusahan melanda rakyat.
bagilah sedikit keperihatinan walaupun MEMANG SEMUA RAKYAT SUDAH JANGKA KEDAH AKAN BN AMBIL SEMULA PADA PRU nanti!

mee_rules said...

mb kedah salahkan pojek LRT punca banjir besar sedang kan dier x follow perkembangan kajian kaji cuaca dgn air pasang surut..rasa hr ke3 air laut dah tinggi melepasi had seta banjir besar di thailand..so ayak sungai nak kemana ?kemudian katanyerr BN giler galmor di kedah..ye lah coz kwn aku sukarelawan kata ..ayak dah surut baru nampak bulan nak turun bantu..pe hal nie ..dan dah x treima kasih kat kerajaan negeri perak dan sultan perak sudi kasi air ..trima kasih kat syabas..nun jauh sana..lg pon mlm ke 3..syabas baru dtg..penang x hulur bantuan ker?

mee_rules said...

info dr- kedahlanie - pas x boleh time kenyataan

Post a Comment