Saturday, November 6, 2010

KEDAH: Kemelut Kedah SALAH BN?

SALAM,...:)

Seperti yang kita tahu, keadaan bencana banjir yang sedang berlaku terutamanya di Kedah sememangnya menimbulkan keraguan rakyat ke atas keperihatinan dan kewibawaan Pakatan Rakyat (PAS) Kedah dalam menyelesaikan kemelut rakyat.

Kita telah mendapat aduan daripada segelintir rakyat yang terlibat dengan bencana banjir ini di mana mereka mengatakan pusat penempatan mangsa bencana ada yang terputus bekalan air. Ternyata ini adalah sangat menyedihkan dan sekiranya kita berada di dalam keadaan itu, apakah yang mampu kita lakukan selain memendam perasaan sakit hati yang teramat sangat kepada pihak berkuasa negeri yang terlalu lambat bertindak demi menjaga kepentingan rakyat.

Menyentuh mengenai isu kenaikkan air (kononnya ingin memperbaiki perkhidmatan air di Kedah), ramai rakyat masih marah dengan tindakkan tersebut. Manakan tidak, sepanjang berpuluh tahun Kedah dipimpin oleh kerajaan BN, harga air langsung tidak dinaikkan sewenang-wenangnya seperti yang mereka lakukan baru-baru ini. PAS melalui Menteri Besarnya iaitu Ustaz Azizan langsung tidak memberi alasan kukuh dengan keputusan tidak popular tersebut. Dulu sebelum PRU 2008, merekalah kononnya yang terbaik dalam memperjuangkan nasib rakyat, tapi bila sudah berkuasa,.. ‘feedback’ rakyat untuk segala tindakkan mereka pun sudah tidak diperlukan lagi. Jika mahu membicarakan soal ini, bukan hanya di Kedah, malah rakyat Selangor, Pulau Pinang dan dahulunya Perak pun menerima nasib yang sama.

Apa yang sebenarnya ingin diketengahkan di sini adalah kenyataan MB Kedah berhubung kenaikkan tariff air tersebut. Anda boleh lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Azizan di Warta Darul Aman (keluaran September-Oktober 2010). Beliau mengatakan kenaikkan tariff air adalah kuasa Kerajaan Pusat, sedangkan semua rakyat tahu hak sepenuhnya kenaikkan harga adalah melalui kerajaan Negeri & SADA (konsesi bekalan air Kedah) itu sendiri.



MB Kedah juga menyatakan antara alasan kenaikkan tariff air itu adalah kerana ingin menjelaskan hutang-hutang kerajaan negeri Kedah.



Apapun tindakkan yang diambil oleh MB dan kerajaannya seolah-olah cuba menjadikan kerajaan pusat (BN) sebagai kambing hitam demi memastikan rakyat terus menyokong mereka. Sejujurnya, retorik politik seperti ini yang disebarkan kepada masyarakat luar Bandar (kampung-kampung) ternyata berfungsi seolah-olah mengaburi tindak-tanduk ketidakadilan yang mereka lakukan kepada rakyat.

Adalah menjadi tugas Wakil Rakyat BN mengambil peranan dalam mengembalikan sokongan rakyat ke atas Barisan Nasional di Kedah!


JOM KITA GAGALKAN PAKATAN RAKYAT

5 comments:

Anonymous said...

kalau suka salahkan org lain inilah akibatnya.
pengajaran buat rakyat Kedah!

kam said...

hutang apa pulak Ostad?

Anonymous said...

mungkin kerajaan pas nak bungkus kot, sebelum ni kerajaan pas perak bertukar tangan, kat sitiawan, perak pun banjir. ye lah sitiawan tu susah nak banjir.

ameng said...

yg peliknya hutang apa?
depa ni saja tipu rakyat.

Anonymous said...

bunag jolah kopiah tu ustaz.

Post a Comment