

>>> Kepada rakyat Manek Urai & Penyokong BN:
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa, Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya
Calon Pakatan Rakyat telah diumumkan.
Harap rakan bloggers lain bersedia untuk menyokong sepenuhnya Calon Barisan Nasional yg akan diumumkan kelak. Walaupun seorang penjual ikan, trend pemilihan rakyat Kelantan kadang2 sukar diduga. Barisan Nasional pernah menyandang Kerusi Manek Urai !
Kita harus mencari dan terus mendedahkan kepincangan PAS yang semakin hari semakin terpesong dari perjuangan Islam sebenar.
Harap Kemenangan Berpihak Pada BN kali ini!...Insyaallah
ATAU
>>>>> Mungkinkah penolakkan Kerajaan Perpaduan ini bermotifkan sesuatu ????
Mahu menutup perpecahan dalaman dan akar umbi parti ????
Renung-renungkanlah untuk kebaikan bersama... :)
Jika dilihat gambar di atas,...apakah yg anda fikirkan???
Beginikah kepimpinan berteraskan Ulama' yg mana secara terang-terangan menampakkan penindasan antara satu sama lain demi mencapai impian politik masing2?
Terbaru,...Tuan Guru Nik Aziz telah meminta Nasharuddin melepaskan jawatan sebagai ahli Parlimen Bachok dan Timb. Presiden PAS kerana memberi reaksi positif berkenaan Kerajaan Perpaduan.
Apakah ada salahnya ingin berpadu tenaga menguatkan masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia ini Tuan Guru???.... ini bukannya soal UMNO dan PAS akan bersatu menjadi 'satu parti',...ia cumalah berkongsi pendapat yg bernas untuk mengukuhkan Melayu dan Islam di Malaysia.
Kesimpulannya,....anda sendiri boleh melihat yg keputusan dan tidak tanduk Tuan Guru Nik Aziz kini byk memihak pada pakatan Anwar dan DAP. Bukannya kita tidak tahu yg Anwar telah menolak sekeras-sekerasnya rancangan Kerajaan Perpaduan ini.
DAP pula hanya mengambil sikap berdiam diri pada waktu ini,....hanya bertepuk tangan dan melihat Melayu terutamanya Islam bertelagah sesama sendiri.
Kenyataan Najib Tun Razak :
"Saya dah cakap sebelum ini bahawa kita bersikap terbuka dan sedia mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh Pas,"
Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz :
“Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan timbalan (presiden Pas) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan,”
Semalam semua rakyat Malaysia sikit tergamam dgn tindakan Nizar Jamaluddin dgn melaungkan Hidup Rakyat & Bubar DUN sesudah mengangkat sumpah di Parlimen. Dari segi moral,...apakah sebenarnya lahir di benak fikiran anda???
Adakah ini merupakan satu tindakan yg amat demokratik dan boleh dibanggakan oleh penyokong Pakatan Rakyat?...kadang2 timbul juga rasa pelik di benak fikiran saya ttg mengapa masih ramai yang menyokong parti yang langsung tidak mencerminkan sifat peribadi Muslimin yg sempurna ini...
Dahulu mereka mengatakan UMNO dan BN lah yg paling kurang ajar, rasuah, politik kotor dan lain2,....tapi pada hari ini apa bezanya jika dibandingkan dgn pemimpin Pakatan Rakyat??? Tidak cukup dgn menderhaka pada bangsa Melayu dan Kesultanan, rasuah politik,maki sesama Muslim...
Sekarang, Nizar ini mula untuk menjadi boneka DAP secara terang-terangan pula.
Jika kita amati,...siapa yg akan mendapat keuntungan dari kekacauan politik seperti ini terutamanya di Perak,??...tentulah DAP.
Kepada penyokong Pakatan Rakyat, setujukah anda jika Nizar ini digelar sebagai boneka DAP???
Dia jugalah yg menyertai mogok lapar bersama pemimpin DAP di K.L baru2 ini,(walaupun dikatakan HARAM BAGI MUSLIM oleh para Mufti)...
Beliau jugalah yg mengepalai sidang DUN bawah pokok sebelum ini...
Beliau jugalah yang sembah derhaka pada Sultan sebelum ini...
dan beliau jugalah yg mengatakan PAS tidak pernah memperjuangkan penubuhan negara Islam di Malaysia.
Tidak pernahkah anda terfikir mengapa Nizar beria-ia memperjuangkan Pakatan Rakyat di Perak???...sedangkan PAS hanya mempunyai 6 kerusi DUN.
Majoritinya adalah dari DAP.
Jadi apakah relevan sokongan terhadap parti PAS daripada anda semua yg nyata sudah tiada bezanya dari PKR atau DAP...???
Di mana laungan perjuangan Hudud sebenar???...masihkah anda rasai kesungguhan mereka???
Dimana laungan penubuhan negara Islam sebenar..??? masihkah ada kedengaran???
Kepada rakyat di Perak, Kedah dan Selangor....apakah perbezaan baru yg anda peroleh dari segi perlaksanaan Islam dan pembangunan???
Adakah Hudud dilaksanakan?, adakah pub-pub malam ditutup?, adakah kedai no ekor disita??
>>>>> Apa yg ada pada ketika ini adalah dasar perkongsian kuasa politik bersama DAP dan PKR yang mana anda harus sedar....kedua-dua parti ini telah menyatakan dgn rasminya bhw perlaksanaan negara dan hukum Islam adalah ditolak sama sekali!
Sedarkah anda sebagai rakyat akan kehadiran Lee Kuan Yew di negara kita dalam beberapa hari ini??,....LKY adalah berjiwa komunis yang mana dia berjaya menyingkirkan dan memusnahkan Melayu di kota Singa tersebut dari dulu hingga sekarang???
Kalau difikir-fikirkan balik,.. kenapa agaknya Lee Kuan Yew, bapa kepada komunis ini datang melawat Malaysia ? Tiba-tiba sahaja dia membuat keputusan untuk melawat negara kita ini, saya dikhabarkan bahawa tujuan utama LKY datang ke sini ialah dengan misi atau agenda beliau untuk menguatkan lagi KOMUNIS….
Tujuan asal LKY datang ke Malaysia ialah untuk mengajak semua kaum cina serta dengan kaum pribumi Sabah dan Sarawak yang bukan beragama Islam untuk mengambilalih negara dan akan buka Singapura untuk masuk ke Malaysia semula. Jangan lupa suatu masa dahulu manusia yang bernama LKY ni jugalah yang menubuhkan Malayan Union serta berjumpa dengan Mc Michael di Guam pada tahun 1945.
Ironiknya, kunjungan Lee Kuan Yew ke Malaysia selepas timbul isu Komunis dan Chin Peng! Perjumpaan dia dijadualkan di Perak, Gopeng dan Cenderiang, di Pahang Genting dan Bukit Tinggi. Cuba kita fikirkan dan siasat siapa yang pegang atau tadbir ke empat-empat tempat ni? Semua pusat pentadbiran bintang tiga bukan? Sebab apa dia pergi ke sana? Jangan lupa di dia ni mastermind Malayan Union. Dia tau melayu tak suka dan cadang masuk PKM untuk dapatkan bekalan senjata berontak menentang British, (atas dasar inilah Mursyidul Am PAS menggelar Parti Komunis sebagai nasionalis - setujukah anda?)
Tak cukup dengan itu, Ong Tee Keat dalam blognya telah mengadakan poll tentang, Setujukah anda sekiranya MCA keluar dari BN?
Keputusan mendapati 70% bersetuju untuk MCA keluar dari BN! Persoalannya sekarang kenapa seorang pemimpin kerajaan yang bertaraf menteri membuat poll seperti itu? Apakah motif beliau? Pelik kan?
Adakah semua perkara ini berlaku sebagai satu kebetulan atau memang telah dirancang untuk menghancurkan negara kita? Wahai Melayu Islam sedarlah olehmu, makin kita berpecah, makin orang mengambil kesempatan! Sedarlah sebelum terlambat!
Mungkin anda mengaggap sokongan dan undi anda pada PAS atau PKR sebagai satu alternatif dan merasakan ia amat remeh sekali,....tetapi bagi DAP yg hubunganya rapat bersama Lee Kuan Yew di Singapura mungkin mempunyai agenda berbeza.
(setiap undi atau sokongan pada Pakatan Rakyat akan mengukuhkan lagi DAP di Malaysia)
Berikut adalah sajak yg didendangkan oleh "pemimpin PAS yg pernah ditangkap khalwat" (Mat Sabu - gambar di atas) suatu ketika dulu,....dan hari ini tanpa segan silu menabur fitnah dan kiasan berunsur pembohongan secara terang-terangan di dalam majlis yg penuh dgn laungan Allahhuakbar.
Bila DOSA FITNAH dan PAHALA PUJIAN PADA TUHAN dicampur,...apakah rasionalnya perjuangan PARTI PAS yg kononnya mengamalkan 'ma'aruf'???
'Altantuya'
Aku Insan Ajnabi,
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga
Aku wanita Ajnabi merantau kemana=mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Kukuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama
Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
Kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa
Zuriatku ada
Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluh
Tubuhku berkecai rapuh
C4 dipanggil untuk memusnahku
Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau
Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia, entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah
Kita sebagai Melayu Islam,...fikir2kan lah sama ada sesuai atau tidak menyokong parti yang nyata sesat dan nyata secara terang-terangan berkomplot dgn PKR & DAP serta mempergunakan nama Islam untuk meraih undi dan kuasa politik!
Dikesempatan itu, TAHNIAH kepada pemilihan Nasharudin sebagai N0.2 Post in PAS!...Semoga membuka lembaran baru kepada konsep Kerajaan Perpaduan bersama UMNO seperti yang telah dikatakan!....
GAGALnya pemimpin pro-Erdogan & pro-Anwar dalam PAS!
Salam Kerajaan Perpaduan.... :)
Seperti umum yg kita telah tahu,….bahawa Ketua Pembangkang Selangor telahpun digantung daripada menghadiri siding DUN selama setahun. Keputusan melulu ini telahpun diumum oleh Speaker DUN Selangor kira-kira 2-3 minggu yg lepas.
Jadi di sini,…atas apa sebab sekalipun tindakan bodoh kerajaan P.R yang nyatanya didalangi DAP, PAS dan PKR itu ternyata menampakkan kecetekkan waras fikiran pemimpin pembangkang di negeri Selangor.
Rakyat Malaysia dan khususnya rakyat Selangor umum mengetahui bahawa Dr. Khir Toyo sememangnya lantang membangkang di dlm Dewan DUN terhadap kepincangan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Jika kita amati,….terlalu banyak isu-isu yang timbul di negeri Selangor:
1. Isu rasuah lembu,
2. Duit kutipan rakyat yg dimasukkan ke dlm akaun PKR,
3. Cadangan perlantikan Cina sebagai pengarah PKNS
4. Kenaikkan sewa rumah Projek Pembangunan Rakyat (PPR)
5. Pembelian Toyota Camry yang menyumbang kpd pembaziran
6. Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa yg mana rakyat tidak mendapat bantuan sewajarnya.
7. Isu Air yg tidak selesai
8. EXCO skandal bogel
9. Yuran peniaga Pasar Malam di Ampang-Pandan dinaikkan
Jika mahu disenaraikan,….terlalu banyak kepincangan pentadbiran oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Jadinya disini, kita sebagai rakyat boleh membuat justifikasi bahawa….kehadiran Dr. Khir Toyo di dalam Sidang DUN yg nyata membuat pemimpin pembangkang bagai cacing kepanasan yang mana terlalu byk isu yg tidak dpt dijawab….termasuklah kadang2 menyentuh isu yang membabitkan kepentingan hak-hak Melayu di negeri tersebut.
Jelas menunjukkan juga P.R takut untuk menghadapi demokrasi sebenar dlm menjalankan sesebuah pentadbiran!...pemimpin yg serba takut dan bermasalah inikah yg mahu kita lantik untuk memimpin Negara????
Ternyata rakyat Selangor telah salah memilih di PRU 12 lepas.
Selain itu, kenyataan Speaker DUN Selangor dari DAP juga mengatakan “I can punish anyone. I can be the complainant, the prosecutor and also the judge in this case. All this is allowed according to the law.”