>>>> Fikirlah dgn kewarasan yang ada untuk mempertahankan bangsa kita!
Sedarkah anda sebagai rakyat akan kehadiran Lee Kuan Yew di negara kita dalam beberapa hari ini??,....LKY adalah berjiwa komunis yang mana dia berjaya menyingkirkan dan memusnahkan Melayu di kota Singa tersebut dari dulu hingga sekarang???
Kalau difikir-fikirkan balik,.. kenapa agaknya Lee Kuan Yew, bapa kepada komunis ini datang melawat Malaysia ? Tiba-tiba sahaja dia membuat keputusan untuk melawat negara kita ini, saya dikhabarkan bahawa tujuan utama LKY datang ke sini ialah dengan misi atau agenda beliau untuk menguatkan lagi KOMUNIS….
Tujuan asal LKY datang ke Malaysia ialah untuk mengajak semua kaum cina serta dengan kaum pribumi Sabah dan Sarawak yang bukan beragama Islam untuk mengambilalih negara dan akan buka Singapura untuk masuk ke Malaysia semula. Jangan lupa suatu masa dahulu manusia yang bernama LKY ni jugalah yang menubuhkan Malayan Union serta berjumpa dengan Mc Michael di Guam pada tahun 1945.
Ironiknya, kunjungan Lee Kuan Yew ke Malaysia selepas timbul isu Komunis dan Chin Peng! Perjumpaan dia dijadualkan di Perak, Gopeng dan Cenderiang, di Pahang Genting dan Bukit Tinggi. Cuba kita fikirkan dan siasat siapa yang pegang atau tadbir ke empat-empat tempat ni? Semua pusat pentadbiran bintang tiga bukan? Sebab apa dia pergi ke sana? Jangan lupa di dia ni mastermind Malayan Union. Dia tau melayu tak suka dan cadang masuk PKM untuk dapatkan bekalan senjata berontak menentang British, (atas dasar inilah Mursyidul Am PAS menggelar Parti Komunis sebagai nasionalis - setujukah anda?)
Tak cukup dengan itu, Ong Tee Keat dalam blognya telah mengadakan poll tentang, Setujukah anda sekiranya MCA keluar dari BN?
Keputusan mendapati 70% bersetuju untuk MCA keluar dari BN! Persoalannya sekarang kenapa seorang pemimpin kerajaan yang bertaraf menteri membuat poll seperti itu? Apakah motif beliau? Pelik kan?
Adakah semua perkara ini berlaku sebagai satu kebetulan atau memang telah dirancang untuk menghancurkan negara kita? Wahai Melayu Islam sedarlah olehmu, makin kita berpecah, makin orang mengambil kesempatan! Sedarlah sebelum terlambat!
Mungkin anda mengaggap sokongan dan undi anda pada PAS atau PKR sebagai satu alternatif dan merasakan ia amat remeh sekali,....tetapi bagi DAP yg hubunganya rapat bersama Lee Kuan Yew di Singapura mungkin mempunyai agenda berbeza.
(setiap undi atau sokongan pada Pakatan Rakyat akan mengukuhkan lagi DAP di Malaysia)
>>>> Kepada penyokong PAS,...apakah rasional sokongan anda pada parti ini sekiranya PAS sendiri perlu mendapat persetujuan dari DAP untuk laksanakan hukum Islam dgn sepenuhya & negara Islam itu sendiri???
Ketuanan Melayu, Kesultanan dan Sistem Beraja sudah dikekalkan lebih 50 tahun oleh UMNO....Sudahkah anda bersedia di mana Malaysia bakal berubah menjadi Singapura yang mana semua Melayu dan Islam dianak tirikan???
Renungan :
Kalau kita lihat sejarah sehingga tahun 2007 iaitu ketika BN sedang kuat, agak sukar untuk Lee Kuan Yew (LKY) ini datang untuk melawat Malaysia.
Terutama sekali dizaman Tun Mahathir memerintah. Kita tahu bagaimana hubungan dengan Singapura ketika Tun Mahathir memerintah.
Tetapi kini, ketika DAP sedang "naik" baharulah timbul rasa nak datang melawat ke sini? Datang nak melawat negeri yang hampir sama keadaannya dengan Singapura iaitu Pulau Pinang.
Datang nak berjumpa dengan anak didik PAP yang menguasai keseluruhan Pulau Pinang? Apakah rancangan seterusnya LKY ini.
Adakah datang untuk mengajar Lim Guan bagaimana hendak membawa Pulau Pinang keluar dari Malaysia dengan mendesak kerajaan Persekutuan dengan berbagai desakan sepertimana yang dilakukannya ketika membawa Singapura keluar dari Malaysia.
Kita tahu LKY ini adalah MENTOR kepada DAP Malaysia.
Mungkin benar apa yang dikatakan bahawa kedatangan ini adalah lawatan terakhir untuk meninggalkan amanat dan wasiat untuk pengikut-pengikut mereka disini?
Dan saya rasa orang yang paling gembira sekali adalah Lim Kit Siang kerana beliau adalah bekas setiausaha sulit kepada LKY.
Apa-apa pun kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas ini.
wallahuallam.
2 comments:
Anwar sokong Chin Peng balik M'sia...
aku mmg benci la dgn pencacai nih!...pembelot bangsa!
salam bro...
aganda jahat sedang berleluasa. nampak gayanya komunis sudah mula berani menonjolkan diri. setelah ekonomi mereka kuasai, ini politik pula mereka ingin kuasai.
melayu harus bersatu dalam menentang celaka ini.
Post a Comment