Thursday, June 11, 2009

GEMPAR : PELAJAR IPTA DIPAKSA SERTAI PKR !

SALAM,....



Perkara ni dah berlaku dekat dua bulan dah dan sekarang ni benda ni berjangkit pada IPTA lain yang menjadi milik kerajaan Khalid Ibrahim, atas arahan Anwar Ibrahim semua pelajar-pelajar unisel di minta menghadiri krusus anjuran Institut Kajian Dasar (IKD) yang seratus peratus dimiliki oleh PKR dan selepas krusus itu pelajar-pelajar di minta untuk menyerahkan salinan photocopy kad pengenalan mereka, rupa-rupanya salinan kad pengenalan itu di gunakan untuk mendaftar keahlian sebagai ahli PKR dan Daftar pemilih.

Memang sejak dua menjak ni PKR dah semakin ketandusan sokongan orang melayu dan plan anwar untuk memperbanyakkan ahli melayu dengan cara memaksa semua pelajar UNISEL menyertai PKR nampaknya berhasil. malah kebanyakkan nama pelajar-pelajar ini di daftarkan sebagai pengundi di bukan tempat yang sepatutnya mereka mengundi, dengan kata lain PKR dah setting nama-nama pelajar ni ditempat yang boleh memberikan kemenangan untuk PKR di situlah mereka akan mengundi.

Penyakit memaksa pelajar-pelajar universiti dan kolej di Selangor kini merebak pula di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) modius operandi mereka adalah sama, paksa pelajar jadi ahli PKR dan daftar nama mereka untuk mengundi di tempat yang PKR rasakan sesuai. bagi pelajar yang telah menyertai UMNO sebelum mereka datang untuk belajar di UNISEL atau KUIS mereka ini telah di pantau oleh berberapa pegawai yang di lantik dari kalangan orang-orang PKR. silap langkah pelajar-pelajar ini akan di buang Asrama atau dibuang
Universiti atau Kolej.

Selain IKD, Yayasan Selangor juga terbabit dalam siri brainwash pelajar-pelajar ini supaya membenci kerajaan Persekutuan, antara tempat-tempat yang selalu mereka menjalankan aktiviti-aktiviti ini ialah di Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kem Princess Haliza Kuala Langat dan berberapa lagi kem-kem swasta yang di bina oleh puak-puak PKR. mereka mengunakan krusus motivasi dan jatidiri dan pelbagai judul latihan untuk megaburi mata pelajar-pelajar, bila pelajar sudah memasuki kem, mereka ni mulalah menyebarkan dakyah-dakyah songsang dan jahat mereka tu.

Dan mengikut desas-desus cerita warga Unisel, besar kemungkinan Khalid Ibrahim akan melantik Abangnya Anwar yang sama nama bapak tapi mak bapak lain-lain untuk menjadi Chancellor yang mana Chancellor sekarang ini ialah Datin Paduka Seri Rosmah Binti Mansor.


>>>>> Politik kotor seumpama ini memang sering diamalkan oleh Parti Pembangkang dan sentiasa didalangi pemimpin berhati keji seperti Anwar Ibrahim. Kelihatan permainan politik terdesak seperti ini menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat sememangnya sudah mula hilang sokongan daripada pengundi Melayu.

Tindakan dan pemantauan harus dilakukan oleh pihak berkuasa jika didapati P.R terbukti melakukan politik kotor seperti ini. Tidak hairanlah beberapa siri Pilihan Raya Kecil yang dilakukan sepanjang setahun lebih ini sering memihak pada mereka. Pembohongan politik seperti ini mampu dilakukan mereka tanpa rasa bersalah, apatah lagi tindakan terdesak yang lebih dasyat pula bakal menyusul kelak....

Pihak SPR,SPRM, dan POLIS perlu ambil tindakan.


DIHARAP PELAJAR IPTA MELAPORKAN TERUS KEJADIAN SEUMPAMA DI ATAS KEPADA PIHAK BERKUASA SEKIRANYA BERULANG!!!

4 comments:

Anonymous said...

ada bukti ker saudara?bagi bukti yang jelas jgn pki tulis jer.tunjuk bukti...

Anonymous said...

cis.. kalau benar.. mmg dorang ni pandai nak menunding jari kat BN tapi PR pun SAMA jer... mengata orang lebih .. dorang sendiri pun buat..

Anonymous said...

bagaimana kalau org2 UMNO yg dtg ke universiti2 dan memberi cerita mengenai politik ? itu takpe ke ? kenapa BN boleh buat begitu ? kalau BN boleh buat begitu kenapa pulak pakatan rakyat tak boleh buat mcm tu ? sblum pru 12 khairy and the gang dtg ke universiti2 jumpa budak2 kelantan suruh jgn undi PAS. siap mintak IC lagi nak bukti pelajar2 org kelantan. aku siap pegi dan tengok dgn mata kepala aku sendiri? ape cerite bai ? kenapa pulak pelajar ipta tak leh setai PKR? kalo sertai UMNO boleh pulak ? kalau tak boleh sertai PKR makne nye tak boleh la jugak sertai UMNO.

Anonymous said...

btol..aku stuju.
UMNO msuk U????...stakat ni x penah la lg...
tp kalau kat ukm, um, upm, dgn usm tu belambak gile pencacai P.R ni masuk n hasut student join dieorg.
kalau nak kata UMNO tu,...aku rasa x penah la.
aku kat UM ni mmg selalu dgr crita politik kotor pmbangkang mcm nih!...
Skrg dieorg mmg dah terdesak smpi amal politik kotor.!

Post a Comment