Thursday, July 16, 2009

SESAT : Khalid Ibrahim Syor Bukan Islam Bayar Zakat

SALAM,... :)


(EXCO Hal Ehwal Islam Selangor)



Sidang DUN Selangor panas dalam seminggu ni,...termasuklah pergantungan Khir Toyo selaku ketua pembangkang selama setahun dan beberapa ADUN BN lain.Isu pergantungan itu memang telah satu Malaysia ketahui,...antara sebab-sebabnya kerajaan P.R Khalid Ibrahim takut akan isu-isu yg sering didedahlkan oleh BN tentang kebodohan P.R melalui pemerintahan mereka di Selangor!

Terbaru,...sidang DUN Selangor minggu ini menyaksikan kebodohan serta kecetekan ilmu agama MB Selangor dalam berkata-kata dan memberi pendapat.Khalid Ibrahim mencadangkan agar bukan Islam membayar zakat perdagangan kepada Baitulmal. Kerajaan negeri juga bercadang untuk menggunakan wang zakat untuk pembangunan. Bukankah peruntukan wang zakat adalah lebih diutamakan kepada umat Islam yang layak serta lebih memerlukan???...


Apakah kerajaan Selangor langsung tiada sumber kewangan lain sehinggakan mahu mengorbankan hak umat Islam untuk membangunkan negeri???
Dengan ini,..sekiranya terlaksana idea ini maka secara tidak langsung wang zakat tersebut turut dimanfaatkan oleh orang bukan Islam di Selangor!


Sumber Kerajaan Negeri Selangor :


1. Wang pemerintahan negeri ada lebih dari RM 1 bilion ketika P.R mengambilalih Selangor dari BN.
2. Baitulmal di Malaysia atau di Selangor sendiri beerti pusat kutipan dan pengumpulan zakat.

Banyak pihak mempertikaikan idea perlaksanaan ini. Ini adalah kerana Dato' Dr. Hassan Ali merupakan EXCO Hal Ehwal Agama Islam. Lazimnya isu berkaitan kepentingan agama Islam...MB akan dinasihati oleh EXCO ini atau Mufti.Tidakkah pelik wakil PAS ini mampu berkompromi dgn idea perlaksanaan seperti ini???


Sepanjang pemahaman cetek saya, sumber pendapatan dan harta yang hendak dizakatkan haruslah milik orang Islam yang merdeka dan mendapatkannya dari sumber yang halal, suci dan bersih dari sudut agama, cukup haul dan nisabnya.


Apakah akan terjadi kepada ibadah zakat kita jika kerajaan negeri memutuskan yang bukan Islam juga boleh memberi zakat kepada Baitulmal dan semua akan menikmatinya bersama?


>>>>>
Bersediakah anda untuk salurkan zakat anda kepada rakyat bukan Islam di negara kita??? :)

3 comments:

Anonymous said...

Kenapa khir toyo digantung?
http://www.malaysia-instinct.com/english/index.php?option=com_content&view=article&id=9072:mengapa-saya-digantung-dr-khir-toyo&catid=51:berita-tempatan&Itemid=83

x-umno pekan said...

msti ada sebab.xkan saja2 gntung..
mcm gk anak karpal kna gntung parlimen.bersebab gk.
btol tk datuk seri syg?

Ashley Ahmed said...

Salam,

drpd suruh bukan islam bayar zakat baik suruh org islam dl bayar zakat.

Post a Comment