Wednesday, July 15, 2009

Isu Liwat : Saksikan Perbicaraan Kes Liwat Anwar bermula esok!

SALAM,... :)

Tsunami Politik kini dilihat mula beralih arah!...Pakatan Rakyat tidak henti-henti dilanda isu kontroversi sejak 'saga pemerintahan mereka' melalui PRU lepas,... seperti rasuah politik, penyelewengan kuasa, ketidakadilan antara kaum untuk hak-hak kebebasan beragama dan banyak lagi...
Jika seringkali Lim Kit Siang melaung-laungkan istilah 'tsunami politik' masih melanda dan akan terus melanda BN,...maka pro-komunis ini perlu mempertimbangkan semula kata-katanya!.

Hari ini (15 July),...gelombang 'tsunami' yang sebenarnya akan mula serta terus melanda Pakatan Rakyat!
Tarikh ini merupakan hari untuk Mahkamah mendengar permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim supaya membatalkan tuduhan Saiful Bukhari Azlan.
Sebelum ini,...penangguhan kes liwat ini pernah dilakukan sebanyak 4 kali!
Perbicaraan kes tidak boleh dimulakan selagi permohonan-permohonan seperti penangguhan ini tidak selesai...

Secara perundangan, sememangnya penangguhan seperti ini sah!...namun dari segi moraliti tertuduh (Anwar),...beliau dilihat takut untuk berhadapan dengan perbicaraan yang dikatakan penuh dengan bukti sahih,...termasuklah rakaman CCTV, data DNA, rakaman saksi dan sebagainya.


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
link to Saiful Bukhari blog http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/

>>>> Diharap pihak mahkamah mampu melakukan keadilan seadil-adilnya termasuklah ke atas Saiful Bukhari Azlan!...jgn hanya memberi layanan eksklusif pada Anwar hanya kerana beliau VVIP!...

Tuesday, July 14, 2009

Sokongan Mula Beralih Pada BN...

SALAM,... :)



Rakyat melihat kekalahan Barisan Nasional di Manek Urai bukannya sebagai kekalahan yang mutlak buat Kerajaan pimpinan Najib Tun Razak.

Sebaliknya ia merupakan kemenangan melalui kebangkitan rakyat yang mula menolak kepimpinan Pakatan Rakyat terutamanya PAS yang dilihat semakin menyimpang jauh dari dasar politik sebenar mereka.

Nik Aziz serta pimpinan tertinggi P.R yang lain menganggarkan kemenangan bakal diraih mereka pada malam ini adalah sekitar lebih 2000 majoriti undi. Namun pada hakikatnya hanyalah pada majoriti yang teramat tipis iaitu pada 65 undi.

Jika kita lihat akan sokongan rakyat pada pimpinan P.R sejak akhir-akhir ini,...'sambutan' serta 'kepanasan' mereka sudah mula surut sejak dari PRK Penanti lagi (hanya 40% penduduk keluar mengundi). Perhimpunan serta ceramah perdana mereka juga sudah mula kurang sambutan jika dibandingkan dgn sebelum2 ini. Bayangkan Perhimpunan 100,000 rakyat yang berlangsung 2 minggu lepas hanya dihadiri dengan kurang 3000 rakyat di Selangor.

Berdasarkan justifikasi penganalisis politik tanah air,...pada awalnya BN dilihat akan kalah teruk pada PAS dengan pelbagai isu kontroversi yang dibangkitkan termasuklah royalti minyak dan kerajaan perpaduan. Mereka juga beranggapan, Manek Urai akan menyingkirkan BN habis-habisan melalui pengaruh Tuan Guru Nik Aziz yang sangat kuat di sana.
Namun sebaliknya berlaku,....

Ternyata konsep 1Malaysia dan kebajikan rakyat yang dipraktikkan PM telah berjaya membentuk satu momentum serta impak yang mana telah menyerang jentera kepimpinan Pakatan Rakyat.

Syabas diucapkan kepada usaha jentera Barisan Nasional yang berjaya mengurangkan majoriti undi (dari 1358 undi ----> 65 undi)


Petikan dari malaysiakini :

"The results of the Manek Urai by-election in Kelantan is a mandate for Prime Minister Najib Abdul Razak's leadership, said academics. Despite the constituency being a PAS stronghold in a PAS controlled state, the Islamic party however managed to only scrap through with a mere 65-votes majority"


>>>> Kpd Anwar : Adakah siri Pilihanraya Kecil akan diteruskan lagi selepas ini???? :)...lebih baik tumpukan pada isu liwat anda. :)

>>>> Kepada Jentera UMNO/BN : Ahli UMNO/BN, Wanita, Pemuda, Puteri & Bloggers perlu lebihkan usaha lagi untuk memastikan 'tsunami politik' beralih arah pada Pakatan Rakyat!!!



Monday, July 13, 2009

HARAPAN : GELOMBANG BIRU Di Manek Urai

SALAM,... :)


Pilihanraya Kecil Manek Urai akan berlangsung esok. Kepada rakyat Manek Urai yang layak mengundi diharap mampu membuat pilihan terbijak serta rasional dengan mengundi calon Barisan Nasional...Tuan Aziz Tuan Mat.

Terdapat banyak harapan oleh kerajaan Pusat kepada rakyat Kelantan untuk membuktikan kembalinya BN di sana akan dipenuhi dengan pelbagai perlaksanaan janji yang telah ditabur sepanjang kempen ...
disamping memberi pengajaran kepada Tuan Guru Nik Aziz yang mana kepimpinan beliau sebagai MB amatlah rapuh dan tidak mampu untuk membela kebajikan rakyat.
Berilah peluang kemenangan kepada BN untuk PRK DUN Manek Urai di atas beberapa persoalan :

1. Jika isu royalti minyak dipersoal oleh PAS,...bagaimana pula hasil pembalakkan bernilai puluhan juta ringgit setahun yang diperoleh kerajaan negeri. Di mana mereka salurkan??...di mana pembangunan yg sepatutnya dibangunkan???...

2. Jika PAS menuduh BN menyalahgunakan jentera Pilihanraya Persekutuan,...bagaimana pula dgn ini???...jentera kerajaan negeri Kelantan boleh pula???...cakap tak serupa bikin!


3. Memperalatkan pelajar IPT untuk merayu undi di Manek Urai. Dimanakah rasionaliti dan kewarasan mereka sehingga melibatkan pelajar dalm kempen penipuan mereka???


4. Sering mempergunakan nama Islam untuk meraih sokongan rakyat...bagaimana pula dgn kelulusan pembinaan beberapa patung Buddha terbesar di Asia Tenggara oleh kerajaan negeri Nik Aziz???



5. Sandiwara politik antara Nik Aziz, Nasharuddin & Kerajaan Negeri Kelantan di Manek Urai. Umum ketahui Nik Aziz memang benci pada Nasharuddin serta menganggap beliau sebagai sampah di dalam PAS.
Kenyataan yang mengatakan ketidakhadiran Nasharuddin sepanjang kempen atas kerana tidak sihat dilihat sebagai satu alasan yang tidak matang oleh pembangkang. PAS dengan ketaranya dilihat sudah mula mempelajari untuk bersandiwara politik dari "Bapa of Corruptions" Anwar Ibrahim dengan memberi alasan bodoh untuk setiap kelemahan mereka.

Terkini : "Ustaz Nasharuddin yang baru tiba di Manek Urai pagi tadi akhirnya mengakui memang asalnya beliau disekat datang berkempen di Manek Urai"

6. Mengapa perlu rakyat Manek Urai undi calon Barisan Nasional ????....

>> kerana kepimpinan yang lebih terjamin, pembangunan untuk kebajikan rakyat, dasar Islam yang sama (adakah di Kelantan,Kedah, Perak dan Selangor Hudud dilaksanakan???)...jadi gimik Hudud oleh PAS hanyalah satu retorik politik dan sandiwara.
>> pemimpin yang berkelayakan dari segi moral,pendidikan dan pengalaman.

>>>> Untuk harapan terakhir,....pengundi Manek Urai dirayu untuk mengundi calon BN esok!...insyaallah kebajikan akan dilaksanakan sepenuhnya di sana.



Bantahan Angkatan Muda KeADILan Pada MB Selangor

SALAM,... :)



KECOH!! Apa dah jadi dengan PKR Selangor? Bantahan apa..?AMK Selangor membantah perlantikan Ahli Majlis dibeberapa daerah dimana beberapa calon calon dari kepimpinan AMK Selangor TIDAK terpilih.


Sebagai contoh , bantahan dikemukakan apabila seorang calon yang terpilih sebagai Ahli Majlis MBSA, Azhar Mauludin telah dikategorikan kuota AMK Shah Alam sedangkan beliau TIDAK langsung memegang sebarang jawatan rasmi, dan lebih pelik lagi usia beliau sudahpun melebihi HAD USIA 40 tahun.
Oleh karana calon ini pilihan salah seorang EXCO kerajaan Selangor, maka keputusan ini diteruskan juga.Dalang kepada pemilihan Azhar Maulidin adalah Yb ADUN Batu 3. Sehubungan dengan itu satu gerakan yang menamakan kumpulan mereka sebagai GASAK – Gerakan Suara Anak Muda Keadilan dijangka akan membongkar beberapa kepincangan pentadbiran Yb tersebut, diantaranya adalah pembelian sebuah rumah baru di Shah Alam yang akan dijadikan TASKA peribadi beliau.
Satu lagi protes adalah keatas seorang calon yang terpilih sebagai Ahli Majlis MDKS, Thirumoorthy bekas pemimpin MIC yang baru menyertai PKR Kuala Selangor pada tahun 2009. PKR Kuala Selangor dipimpin oleh Khalid Ibrahim sebagai Ketua Bahagian.Beberapa hari yang lalu, AMK Ampang membuat kejutan sewaktu Anwar Ibrahim berceramah apabila mereka membuat demo membantah lantikan beberapa individu sebagai Ahli Majlis yang tidak mendapat “endorsement” PKR Bahagian Ampang tetapi menjadi pilihan Yb Zuraidah Ahli Parlimen kawasan tersebut.
Beginilah hura-haranya dalam PKR Selangor. Dalam membuat keputusan sebegini pun TIDAK dapat diselesaikan dengan baik. Terlalu banyak rasa tak puas hati, berebut-rebut mengejar pangkat dan jawatan. Tidak ada sefahaman langsung diantara pimpinan Bahagian dengan Yb Yb mereka…..

(sumber: http://www.parpukari.blogspot.com/)

>>>> Terbaru, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali telah menggesa kerajaan negeri Selangor untuk merombak semula senarai EXCO Negeri. Ini adalah kerana kebanyakkan darinya tidak mampu melunaskan kerja supaya selari dgn kehendak rakyat dan akar umbi selain banyak melakukan kepincangan mengenai isu-isu sensitif serta kebajikan rakyat.
Dalam perkembangan yg sama juga,...PAS Selangor dilihat hanya bertindak pasif dlm mengutarakan pendapat....mereka tidak mampu untuk berkompromi dgn baik bersama rakan komponen Pakatan Rakyat yang lain.

Rakyat Didahulukan !!!

SALAM,... :)


100 hari kepimpinan Najib sebagai PM telah membuktikan beliau benar-benar komited dalam melaksanakan slogan 1Malaysia,....Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Pengumuman tersebut sememangnya terlalu banyak membantu rakyat terutamanya penduduk sekitar Wilayah Persekutuan.
Pengurangan 20% buat pengguna tol (ulang-alik ke tempat kerja) mendapat respons paling positif daripada pengguna jalan-raya...terima kasih kerajaan BN!

Langkah drastik kerajaan BN dengan menjual rumah-rumah PPR kepada semua penyewanya serta diskaun 50% peratus untuk pembaharuan lesen peniaga kecil di Wilayah Persekutuan dilihat mencantas langkah yang diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor yang mana Khalid Ibrahim sebelum ini mengumumkan kenaikkan 40 % harga sewa rumah PPR (sehingga rakyat mengugut utk adakan himpunan bogel) di Selangor serta kenaikkan harga sewa tapak peniaga pasar malam di Pandan, Selangor.

Pengumuman Hadiah Buat Rakyat ini juga dilihat mengutamakan kesamarataan antara semua kaum...di sini disenaraikan pengumuman tersebut:

1. Kadar tol diberi diskaun 20 peratus untuk pengguna yang berulang alik ke tempat kerja menggunakan lebuh raya bertol.

2. 44,000 rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan dijual kepada penyewanya.

3. Diskaun 50 peratus untuk pembaharuan lesen peniaga kecil di Wilayah Persekutuan.

4. Lesen untuk pemandu teksi, 7,000 permit teksi individu dan 3,000 lagi akan diluluskan dalam tempoh tiga bulan akan datang

5. Langkah drastik kurangkan jenayah dan perangi rasuah.

6. Pendaftaran kelahiran dipermudahkan terutama di Sabah dan Sarawak.

7. 34,000 permohonan kewarganegaraan 46 peratus selesai dan bakinya hujung tahun ini

8. Kemudahan jalan dipertingkatkan di Sabah dan Sarawak.

9. Bekalan air Sabah dan Sarawak diperluaskan.

10. Amanah Saham 1Malaysia dengan 10 bilion unit ditawarkan.

11. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda kaum India.


>>>> Apa yang diharapkan kepada pimpinan Najib seterusnya supaya mempertimbangkan untuk memberi "hadiah" buat para pelajar juga...sama ada diskaun utk pinjaman PTPTN atau insentif lain untuk seluruh pelajar IPTA/IPTS. :)
Perkara seperti ini sememangnya sukar dilaksanakan,...tetapi pada dasarnya jika perlaksanaannya diimplememtasikan, ia akan meningkatkan sokongan pengundi muda pada BN kelak.

Thursday, July 9, 2009

Bila Pembohong Rakyat Bersuara...

SALAM,... :)

Seperti yg semua rakyat Malaysia umum ketahui,...ketua Pembangkang telah dilihat sengaja melengah-lengahkan perbicaraan kes liwatnya dgn memberi alasan bahawa peguamnya cuti sakit....
Dari 9 peguam yang bergabung tenaga untuk kes berprofil tinggi ini,...tapi mengapa hanya bergantung harap pada seorang peguam Berlebai nih???...
Atas kerana seorang sakit,...peguam lain tak boleh handle???...Yang peliknya Mahkamah setuju tentang penagguhan tersebut...
Walau apa pun,....BERANI Kerana Benar, TAKUT Kerana Salah!
Sama-sama kita harapkan keadilan yang sebenar buat Saiful Bukhari Azlan berlaku!
Amin

Apa yang ingin dikatakan di sini seterusnya,...mengapakah seorang individu yang bakal dibicarakan di Mahkamah Tinggi berkenaan isu seks songsangnya boleh dengan bebasnya memberi ceramah dan membohong rakyat di seluruh Malaysia termasuk di Manek Urai??
Di manakah keadilan buat mangsa seperti Saiful Bukhari???
Anwar sibuk memperkatakan perihal ekonomi, perihal fitnah keatas Rosmah Mansor, perihal Pakatan Rakyat yang utuh....tapi apa buktinya???

Tidak cukupkah utk rakyat menilai dgn isu-isu terbaru dalam hanya kurang 2 minggu ni???
1. Isu DAP Kedah keluar P.R
2. Isu banglo mewah Lim Guan Eng
3. Isu fitnah Nik Aziz dgn mengatakan Nasionalis Kemerdekaan hanyalah sesat
4. Isu Ustaz Nasharuddin diboikot di Manek Urai
5. Isu Penindasan Kaum India di Kg Buah Pala di P.Pinang oleh kerajaan Pakatan Rakyat...
6. Isu Jentera Kempen Pakatan Rakyat tidak sehaluan antara satu sama lain.

(menariknya di sini,...kesemua isu tiada penyelesaian yang jelas....sehinggakan Lim Guan Eng perlu meminta tolong PM untuk selesaikan masalah dalaman negeri untuk hanya isu kecil)

Apakah yang mampu penduduk Manek Urai harapkan dari Calon PAS nanti???
PAS memfitnah dgn mengatakan UMNO memperlekehkan calon Pakatan Rakyat hanya kerana tiada kelulusan walaupun serendah SPM...tapi cubalah anda semua buka minda & fikiran :

1 - Bagaimana seorang pemimpin yang tiada kelulusan untuk mewakili suara-suara rakyat di dalam sidang DUN ???
2 - Mampukah calon PAS ini untuk bekerjasama untuk isu rakyat yg berbangkit bersama Kerajaan Persekutuan kelak??? (sedangkan penguasaan B.Inggeris langsung tiada)
3 - Jika kelulusan pun tiada,...bagaimana mahu untuk mengepalai dasar-dasar atau idea tentang memperkasakan ekonomi rakyat setempat yang mana majoritinya hanya nelayan serta berpendapatan rendah.

Satu lagi buat rakyat menilai,...jika benar Pakatan Rakyat satu parti yang amalkan perpaduan, mengapa pemidato terkemuka mereka yang pernah terlibat dalam isu mempersoalkan kepentingan Islam di Malaysia sebelum ni tidak hadir di Manek Urai ????....
contohnya siapa ya???...mmmm
Teresa Kok, Elizebeth Wong, Irene Fernandez,....Lim Guan Eng :)

(bila Teresa Kok pertikai perlaksanaan Tulisan Jawi)


>>>>> Kepada pengundi Manek Urai,...buatlah pilihan terbaik dgn mengundi calon BN pada 14 Julai nanti!

Doakan Kemenangan Calon Barisan Nasional di Manek Urai,....insyaallah.

Monday, July 6, 2009

Lakonan 'AGENDA RAKYAT' Pakatan Rakyat

SALAM,.... :)


Soal pencalonan pada PRK Manek Urai telah pun selesai,...dan kini tiba pada saat untuk parti yang layak bertanding bertarung untuk meraih dan memenangi hati rakyat melalui kempen tersendiri. Bagi Barisan Nasional...Tuan Aziz Tuan Mat dilihat sebagai calon yang mampu meneruskan agenda rakyat dan kebajikan seperti yang telah dilakukan beliau sebelum ini terhadap rakyat Manek Urai (selaku wakil KESEDAR).

Manakala bagi PAS,...
Angin bertiup kencang dikalangan rakyat Manek Urai dan jentera Pakatan Rakyat sendiri tentang persoalan mengapa seorang Timbalan Presiden yang dikatakan telah berbaik dgn Tuan Guru Nik Aziz tidak menghadirkan diri di pusat penamaan calon.
Adakah situasi ini mampu meyakinkan rakyat akan 'perpaduan' sesama mereka berada di tahap yang paling utuh.
Umum mengetahui bahawa Nik Aziz telah menganggap Nasharuddin sebagai sampah di dalam Pakatan Rakyat sebelum ini!


Selain itu,...berdasarkan sumber terdekat yang kini sedang berkampung di kawasan Pusat Jentera Pilihanraya DUN Manek Urai,...adalah amat mengejutkan yang mana kempen-kempen yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat dilihat seolah-olah mengenepikan dan menyingkirkan publisiti terhadap Presiden Parti,Ustaz Hadi dan Timbalannya,Ustaz Nasharuddin. Para penyokong serta jentera PAS pula semakin berpecah di mana segolongan berpihak kepada Tuan Guru dan sebelah pihak lagi menyokong akan Presiden,Timbalan mereka. Sayap Pemuda PAS juga dilihat kurang agresif berkempen untuk Pilihanraya Kecil kali ini di atas beberapa faktor termasuklah berkenaan penolakkan isu kontroversi Kerajaan Perpaduan oleh Tuan Guru Nik Aziz.
Inikah model perpaduan yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat khususnya PAS???
Inikah contoh perilaku ulama'(Nik Aziz) yang boleh dibanggakan oleh rakyat terutamanya masyarakat Islam???

Jelas menunjukkan dasar politik Tuan Guru lebih menjurus ke arah liberalisasi dengan sanggup berkompromi bersama Anwar dan pemimpin-pemimpin DAP.....

Selain itu,...Nik Aziz juga sempat mengulas berkenaan isu Kerajaan Perpaduan yang telah diusulkan sendiri oleh Presiden PAS,Ustaz Hadi :

"Ruang untuk Pas atau UMNO berbincang lagi mengenai isu tersebut sudah tertutup kerana Pas telah mencapai perpaduan melalui pakatan pembangkang"....
“Isu (kerajaan) perpaduan kami dah tanam, dah berkubur"....“Melayu buat apa? Tak usahlah timbul isu perpaduan itu lagi kerana kami dah baca talkin, jadi apa masalahnya?”

Berdasarkan ulasan di atas oleh Nik Aziz,...Adakah PAS masih lagi boleh dilihat sebagai parti yang memperjuangkan Perpaduan Melayu Islam di negara ini???
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa,...Nik Aziz dilihat semakin hari semakin agresif dalam menegakkan agenda kesamarataan hak antara kaum di Malaysia dengan menyatakan penolakkan ke atas idea perpaduan Melayu Islam secara total!

Kemanakah suara-suara lantang yang pernah menyatakan sokongan terhadap idea Perpaduan ???...seperti Ustaz Haron Din, Ustaz Azizan...dan ramai lagi.
PAS kini dilihat semakin 'terbelah' bukan sahaja melalui pro-Ulama' atau pro-Erdogan... malahan kini pro-Nik Aziz dan pro-Presiden...

>>>> Kepada rakyat Manek Urai,...Pilihanraya ini merupakan satu medan untuk menyatakan signal penolakkan kepada perpecahan yang semakin meruncing dalam Parti PAS di bawah pengaruh dan suara Nik Aziz. Mereka dilihat sudah semakin susah untuk bekerjasama dalam memperjuangkan sesebuah agenda,..termasuklah agenda ke-Islaman yang mana perlu merujuk terlebih dahulu kepada DAP dan PKR itu sendiri!.....


>>>>

Berilah peluang kemenangan kepada calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat dalam melaksanakan kebajikan kepada rakyat Kelantan khususnya di Manek Urai!!!...insyaallah

Friday, July 3, 2009

Pakatan Rakyat Hina Warga Manek Urai !

SALAM,...RAKYAT MANEK URAI,KELANTAN dan MALAYSIA :)

Kepada rakyat Manek Urai, benarkah anda tidak memerlukan pemimpin terpelajar untuk memimpin anda sekalian ??? Hina sangatkah warga DUN Manek Urai sehingga dikatakan oleh Pengarah Pilihanraya PAS bahawa warga dan rakyat di sini tidak memerlukan pemimpin yang pandai....mereka tidak perlu individu yang terpelajar di sini...cukuplah sekadar belajar di sekolah setakat darjah 5 pun sudah layak memimpin kerana rakyat di sana kebanyakkannya tidak terpelajar.

Abdul Fattah Harun mengatakan "Pengundi Manek Urai boleh terima dan tidak mengira isu pendidikan"...beliau mengulas apabila Barisan Nasional meletakkan calon, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, berkelulusan ijazah pengurusan teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Jika dilihat dari segi perbandingan, Fauzi Ikan hanya merupakan seorang pemborong ikan,... manakala Tuan Aziz Tuan Mat merupakan bekas wakil KESEDAR di Kelantan dan banyak melibatkan aktiviti serta kebajikan bersama rakyat Manek Urai. Jelas menunjukkan, calon BN memiliki ciri-ciri kepimpinan yang berkaliber untuk memimpin rakyat di sana.

Dengan pandangan dari pemimpin PAS negeri ini, dapat disimpulkan yang PAS sememangnya tidak pernah meletakkan ilmu pendidikan itu sebagai satu keutamaan dan matlamat. Bukankah menuntut ilmu itu satu kewajipan dan dikira berjuang ke jalan Allah dalam Islam???...sehingga pemimpin PAS sendiri menolak untuk menjadi role-model dan menerapkan semangat menuntut ilmu...jadi rakyat bagaimana???

>>>> Dengan timbulnya isu ini, tidak hairanlah tahap pendidikan rakyat di negeri Kelantan amatlah menyedihkan dan boleh dikira daif.
Kami dari seluruh Malaysia amatlah berharap rakyat Manek Urai mampu membuat satu perubahan dengan mengundi calon Barisan Nasional di dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai ini.
Sokongan anda tidak akan disia-siakan oleh wakil BN kelak.

Thursday, July 2, 2009

GEMPAR : Nik Aziz HALALKAN Rogol Perempuan ?

SALAM... :)
Berikut merupakan klip dari ucapan/ceramah yang diadakan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Beliau secara terang-terangan membenarkan Ahli PAS untuk bertindak merogol wanita-wanita tidak menutup aurat di sekeliling anda.
Adakah Islam yang syumul membenarkan umat Islam merogol wanita yang tidak menutup aurat ???...jika aurat yang didedahkan cuma sehelai rambut bagaimana???
Islam jenis apa yang diperjuangkan Tuan Guru Nik Aziz ni????
Kita sebagai Islam seharusnya mula menjauhkan daripada segala omongan Tuan Guru Nik Aziz yang dilihat semakin menyimpang.

Apakah pandangan anda ??? Mahu mula merogol ?

Wednesday, July 1, 2009

POLEMIK POLITIK PAS

SALAM ... :)

Sejak kebelakangan ini, Pakatan Rakyat sering membuat tomahan dan fitnah demi fitnah kepada kerajaan Barisan Nasional,...terbaru mereka sanggup membuat klip video yang secara terang-terangan cuba menjatuhkan imej wanita pertama negara Datin Seri Rosmah Mansor. Saya tidak menolak kemungkinan di sebalik perbuatan terkutuk ini, penyokong dan pemimpin pembangkang menjadi dalang utama.

Barisan pembangkang di Malaysia kini dilihat semakin agresif melakukan fitnah cyber kepada pemimpin kerajaan BN dek kerana rakyat cepat terpedaya dengan sebarang tomahan tidak berasas oleh mereka... Terbaru, Nik Aziz menyamakan pejuang kemerdekaan negara sebagai musuh negara...patutkah???
Jika kita renungkan,...mengapakah rakyat negara ini cepat terpedaya dgn tomahan mereka???

Dalam perkembangan lain,...gambar di bawah ini menunjukkan Tuan Guru Nik Aziz melambangkan isyarat bagus kepada Mentor Lee Kuan Yew semasa siri lawatan pengkhianat negara ini di Malaysia baru-baru ini.


Apa yang bagus sgt dgn Lee Kuan Yew ini????
Sedarkah Lee Kuan Yew ini yang menjadi dalang dalam penyingkiran majoriti Melayu di Singapura??
Sedarkah Singapura lah negara yang bertanggungjawab memperlahankan laungan Azan buat rakyat Melayu Islam di sana???

Apakah muslihat Nik Aziz bersama Lee Kuan Yew?...Adakah kerana pertalian Nik Aziz bersama Lim Kit Siang cukup rapat sehinggakan sanggup bekerjasama dgn sekutu DAP di Singapura??

Dalam perkembangan yang sama,...PAS Pusat dilihat tidak sehaluan dalam pemilihan calon PAS di Manek Urai. Berdasarkan sumber dalaman Pakatan Rakyat sebenarnya Fauzi Ikan tidak dipersetujui oleh PAS bahagian Kuala Krai dan akar umbi di Kelantan sebagai wakil Pakatan Rakyat di PRK Manek Urai.

Apa yang lebih mengejutkan, Fauzi Ikan yang menjadi Calon PAS di Manek Urai merupakan ahli PKR dan beliau pernah disenaraikan untuk bertanding pada PRU 12 lepas atas tiket PKR.
Namun beliau disingkirkan oleh PAS negeri oleh kerana berhaluan Erdogan (pro-Anwar).

Adakah PAS langsung tiada calon berkelayakan sehingga terpaksa mengambil orang PKR untuk mewakili mereka untuk kali ini???...

Keputusan ini juga mempamerkan sejelas-jelasnya pendirian Tuan Guru Nik Aziz yang lebih pro-Anwar dan pro-DAP dalam semua hal sehinggakan membelakangkan Ustaz Hadi dan Ustaz Nasharuddin sejak kebelakangan ini. Idea Nik Aziz berkenaan PAS FOR ALL juga dilihat sebagai meliberalkan perjuangan politik ISLAM dalam PAS!



Nik Aziz juga dilihat sudah pandai berpolemik dalam mengelirukan rakyat dalam isu percanggahan pendapat bersama pemimpin PAS lain.

Ramai mengatakan hubungan baik kini antara Nik Aziz dan Timb. Presiden,Nasharuddin sebagai lakonan semata-mata setelah beliau pernah menganggap Ustaz Nasharuddin sebagai sampah dalam Pakatan Rakyat dan pernah menggesa Nasharuddin meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen.



>>>> Di sini mahu saya simpulkan,....Pada Nik Aziz, kalau dia berkata kesat dan mencarut sekalipun segala-galanya adalah tidak berdosa baginya. Sikap Nik Aziz ini mengeruhkan lagi keadaan serta mengundang perpecahan umat.
Tidak pernah pun Nik Aziz meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam di Malaysia atas kenyataan-kenyataannya. Sebagai umat Islam, kita harus taat pada Allah SWT dan Rasullullah SAW, bukan taat dan terlalu taksub pada pemimpin politik seperti Nik Aziz.

>>>> Sudah masanya Rakyat Kelatan dan Malaysia berubah!