Wednesday, July 1, 2009

POLEMIK POLITIK PAS

SALAM ... :)

Sejak kebelakangan ini, Pakatan Rakyat sering membuat tomahan dan fitnah demi fitnah kepada kerajaan Barisan Nasional,...terbaru mereka sanggup membuat klip video yang secara terang-terangan cuba menjatuhkan imej wanita pertama negara Datin Seri Rosmah Mansor. Saya tidak menolak kemungkinan di sebalik perbuatan terkutuk ini, penyokong dan pemimpin pembangkang menjadi dalang utama.

Barisan pembangkang di Malaysia kini dilihat semakin agresif melakukan fitnah cyber kepada pemimpin kerajaan BN dek kerana rakyat cepat terpedaya dengan sebarang tomahan tidak berasas oleh mereka... Terbaru, Nik Aziz menyamakan pejuang kemerdekaan negara sebagai musuh negara...patutkah???
Jika kita renungkan,...mengapakah rakyat negara ini cepat terpedaya dgn tomahan mereka???

Dalam perkembangan lain,...gambar di bawah ini menunjukkan Tuan Guru Nik Aziz melambangkan isyarat bagus kepada Mentor Lee Kuan Yew semasa siri lawatan pengkhianat negara ini di Malaysia baru-baru ini.


Apa yang bagus sgt dgn Lee Kuan Yew ini????
Sedarkah Lee Kuan Yew ini yang menjadi dalang dalam penyingkiran majoriti Melayu di Singapura??
Sedarkah Singapura lah negara yang bertanggungjawab memperlahankan laungan Azan buat rakyat Melayu Islam di sana???

Apakah muslihat Nik Aziz bersama Lee Kuan Yew?...Adakah kerana pertalian Nik Aziz bersama Lim Kit Siang cukup rapat sehinggakan sanggup bekerjasama dgn sekutu DAP di Singapura??

Dalam perkembangan yang sama,...PAS Pusat dilihat tidak sehaluan dalam pemilihan calon PAS di Manek Urai. Berdasarkan sumber dalaman Pakatan Rakyat sebenarnya Fauzi Ikan tidak dipersetujui oleh PAS bahagian Kuala Krai dan akar umbi di Kelantan sebagai wakil Pakatan Rakyat di PRK Manek Urai.

Apa yang lebih mengejutkan, Fauzi Ikan yang menjadi Calon PAS di Manek Urai merupakan ahli PKR dan beliau pernah disenaraikan untuk bertanding pada PRU 12 lepas atas tiket PKR.
Namun beliau disingkirkan oleh PAS negeri oleh kerana berhaluan Erdogan (pro-Anwar).

Adakah PAS langsung tiada calon berkelayakan sehingga terpaksa mengambil orang PKR untuk mewakili mereka untuk kali ini???...

Keputusan ini juga mempamerkan sejelas-jelasnya pendirian Tuan Guru Nik Aziz yang lebih pro-Anwar dan pro-DAP dalam semua hal sehinggakan membelakangkan Ustaz Hadi dan Ustaz Nasharuddin sejak kebelakangan ini. Idea Nik Aziz berkenaan PAS FOR ALL juga dilihat sebagai meliberalkan perjuangan politik ISLAM dalam PAS!



Nik Aziz juga dilihat sudah pandai berpolemik dalam mengelirukan rakyat dalam isu percanggahan pendapat bersama pemimpin PAS lain.

Ramai mengatakan hubungan baik kini antara Nik Aziz dan Timb. Presiden,Nasharuddin sebagai lakonan semata-mata setelah beliau pernah menganggap Ustaz Nasharuddin sebagai sampah dalam Pakatan Rakyat dan pernah menggesa Nasharuddin meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen.



>>>> Di sini mahu saya simpulkan,....Pada Nik Aziz, kalau dia berkata kesat dan mencarut sekalipun segala-galanya adalah tidak berdosa baginya. Sikap Nik Aziz ini mengeruhkan lagi keadaan serta mengundang perpecahan umat.
Tidak pernah pun Nik Aziz meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam di Malaysia atas kenyataan-kenyataannya. Sebagai umat Islam, kita harus taat pada Allah SWT dan Rasullullah SAW, bukan taat dan terlalu taksub pada pemimpin politik seperti Nik Aziz.

>>>> Sudah masanya Rakyat Kelatan dan Malaysia berubah!

0 comments:

Post a Comment