Tuesday, June 23, 2009

DALANG PAKATAN RAKYAT !!! >>> Penipu Rakyat


SALAM,... :)


Alangkah terkejutnya bila Ustaz Hadi bersetuju untuk menolak semula cadangan Kerajaan Perpaduan yg beliau sendiri cadangkan sebelum ini antara PAS dan UMNO. Jelas sekali menunjukkan keputusan yang diumum oleh Anwar itu menggambarkan betapa PAS sememangnya ditunggang dan dipergunakan oleh DAP dan PKR dalam usaha mengejar cita-cita politik kotor mereka.

Tidakkah anda berasa pelik???....tiba-tiba suatu keputusan yang telah dicanangkan oleh sekian lamanya oleh dua pemimpin tertinggi PAS tersebut iaitu Ustaz Hadi & Ustaz Nasharuddin dibatalkan dalam keadaan drastik???


Siapakah yang memainkan pernanan utama dalam percaturan ini,....??
Dalam sidang media pengumuman tersebut, Ustaz Hadi, Anwar dan Lim Kit Siang menyatakan bahawa UMNO/BN telah mengambil kesempatan ke atas isu tersebut dan berusaha untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Saudara,
Siapakah yang dulu berkempen tentang Kerajaan Perpaduan jika tidak Hadi dan Nasharuddin di Mukhtamar lalu???
Siapakah yang memberi reaksi positif bila BN mengalu-alukan idea kerajaan Perpaduan yang jelas untuk kebaikkan Melayu dan Islam kalau bukan Ustaz Nasharuddin????
Siapakah yang menyuruh Nasharuddin letak jawatan kalau bukan Tuan Guru Nik Aziz???

Anda semua harus lihat isu ini dari sudut tersirat,....saya percaya penolakkan idea Kerajaan Perpaduan ini telah dicaturkan oleh pimpinan PKR dan DAP!
Mereka yang mana rata-ratanya memiliki pemimpin tertinggi parti dari bukan Melayu amat gusar akan perkembangan atau realisasinya usul Kerajaan Perpaduan tersebut.
Mereka lebih gemar melihat isu-isu masyarakat Melayu/Islam tidak mencapai kesepakatan antara satu sama lain. Dan ini akan memberi kelebihan atau advantage kepada kaum bukan Melayu di Malaysia.

Cuba anda fikirkan,...PAS mengatakan....bersama atau bergabung dengan UMNO/BN sememangnya menghalang mereka untuk melaksanakan Islam yang syumul.
Tetapi, adakah dengan penggabungan bersama DAP serta PKR membolehkan PAS laksanakan ISLAM sepenuhnya???

Kita sebagai Melayu/Islam harus sedar akan permainan politik dan percaturan pada hari ini. Ada pihak menggunakan nama Islam sebagai modal berkempen, ...Ada pihak menggunakan nama Demokrasi untuk dilihat mesra rakyat, ...Ada pihak menggunakan nama Keadilan untuk meraih simpati!

Adakah Pakatan Rakyat sebetulnya bertunjangkan prinsip Islam,Keadilan dan Demokrasi???

ATAU


>>>>> Mungkinkah penolakkan Kerajaan Perpaduan ini bermotifkan sesuatu ????
Mahu menutup perpecahan dalaman dan akar umbi parti ????





Renung-renungkanlah untuk kebaikan bersama... :)

3 comments:

Ashley Ahmed said...

Salam,

nmpak sgt peranan PAS kat sini, nampak sgt... xmau ulas pnjg2

Cheguman said...

Rakyat sudah lihat sendiri pembohongan PAS.

Anonymous said...

Hari ini hari kau PAS.....

Post a Comment