Tuesday, July 14, 2009

Sokongan Mula Beralih Pada BN...

SALAM,... :)



Rakyat melihat kekalahan Barisan Nasional di Manek Urai bukannya sebagai kekalahan yang mutlak buat Kerajaan pimpinan Najib Tun Razak.

Sebaliknya ia merupakan kemenangan melalui kebangkitan rakyat yang mula menolak kepimpinan Pakatan Rakyat terutamanya PAS yang dilihat semakin menyimpang jauh dari dasar politik sebenar mereka.

Nik Aziz serta pimpinan tertinggi P.R yang lain menganggarkan kemenangan bakal diraih mereka pada malam ini adalah sekitar lebih 2000 majoriti undi. Namun pada hakikatnya hanyalah pada majoriti yang teramat tipis iaitu pada 65 undi.

Jika kita lihat akan sokongan rakyat pada pimpinan P.R sejak akhir-akhir ini,...'sambutan' serta 'kepanasan' mereka sudah mula surut sejak dari PRK Penanti lagi (hanya 40% penduduk keluar mengundi). Perhimpunan serta ceramah perdana mereka juga sudah mula kurang sambutan jika dibandingkan dgn sebelum2 ini. Bayangkan Perhimpunan 100,000 rakyat yang berlangsung 2 minggu lepas hanya dihadiri dengan kurang 3000 rakyat di Selangor.

Berdasarkan justifikasi penganalisis politik tanah air,...pada awalnya BN dilihat akan kalah teruk pada PAS dengan pelbagai isu kontroversi yang dibangkitkan termasuklah royalti minyak dan kerajaan perpaduan. Mereka juga beranggapan, Manek Urai akan menyingkirkan BN habis-habisan melalui pengaruh Tuan Guru Nik Aziz yang sangat kuat di sana.
Namun sebaliknya berlaku,....

Ternyata konsep 1Malaysia dan kebajikan rakyat yang dipraktikkan PM telah berjaya membentuk satu momentum serta impak yang mana telah menyerang jentera kepimpinan Pakatan Rakyat.

Syabas diucapkan kepada usaha jentera Barisan Nasional yang berjaya mengurangkan majoriti undi (dari 1358 undi ----> 65 undi)


Petikan dari malaysiakini :

"The results of the Manek Urai by-election in Kelantan is a mandate for Prime Minister Najib Abdul Razak's leadership, said academics. Despite the constituency being a PAS stronghold in a PAS controlled state, the Islamic party however managed to only scrap through with a mere 65-votes majority"


>>>> Kpd Anwar : Adakah siri Pilihanraya Kecil akan diteruskan lagi selepas ini???? :)...lebih baik tumpukan pada isu liwat anda. :)

>>>> Kepada Jentera UMNO/BN : Ahli UMNO/BN, Wanita, Pemuda, Puteri & Bloggers perlu lebihkan usaha lagi untuk memastikan 'tsunami politik' beralih arah pada Pakatan Rakyat!!!



2 comments:

Anonymous said...

Ternyata kenyataan PAS bahawa Manek Urai merupakan gelanggang utk menguji kepimpinan Nik Aziz adalah realistik dimana ianya diterjemahkan melalui undi penduduk Manek Urai semakin beralih kpd UMNO/BN.
Alhamdulillah..

Anonymous said...

1 Malaysia is kicking off!!!
Damn P.R...prepare for more defeats.
Everyone,...lets enjoy our 1 Malaysia concept..
the victory is waiting for BN soon.

Post a Comment