Wednesday, November 10, 2010

"Buat Kerja Mcm Orang Islam !!"…??

“Buat Kerja Mcm Orang Islam!!!”…



SALAM,…:)

Itulah ayat yang dilemparkan di muka pintu bilik sidang media di Wisma Darulaman, Alor Setar oleh MB Kedah, Dato’ Seri Azizan kepada beberapa wartawan. Ustaz Azizan ternyata nampak sangat terganggu dengan soalan yang dikemukakan oleh salah seorang wartawan yang bertanyakan mengenai perkembangan bencana banjir yang berlaku di Kedah. Mengapa Azizan mengatakan wartawan lebih tahu segalanya tentang perkembangan banjir ??,…adakah beliau melalui Exco dan kerajaannya langsung tidak tahu apakah status / perkembangan mengenai bencana tersebut di negeri yang beliau tadbir??.

Apapun seharusnya MB Azizan mengambil peluang ini untuk menjelaskan apakah kedudukan sebenar kerajaan negeri Kedah dalam membantu menyelesaikan kemelut rakyat yang menghadapi bencana ini dan umumkan apakah tindakkan susulan yang bakal diambil mereka kelak. Bukan naik berang tak tentu hala hinggakan menunjukkan tiadanya kematangan sebagai seorang pemimpin yang telah dilantik untuk mentadbir negeri!

Satu lagi persoalan,..adakah dengan cara pihak wartawan/media mendedahkan bahawa lemahnya bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri Kedah kepada rakyat semasa bencana banjir berlaku menggambarkan mereka melakukan kerja ‘bukan dengan cara Islam’ ???..aneh juga ya.

Azizan harus ingat, sebagai seorang MB bukan tiket untuk beliau menghentam seseorang di khalayak ramai sehingga dilihat telah menjatuhkan maruah orang lain. Beliau menjadi MB pun atas dasar sokongan rakyat di bawah ini dan beliau juga datang dari kalangan rakyat yang dulunya biasa-biasa saja,…seharusnya beliau peka dan tidak mudah melatah apabila dikritik. Kritikan memang menjadi lumrah sebagai pemimpin,..begitu jugalah saat ketikanya pemerintahan BN di Kedah dikritik oleh pakatan Azizan sewaktu mereka menjadi pembangkang sebelum PRU 2008 dulu.

‘Roda itu berputar wahai Dato’ Seri Azizan’…

Setakat ini Kedah masih belum melakukan apa-apa pengumuman bagi meringankan beban rakyat Kedah yang mengalami masalah bencana banjir,…sedangkan Perlis melalui MBnya iaitu Dato’ Seri Dr. Md Isa Sabu telahpun mengumumkan ‘bancian & pelaksanaan untuk bantuan kerosakkan’ dan ‘diskaun bil air’ untuk meringankan beban rakyat.

Kami berharap rakyat Kedah yang pernah menjunjung perjuangan politik Pakatan Rakyat pada PRU 2008 mendapat bantuan yang secukupnya daripada kerajaan negeri. Tambahan pula peperiksaan SPM bakal menjelang buat para pelajar dan Raya Haji juga semakin hampir.

>>>> Saya mendapat maklumat bahawa Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman telah menghulurkan bantuan kepada rakyat di kawasan yang mengalami bencana banjir. Terima Kasih diucapkan.

>>>> Begitu juga para pemimpin UMNO dan parti komponen BN Bahagian lain di Kedah yang telahpun menghulurkan sumbangan kepada rakyat. Terima Kasih banyak diucapkan.


PAKATAN RAKYAT HARUS BERTAUBAT !!!

Sunday, November 7, 2010

UniMAP Menang Anugerah Inovasi Bioteknologi 2010

SALAM,...:)

Saintis Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini berjaya melakar sejarah meraih anugerah Inovasi Bioteknologi 2010 melalui ciptaan sistem penggredan bijak automotif untuk buah-buahan tempatan menggunakan penglihatan, inframerah, e-bau (e-nose) dan bunyi.

Anugerah tersebut dianjurkan oleh Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) iaitu sebuah badan yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan.

Kemenangan itu membolehkan penyelidik UniMAP membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 dan plak penghargaan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi BiotechCorp, Dr. Wan Abdul Rahaman Wan Yaacob.

Majlis penyampaian anugerah itu diadakan sempena Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2010 di sini.

Turut hadir Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety; Ketua Pegawai Eksekutif BiotechCorp, Datuk Iskandar Mizal Mahmood dan Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Datuk Dr. Daud Mohamad.

Penyelidik bersama untuk ciptaan tersebut, Profesor Madya Dr. Abdul Hamid Adom berkata, rekaan yang dibangunkan oleh UniMAP itu merupakan teknologi moden pertama yang dicipta untuk memeriksa kualiti buah.

"Melalui mesin ini, buah tersebut akan melalui proses pemeriksaan bukan sahaja untuk tahap kualiti luarannya tetapi juga bahagian dalam," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Menurut beliau, ciptaan tersebut juga dianggap unik kerana di samping memeriksa tahap kualiti sesuatu buah, mesin tersebut juga mengambil inspirasi daripada lima deria manusia terutamanya untuk mengetahui rasa buah tersebut.

"Mesin itu berfungsi seperti manusia memilih buah seperti memegang, menghidu dan melihat. Selain itu ia juga dibangunkan untuk merasa dan melihat isi dalam buah tanpa perlu mengupas kulit atau memakannya," jelas Abdul Hamid.

Selain UniMAP, penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa, Md. Zahangir Alam diumumkan sebagai penerima Anugerah Paling Berinovasi dan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Yaakob Che Man bagi kategori Anugerah Inovasi Harapan.

Sementara itu, kategori khas yang disediakan untuk saintis wanita iaitu Anugerah Bio Inovasi Wanita dimenangi penyelidik dari Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Noor Hayaty Abu Kassim.


Sumber: Utusan Malaysia


P.S: Semoga rakyat Perlis & Kedah yang mengalami bencana banjir bersabar dan menganggap ini sebahagian daripada musibah dan ujian daripada Allah S.W.T

Saturday, November 6, 2010

KEDAH: Kemelut Kedah SALAH BN?

SALAM,...:)

Seperti yang kita tahu, keadaan bencana banjir yang sedang berlaku terutamanya di Kedah sememangnya menimbulkan keraguan rakyat ke atas keperihatinan dan kewibawaan Pakatan Rakyat (PAS) Kedah dalam menyelesaikan kemelut rakyat.

Kita telah mendapat aduan daripada segelintir rakyat yang terlibat dengan bencana banjir ini di mana mereka mengatakan pusat penempatan mangsa bencana ada yang terputus bekalan air. Ternyata ini adalah sangat menyedihkan dan sekiranya kita berada di dalam keadaan itu, apakah yang mampu kita lakukan selain memendam perasaan sakit hati yang teramat sangat kepada pihak berkuasa negeri yang terlalu lambat bertindak demi menjaga kepentingan rakyat.

Menyentuh mengenai isu kenaikkan air (kononnya ingin memperbaiki perkhidmatan air di Kedah), ramai rakyat masih marah dengan tindakkan tersebut. Manakan tidak, sepanjang berpuluh tahun Kedah dipimpin oleh kerajaan BN, harga air langsung tidak dinaikkan sewenang-wenangnya seperti yang mereka lakukan baru-baru ini. PAS melalui Menteri Besarnya iaitu Ustaz Azizan langsung tidak memberi alasan kukuh dengan keputusan tidak popular tersebut. Dulu sebelum PRU 2008, merekalah kononnya yang terbaik dalam memperjuangkan nasib rakyat, tapi bila sudah berkuasa,.. ‘feedback’ rakyat untuk segala tindakkan mereka pun sudah tidak diperlukan lagi. Jika mahu membicarakan soal ini, bukan hanya di Kedah, malah rakyat Selangor, Pulau Pinang dan dahulunya Perak pun menerima nasib yang sama.

Apa yang sebenarnya ingin diketengahkan di sini adalah kenyataan MB Kedah berhubung kenaikkan tariff air tersebut. Anda boleh lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Azizan di Warta Darul Aman (keluaran September-Oktober 2010). Beliau mengatakan kenaikkan tariff air adalah kuasa Kerajaan Pusat, sedangkan semua rakyat tahu hak sepenuhnya kenaikkan harga adalah melalui kerajaan Negeri & SADA (konsesi bekalan air Kedah) itu sendiri.



MB Kedah juga menyatakan antara alasan kenaikkan tariff air itu adalah kerana ingin menjelaskan hutang-hutang kerajaan negeri Kedah.



Apapun tindakkan yang diambil oleh MB dan kerajaannya seolah-olah cuba menjadikan kerajaan pusat (BN) sebagai kambing hitam demi memastikan rakyat terus menyokong mereka. Sejujurnya, retorik politik seperti ini yang disebarkan kepada masyarakat luar Bandar (kampung-kampung) ternyata berfungsi seolah-olah mengaburi tindak-tanduk ketidakadilan yang mereka lakukan kepada rakyat.

Adalah menjadi tugas Wakil Rakyat BN mengambil peranan dalam mengembalikan sokongan rakyat ke atas Barisan Nasional di Kedah!


JOM KITA GAGALKAN PAKATAN RAKYAT

Friday, November 5, 2010

Rakyat KEDAH PANAS HATI Dengan P.R !!!

SALAM,...:)


Keadaan banjir yang berlarutan terutamanya di sekitar Alor Setar dan Kubang Pasu membuatkan rakyat buntu tentang apakah nasib yang bakal mereka tempuhi dalam tempoh beberapa hari mendatang. Berdasarkan maklumat daripada penduduk di sana, kegiatan penanaman padi adalah yang paling teruk terjejas setelah aktiviti penanaman dan persediaan (menelan kos tinggi) rosak begitu saja.

Memang musibah sudah tidak dapat dieelak sekiranya Tuhan (Allah) telah menetapkannya untuk terjadi,.Tapi apa yang menimbulkan ‘kepanasan hati’ oleh kebanyakkan rakyat Kedah adalah usahasama yang sedikit ditunjukkan oleh pimpinan negeri dalam membantu meringankan masalah rakyat yang terlibat. Sehingga kini, lebih 40,000 mangsa banjir telah ditempatkan di pusat-pusat bencana banjir. Itu belum termasuk jumlah yang penduduknya tidak tinggal di pusat banjir tetapi memilih untuk menetap di rumah saudara-mara.



Difahamkan pusat-pusat bencana banjir yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah (termasuklah sekolah) berada pada tahap yang amat menyedihkan. Bayangkan,..sekolah yang digunakan sebagai tempat penempatan banjir terputus bekalan air (sama ada terputus atau apa jua alasan yang tidak diketahui).

Bagaimana mereka di sana ingin berada dalam keadaan yang sedikit selesa?? Bukankah kos perkhidmatan air di Kedah dinaikkan bulan lalu kononnya untuk memperbaiki perkhidmatannya?


Wakil rakyat PAS yang majoritinya memegang kerusi di sekitar kawasan yang berlakunya banjir dilaporkan oleh penduduk tidak turun bertemu rakyat secara menyeluruh. Subangan dari segi makanan juga tidak diberi kepada penduduk di rumah-rumah ketika berlakunya banjir. Cuba anda bayangkan sekiranya tiada kedai yang berniaga dan jalan sudah ditenggelami air,..bagaimana rakyat ingin mendapatkan sumber makanan kalau tidak dibantu oleh kerajaan negeri (melalui wakil rakyat)??

Rakyat Kedah juga ada menyatakan kehadiran pemimpin Pusat seperti Datuk Shahrizat, Datuk Chor Chee Heung, Datuk Mukhriz dan ramai lagi ternyata memberi sumbangan yang teramat dihargaai walaupun pembangkang menuduh pemimpin BN sibuk meraih undi rakyat di Galas & Batu Sapi!

Difahamkan MB Kedah, Ustaz Azizan hanya mengadakan mesyuarat mengenai banjir ini setelah 5 hari bencana tersebut berlaku. Anehnya, wakil rakyat PAS, PKR & DAP dari seluruh Kedah tiada kesepakatan langsung dalam membantu rakyat!

Kita juga tertanya-tanya mana pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Lim Kit Siang, Karpal Sing, Teresa Kok, Lim Guan Eng, Khalid Samad, dan ramai lagi ketika rakyat Kedah yang pernah menjulang perjuangan mereka di PRU 2008.

Inikah balasan yang mereka berikan??..tidak aneh apabila BN menang di Galas! (ternyata pembangkang hanya tahu menabur janji untuk mengejar kuasa).


3 Perkara utama yang diharapkan rakyat Kedah daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah:

1. Wang bantuan bencana pertanian (terutamanya penanam padi)

2. Wang bantuan bencana harta-benda (rumah, kereta, motor, mesin-mesin pertanian)

3. Sumbangan ikhlas pada keluarga mangsa yang kehilangan nyawa.


Rakyat Kedah mencadangkan bantuan RM 1000 dari kerajaan negeri untuk setiap relung padi yang telahpun rosak!!!




JOM KITA GAGALKAN PAKATAN RAKYAT

Tuesday, September 14, 2010

SUSPEK Pembunuhan Adalah Ahli Bar Council, Ahli DAP & Pernah Membantu Pembangkang ???

SALAM,...:)



Nah ini dia lagi bukti Si Pembunuh seorang peguam Hindraf dan merupakan ahli seumur Hidup sebuah Parti! Parti mana lagi kalau bukan DAPig!

Sah lah pembunuh Datuk Sosilawati dan 3 lagi yang lain adalah Peguam Hindraf dan juga Ahli DAPig! Puak Pakatan nak kata apa lagi?

Ada pula yang nak salahkan pihak polis dalam hal ni! Ada juga yang salahkan kerajaan BN kerana pembunuhan ini! Kenapa mereka Pakatan Pembangkang ini Bodoh sangat? Kenapa kalau mereka dah Bodoh maka Rakyat pula yang mereka nak Bodohkan sama?

Rakyat kena jelas! Pembunuh dalam hal ini adalah Hindraf dan Ahli DAPig Sekutu kepada PAS dan PKR!

Kasi Mampos aje Hindraf ni! Jangan bagi can bernafas kat Malaysia ni! Nak bikin Huru Hara Pi berambus Balik tempat Asal Usul! Haramjadah!!!

Anwar Al Juburi Harus Bertaubat!

Diambil dari: Blog PapaGomo



Sumber-Sumber seterusnya: Media Permatang Pauh , GAP


>>>> Kami sebagai rakyat Malaysia sedar bahawa isu Datuk Sosilawati ini tidak mendapat perhatian dan simpati daripada para pemimpin Pakatan Rakyat. Lihat saja kesungguhan mereka ketika isu wanita Cina (sebenarnya Melayu : sebab Teresa Kok tersilap) yang dibogel serta diketuk-ketampi di dalam penjara & isu wanita Mongolia. Kesemuanya ada motif politik walaupun pada dasarnya memang tidak berasas serta langsung tiada bukti kukuh.

>>>> Pada hari ini kita jelas dapat melihat bahawa perjuangan Pakatan Rakyat terutamanya DAP adalah bersifat perkauman dan tidak pernah memperjuangkan keadilan serta hak sama rata.

>>>> Bila melibatkan bangsa MELAYU,..langsung tiada suara untuk memperjuangkan. Inikah pemimpin yang kita mahukan wahai rakyat Malaysia???


JOM KITA GAGALKAN PAKATAN RAKYAT

Monday, September 13, 2010

UniMAP DIIKTIRAF!..TAHNIAH

SALAM,... :)

Memandangkan isu pengiktirafan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kerap dipaparkan di blog ini,..di sini perkembangan terbaru mengenai IPTA tersebut telah mendapat kata akhir.

Keputusan akreditasi bagi 15 program Sarjana Muda Kejuruteraan telah diterima daripada Lembaga Jurutera Malaysia dalam suratnya bertarikh 30 Ogos, 2010, yang difaks kepada UniMAP pada 3 September, 2010. Surat tersebut (BEM/ACC/02-41 Jld 3 (50)) ditandatangani oleh Ir. Hizamul-Din Ab Rahman, Pendaftar, Lembaga Jurutera Malaysia.

Berikut adalah program-program yang diiktiraf bagi graduan 2011 dan 2012***:

Bachelor of Engineering (Honours) (Computer Engineering)
Bachelor of Engineering (Honours) (Microelectronic Engineering)

*** Bagi kedua-dua program ini, pengiktirafan daripada BEM/EAC sudah diterima bagi tahun-tahun 2006, 2007, 2008, 2009 dan 2010.

Berikut adalah program-program yang diiktiraf bagi graduan 2010 dan 2011:

Bachelor of Engineering (Honours) (Manufacturing Engineering)
Bachelor of Engineering (Honours) (Product Design Engineering)
Bachelor of Engineering (Honours) (Mechanical Engineering)
Bachelor of Engineering (Honours) (Biomedical Electronic Engineering)
Bachelor of Engineering (Honours) (Bioprocess Engineering)
Bachelor of Engineering (Honours) (Environmental Engineering)
Bachelor of Engineering (Honours) (Materials Engineering)
Bachelor of Engineering (Honours) (Mechatronic Engineering)
Bachelor of Engineering (Honours) (Metallurgical Engineering)
Bachelor of Engineering (Honours) (Communication Engineering)
Bachelor of Engineering (Honours) (Electrical Systems Engineering)
Bachelor of Engineering (Honours) (Electronic Engineering)
Bachelor of Engineering (Honours) (Industrial Electronic Engineering)

Bagi graduan selain yang tertera di atas, UniMAP sedang berbincang dengan pihak-pihak terbabit. Tiada berita pasti boleh disampaikan buat masa ini.


Click Here for information


Monday, August 16, 2010

PM NAJIB: EKUITI 30% BUMIPUTERA WAJIB DIKEKALKAN!

SALAM,...:)



Sepertimana yang diketahui bahawa Kongres Ekonomi Kaum Cina Malaysia telah membuat pelbagai tuntutan dan salah satunya termasuklah memansuhkan secara berperingkat ekuiti (30%) Bumiputera dalam bidang ekonomi serta tender. Secara dasarnya permintaan ini adalah satu penghinaan ke atas masyarakat Bumiputera yang selama ini telah banyak mengalah kepada kaum lain di Negara kita.

Logiknya, majority rakyat Malaysia adalah terdiri daripada kaum Bumiputera yang rata-ratanya berpendapatan sederhana, manakala sebaliknya pula bagi kaum Cina. Kaum Cina di Malaysia boleh disifatkan sebagai kaum yang telah menerima banyak keuntungan di Negara kita, termasuklah dari ekonomi hingga ke pendidikan. Tuntutan mereka ini dianggap melampau dan boleh dianggap cuba untuk menjatuhkan penguasaan Melayu sedikit demi sedikit.

Kami di sini sedikit sebanyak berbangga dan bersetuju dengan tindakkan Presiden PERKASA iaitu Ibrahim Ali dalam menyuarakan bantahan beliau. Seharusnya PM Najib Tun Razak mengambil iktibar dengan tidak menyetujui sewenang-wenangnya akan segala permintaan dari kaum Cina yang membolehkan kaum-kaum lain terutamanya Melayu dan India rasa terguris.

Lihat saja pada pilihanraya-pilihanraya kecil lalu, segala peruntukkan diberi kononnya mampu menarik sokongan kaum tersebut, tapi apa yang kerajaan peroleh??
Kami mencadangkan apa yang ada pada sebelum ini dikekalkan mengikut apa yang terkandung dalam Perlembagaan Negara. UMNO harus sedar bahawa kemenangan BN pada PRU lepas adalah disumbangkan daripada sokongan padu rakyat Bumiputera.
MCA pada hari ini dilihat gagal dalam apa sahaja,..yang manjadi kepakaran mereka adalah menjadi ‘alat’ atau cuba meraih populariti dengan mengutarakan isu yang dilihat mampu memusnahkan BN dari dalam.

Perlu direnungkan juga: ‘Mengapa pada era Tun Mahathir, semua ini tidak berlaku?’…masih belum terlambat untuk kepimpinan Negara mendapatkan bantuan serta pandangan daripada negarawan Tun Mahathir Mohamad.

Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran



Jom suarakan pendapat & join:

Facebook PERKASA

Monday, July 19, 2010

Where Is Karam Singh?

SALAM,...:)



The sand issue had worsened and it has now gone beyond the Selangor government's power to rectify it. With the latest revelations, businesses controlled by Chinese gangsters have gone about continuing the rape of the land, under the protection of DAP.

The recent revelations of illegal sand mining around the Dengkil area has proven just that, the inability or the lack of wanting to enforce the law. The Paya Indah wetlands has now become collateral damage.

On Monday, the Selangor State goverment panicked and chased out a BN assemblyman from the hall when he raised the issue of illegal sand mining, because of the inundated calls about it.

Many claimed that Chief Minister Khalid Ibrahim are cooperating with the illegal sand toykays and followed instructions from Selangor DAP leadership especially one from state Exco member Ronnie Liu.

Some claimed the sand issues was highlighted by Azmin Ali in his conspiracy to take over Khalid's post.

There are to many speculations but one thing for sure, illegal sand digging through out Selangor is not illegal as it is approved by the state government!

The sand supply in the industry is moderate. For an example, the price of digging sand in Dengkil cost apparently RM220 million in just several weeks.

The writer suggest that environment investigative reporter Karam Singh Walia to do a piece on sand mining as he was fond to do before the elections.

Could it be that his silence is a sign of his support of Pakatan Rakyat?

It does not matter who he supports but as a journalist who has the tools and the power to tell the truth, he should be fairly investigating the sand mines in Selangor and revela the truth whilst at it.

As a senior environment investigative reporter in TV3, Karam must come forward with pride and dignity to investigate the sand issue in Selangor and with that cull the culprit.

Aduan Rakyat must beneft the country and solve national cases instead of solving cases for the self interest of minorities.

Surely Karam Singh Walia, the champion of environmental issues can find a story here right?


Wednesday, July 7, 2010

Apa TARAF IPTA Kita??? (baca pandangan saudara ini..)!!!

SALAM,...:)



Disini, blogger SD-Malaysia terpanggil untuk memaparkan e-mail yang dihantar oleh seorang bapa yang telahpun mendaftarkan anaknya di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) baru-baru ini,… mari kita memahami tentang isu pengiktirafan IPT tersebut dari kotak fikiran beliau


E-Mail Saudara Tersebut (yg namanya tidak mahu dipaparkan):


“Sememangnya memperjuangkan kepentingan pendidikan menjadi satu agenda utama untuk setiap ibu bapa tak kira apa bangsa di Negara kita! Lihat saja hujung minggu lalu, Lebuh-Lebuhraya dan pusat –pusat pengajian dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan yang saya percaya hadir untuk memastikan anak-anak mereka menempatkan diri di pusat-pusat pengajian tinggi (terutamanya di IPTA).

Bagi saya, tawaran yang diterima oleh anak saya adalah sedikit merunsingkan..ini kerana anak saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian sama ada di UiTM dan UniMAP. Saya percaya sebahagian besar anak-anak Melayu akan memilih UiTM sebagai IPTA ‘selamat’ buat mereka.. namun untuk keadaan saya, anak saya (lelaki) obses untuk mendaftar sebagai pelajar UniMAP nun di utara sana. UniMAP @ Universiti Malaysia Perlis adalah IPTA yang mengkhususkan pengajian kejuruteraan yang sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi reputasinya dalam pencapaian di dalam bidang tersebut.

Namun,..setelah menjalankan sedikit kajian & bertanya pandangan,..isu pengiktirafan UniMAP oleh MQA yang tertangguh sejak sekian lama merunsingkan hati saya memikirkan masa depan anak kami. Tatkala menulis e-mail ini,..anak saya telahpun mendaftar di UniMAP…jadi apa yang boleh dilakukan lagi selain berharap keajaiban??

Anak saya menanam semangat yang tinggi untuk mendapatkan Ijazah Kejuruteraan daripada IPTA yang dinauingi kerajaan Malaysia, namun masalah ini pula timbul

Apakah Kerajaan Malaysia & Kementerian Pengajian Tinggi tidak mampu melakukan sesuatu?..ini berkenaan soal masa depan anak-anak bangsa Malaysia. Di UniMAP, toleransi antara kaum dilihat amat padu, yang mana pelajar-pelajar mereka terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Siam dan lain-lain. Jika kerajaan bantu menyelesaikan masalah ini,..ternyata apa yang dilaungkan oleh kerajaan dalam membangkitkan semangat perpaduan antara kaum akan dilihat menyerlah di mata rakyat.

Saya mungkin sedikit keliru tentang masalah pengiktirafan ini,..apa yang saya difahamkan, cuma 2 Program Ijazah saja yang diiktiraf oleh MQA dan pengiktirafan itupun akan bakal tamat pada 2010. Adakah untuk tahun 2011, kesemua program Ijazah UniMAP tidak diiktiraf secara rasminya?

Saya merasa terpanggil untuk menge-mail pandangan saya ini di blog Suarademokrasi Malaysia kerana blog ini dan beberapa blog lain pernah menyiarkan perkembangan tentang isu pengiktirafan UniMAP.

Apa yang ibu bapa dan anak-anak kami harapkan adalah mutu pengajian yang berkualiti dan berbaloi demi masa depan anak-anak kami. Tambahan pula UniMAP ini adalah sebuah IPTA. Saya ada juga mendengar beberapa IPTA Teknikal lain di Melaka dan Pahang turut menghadapi masalah ini…tapi cukup sekadar memberi contoh UniMAP kerana anak saya sedang menuntut di sana.

Walauapapun, UniMAP ternyata unik dan menarik setelah saya menjejakkan kaki di sana. Walaupun kampus mereka masih dalam pembinaan,..tetapi infrastruktur serta fasiliti mereka adalah pada tahap yang membanggakan.

Sekian Terima Kasih,..

(saya percaya pemimpin dari kerajaan akan membaca artikel ini sekiranya dipaparkan oleh blog Suarademokrasi Malaysia,…jadi bantulah kami demi anak-anak kami untuk masa depan mereka) “


>>>> Pertimbangkanlah…

Thursday, April 29, 2010

Join FACEBOOK Calon BN PRK SIBU

SALAM,...:)


Robert Hui Yew Lau


Jom kita ramai-ramai support & join FB calon BN untuk PRK Sibu!

>>>> Waktu untuk mula berkempen demi memastikan kemenangan BN & SUPP di Sibu.

Tuesday, April 27, 2010

176 JUTA WANG RAKYAT Selangor DIBAZIRKAN !!!

SALAM,...:)



BERIKUT IALAH PERBELANJAAN & PEMBAZIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR :

• SEWA STADIUM RM 3000.00 X 15 HARI
• SEWA KHEMAH SELURUH HULU SELANGOR 376 BUAH X RM 600.00(SEBUAH)
• KATERING KESELURUHAN PERJALANAN KEMPEN RM480,000.00( 40 RIBU TETAMU)SEPANJANG KEMPEN
• TURAP JALAN KESELURUHAN 15.7 KM TOTAL 23.4 JUTA
• TAMPAL JALAN TOTAL RM786,553.00
• ELAUN PEGAWAI KERAJAAN NEGERI DAN ADUN PR DAN EXCO SATU KEPALA 10 HARI RM850.00 X 176 PEGAWAI,ADUN PR, EXCO.
• BELI BERAS 1KG RM2.30 X 10 TAN
• SUMBANGAN WARGA EMAS RM 500 X 7653 ORANG
• SUMBANGAN BUKAN WARGA EMAS RM 100X 16,347 ORANG
• BANNER KERAJAAN NEGERI RM 230.00 X 3500 PCS
• BILLBOARD KERAJAAN NEGERI SIAP PASANG SATU BUAH RM 2000.00 X 250 BUAH
• DAN BEBERAPA PERBELANJAAN YANG LAIN...

TOTAL SATU KEPALA MENGIKUT UNDI YANG PR DAPAT SEKITAR 23 RIBU IALAH RM76,251.00 SATU KEPALA.

*sumber perbendaharaan kerajaan negeri Selangor

http://kerisputera.blogspot.com/2010/04/kerajaan-negeri-membazir-176-juta-untuk.html



>>>> Berdasarkan maklumat ini, ternyata ekonomi negeri Selangor yang tidak seberapa mana sejak kepimpinan Pakatan Rakyat akan terjejas teruk sekiranya salahguna seperti ini berterusan. Mereka membazirkan wang rakyat, namun tiada kemenangan diperoleh. Lagipula, duit-duit itu banyak diperuntuk untuk kegunaan jentera parti mereka sedangkan peruntukkan daripada BN adalah untuk kemudahan dan kesenangan rakyat Hulu Selangor.