Wednesday, September 30, 2009

CALON PAS : Dipaksa Bertanding & Tiada Kredibiliti..!!

SALAM,... :)


Desas desus dikalangan ahli-ahli PAS negeri mengatakan pencalonan calon PAS,Zulkefly merupakan hasil dari paksaan PAS Pusat untuk bertanding di PRK ini!... beliau ada menyatakan hasrat yang beliau tidak pernah bersedia untuk bertanding dan BN mempunyai sokongan yang amat padu di Bagan Pinang....tambahan pula kempen-kempen yang dianjurkan Pakatan Rakyat sepanjang seminggu dua ini tidak mendapat sambutan!

Ini dibuktikan sejelas-jelasnya ketika pengumuman calon oleh Ustaz Hadi Awang,..hanya kira-kira 2000 orang yang hadir,..sedangkan kebanyakkan rakyat di Bagan Pinang menyertai majlis pengumuman calon Barisan Nasional...kira-kira 15,000 penyokong hadir untuk menyokong Tan Sri Isa Samad.

Rakyat juga dikatakan tidak mengenali siapakah calon yang dipertaruhkan Pakatan Rakyat itu!...beliau tidak pernah berjumpa rakyat,..dan kini secara tiba-tiba muncul untuk mewakili rakyat. Apakah ini????


11 SEBAB MENGAPA RAKYAT MAHUKAN TAN SRI ISA SAMAD :

1 Isa Samad sangat dekat dan mesra dengan rakyat Bagan Pinang. Beliau sering turun kawasan secara informal.

2. Isa Samad anak tempatan. Bagan Pinang adalah kampung Isa Samad.

3. Arwah isteri beliau juga berasal dari Bagan Pinang.

4. Isa Samad juga adalah pemimpin rakyat di Bagan Pinang sebagai Ketua Umno Cawangan Kg Bagan Pinang.

5. Isa Samad berpengalaman selama 30 tahun menjadi wakil rakyat.

6. 22 tahun Isa Samad jadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

7. Sumbangan dan jasanya kepada rakyat Negeri Sembilan, khasnya di Teluk Kemang & Bagan Pinang adalah amat tidak terkira perinya.

8. Pembangunan di PD yg hebat sebahagian besar hasil idea dan usaha serta kerja keras Isa Samad.

9. Isa Samad dekat dan rapat dengan hati dan jiwa rakyat Bagan Pinang, samada Melayu, Cina atau India.

10. Beliau adalah season politician yang setentunya banyak diuji sebagai pemimpin rakyat.

11. Apa pun orang kata mengenai Isa Samad, kami yakin dengan kepimpinan beliau. Orang luar hanya pandai bercakap, mereka datang dan mereka pergi, tetapi kami tetap disini bersama beliau, kami kenal hati dan budi pemimpin kami ini.


>>>>>
PAS Negeri dikatakan mengalami perpecahan dalam menentukan calon yang sesuai...dan ternyata calon PAS, Zulkefly tidak popular dikalangan jentera pilihanraya PAS dan ia juga tidak dipersetujui oleh PKR.

>>>> Mari sama-sama kita bekerja untuk memastikan kemenangan BN...Insyaallah kemenangan berpihak pada kita.

>>>> Blogger Pembela Negara : PASTIKAN TIADA Istilah "Tiada Serangan Peribadi Calon"!!! Jom ramai-ramai kita serang peribadi calon PAS!!!...

Sunday, September 27, 2009

Makkal Sakti Is A Piece of Hindraf

SALAM,... :)


Setelah masyarakat India diperalat oleh pemimpin Pakatan Rakyat untuk merudumkan sokongan ke atas BN/MIC,…kini mereka terus memainkan isu demi isu yang melibatkan kaum India di Negara kita. Bukan 1Malaysia tidak tahu bahawa dalang sebenar terhadap isu ‘Kepala Lembu’ adalah dicipta oleh pimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor,…dan untuk meneruskan lagi kebencian dan kemarahan kaum India,…mereka dengan sewenang-wenangnya menuduh BN dan UMNO terlibat! Sudah terang lagi bersuluh,…pemimpin negeri PAS dan PKR dibuktikan berada di kawasan kejadian!

Parti Makkal Sakhti yang akan dilancarkan ini telah mempunyai lebih 50 000 ahli dan keahliannya semakin bertambah dari sehari ke sehari!...Secara dasarnya parti ini adalah bebas dan akan memperjuangkan nasib kaum India di Malaysia yang mana menggambarkan sebagai satu alternative kepada MIC. Umum ketahui Presiden MIC dilabelkan sebagai liabiliti di dalam BN dan disifatkan sebagai gila kuasa serta masih belum mahu bersara walaupun ditentang ramai!

Pelancaran Parti Makkal Sakhti yang mana pemimpinnya terdiri dari pimpinan utama HINDRAF adalah sangat wajar. MB Selangor pada mulanya individu yang dijemput untuk melancarkannya,..namun diatas pandangan beliau yang menggambarkan parti baru ini sebagai sampah kemudiannya telah menolak pelawaan untuk menghadiri majlis pelancaran parti tersebut. Tinggi benar darjat MB Selangor ini,….walau apapun ini membuktikan PKR dan Pakatan Rakyat tidak serius dalam memperjuangkan hak-hak kaum India di Malaysia!...mereka hanya lebih berminat untuk mempergunakan kaum ini dalam memastikan kemenangan serta kepentingan peribadi politik mereka tercapai.

Presiden Makkal Sakhti, R. S. Thanenthiran menggambarkan ini satu permulaan baik bersama kerajaan setelah melihatkan pemimpin Pakatan Rakyat gagal membantu serta meningkatkan taraf hidup masyarakat India. HINDRAF juga dilihat sudah sedia melakukan perdamaian dengan kepimpinan Najib Tun Razak yang mana semakin hari dilihat semakin baik serta diterima ramai.

>>>> Kaum India perlu mendokong parti baru ini,…jadikanlah eksploitasi Pakatan Rakyat keatas bangsa India sebelum ini sebagai satu pengajaran dan proteslah mereka di PRK Bagan Pinang nanti!!!

>>>> Majlis Pelancaran Parti Makkal Sakhti (10TH OCTOBER 2009 – Agricultural Exposition Park Serdang)

Thursday, September 24, 2009

Proteslah...Demi Keadilan Sebenar!

SALAM,... :)



Tidak dapat dinafikan angin perubahan pada PRU 12 lepas cukup hebat,…dan ternyata Anwar menganggap perubahan itu adalah dari impak berdasarkan penglibatannya secara langsung dalam politik tanah air!...Teluk Kemang yang pernah disandang BN berpenggal-penggal akhirnya jatuh ke tangan PKR!,..kerana apa?? Kerana Ahli Parlimen tersebut pernah berada di dalam BN/UMNO dan disanjungi tatkala beliau berada di dalam UMNO...reputasi tumpangan ini memang amat berkesan dan kerana itulah Anwar pada hari ini gemar mengutip seorang-demi-seorang pemimpin BN ke dalam Pakatan Rakyat dengan apa cara sekalipun!

Menariknya komposisi pengundi di Bagan Pinang adalah bercampur antara Melayu, India dan Cina. Dan usaha keras perlu dilakukan BN untuk menyakinkan masyarakat bukan Melayu…ini kerana mereka sudah dijanjikan dengan pelbagai janji yang keterlaluan oleh Pakatan Anwar!...contohnya apa ya???

1. Jawatan Timbalan Perdana Menteri Pertama, Kedua dan Ketiga (yang mana terdiri dari dari Melayu, Cina dan India)

2. Malaysia ini bukan Hak Melayu, malahan Orang Cina dan India seharusnya mendapat hak-hak istimewa sebagaimana kaum Bumiputera peroleh.

3. Tiada Bahasa dan Agama Rasmi di Malaysia ini,…semua agama adalah sama yang mana kita akan melaksanakan liberalism dalam sistem politik.

4. Wang Zakat Fitrah yang dikumpul orang Islam seperti yang kita lakukan pada Ibadah Puasa akan boleh dikongsikan dengan masyarakat bukan Islam (mengikut cadangan MB Khalid Ibrahim dari parti PKR).

5. Hak kebebasan beragama bagi rakyat, Tiada Hudud dilaksanakan walaupun PAS bersama Pakatan Rakyat, Penggunaan Allah dilaksanakan untuk agama bukan Islam (memudahkan lagi kekeliruan), Jumlah Masjid, Gereja dan Kuil disamaratakan di seluruh negara.(bukankah itu lebih liberal mengikut cara Anwar?)


Janji tetap janji,…kesungguhan tetap tidak nampak walaupun dikurniakan 4 buah negeri untuk ditadbir! Tiada Hudud, Tiada Kesamarataan, Melayu terus terancam, India dan Cina tidak dibela seperti yang dijanjikan,…kes rasuah dan skandal seks pula bercambah dari sehari ke sehari.

>>>> Mahukah kita kekalkan pemerintahan Pakatan Sampah ini???? Proteslah mereka pada 11 Oktober nanti!!!

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri Pada Semua...

SALAM,... :)



Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua ahli Blogger Pembela Negara dan penyokong Barisan Nasional. -Maaf Zahir & Batin-
Semoga Mendapat Keberkatan

Wednesday, September 16, 2009

WE HAVE THE NUMBERS!...kahkahkah

SALAM,...:)

Masih segar dalam ingatan untuk kesemua rakyat Malaysia dengan janji bersemangat yang dilaungkan Anwar Ibrahim sepanjang 2008!...”We have the numbers”,.. ‘don’t call us an opposition, but call us government in waiting….because of what?..I’m a Prime Minister in waiting!”

Itulah ayat-ayat keramat yang dilaungkan oleh Anwar ketika saat-saat dia yakin akan merampas kerajaan dengan cara yang terdesak!..syabas kepada Najib dan Tun Mahathir yang berusaha keras dan mengatur strategi dalam memastikan agenda terkutuk serta terancang ini gagal.

“Ludahlah atas muka saya sekiranya Pakatan Rakyat tidak memerintah pada 16 September 2008”,…itulah juga amaran dan ingatan kepada pemimpin-pemimpin serta penyokong Barisan Nasional tahun lepas,..tapi apakan daya, Anwar merancang, Allah menggagalkannya…

Hari ini,..ulangtahun penubuhan Negara Malaysia diraikan dan kegagalan Anwar dalam menghancurkan tarikh keramat itu dengan provokasi bodohnya patut diraikan juga!...kahkahkah Minta semua media dan tabloid menyiarkan muka Anwar yang tidak pernah-pernah belajar untuk menerima takdir serta hakikat dari Allah S.W.T bahawa dia memang tidak akan pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia!

>>>> Seluruh tenaga kerja Barisan Nasional harus bersiap sedia untuk menggempur semesranya para pengundi di Bagan Pinang, Negeri Sembilan!...teruskan momentum kita!!! Kita memiliki rekod cemerlang dan disukai rakyat di sana!

>>>> Kepada para pengundi Undi Pos,…pastikan anda hanya memilih BN!!!..gaji sudah naik, cuti sudah bagi, subsidi macam-macam,..mahu apa lagi???..

>>>> Kepada MIC dan MCA,..TOLONG JANGAN TIDUR!!!...bekerjasamalah dengan UMNO untuk memastikan kemenangan yang hampir pasti ini.

>>>> Pastikan Calon BN amat bersih dan terkenal di kalangan rakyat berbilang kaum di Bagan Pinang!..,psst..BENARKAH STATUS SEKSUAL AHLI PARLIMEN TELUK KEMANG diragui??? Katanya Bisexual..ish…haram…haram…

Monday, September 14, 2009

RM 1.53 juta Buat Selangor dari BN!

SALAM,... :)


Tatkala Pentadbiran Negeri Selangor masih tercari-cari identiti tentang kepimpinan mereka,..sama ada mahu menegakkan Islam sebenar atau meliberalkan Islam yang sedia ada,..kerajaan Pusat BN telah mengambil langkah yang mana melegakan hampir kesemua rakyat beragama Islam di Selangor! Najib Tun Razak yang memegang jawatan ketua perhubungan UMNO negeri telah meluluskan RM 1.35 juta bagi membantu semua masjid dan surau di Selangor bagi menjalankan aktiviti ibadah dan social di bulan Ramadhan dan Syawal.

Secara agihannya, setiap masjid dan surau akan diedarkan dengan bantuan berjumlah RM 500 – RM 1000. Bantuan yang diberikan itu disifatkan sebagai rahmat besar kerana hampir kesemua masjid dan surau di Selangor amat kurang serta tidak diberi bantuan langsung oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat . Dato’ Noh Omar yang merupakan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO negeri menyifatkan pemberian itu ikhlas dan tanda kesamarataan dilaksanakan di seluruh Negara walaupun sesebuah negeri itu diperintah kerajaan dari bukan BN/UMNO.

Amat sedih sekiranya melihatkan kedaifan serta kurangnya dana di pusat-pusat ibadat Islam di negeri Selangor sejak dari pemerintahan Pakatan Rakyat di sana!...program-program yang berunsur ceramah agama turut semakin berkurang dari sehari ke sehari….kebanyakkan pemimpin-pemimpin politik negeri Selangor lebih berminat untuk menggunakan dana negeri atau dana parti dalam mengadakan ceramah-ceramah politik yang penuh dengan makian, fitnah dan ternyata sekali MAKSIAT (perempuan & lelaki bercampur di tempat gelap)! Inikah kebajikan rakyat yang dijanjikan mereka???

Sedangkan isu perpindahan kuil dan tapak kuil yang kononnya berusia ratusan tahun di Selangor mendapat reaksi serta respons hebat daripada MB Khalid Ibrahim dan pemimpin Melayu pakatan Rakyat!...sehinggakan mengadakan sesi dialog khas kepada masyarakat Islam di Seksyen 23 untuk membolehkan juga kerajaan Pakatan Rakyat memindahkan kuil itu di kawasan majoriti Islam. Langsung tidak menjaga sensitiviti Melayu Islam!!!

>>>> Kami rakyat Selangor dan Malaysia mengharapkan ketelusan dan keikhlasan kepimpinan Najib Tun Razak dibawah konsep 1Malaysia seperti ini dapat diteruskan lagi! Ini adalah satu usaha yang murni dan dipandang mulia di sisi Allah S.W.T.

>>>> Diharap rakyat Selangor yang pernah terpengaruh dengan dakyah politik songsang Pakatan Rakyat semakin sedar dari hari ke hari!...kerajaan Pakatan Rakyat nyata tidak mampu untuk menyelesaikan sebarang masalah mahupun mengaitkan isu kecil,…

Saturday, September 12, 2009

DANGA ISLAND : Komplot Jahat Pakatan Rakyat !

SALAM,... :)




1Malaysia sudah tahu akan propaganda jahat Pakatan Rakyat yang terdesak mengatakan kerajaan BN telah menjual tanah rakyat Johor kepada Singapura dan Negara-negara lain….namun setelah Tun M memberi penjelasan yang sejelas-jelasnya,..langsung tiada response daripada pakatan hina ini! Tahu pula takut,..bukankah mereka terkenal dengan tindakkan menyaman orang lain yang mana saman-saman itu kemudiannya berakhir dengan tiada bukti???...itulah sebenarnya masalah pakatan haram ini!..cetak akal dalam bertindak dan sanggup melakukan apa saja demi kepentingan politik.


Di sini,…isu yang disentuh adalah mengenai Johor juga,…Pakatan Rakyat mengatakan tanah rakyat di Danga telah dijual kepada Singapore dan Negara-Negara lain,…mereka mengatakan cubaan kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan lakukan ini adalah satu penganiyaan kepada rakyat Johor dan menggadai hak-hak rakyat di sana!...

Di sini,…hal sebenar adalah;

Danga Island merupakan satu projek Danga Bay di JB dan ia telah dikatakan salah satu projek menjual tanah rakyat Johor kepada rakyat Singapura. Danga Island ni berkonsepkan rumah dalam bandar, bandar dalam pulau pertama di Malaysia di atas tapak seluas 152 ekar bernilai RM850 juta.Harga pemilikannya memang mahal ( RM4 juta hingga RM11 juta). Tak mampu untuk kebanyakkan orang JB nak beli. Kalau nak beli pun banyak lagi projek perumahan lain di JB boleh dipilih. Kalau beli rumah kat Bandar Putra, Kulai mahu dapat 20-30 biji.

Tapi apa nak dihairankan projek mega Danga Bay di Danga Island itu memang sebenarnya dibuka kepada rakyat negara luar kerana mereka akan mempromosikan program "Malaysia My Second Home" yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia yang mana membenarkan foreigner tinggal lebih lama di Malaysia sehingga 10 tahun dengan Pas pelawat sosial.Pemohon yang layak boleh membawa isteri,anak,pasangan, ibu bapa tinggal di Malaysia. Tujuan utama program ini adalah melibatkan sektor pelancongan yang mana akan memberi pendapatan ekonomi yang lumayan kepada negeri Johor dan Malaysia.



>>>> Memang rutin pemimpin Pakatan Rakyat untuk ‘twist’ sesebuah isu dan menjadikannya buruk pada pandangan rakyat,...syabas kepimpinan negeri Johor!

>>>> Countdown ulangtahun 16 September,…4 hari lagi :)

Thursday, September 10, 2009

KELANTAN Akui Juga...

SALAM,... :)



'Persetujuan Kerajaan Pusat untuk membina pelabuhan di Semerak, Pasir Puteh, di bawah pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Timur (ECER) membuktikan ia memberikan kerjasama terbaik kepada kerajaan negeri Kelantan walaupun terdapat pelbagai kontroversi antara kedua pihak ketika ini, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kata Nik Aziz, beliau dimaklumkan oleh Kerajaan Pusat mengenai persetujuan bagi membina pelabuhan berkenaan, dan pihaknya sudah menyediakan satu tapak khas di kawasan itu bagi tujuan tersebut.“Ini membuktikan bahawa Kerajaan Pusat memberikan kerjasama yang terbaik kepada kerajaan negeri walaupun di sebalik pelbagai kontroversi yang timbul sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kilang Paip Besi Keluli di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 11, di sini, hari ini'

Akhirnya MB Kelantan yang hampir nyanyuk ini akui juga akan pelbagai sumbangan dari sehari ke sehari kerajaan Pusat ke atas Kerajaan Negeri Kelantan. Sebelum ini dengan tanpa rasa bersalah mereka mengkritik dan menyebar perasaan kebencian dan fitnah ke atas rakyat dengan mengatakan Kerajaan Pusat yang ditadbir Barisan Nasional tidak pernah dan tidak akan pernah ingin menyalurkan bantuan ekonomi ke atas negeri-negeri pembangkang,…terutamanya di negeri Kelantan.

Tapi hari ini lain bunyinya,…mereka akui kerajaan pimpinan Najib Tun Razak yang mana mengamalkan konsep 1 Malaysia dengan ikhlasnya ingin mengutamakan pencapaian dan kebajikan rakyat tidak kira di mana-mana negeri. Sebelum ini kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang mengatakan bantuan ke atas Kelantan langsung tidak diberi turut dipertikaikan oleh pemimpin muda dan veteran UMNO Kelantan. Mereka mengatakan pelbagai pembangunan dan pendanaan ekonomi negeri untuk setiap tahun secara majoritinya disalurkan oleh Barisan Nasional dari Pusat….Tidak sepatutnya timbul isu yang mengatakan ‘langsung tiada bantuan diberikan’!...

Pemimpin UMNO Kelantan juga mengatakan PAS lebih gemar mereka cerita untuk meraih simpati rakyat,…namun simpati itu mula beralih arah yang mana PRK Manek Urai lepas memperlihatkan satu referendum ke atas kepimpinan PAS di Kelantan berlaku!....BN harus mempergiatkan lagi usaha dan perlu lebih telus dalam menjalankan pentadbiran Negara. Syabas Najib…

RAKYAT SELANGOR : Pastikan Kehadiran Anda!

SALAM,...



link : (http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/)

Wednesday, September 9, 2009

RAKAN ANWAR : TIDAKKAH INI SUATU PENGHINAAN KE ATAS RASULULLAH S.A.W.?

SALAM,... :)


Saya terpaksa siarkan gambar buku di atas karya si penghina Rasulullah ini yang dengan tanpa merasa berdosa diulas dengan "bergaya" oleh rakan karib dan bekas setiausaha akhbar Anwar Ibrahim, Khalid Jaafar di blognya (http://www.khalidjaafar.blogspot.com/) .

Wahai Umat Islam, tatkala kita heboh dengan 'fitna', dihadapan kita di Malaysia Salman Rushdie diangkat sebegitu rupa. Saya tidak mahu berhujjah dengan teori yang berat-berat untuk menyalahkan tindakan ini, cukuplah tepuk dada tanya iman.Ketika saya mula-mula masuk ke dalam blognya dengan beberapa wacana berkaitan Islam Hadhari dan negara Islam, dan sangkalan saya akan Anwar Ibrahim disitulah bermula polemik sekitar Salman Rushdie ini dan terakhir muncullah posting terkini Khalid ini.

Saudara boleh layari blognya itu atas tajuk Fagles Dalam Ingatan. Mungkin ini provokasi kepada saya tetapi bukan itu yang saya resah, tetapi kebiadapan beliau mengenengahkan buku yang beliau tidak sabar-sabar habiskan dan menunggu karya terbaru Salman Rushdie.Tolong semua Umat Islam bangun dan nyatakan sikap saudara atas isu ini.Saya semakin ngeri melihat Anwar dan rakan-rakannya....Ia bermula dengan pujian Anwar Salman sebagai profound writer hinggalah pujian Khalid Jaafar ini...

Post Diambil Dari Blog : (http://www.pure-hadharist.blogspot.com/)

>>>> Renungilah untuk kesejahteraan Islam dan keharmonian negara kita...

Tuesday, September 8, 2009

RAKYAT SELANGOR : KEJATUHAN P.R Dialukan !

SALAM,… :)



Heboh seminggu dua ini berkenaan cubaan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat untuk keluar dari Pakatan Haram itu di Selangor,…namun secara sulitnya mereka dipanggil dan dikenakan dengan pelbagai akujanji bodoh daripada Anwar Ibrahim untuk memastikan mereka tidak dapat keluar….omongnya Bapa Demokrasi Asia,…tapi perilaku jenis apa ini kalau benar berdemokrasi Anwar oi???

Ternyata Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Selangor sejak dari PRU 12, 8 Mac 2008 lepas langsung tidak dapat menyelesaikan sebarang isu,…termasuk isu sensitiviti agama, kaum dan kebajikan rakyat. Ketika menjadi pembangkang dulu,…mudah lah berkata-kata BN bodoh, BN tak pandai memerintah,.BN amal rasuah…. Tapi sekarang apa bezanya????Kepimpinan Pakatan Rakyat lebih banyak kes-kes rasuah, lebih banyak kes-kes penyelewengan duit rakyat, lebih banyak mengabaikan kebajikan rakyat!!..

Semalam,…MB Gagap telah mengumumkan lokasi baru tapak kuil yang akan dibina di Seksyen 23 itu adalah kira-kira 100 meter dari lokasi asal cadangan. Yang memeranjatkan penduduk,…keputusan itu dikatakan telah mendapat persetujuan pelbagai pihak termasuklah penduduk!!....Tetapi penduduk seksyen 23 mempersoalkan,…langsung tiada makluman atau perbincangan berkenaan keputusan tersebut dengan mereka!...Bagaimana ia boleh dikatakan sebagai ‘sudah mendapat persetujuan daripada semua pihak’??? Itulah yang membuat rakyat Selangor semakin marah dengan kerajaan negeri yang dipimpin MB tidak sempurna ini.

Benarlah tanggapan majoriti rakyat Selangor kini mengatakan, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor gemar menegakkan benang yang basah untuk menjaga kepentingan peribadi dan agenda politik mereka!...Ternyata pimpinan Barisan Nasional jauh lebih telus dan baik dari kerajaan Pakatan Haram ini!

>>>> Kami mengalu-alukan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor!...lebih cepat lebih baik!

Saturday, September 5, 2009

KUALA LUMPUR : Ke-3 Terbaik di Asia!

SALAM,...:)



“Kuala Lumpur has been ranked among the top three cities for business in Asia in the SmartTravelAsia.com's 2009 Best in Travel Poll.

The Malaysian capital, ranked fourth last year, finished behind Hong Kong which remained the top city for business, followed by Singapore, while Bangkok, the "City of Angels", dropped one rung to fourth.”
(Bernama News)


>>>> Kuala lumpur telah disenaraikan antara bandar terbaik untuk bisnes di Asia!,…satu kejayaan yang dibawa oleh Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib Tun Razak….ternyata konsep 1 Malaysia memberi impak yang positif walaupun tahun 2009 merupakan tahun kegawatan buat Malaysia dan Negara-negara Asia serantau yang lain.

>>>> Ternyata provokasi dimana sering dilakukan dan diwar-warkan oleh Pakatan Rakyat yang mengatakan Malaysia bakal muflis di bawah pemerintahan Barisan Nasional adalah amat menjijikkan….bodoh punya Pakatan Rakyat!!! Ternyata usaha Pakatan Rakyat untuk merosakkan ekonomi Negara dengan mewujudkan suasana tidak kondusif adalah gagal,…walaupun mereka sengaja melakukan pemberontakkan, demonstrasi jalanan dan merosakkan imej kerajaan di luar Negara, itu semua tidak menjadi! Hanya rakyat yang bodoh saja masih menyanjungi Anwar Ibrahim yang mana pernah merosakkan ekonomi Malaysia ketika jadi TPM dulu…

>>>> Tahniah kepada Barisan Nasional di bawah Pimpinan Najib Tun Razak….

KEPADA BLOGGER PEMBELA NEGARA...

SALAM,... :)


Seruan kepada kesemua blogger pembela Negara,..bersiap sedia untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kerajaan BN untuk PRK Bagan Pinang nanti…Jika calon BN kita dihentam sehebat-hebatnya oleh blogger Pakatan Rakyat di PRK Permatang Pasir lepas,…pastikan kali ini mereka pula merana dengan benda yang sama!!!

PASTIKAN TIADA ISTILAH “JANGAN SERANG PERIBADI CALON”,…kita harus serang peribadi calon Pakatan Rakyat!!!...mereka sering main kotor pada BN,..dan kini kita buktikan kita juga mampu!


>>>> MESEJ KHAS : Pastikan UMNO/BN Negeri Sembilan dan Bahagian Teluk Kemang mampu mencalonkan individu yang bersih dan popular dikalangan rakyat!!!...PASTIKAN INI BERLAKU!..jangan isu seperti Permatang Pasir dan Kuala Terengganu berulang semula.

Friday, September 4, 2009

SONGSANGNYA ANWAR...

SALAM,... :)



Bermula dengan Abdul Rahman Al Kawakibi , menulis dan terus menulis untuk menjatuhkan Khalifah Uthmaniyah, kerajaan Islam terakhir di Turki. Dengan bantuan Eropah dan Yahudi akhirnya, usaha Al Kawakibi berjaya.

Tumbangnya Khalifah Uthmaniyah, munculah PRESIDEN DEMOKRASI, Mustafa Kamal Ataturk. Sistem raja-raja dihapuskan, Islam agama rasmi Turki digugurkan. Lambang-lambang Islam di Turki, termasuk azan, masjid, tudung satu persatu dihapuskan.Anwar Ibrahim hari ini dengan bangganya memuji usaha Al Kawakibi, dia anti sistem khalifah, dan dia juga memuji Mustafa Kamal Ataturk, semasa ceramah-ceramahnya di Amerika Syarikat.

Sekiranya al Kawakibi berjaya meruntuhkan khalifah Uthmaniyah dengan tulisan-tulisannya, Anwar Ibrahim pula sedang berusaha meruntuhkan status quo agama dan negara dengan tulisan-tulisan serta retorik pidatonya. Kita benci Mustafa Kamal Ataturk! Kita juga benci Anwar Ataturk!

Jika benar, anda bersama kami, marilah kita sama-sama gembeling tenaga, berkongsi maklumat di sini dan sama-sama menyebarkan 'kesedaran' kita bersama di sini untuk menyedarkan seluruh rakyat Malaysia.Kalau Al Kawakibi berjaya tumbangkan Khalifah Uthmaniyah, Anwar Ataturk 'sedang berusaha' tumbangkan ketuanan Melayu/Islam di Malaysia, jadi adakah kita pula tidak mampu tumbangkan Anwar Ataturk ?

(link: http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/)

Thursday, September 3, 2009

DEMI MARUAH 16 September!!!

SALAM,... :)


Setelah hampir setahun di atas kegagalan Pengkhianat Bangsa ini untuk menubuhkan kerajaan Haram di Malaysia,…kini Anwar kembali dengan idea yang sama tetapi dengan skala yang lebih kecil,…iaitu cubaan menubuhkan kerajaan haram di Terengganu!

9 ADUN dari BN dikatakan telah dijemput oleh Anwar untuk dirayu supaya meninggalkan parti Barisan Nasional sekaligus membolehkan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan negeri yang baru di Terengganu…lawak bukan tindakkan Pengkhianat Bangsa dan parti sesatnya??? Ketika mereka sibuk berdemonstrasi di Perak (yang mana perhimpunan semalam tidak mendapat sokongan rakyat Perak) yang kononnya demokrasi sebenar telah mati di Malaysia dek kerana rampasan BN ke atas Perak,…namun mereka juga sebenarnya sedang mengusahakan benda yang sama,…malahan lebih awal!

Tetapi apa yang membezakannya adalah,…Anwar sering gagal menjayakan idea yang diinspirasikan oleh beliau sendiri,… :)
Ulangtahun 16 September hampir tiba,…dan bukankah rakyat Malaysia pernah dihidangkan dengan perkataan “Ludahlah atas muka saya sekiranya Pakatan Rakyat tidak memerintah Malaysia pada 16 September 2008”. Kini gemaan yang hampir serupa cuba dihidangkan oleh Anwar dan Pakatan Rakyat, tetapi ia dizahirkan ke atas kerajaan negeri Terengganu!...

Rakyat Terengganu dan Malaysia sekalian,… sebenarnya kerajaan UMNO dan BN setiap masa memperoleh jaminan kesetiaan oleh ADUN dan EXCO dari mana-mana negeri untuk terus setia di bawah pentadbiran Najib Tun Razak,…kerana seperti yang direkodkan sejarah,…ketidaksetiaan dan talam-dua-muka hanya sering berlaku di pihak Pakatan Rakyat yang mana ia diketuai oleh Pengkhianat Bangsa itu sendiri,… !

Berdasarkan penganalisis politik tanah air,…cubaan untuk meniup khabar yang mengatakan 9 ADUN BN ingin melompat ke Pakatan Rakyat yang mana ia diatur oleh Anwar Ibrahim merupakan salah satu cara pembangkang memprovokasi Kesultanan Melayu dan Raja-Raja!...mereka ingin terus menyuntik perasaan dan semangat rakyat supaya membenci Raja-Raja Melayu!..ini adalah kerana MB Terengganu, Ahmad Said itu telah dilantik dengan sendirinya oleh Sultan Terengganu!...

Maka dengan cara itu,…ia membolehkan Pakatan Rakyat mempunyai alasan dengan mengatakan UMNO/BN juga turut ingkar akan titah Raja-Raja Melayu!,…maka tindakkan mereka di Perak seharusnya tidak dipersoalkan atau dipersalahkan!...



>>>> Rakyat Malaysia perlu akui,…semakin hari semakin kotor cara permainan politik yang dimainkan pembangkang!,…lihat sajalah hinaan dan carutan yang dilemparkan pemimpin Pakatan Rakyat ke atas Kesultanan Perak dan Pejuang Agama, Ridhuan Tee,….apa tindakkan Anwar???? Langsung membisu!!!

>>>> Tiada langsung pohonan maaf digesa oleh Pengkhianat Bangsa ini keatas nama Islam & Melayu!!...

Wednesday, September 2, 2009

PAS KEDAH Hina Melayu !!!

SALAM,... :)



Adun Lunas, Y.B Mohamad Radzhi Salleh telah dilucutkan potfolio Exco Kerajaan Kedah dan ini merupakan satu tindakan yang jelas memperlihatkan diskriminasi kaum yang berlaku di Kedah apabila tempat beliau telah digantikan oleh Adun Kulim, Y.B Lim Soo Nee untuk memegang jawatan exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia

Tindakan MB Kedah, Azizan melantik Adun Kulim memegang jawatan exco yang sepatutnya diperuntukkan kepada Melayu merupakan satu propaganda PAS untuk menarik undi kaum cina sekiranya berlaku PRK Seputih seperti yang diura-urakan..!!! PAS seolah-oleh tidak menghiraukan sensitiviti melayu Kedah dalam hal ini…ini mungkin disebabkan Azizan melihat pada setiap PRK sepanjang tahun ini tren pengundi bukan Melayu untuk menyokong UMNO/BN begitu kurang sekali..!!!

Setelah mendapat perkenan Sultan Kedah….Azizan dengan tanpa berfikir panjang..!!! tanpa menggunakan pertimbangan agama.. dan sesitiviti melayu lantas menarik YB Kulim untuk mengantikan jawatan yang dikosongkan tanpa rela oleh Adun Lunas sebelum ini yang bertindak keluar dari PKR dan mengishtiharkan sebagai wakil bebas… Inikah kerajaan PAS yang dikatakan untuk semua???!!!

Sebagai rakyat Kedah…tindakan Azizan ini jelas memperlihatkan kerajaan pakatan Kedah bertunjang dengan undi kaum cina untuk mengekalkan kedudukan pembangkang di Kedah…dan sebagai orang melayu tindakan Azizan adalah sangat biadap dan menyimpang jauh dari matlamat asal menjaga hak-hak melayu di Kedah.!!! Sedangkan majoriti di kedah terdiri dari kaum melayu kenapa pula jawatan exco ini dilepaskan kepada cina??!!

Ketua pembangkang dun Kedah sepatutnya menyuarakan ketidakpuasan dan kritikan terhadap tindakan Azizan ini!!! Sekiranya ketua pembangkang Kedah tidak mampu melakukan kritikan dan kecaman sehingga mampu menggoncang kerajaan seperti di Selangor… diharap ketua perhubungan UMNO Kedah DS Shafie Apdal mengambil langkah drastik dengan menukar ketua pembangkang dun Kedah bagi memastikan setiap isu mampu disuarakan dan ditentang jika perlu!!! Kepimpinan Azizan seharusnya tidak dibiarkan begitu sahaja!!!



>>>> Seharusnya jawatan yang disandang Melayu perlu digantikan dengan Melayu!!!...mengapa melakukan penghinaan ke atas Melayu begini???

>>>> Rakyat Kedah harus bangkit menolak pimpinan Pakatan Rakyat yang hanya tahu memakan hak-hak rakyat Melayu sahaja!!!

Tuesday, September 1, 2009

SELANGOR – ANTARA KERAJAAN NEGERI TERLEMAH

SALAM,…


Bukan hanya YB-YB dan MP nya disabitkan dengan banyak salah laku rasuah,gangster dan pembunuhan,…malahan pentadbiran kerajaan negeri oleh MB Gagap dilihat sangat lemah terutamanya dalam menjana ekonomi rakyat dan menjaga kepentingan rakyat!

Jika kita menyusuri jalan-jalan sekitar negeri Selangor,…terdapat banyak billboard besar yang memaparkan imej MB Khalid dan Yb-Yb mereka dengan tertera perkataan ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’

Namun apa yang rakyat peroleh dari kerajaan negeri Selangor???
Bukan merakyatkan ekonomi atau mementingkan kebajikan rakyat seperti yang mereka canangkan,..malahan kini menambah beban pada rakyat negeri Selangor. Melalui statistik,.. kebanyakkan rakyat dikesan menganggur serta hilang pekerjaan sejak dari tahun lepas di Negeri Selangor dan peratusan ini semakin meningkat dari sehari ke sehari,…banyak kilang-kilang ditutup dan premis-premis yang sebelum ini gah dan hebat perniagaan mereka terpaksa gulung tikar apabila berada di bawah era pemerintahan MB Gagap!...mengapa semua ini berlaku??? Bukankah Selangor terkenal dengan nama Negeri Perindustrian ketika BN memerintah sebelum ini??? Apa yang mereka telah lakukan kepada negeri terkaya di malaysia ini??? Dimanakah dana-dana yang berjumlah besar itu??? Dan terlalu banyak sangatkah dana sehingga MB
Khalid mahu menyalurkan wang zakat kepada non-Muslim???

Itu menyentuh perihal industri dan pengangguran,…tetapi apa yang mahu diutarakan buat pengetahuan semua rakyat Malaysia,…MB Gagap telah mencadangkan serta akan menguatkuasakan syarat supaya bayaran sewa untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dinaikkan sebanyak 30-40%!...

Tindakkan zalim ke atas rakyat berpendapatan rendah ini ternyata membebankan mereka dan sekaligus membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah mahu untuk merakyatkan ekonomi penduduk di negeri Selangor,…apa yang mereka utamakan adalah pendapatan yang bakal kerajaan negeri peroleh melalui kutipan sewa yang dinaikkan ini!
Bayangkan penyewa di PPR ini hanya berpendapatan sekitar RM1,500 ke bawah untuk sebulan!..sedangkan kos sara hidup di sekitar Selangor dan K.L amatlah tinggi,…tindakkan menaikkan sewa ini nyata menyerlahkan lagi kegagalan pendabiran Selangor yang kononnya berteraskan kebajikan rakyat untuk semua.

>>>> Harap SPRM terus mendedahkan dalang-dalang serta penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di negeri Selangor seperti yang dicanang-canangkan!