(Sinar Harian)
1Malaysia gah dengan perhimpunan haram menentang akta ISA yang dianjur oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di K.L baru-baru ini!...tetapi nyatanya pemimpin mereka yang terdiri dari pengkhianat bangsa dan racist itu mudah lupa dan mengalami ‘flip-flop’ ketika mahu berbicara soal pentadbiran Negara terutamanya berkaitan isu semasa.
Kelmarin, ADUN Selangor dari PKR yang mana sebelum ini mempunyai tuduhan kes rasuah sebanyak RM320,000 telah menyatakan “kerajaan harus mengenakan tindakan ISA ke atas perusuh yang membawa kepala lembu di Shah Alam semasa demonstrasi membantah kuil Hindhu dibina di kawasan majoriti Islam itu”.
Amat lucu bila kita terdengar pemimpin Pakatan Rakyat masih mengharapkan bantuan dari kerajaan Persekutuan untuk membantu menyelesaikan masalah sensitiviti kaum yang dicipta oleh Pakatan Rakyat sendiri di Selangor,…tambahan pula mereka mengesyorkan tindakkan ISA dikenakan!
Apa maksudnya akan semua ini??? Baru tidak sampai sebulan mereka merusuh supaya akta yang kononnya zalim itu dimansuhkan,…kini meminta untuk dilaksanakan pula??? Apa punya tiada pendirian la sama pemimpin pembangkang!...cetek dalam merancang pentadbiran. Tidak hairanlah, pentadbiran di negeri Selangor kini disifatkan sebagai antara pentadbiran terlemah seiring dengan pentadbiran negeri Kedah,…kedua-dua negeri pimpinan P.R ini terjejas dek kerana adanya YB-YB bodoh ataupun bersifat ‘flip-flop’ seperti ini,…mereka jugalah punca negara kita akan berdepan dengan kemusnahan secara besar-besaran di masa hadapan jika P.R naik memerintah.
Boleh disimpulkan Pakatan Rakyat sebenarnya masih mengharapkan penggunaan akta ISA di Malaysia,…jadi tidak perlulah Kementerian Dalam Negeri sibuk-sibuk untuk mengkaji semula dasar-dasar akta tersebut!...kenyataan sokongan telah dibuat oleh mereka.
>>>> Menarik mengenai pakatan P.R (perompak rakyat),… mereka mencadangkan billboard bertemakan anti-ISA akan diletak di pintu utama masuk ke negeri-negeri pimpinan mereka…
>>>> Pemimpin Pakatan Rakyat pada saat ini boleh disifatkan sebagai penghasut yang mana memecah belahkan Melayu dan kaum-kaum lain di Negara kita. Sepanjang 50 tahun pentadbiran UMNO/BN tidak pernah kita lihat akan perpecahan antara kaum menjadi sebegini rumit macam hari ini,….Pakatan Rakyat @ Pakatan Haram inilah puncanya! Pengkhianat Bangsa!
‘Pengorbanan Jangan Dilupa, Khianat Janji Hilang Jasa’….
+ Mohon Rakyat Melayu tidak kira penyokong BN atau Pakatan Rakyat tonton filem Hati Malaya (Pengarah : Shuhaimi BaBa)