Friday, August 28, 2009

BN TETAP KEKAL,…hanya perlu bertambah!

SALAM,... :)



Posting sebelum ini yang bertajuk “KEPERLUAN UMNO Untuk terus Kekal” dikatakan oleh penyokong pambangkang bahawa blog ini sudah beralih-arah dan tidak lagi sealiran dgn UMNO,…itu ternyata salah! Kami sebenarnya ingin menyedarkan ahli-ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin Cawangan dan Bahagian di seluruh Negara supaya lebih giat mengaktifkan sumbangan…

Berkenaan isu pemecatan Chua Soi Lek, mungkin ada rasionalnya yang tersendiri mengapa Presiden MCA mengambil tindakkan tegas begitu!,…tapi apa yang menarik untuk saya bicarakan adalah keadaan parti-parti komponen BN yang dilihat memerlukan satu momentum dan perubahan baru dalam meraih undi dari rakyat berbilang kaum.

Berdasarkan rekod PRK Permatang Pasir, undi Melayu pada UMNO dilihat meningkat manakala undi bukan Melayu pada BN dilihat tidak berubah seperti mana pada PRU 12 tahun lepas. Perubahan positif oleh Melayu ini bukan hanya berlaku di Permatang Pasir, malahan di Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai dan Penanti. Faktor calon bukan menjadi persoalan buat pengundi bukan Melayu, tetapi faktor parti dan dasar politik sesebuah pakatan amat dititikberatkan oleh mereka. Secara logiknya, apa yang mampu kita fikirkan mengapa orang Cina sanggup undi PAS di kebanyakkan tempat???

Motif mereka cuma satu, PAS berada di dalam Pakatan Rakyat yang mana hala tuju Pakatan Rakyat adalah turut ditentukan parti Dominan Cina iaitu Dap!,…pada masa yang sama PKR juga di Pulau Pinang terkenal dengan pemimpin-pemimpin pelbagai kaum mereka yang mana sering menabur janji akan dasar keterbukaan dalam pentadbiran negeri mahupun Negara. Pakatan Rakyat sebenarnya dilihat tidak lebih dari cuma mengaburi rakyat akan perjuangan mereka yang kononnya memegang prinsip demokrasi dan keterbukaan antara semua kaum. Tetapi untuk kesedaran anda,…pernahkah mana-mana isu berkaitan Melayu,… DAP perjuangkan???

Jadi, adalah menjadi satu keperluan untuk UMNO merangsang perubahan yang seharusnya berlaku ke atas parti-parti komponen lain terutamanya seperti MCA dan MIC!..kedua-dua parti ini disifatkan amat penting dalam misi memenangkan BN untuk setiap pilihanraya di Negara ini. Kekuatan sebenar BN untuk kawasan majmuk adalah dengan gabungan ketiga-tiga parti dominan ini,…bukan hanya bergantung harap pada UMNO sahaja.

Adalah sesuatu yang baik apabila BN berjaya mengekalkan undi rakyat ke atasnya di Permatang Pasir walaupun kawasan itu dikira ‘hardcore’ kerana berada di bawah Parlimen Permatang Pauh…mereka hanya perlu cari daya tarikan untuk pengundi bukan Melayu…., sebaliknya, walaupun PAS dan Pakatan Rakyat meraikan setiap kemenangan PRK, namun mereka harus sedar majoriti dan sokongan ke atas mereka semakin hari semakin merudum,…terutamanya dari majoriti rakyat yang berbangsa Melayu.

5 comments:

eXception said...

Yeah aku setuju dgn pendapat ini... Parti komponen nampak spt tak bersungguh-2 berkempen...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

mail lambong said...
This comment has been removed by the author.
CUPING MERAH said...

BN TETAP KEKAL,…hanya perlu bertambah...

kekal dalam ingatan..kah..kah.kah..

Anonymous said...

pejuang2 umno harus bangkit menentang pakatan rakyat & ideologi kotor mereka!

Karina said...

kemerdekaan adalah dari hasil juangan,...pakatan rakyat hanya gilakan kuasa bila negara sudah senang!...ternyata pembelot & tak boleh diharapkan! ternyata Anwar pengkhianat bangsa!

Post a Comment