Wednesday, August 26, 2009

KEPERLUAN UMNO Untuk Terus Kekal...

SALAM,…




Berkenaan Pilihanraya Kecil Permatang Pasir telah pun umum ketahui,…kini soal pengenalpastian punca kekalahan BN harus diperjelaskan sejelasnya jelasnya kepada rakyat dan penyokong parti tersebut yang mana telah menyumbang tenaga secara langsung mahupun tidak langsung!

Kami sedar, kubu terkuat Pakatan Rakyat ini ataupun kubu terkuat Anwar Ibrahim ini memang sukar untuk ditembusi UMNO dan Barisan Nasional!,…tetapi bila membicarakan soal majoriti yang diraih calon PAS, ia adalah sangat tidak munasabah dan ia memperlihatkan seolah-olah kebangkitan serta transformasi baru UMNO tidak menjadi!,…bukan ini yang diharapkan oleh pimpinan Najib dan juga penyokong parti Barisan Nasional.

Ada suara mengatakan,…Keseluruhan kakitangan UMNO Bahagian Permatang Pauh patut meletakkan jawatan dan menggantikan dengan wakil-wakil yang lebih mesra pengundi dan mesra rakyat!,..bukan hanya bertemu rakyat ketika pilihanraya tiba sahaja….rakyat juga berkata wakil-wakil UMNO di sekitar permatang Pasir ini jauh berbeza dengan cara pendekatan yang dilakukan ADUN Seberang Jaya iaitu dari BN, Dato’ Arif shah Omar Shah. DUN Seberang Jaya diakui lebih mesra dan wakil rakyatnya kerap bertemu rakyat!, Bukankah ini contoh terbaik dan terdekat???

Wakil-wakil UMNO ini sebenarnya boleh melaksanakan agenda yang berterusan tanpa mengira ia kawasan pembangkang atau tidak!,..mengapa di Selangor pimpinan serta wakil-wakil rakyat dari Barisan Nasional Berjaya menggoncang kepimpinan Khalid Ibrahim???...Di situ sebenarnya aktivis-aktivis dan wakil UMNO dan Barisan Nasional boleh pelajari sesuatu untuk dipraktikkan di Pulau Pinang, Kedah, dan Kelantan!

Secara peribadinya,…berdasarkan pengalaman berkempen sepanjang minggu lepas dan keberadaan kami di Permatang Pasir,…jentera kempen UMNO boleh dikatakan bagus dan strateginya teratur,..mungkin cuma ada sebahagian kecacatan,…namun jika kita perhatikan jentera kempen dari parti komponen BN lain, ternyata menampakkan kelemahan yang amat sangat!...boleh dikatakan MCA dan Gerakan tidak menyumbang langsung!...cuba bayangkan BN hanya meraih undi kaum Cina sekitar 200 undi sahaja!..

Kenyataan Zahid Hamidi mungkin boleh disanggah yang mana beliau mengatakan kesemua jentera kempen dari parti komponen amat memuaskan!,…buat apa cuba kaburi rakyat dan media??? Kita bercakap tentang soal ketelusan yang mana ketelusan ini mampu untuk merubah landskap dan cara berpolitik UMNO/BN di masa hadapan!...



>>>> Ini bukan masa untuk pemimpin-pemimpin parti Barisan Nasional Cuma menyatakan ‘punca kekalahan akan dikenalpasti’ atau ‘kekalahan ini berpunca dari masalah kesedaran rakyat atau masalah calon itu sendiri’…Tetapi ia masa untuk BERTINDAK DAN MELAKSANAKAN!!!

>>>> Kami juga mencadangkan pimpinan Najib Tun Razak menimbangkan semula kepimpinan-kepimpinan Cawangan dan Bahagian di seluruh Negara supaya digantikan dengan wakil-wakil muda yang lebih berpengetahuan, terpelajar dan bersih!,….bukan meletakkan kepimpinan veteran yang mana mungkin kebanyakkannya sudah dibenci rakyat dek kerana rekod buruk terdahulu mereka!!!

>>>> Walaupun tindakkan drastik mungkin ‘kurang popular’ dikalangan penjawat-penjawat di Bahagian dan Cawangan UMNO/BN ini,..perlaksanaan harus dilakukan juga demi mempertahankan parti pembela bangsa Melayu ini!

>>>> Sumbangan & Semangat Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya dibanggakan dan dicontohi keseluruhan jentera BN!!!...

12 comments:

Anonymous said...

Transformasi segera amat diperlukan dalam UMNO bagi pastikan kesinambungan parti tertua ini menerajui negara...jgn hanya dimulut ttpi tranformasi ini perlukan tindakan agresif!!

Anonymous said...

XGUNA NK MENIPU RAKYAT LAGI.RAKYAT SEMUA DAH SEDAR.NK TRGELAK KAMI DGAQ AMANAT TU.HAHAHA

mail lambong said...

kesian penulis blog nie..

mana ada orang umno yang bersih dan boleh diharap..

harapkan pemuda umno...lagi laa teruk..

ketua pemuda pun korup dan dibenci..

tunggu aje lah umno dimuziumkan

apis said...

hahahahahahaha....ni karangan lawak ke hape ni...

Hafiz said...

umno akan terus kekal,..percayalah.
lihat saja segala rasuah dan korupsi yg berlaku di negeri P.R mcm di Selangor dan P.Pinang,..itu tak termasuk lagi isu2 kroni ustaz Azizan di kedah
ini baru penggal pertama mereka,..dah mcm2 benda kotor dieorg lakukan!

Anonymous said...

Bilamana orang cina telah beramai-ramai menyokong PAS dan orang melayu mula menyokong DAP, UMNO berada dalam situasi amat merbahaya.
Fikirkanlah

malaysia.suarademokrasi said...

terima kasih sajalah kepada segala kritikkan yang dilempar oleh penyokong pembangkang,..ternyata cara pemikiran mereka tidak mampu diubah lagi,...ataupun mereka ni pencacai yang diupah serta dirasuah pembangkang untuk melakukan provokasi,..maklum sajalah,..provokasi di penamaan calon Permatang pasir oleh Gobalakrishnan juga telah dirancang dengan teraturnya oleh Anwar Ibrahim,...apa lagi yg diharapkan dgn manusia berhati mati mcm mereka ni???

malaysia.suarademokrasi said...

blog ini akan sentiasa menjadi suara pembela UMNO/Barisan Nasional...kerana ini sajalah parti yg mampu membela nasib Islam dan melayu di Malaysia ini,.....kami berani bersumpah yg PAS & PKR tidak akan pernah ingin melaksanakan Islam sebenar,..! Tiada Hukum Hudud, Tiada Qisas,..mereka cuma beretorik dlm berpolitik shj,...

Dr.Hasbullah, from United Kingdom said...

sekadar tambahan,...saya sudah berusia 73 tahun,..dan saya pernah berada di zaman british,jepun, dan kemerdekaan.
Segala kesimpulannya,berdasar politik masa ini di negara kita.Melayu perlu main peranan,..perkembangan seprti ini pernah berlaku dulu, dan di singapura juga berlaku. melayu ditindas, mereka cina janji macam-macam pada melayu di singapura, tapi lihat sekarang, melayu cuma dirempatkan saja oleh mereka. begitu juga di malaysia,..org cina baca quran,janji nak bela melayu,..itu semua satu lakonan buat melayu percaya pada mereka. bukan saya mahu pertahan umno,..tapi itulah realiti bila mana kita perlu kekalkan umno sebagai parti pemerintah. dasar pkr adalah sama dgn dap, dan dasar pas adalah berusur Islam dahulu, tapi sekarang lebih terbuka. apapun perjuangan Islam mereka kita hormat,..tapi mereka harus sedar pas bukanlah kuat di parlimen untuk menentukan atau menyanggah pendapat dap dan pkr bila mana hak-hak melayu atau Islam dibubarkan suatu hari nanti. renungkanlah.

Anonymous said...

UMNO XKENA DGN SELERA AKU.PENIPU RAKYAT!!!

Anonymous said...

PENULIS BLOG NI MMG PENGECUT KOMEN DARI PEMBANGKANG SEMUA DELETE!!!MANA YG LAIN???
UMNO PENIPU RAKYAT!!!

eXception said...

Kalo setakat komen yg banyak caci maki dan maki hamun, mmg patut kena delete. Bengong!! Keje korang penjilat jumud ni semua tau maki hamun jer, tak kira bulan Ramadhan ke... Hati korang ni hitam mm dakwat cina...

PR sbnrnya yg banyak dan berterusan menipu rakyat. Pertama dgn agenda MP BN melompat parti masuk PR. Kedua dgn agenda 16 September 2009. Ketiga Anwar cuba menipu yang dia tidak meliwat. Keempat sekali lagi PR cuba menipu dengan mencuri duit rakyat dengan membuat tuntutan-2 palsu. Kelima Hassan Ali yang pernah berjanji utk menutup kilang arak di Selangor, tapi bila dah memerintah menafikan pula dia cakap mcm tu. Keenam dengan menipu rakyat mengatakan Teoh dibunuh oleh SPRM. Ketujuh... Huh tak larat aku nak senarai byk-2... Bukan 2-3 lagi, tp 2-3 juta mcm jenis penipuan.... yang dilakukan oleh pemimpin PR...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Post a Comment