Tuesday, August 18, 2009

KERJA JAHAT PAKATAN RAKYAT!

SALAM,... :)




Hari ini pihak pembangkang terutama Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar sibuk menjaja cerita yang mengatakan calon Barisan Nasional Rohaizad sudah tidak memegang status guaman dari Majlis Peguam. Dalam keadaan mereka tidak mendapat sambutan dari rakyat Permatang Pasir dalam sepanjang tempoh berkempen ini, pihak pimpinan Pakatan Rakyat sudah mulakan runtin bermusim mereka iaitu 'serangan peribadi' ke atas calon BN!


Disebalik semua ini, macam lah 1Malaysia tak tahu apa tujuan sebenar Majlis peguam mengeluarkan surat supaya membatalkan pencalonan Rohaizad sebagai calon BN,...kalau kita amati,...terlalu ramai pro-pembangkang serta Ahli Parlimen pembangkang merupakan orang kuat Majlis Peguam antaranya Tian Chua, Zulkifli Noordin dan sebagainya!
Benar tanggapan BN yang mengatakan Majlis Peguam cuba untuk menjadi proksi dalam memburuk-burukkan peribadi Rohaizad,..sedangkan SPR telah mengesahkan isu tersebut tidak menjadi sebarang masalah ke atas pencalonan seseorang individu!


Adakah individu serta parti yang sering melaungkan Islam sebagai moto mereka diajar untuk merendah-rendahkan martabat serta menghina orang lain???
Patutlah seringkali ulama' serta org kuat PAS kini sewenang-wenangnya benarkan bukan Islam untuk menghina agama kita dengan alasan 'mereka tidak tahu apa itu Islam'!


Jadi tidak hairanlah isu memburuk-burukkan peribadi orang lain ni adalah kelaziman bg mereka.
Sebenarnya pemimpin pembangkang pernah berjanji yang mereka tidak akan pernah menyentuh hal peribadi lawan dalam menjalankan kempen pilihanraya...begitu juga BN,...tetapi kini siapa yang bersifat munafik melanggar janji kalau bukan P.R???


Rakyat Malaysia sekalian,..jika mahu persoalkan peribadai calon,..apa kurangnya dengan calon PAS???
Salleh yang menjadi wakil PAS amat kurang dikenali rakyat Permatang Pasir, dia juga bukan berasal dari kawasan perlimen Permatang Pauh serta juga mengakui yang dia sendiri tidak kenal dengan kerenah rakyat di kawasan DUN Permatang Pasir! Pakatan Rakyat dalam tempoh berkempen ini mengatakan BN terlalu jahat sehingga memainkan isu arak yang melanda P.R di Selangor baru-baru ini di P.Pasir,...mereka mengatakan BN cuba memainkan isu dan sentimen perkauman dan agama untuk meraih hati pengundi!


Anda sekalian harus sedar,...adakah salah BN dalam memainkan isu sebegitu??? Bukankah isu tersebut sebenarnya membela Melayu Islam di Selangor???
BN mahu beri pengajaran yang terbaik dengan membuktikan bahawa, walaupun Ahli Parlimen Shah Alam adalah Melayu dan MB nya juga Melayu,...namun mereka gagal untuk menegakkan hak-hak serta kepentingan dan sensitiviti masyarakat Melayu di sana,...


Itulah yang cuba dipraktikkan BN Permatang Pasir untuk kesedaran rakyat,...DAP yang memerintah juga gagal untuk menjaga sensitiviti pelbagai kaum di Pulau Pinang,...lihat saja dari isu pertukaran Bahasa Melayu dan Jawi di sign board, isu Kg. buah Pala, isu pembinaan kuil bersebelahan masjid di Kg. Belacan, isu cadangan pembatalan DEB dan sebagainya!


Mereka disifatkan gagal dalam menjaga kepentingan rakyat Permatang Pasir dan Pulau Pinang, terutamanya masyarakat Melayu!
Adalah menjadi tanggungjawab Melayu Islam Penang menolak kerajaan hina ini!!!

>>>> Kepada pengundi Permatang Pasir,...isu yang cuba diketengahkan tentang peribadi Rohaizad langsung tiada kaitan dengan karier politiknya,...itu cuma niat jahat Majlis Peguam yang mana mereka cuba untuk menjadi proksi Pakatan Rakyat!
>>>> Sebenarnya mereka telah ketandusan isu sehingga perlu untuk menyerang peribadi calon BN,...tunggu saja selepas ini,..mungkin keluar foto super-impose,..cerita rekaan,...dan mcm2 lagi,...semua ini adalah rutin Pakatan Rakyat!
>>>> Kami doakan kemenangan calon BN di Permatang Pasir YA ALLAH,...AMIN

2 comments:

Anonymous said...

lagi bestnya haji osman kering ke osman basah tu kata, dia kenal bapak rohaizat, dia kata bapak dia suruh dorang buang rohaizat dari jawatankuasa masjid.

Hj osman sampah tu apa lagi? p la bantai kata kat penyokong pas yang rohaizat tu tak pernah g sembahyang. pehtu dok kata "siapa dia rohaizat? kita kenal ka?"

aik? dia yg dok kata dia kenal akrab ngan bapak rohaizat tu apa ceta? banggang punya orang PAS.

Anonymous said...

dah salah 2 tetap salah chekk oii..

Post a Comment