Thursday, August 13, 2009

Pelampau Islam dalam PAS!

SALAM,...:)




Hari ini secara mahu atau tidak,...rakyat Malaysia perlu peka dengan perkembangan semasa politik tanah air! Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sudah boleh dikira terlalu ekstrim dan melampau dalam membuat sebarang kenyataan...tidak kira sama ada kenyataan yang berbaur hasutan, tomahan, hinaan, fitnah dan yang lebih parah lagi menjadikan Islam sebagai alat untuk menguatkan kekuasaan politik mereka!!

Kelmarin, Tuan Guru Nik Aziz telah menyatakan secara terbuka yang beliau tidak kisah sekiranya DAP menghina Islam...!!
Dia memberi alasan bahawa mereka adalah kafir dan tidak mengetahui sebarang asas mengenai Islam...maka mereka layak menghina dan memijak Islam sekiranya mereka mahu.

Satu pertanyaan kepada Nik Aziz dan kepada anda semua...Adakah anda boleh membiarkan orang yang tidak dikenali atau tidak mengetahui asal-usul mak bapak anda menghina serta memijak kepala mereka di depan anda sendiri???
Apa reaksi anda sekiranya ibu anda dicemuh serta dihina dan dimaki setiap hari???
Itu baru ibu dan bapa,...bagaimana dengan Islam???
Relevankah kata-kata Ulama' (kononnya laa) seperti Nik Aziz ini???
Kitab mana yg dia pelajari & praktikkan???
Kalau benar pendapat Nik Aziz sebegitu,...mengapa dulu mereka sibuk berdemonstrasi ketika pelukis karikatur Belanda menghina Nabi Muhammad???...mereka juga tidak faham akan Islam,...jadi biarkan sajalah.... :)

Di sini kenyataan Nik Aziz :

“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam, Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.“Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang,” katany.

(satu pertanyaan,...Pakatan rakyat tidak pernah serang batang tubuh orang lain kah???,...bukankah hari-hari mereka yang memaki hamun dengan perkataan barua,laknatullah,bapak syaitan,kafir....yang tu bagaimana???)

Bukankah kita sebagai umat Islam diwajibkan hingga ke titisan darah terakhir untuk membela agama suci Islam kita..??? bagaimana penyokong-penyokong PAS masih boleh menyanjungi insan yang telah didoktrinkan oleh Anwar ini??
Mufti Perak Dato' Harussani juga kecewa dengan tindakkan pembangkang yang dengan mudahnya menghina Sultan dan Raja-Raja,..apatah lagi pemimpin BN...
Di dalam Islam, agama tidak mengajar supaya rakyat berpaling tadah dengan pemerintah atau pemimpin!!...
Bagaimana semua ini menjadi kelaziman bagi PAS???...sedangkan mereka sering melaungkan Islam sebagai moto dan prinsip mereka!

Ini Kenyataan Dato' Harussani :

“Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini.Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau. “Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,”

>>>> Kami sebagai rakyat Malaysia merayu supaya penyokong PAS & Pakatan Rakyat mempertimbangkan semula sokongan politik anda pada mereka demi membela agama,bangsa dan negara kita!!!

>>>> Renungan Hadis :

“Akan ada sesudahku para imam atau kepala negara yang tidak mengikut petunjuk dan tidak menjalankan sunnahku. Dan akan bangun pada mereka (dalam kalangan mereka) laki-laki yang hati mereka adalah hati syaitan dalam tubuh manusia. Bertanya Huzaifah, bagaimanakah saya hendak lakukan jika saya menemuinya, Ya Rasulullah? Baginda bersabda, hendaklah engkau mendengar dan taat, walaupun ia memukul belakangmu dan mengambil hartamu. Dengar dan taatlah.” (Riwayat Muslim)."

“Akan ada pemerintah yang kamu mengenali mereka dan kamu mengingkarinya. Maka, barangsiapa yang mengenali, sesungguhnya ia telah bebas dan barangsiapa yang membenci maka ia selamat. Akan tetapi orang yang redho dan mengikutnya? Mereka bertanya, bolehkah kami memerangi mereka? Rasulullah bersabda, Tidak! Selama mereka bersolat.” (Riwayat Muslim).

2 comments:

Anonymous said...

Nik aziz memang dah melampau!!!

CUPING MERAH said...

http://cupingmerah.blogspot.com/2009/08/umno-dulu-sumpah-melayusekarang.html

Post a Comment