Sunday, October 11, 2009

1REFERENDUM Buat P.R!

SALAM,...:)

(UMNO - Dulu.Kini.Selamanya)

Kemenangan BN dengan majoriti yang amat besar membuktikan ianya adalah satu referendum rakyat ke atas Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan PKR!! Keputusan PRK ini telah menunjukkan kembalinya sokongan padu masyarakat Melayu dan India ke atas kepimpinan Barisan Nasional. PAS telah kalah teruk untuk kesemua saluran peti undi di DUN Bagan Pinang, dan ketiga-tiga saluran peti undi yang majoritinya adalah masyarakat India telah dimenangi oleh Barisan Nasional!

Istilah calon ‘recycle’ dan perasuah ke atas Tan Sri Isa Samad tidak membuatkan kelunturan kepercayaan rakyat Bagan Pinang. Sebenarnya dakwaan yg mengatakan Tan Sri Isa perasuah adalah boleh dianggap suatu perkara yang amat kecil. Sepanjang 22 tahun beliau menjadi MB Negeri Sembilan, hanya itu sahaja iaitu rekod politik wang semasa pemilihan parti. Jika mahu dibandingkan dengan pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang yang baru memerintah setahun lebih ini, ternyata mereka ini lebih perasuah dan penyeleweng daripada Tan Sri Isa.

Provokasi dan setiap tindak tanduk ganas penyokong PAS dan PKR membuatkan rakyat Bagan Pinang menolak sehabis-habisnya ke atas pakatan ini,…sehinggakan BN menang dengan majoriti yang amat tinggi!.Majoriti yang dimiliki BN adalah yang tertinggi setakat ini selepas Permatang Pauh dalam siri PRK pada tahun 2008 dan 2009. Ini merupakan bukti rakyat kembali bersama kepimpinan PM Najib Tun Razak dan Barisan Nasional.

Jika kita lihat trend pengundi di setiap Pilihanraya kecil, sokongan BN adalah semakin meningkat walaupun kalah!...lihat saja di Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai, Permatang Pasir dan Bagan Pinang itu sendiri.

Secara totalnya,…rakyat Malaysia kini semakin menerima konsep 1Malaysia yang mana mendahulukan pencapaian dan rakyat untuk setiap agenda. Kita lihat ini adalah satu titik perubahan kepada BN dan bermulanya satu titik hitam yang juga boleh dikatakan sebagai “Tsunami Politik Pakatan Rakyat” @ “Referendum kepada Kepimpinan Pakatan Rakyat”

TERIMA KASIH RAKYAT BAGAN PINANG DAN SELURUH JENTERA,AHLI BARISAN NASIONAL!!!

14 comments:

Anonymous said...

dahsyat,..blogger yg dahsyat!

rahmat said...

referendum tu apa?..hehehe org kampung la katakan..xtau, boleh tuan blog bg tau?

Anonymous said...

referendum itu satu suara penolakkan.

Anonymous said...

baru 7 - 2 ...... kita tunggu PRU ke 13

Anonymous said...

INFO BYK YG MENGARUT DARI YG SEBENAR..DTG BAGAN PINANG PN X SEKADAR DGR KABAR ANGIN BAIK XPAYAH BUAT LAPORAN..MENIPU XABIS.LOW CLASS!!!

Anonymous said...

ni abg...kalau benar pemimpin PR tu perasuah lg teruk dari Isa atau pemimpin UMNO lain,kenapa tak panggil BPR siasat (PAS ke, PKR ke, DAP ke) utk membuktikannya pada umum agar rakyat tidak tertipu???jgn dok cakap je.buat apa kita asyik tolong cover pemimpin yg buat salah mcm tu semata2 kerana taksub. esok Allah akan bagi jugak habuan kat kita kerana kita pun semangkuk dgn dia orang...

manager16 said...

hahaha..awat lah ader anonymous nie pelik perangai..kene masuk sains politik kot..setakat baca harakah yg dok cerita x tau hala..x yah sebar.lah..pas jek nak betul..ingat mereka tuh betul sgt..teruskan blog nie..mcm lah dier ke bagan pinang..pas tetap akan kritik sampai ker akhir

manager16 said...

pas.pkr .dap berstau atas pandangan pembankang bukan parti yg sehalauan & membawa fahaman yg berbeza..tidak di daftarkan dlm 1 pakatan seperti bn..

boleh x saudara anonymous terangkan
perjuangan dap,pkr dan pas?
adakah 1 haluan @ tidak?

pas parti yg lamer tp leader pakatan rakyat anuar ibrahim?
pk kan lah?

optimus_prime017 said...

pas hanya berselindung dlm nama parti islam semalaysia..so ..kesalahan x penah nampak?
tersembunyi..

anonymous ..mcm kenal sgt nama nie?
mcm kwn lamer?

Anonymous said...

UMNO = Umno Menipu No One,

Anonymous said...

referendum rakyat hasil dari beberapa by-election yg lepas pulak tue nak di kirakan mcm ner yer???knape tak di masukkan di sini...menag sekali tp yang kalahnye????so how?? i tink u need to do more research b4 write on something....

Anonymous said...

berbicara soal konsep 1malaysia...rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan...adakah saudara betul2 memahaminya???dari segi kerangka perancangan nya ia sungguh intelek dan hebat sebagai propaganda bagi merealisasikan perpaduan di kalangan rakyat malaysia...tetapi apakah pelaksanaan nya juga menjurus ke arah yg sama atau ia hanya kekal sebagai satu propaganda politik???

Anonymous said...

past by-E also seen as referendum on pakatan rakyat. you can see how people at permatang pasir, penanti, manek urai, bukit gantang, bukit selambau givin' un-confidence signal on p.r,.. despite those areas are stronghold for opposition they still cannot increase the supports.

optimus_prime017 said...

pas?
1 persoalan ....aper yg pas bg kemajuan kat rakyat kelantan? kota bharu yg kaya2 tuh ..tokey2 jekz..yg len mana? rakyat merantau mencari rezki ke tempat len..huhuh..
soalnyer..mana pergi peruntukan yg diberikan pd pas utk menaikkan taraf kelantan?
penah masuk perkara nie dlm parlimen..?

apa fungsi perjuangan d.a.p yg pas sanggup sekonkol dgn parti len yg penah menerima fahaman pas dan pkr?

?????????

Post a Comment