Disana sini para pengkhianat sedang melenting bak cacing kepanasan.Mereka tuduh Utusan memainkan sentimen perkauman.Mereka seru supaya memboikot Utusan.Ada yang kata Utusan menjadi lidah UMNO dan UMNO tidak akan faham maksud perkauman "for a million years".
Pernah satu masa dahulu kita dengar kisah orang PAS berpolitik sehingga anak menghalau ibu dan bapa, keluarga bermasam muka sehingga berpecah-belah, suami-isteri bercerai-berai, jiran tidak bertegur sapa, sembahyang dua imam, sembelihan tidak boleh dimakan kerana dikatakan haram, khenduri diboikot dan jenazah tidak disempurnakan.
Parti PAS ketika itu menghukum UMNO kafir dan segala yang bersangkutan UMNO adalah haram. PAS mengata macam-macam dan mencipta berbagai fatwa untuk menyatakan dialah sahaja Islam dan dia lah wakil Islam diTanah Melayu ini. Akibatnya orang melayu yang beragama Islam berpecah-belah.
Kini PAS berpakat dengan parti-parti bukan Islam dibawah bimbingan dan pimpinan seorang manusia yang dahulunya daripada puak UMNO yang dicemburui oleh PAS. Manusia yang dulunya dibenci sehinggakan apabila dia keluar dikaca TV, orang PAS akan menutup TV kerana benci. Haram melihat dan mendengarnya.
Kalau dulu UMNO dikatakan fasik kerana bermuafakat dengan parti bukan Islam,kini tidak berani berkata demikian kerana cara UMNO yang sama kini ditiru oleh PAS walaupun tidak sebijak UMNO didalam urusan tersebut.
Islam memandang penting kepada perpaduan. Didalam Islam ada adab bersaudara, ada adab berjiran,bermasyarakat dan bernegara.Orang melayu adalah orang Islam dan menjadi tuntutan Islam untuk orang melayu mengelakkan perpecahan sesama sendiri.
Jadi apa salahnya seruan Utusan kepada orang melayu untuk bangkit dari kelekaan dan kerakusan berpolitik untuk berfikir sejenak dan menjuruskan kepada tuntutan agamanya iaitu bersatu-padu sesama melayu demi orang melayu demi agamanya Islam?
Mereka ini sehinggakan menyeru untuk memboikot Utusan hanya kerana Utusan menjalankan peranannya untuk perjuangan orang melayu,orang Islam.Dahulu pernah akhbar seperti Utusan ini lah yang membangkitkan semangat dan menyeru orang melayu supaya bangkit menentang penjajahan. Mereka ini ada peranan, cuma kita yang perlu faham dan mempunyai iltizam untuk sedia ditegur dan bangkit bertindak. Jangan sombong dan bongkak apa lagi bodoh apabila tersesat tidak mahu disukat.
Pengkhianat dan pendusta Islam ini semua adalah golongan munafik yang bersifat hipokrat dan penipu kerana ingin mencapai matlamat mereka walau dengan apa cara sekalipun waimah, menggadai bangsa dan meliwat agama! Maka tidak hairanlah PAS dislogankan sebagai PAS for All...parti yg tidak bertunjangkan lagi tentang perjuangan Islam.
>>>>> Kami majoriti rakyat Malaysia merayu supaya rakyat Bagan Pinang tidak kira apa bangsa,...Melayu, India, Cina dan Lain-Lain untuk terus mengundi calon BN esok. Sumbangan anda mampu menstabilkan kembali politik negara kita yang telah dirosakkan oleh Pakatan Rakyat.
TERUSKAN SOKONGAN MAJORITI RAKYAT MALAYSIA,... Undilah Barisan Nasional
16 comments:
perjuang utk teoh la tu...wakakaka
Aku tak faham kenapa puak-puak PAS ni sanggup bela budak ini yang tak tahu lagi punca kematiannya,entah dia bunuh diri atau dibunuh oleh puak mereka sendiri...
PENGUMUMAN PENTING YANG MENGGEMPARKAN
http://darulehsantoday.blogspot.com/2009/10/pengumuman-penting-yang-menggemparkan.html
Perjuangan Pas adalah menuntut Islam yg sebenar ditegakkan di muka bumi Allah di Malaysia.. selain itu memperjuangkan hak2 semua kaum bkn shj kaum beragama Islam malah agama Kristian, buddha dhindu & len2...
Islam memandang penting kepada perpaduan. Didalam Islam ada adab bersaudara, ada adab berjiran,bermasyarakat dan bernegara.Orang melayu adalah orang Islam dan menjadi tuntutan Islam untuk orang melayu mengelakkan perpecahan sesama sendiri.
ko ingat klau melayu bersatu bawah umno baru x berpecah... bile bersatu bawah pas kire berpch.. tuih pooodahla lu!!!!
memang kami tak nak bersama pengkhianat Islam sbb tu kami sokong PAKATAN RAKYAT amnya dan PAS khususnya...
'Maka tidak hairanlah PAS dislogankan sebagai PAS for All...parti yg tidak bertunjangkan lagi tentang perjuangan Islam.'
apa makna ayat ni saudara????
x paham aku...
aku nk tanya kau pulak,
IsLam tu untuk melayu saja ka??????
jahil betul pemikiran kau!!!!!
itu pun buleh jadi blogger???
tuihhh!!!! dasar Umno otak dh berkarat!!
Admin,JANGAN PUTAR BELITKAN FAKTA YG REALITYNYA KITA ALAMI SEKARANG!!!
tolonglah buka mata, jgn hanya tahu mengangguk sj...
Kalau mcm tu PAS tak layak dah pegang title PARTI ISLAM tp kn la tukar nama yg lebih sesuai utk all...all tu maksudnya agama Hindu dan Buddha pun blh join!!!bodoh ke sampai mcm tu pun tak faham!!!ssh la klu penyokong pakatan jahil sampai mcm ni skali!!!
BN ttp dihatiku demi bangsa dan agamaku!!
PAS ADALAH PARTI AMAL raSUAH ..
ANU WAR..KETUA UNIT AMAL RASUAH
NIK AZIZ.. TOK GURU AJARAN RASUAH..
undilah calon recycle BN drpd undi calon yang bertunjangkan penentangan Islam sebagai teras perjuangan mereka. DAP akan hancurkan islam dan Melayu...jadi undi PAS= undi DAP! PKR pula x boleh pakai langsung.
pas for all means? christian and hidhu can lead that party?..we confuse with the ALL word. why they have to put those irrelevant words and make rakyat confuse about their ideology.
Nice try,..but at this time i would prefer on BN. I love 1malaysia concept which introduced by Najib,much easier to understand.
siapakah pembelot negara dan bapa amal rasuah dan peliwat tegar kalau bukan Anwar Ibrahim?
bagan pinang kena buat sesuatu yg membanggakan 1Malaysia, dari Perlis smpi Sabah. kami menantikan berita gembira dari anda.pilihlah BN
kamix mahukan pas & pakatan rakyat lagi!
UMNO bakal dihina dan dikeji
UMNO perosak negara
UMNO pelingkup negara
aku malu jadi melayu kerana UMNO masih wujud sehingga sekarang.
UMNO bukan melayu
melayu bukan UMNO
UMNO hanya bangsatwan melayu yahudi
bodoh,..pakatan rakyat bodoh!...lihat shj makian mereka di atas ini,..ternyata mereka bodoh,..ataupun org bukan Melayu yg sengaja berlakon utk memecah belahkan Melayu Malaysia. Melayu mari bersatu!
Undilah BN di bagan pinang.
UMNO tak bodoh..UMNO cerdik sebab tu UMNO pilih perasuah jadi calon..jika UMNO menang maka nampak sangat UMNO bijak tetapi terserlah kebodohan pengundi bagan pinang yang mengundi UMNO..dalil akalnya, mengundi calon perasuah @ perompak
jika UMNO kalah barulah dikatakan pengundi bagan pinang bijak mengundi tak percaya lihat berita dari media perdana @ arus bebas melaporkan bahwa rakyat semakin bijak mengundi apabila UMNO dilanda tsunami politik semasa PRU-12
Post a Comment