Friday, October 16, 2009

PAS Hancurkan Bolasepak KEDAH??

SALAM...:)

(billboard ini didirikan diseluruh negeri Kedah dgn jumlah yg amat banyak! Pembaziran)



Setelah gagal secara keseluruhannya dalam mengemudi pentadbiran negeri dan kebajikan rakyat Kedah,…kini kegagalan terbaru diteruskan dengan perletakkan jawatan oleh Jurulatih Skuad Kedah, Mohd Azraai Khor kerana kurang berpuas hati dengan layanan KFA. Beliau mengatakan KFA tidak professional dan tidak mampu menjalankan pentadbiran dengan baik.

Adakah ini disebabkan masalah dalaman yang mana semua rakyat Kedah tahu yang peruntukkan dana berkurangan dan bolasepak tidak menjadi keutamaan di Kedah??? Hal politik sebenarnya mampu memberi satu pengaruh besar dalam sesebuah organisasi dan ia termasuklah Skuad Bolasepak dan Sistem Pengurusannya. Lihat saja pengurusan am seperti struktur padang dan stadium negeri itu sendiri! Padang rumput di Stadium Darul Aman dikatakan panjang dan telah berlakunya kecederaan ke atas pemain ketika beraksi di situ!

Secara luarannya,..mungkin kita boleh mengatakan ia kegagalan teknikal dari pihak KFA,…namun jika dilihat secara menyeluruh, kerajaan negeri yang menaungi KFA sepatutnya bertanggungjawab dalam hal ini! Dimanakah konsep kebajikan yang PAS atau kerajaan negeri laung-laungkan sehingga kebajikan pemain bolasepak negeri dan paling penting sekali jurulatih seperti Azraai tidak dijaga?

Kegemilangan Kedah dengan Skuad Bolasepaknya bermula ketika era pemerintahan BN sekitar 2006 ,…dan sejak PAS mengambil alih pentadbiran negeri pada Mac 2008 lalu, boleh dikatakan kesemua kelicinan pentadbiran dilihat hampir lumpuh@gagal. Prestasi Skuad Kedah juga ternyata semakin merudum! Sebagai individu yang ‘dekat bersama Kedah’,…blogger SD-Malaysia menjangkakan skuad yang pernah gemilang ini akan terus menghadapi masalah selagimana pentadbiran negeri masih gagal menjalankan pentadbiran dengan sebaiknya!...Rakyat Kedah cintakan sukan bolasepak,…tetapi mengapa ia gagal diberi perhatian oleh kerajaan pimpinan MB Azizan?

>>>> Selesaikan juga masalah pengurusan sampah, bekalan air, cukai tanah, dan pelbagai lagi!!! Rakyat Kedah bukan memilih PAS untuk hidup tanpa kebajikan am.

7 comments:

razif- said...

Buat Ustaz Azizan, menteri besaq kedah. tolong dengaq pendapat saya ni. Jangan jadi macam UMNO-BN. Ustaz skang ni lebih teruk daripada UMNO-BN dalam hal ni. Ingat kata2 saya ni. Kalau macam ni lah pentadbiran Ustaz. tunggulah PRU13 nanti. Kedah akan kembali kepada BN. Orang bukan nampak ustaz bawak pelabur luar banyak mai kat kedah ni. orang akan tgk benda2 kecik macam ni. masalah sampah pun takleh selesai, ni timbul lak masalah bolasepak. Jangan riak ustaz, ramai makin meluat ngan pentadbiran ustaz la ni. tolong bertindak secara rasional, kami bersusah payah menangkan PAS dalam PRU12 ari tu. jangan sebab Ustaz, kita terpaksa menanggung kekalahan dalam PRU13 nanti.

zahir-aloq janggus said...

Aku memang harap pas kalah pun dalam PRU-13 nanti..kedah bn boleh ambil balik kot..
Pas perintah pun bukan depa buat pa pun...keja pasang banner muka mb sj penuh dengan banner ceramah pakatan rakyat yg tak henti2 mai ceramah kat kedah...lampu2 indah yg bn buat dulu pun depa x larat nak selenggara ket jalan suka menanti x masuk lagi sampah sampai penuh di tiap2 tempat buang sampah tak diambik mbas!!
Meluat aku dengan slogan sejahtera!! sepatutnya buat selogan kedah sengsara lagi baguih..
mb ustaz azizan buat apa pun x tau laa...makan gaji buta kot!

Ezral - SP said...

Jatuh bola sepak bermakna kerajaan pas jugak akn jatuh lepas ni..
Kami benci dengan pentadbiran lembap..

Anonymous said...

Nak seronok nak kaya di dinia bukan Islam suruh. Main bola bukan nak hidup sampai lupa akhirat. Hampa ingat mudahkah nak masuk surga. Hampa bukan Islamkah? Inilah Islam UMNI BN. Yang ALLAH suruh dikesampingan yang yahudi neserani buat semua orang ISLAM UMNO ikut. Tak masuk neserani Yahudi pun kalau ikut macam dia buat buka aurat sana sini. Bersorak macam kera. Inikah ISLAM? yang hampa anut. Cuba baca fikir sikit?

Anonymous said...

Ajal maut ALLAH yang tebtukan. Lihat gempa bumi di Indonesia. Begitu juga kuasa memerintah. Semunya ALLAH yang menentukan. UMNO memerintah 52 tahun. Adakah UMNO dapat menyelesaikan semua masalah. Keadaan haru-hara, Kemiskinan, kemelaratan hidupini diwarisi dari kerajaan UMNO. Kerajaan sekarang kena selesaikan. Memerintah baru 2 tahun. Hampa tak ingatkah. Kalau 52 tahun masih pengkar. Ini pula dua tahun.
Kerajaan sekarang kena selesaikanyang lebih utama.Bukan isu bola merosot. Akidah ISLAM merosot hampa tak fikir.
Tak ingat matikah wahai orang UMNO?

Anonymous said...

apa yg mb kedah la ni boleh buat. tgu turun tkhta saja. bola kedah pun dah teruk...mb jd ppresiden. kalau tak reti, bg lah yg reti buat kerja...ni dak, ikut nafsu dia saja...bukankah ikut nafsu tu mengajak kpd kejahatan?

Anonymous said...

sememangnya MB Kedah dah mcm patung@tokong kat kedah tu,..apa pun x buat! dok jadi haram jadah saja.

Post a Comment