Thursday, October 29, 2009

Mesyuarat Khas PAS: Nik Aziz Berang?

SALAM,... :)



Jam: 1:15 am Mesyuarat khas Pas baru saja selesai kira-kira 15 minit tadi. Permintaan agar diadakan EGM seperti mana dicadangkan Nik Aziz tidak menjadi isu utama dalam mesyuarat yang berlangsung kira-kira 4 jam setengah itu. Sebaliknya apa yang menjadi tumpuan ialah kepada Dr Hasan Ali.

Ada cadangan meminta Hasan Ali dipecat daripada menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor dan juga Exco Selangor. Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno. Bagaimana pun Abdul Hadi dikatakan telah mempertahankan Hasan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat. Alasan Abdul Hadi kalau ada tuduhan penyiasatan perlu dilakukan. Sehubungan itu Jawatankuasa Disiplin Pas yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatn ke atas Hassan.

Dalam pada itu mesyuarat itu juga bersetuju agar Pas mengadakan Seminar Politik. Tujuan seminar ini ialah untuk mendidik ahli Pas dan secara tidak langsung mengeratkan perhubungan sesama pemimpin. Seminar itu dijangka akan diadakan pada 7 Disember depan sebagai ganti EGM.

>>>> Apa-apa pun, tindakkan Nik Aziz yang meninggalkan Mesyuarat Khas PAS berkenaan menjadi tanda tanya kepada para wartawan dan beberapa kumpulan penyokong PAS yang berada di luar bangunan. Ternyata tiada kesepakatan antara Peneraju Utama PAS dan Mursyidul AM mereka.

>>>> Inilah pengajaran kepada sebuah parti yang menjadi pengkhianat bangsa dan agama!

10 comments:

umno lingkup said...

mane la ada aku tgok nik aziz berang.. ko jgn nak buat cite jer.. x abis2 nak fitnah.. lg 1 parti yg menjadi pengkhianat AGAMA dan BANGSA ialah umno-bn.. knp sbb diorang buat urusniaga dengan syarikat yahudi...

Anonymous said...

yang "brader Umno lingkup" diatas tu kata agak betul..buat urusniaga dengan Yahudi..macam juga lah sedara baik mereka Anwar Ibrahim yang terang lagi bersuluh bersekonkol dengan Yahudi..mengata dulang paku serpih, mengata orang main belakang boleh...

Anonymous said...

PartiAhliSyurga

tak pasal2 je buat urusniaga dengan syarikat yahudi...dah tak tau nak fitnah ape. terima je la hakikat, tak lama lagi pas akan hancur sehancur hancurnya kerana melacurkan agama dan akidah suci Islam!

Anonymous said...

Anwar yang di puja2 oleh HamPAS dan Hindraf dan Kafir Chin Peng DAP..bukan saja banyak pertalian dengan Yahudi dan NGO Yahudi diAmerika Syarikat tetapi baru2 ni telah menyatakan setuju penubuhan negara Israel Yahudi secara rasmi....itu kah dia pemimpin kamu???

Anak Lenggong said...

KAH KAH KAH....SEBAGAIMANA TEKAAN AWAL BAHAWA MAJLIS INI MERUPAKAN LAKONAN DARIPADA PAK LOBAI BERJANGGUT JEE..HANYA DILAKUKAN HANYA UNTUK MENGABUI MATA PENYOKONG SERTA MERAIH SIMPATI ORANG RAMAI DISEBABKAN PAK LOBAI NI DAH TAU BAHAWA SOKONGAN ORANG RAMAI TERHADAP PAS DAH MULA TERHAKIS...

KESIAN NYA PENYOKONG DAN BLOGGERS UPAHAN PAS..TERTIPU DENGAN LAKONAN SANDIWARA PAK LOBAI BERJANGGUT SEJEMPUT NI..TENGOKLAH APA KOMEN HADI "Ditanya mengenai tulisan Nik Aziz dalam laman blognya yang memberi gambaran adanya beberapa pemimpin utama parti itu yang pro-kerajaan perpaduan dengan UMNO , Hadi berkata, Musyridul Am PAs itu telah mengatakan segala tuduhan itu adalah tidak benar.

“Tuduhan itu tidak benar. Beliau sudah jelaskan,” jawabnya ringkas" KEPADA ORANG MELAYU DAN PENYOKONG PAS ...BERFIKIR LAH SECARA RASIONAL DENGAN APA YANG TELAH TERJADI SEJAK KEBELAKANGNA INI TERHADAP PENTADBIRAN PAS..TERLALU BANYAK PENCANGGAHANNYA DAN ADAKAH PEMIMPIN SEBEGINI YANG PERLU KITA PILIH..

TETAPI APABILA SESUATU KEADAAN ITU TERJADI PIHAK MELAYU PAS TIDAK MAU MEMPERCAYAINYA WALAUPUN MEREKA BULAT-BULAT TERTIPU..MEREKA BERANGGAPAN SEMUA INI ADALAH FITNAH DAN SENGAJA DIADAKAN OLEH PUAK UMNO DAN MEDIA PERDANA..PADA MEREKA SEMUA PERBUATAN PAK LOBAI NI SEMUANYA BETUL DAN PENDAPAT MEREKA TAK BOLEH DISANGGAH...SO ADA OTAK FIKIR SENDIRI LAH..HAKIKAT SEBENARNYA...

Kursus Dunia Saham said...

Saya tidak mahu komen pasal hal lain. Namun ada disentuh pasal berurusniaga dgn syarikat Yahudi..tidak salah berurusniaga dengan syarikat Yahudi asal ia boleh mengembang ekonomi org Islam..tgk caranya mcm mana..Bukankah Nabi Muhammad bersama Sayyidina Othman membuka perniagaan ditengah pekampungan Yahudi...tujuannya apa? ialah utk menaikkan taraf ekonomi org Islam..Nabi sgt bijak dlm soal ekonomi...kalau umat Islam hanya berurusan sesama Islam ini tidak mengembangkan ekonomi umat Islam kerana ia hanya berkitar sesama umat islam...Sudah sampai masanya kita menjual barangan kepada umat bukan Islam termasuk yahudi...kerana cara memindahkan kekayaan dari umat bukan Islam kepada umat Islam..Orang Yahudi kuat kerana org lain membeli barangan daripada dia termasuk umat Islam. Sekarang patut diubah..biar org kafir termasuk Yahudi beli barngan org islam...kaedah ini dipanggil "Wealth Transfer" dah lama diamalkan oleh Nabi...sila rujuk kepada uztaz...termasuk Tok Guru sendiri...

ainul said...

Alhamdulillah,saya sokong ulasan sdr sabri jalil.berurus niaga dgn yahudi bukan bermakna menyokong mereka.itu hanya cara untuk mengembangkan ekonomi kita.majunya orang islam akan mengangkat mertabat orang islam itu sendiri.dalam bisnes mesti profesional,kena tahu siapa pesaing kita.kalau orang islam telah benar2 berjaya,barulah kita boleh terus berniaga dgn sesama islam,tinggalkan sedikit demi sedikit pengurusan dgn orang2 kafir ini.pernah dulu sibuk boikot barangan orang belanda,tapi tahu tak kebanyakan tuan punya pam minyak shell di malaysia kepunyaan orang melayu islam?pekerja2 di kentucky,mc donald adalah anak2 melayu yang hanya mahu menolong ibubapa masing2 mencari rezeki yang halal?fikir2kanlah...

Anonymous said...

kalau kau nak boikot sgt Yahudi,..jgn pakai Microsoft, H/phone, Internet, McD, KFC, Coke..Wayang...Filem,...Lagu2...
Ni PC/Laptop yg kau pkai tu,..kau ingt Islam yg buat ke?.

Left. Hj. Husien said...

apa yg saudara blogger SD-Malaysia tulis itu bukanlah satu fitnah,..tapi andaian yang secara jelasnya semua org akan setuju. lagi pula, kenapa Nik Aziz tinggalkan mesyuarat lebih awal kalau bukan kerana tidak puas hati?? itulah andaian yang munasabah rakyat boleh lihat. PAS adalah parti yg berpecah kepada 2. satu perjuangkan Islam, satu perjuangkan liberal bersama Anwar. Ini aalah fakta dan ia akan terus dinilai oleh rakyat dan penyokongnya. Pulanglah ke jalan dan perjuangan sebenar wahai PAS, sebelum anda dihapuskan kerana tindakan bodoh anda untuk bersama PKR dan DAP. Wallahuallam..

Noksmache said...

Apa yang dapat kita perhatikan disini Pas memang seperti retak menanti belah. Setahu saya setakat hari ini...sebagai orang yg tinggal dikawasan Nik Jid, Si Nik Jid ni dia tidak akan mudah mengalah dan susah untuk menarik balik kata-katanya. Dengan apa cara sekalipun si Musang Berjanggut ini akan mencari 'Buah Kilas' untuk menjawab apa yg telah dinyatakannya. Yang pasti akan ada pihak yg akan dipersalahkan kerana beliau telah merasakan gelaran Mursyidul itu meletakkan beliau ditempat yg tinggi tanpa cacat cela. Allahuakbar....

Post a Comment