Monday, October 19, 2009

P.R Perlu Bertaubat !!!

SALAM,... :)



Aneh, dan kadang kala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahupun tidak. Mereka seolah-oleh bersetuju bahawa cara berdemonstrasi itu merupakan cara terbaik menegakkan kebenaran dan keadilan di negara ini. Tidak kurang juga terdapat ulama-ulama kerajaan yang termakan dengan pelbagai alasan yang dikemukakan oleh para ulama parti pembangkang, kononnya demonstrasi yang sering diadakan itu adalah bertujuan menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.

1. Demonstrasi bukanlah kaedah yang dianjurkan oleh Islam untuk menyampaikan dakwah serta menganjurkan amar ma’ruf nahi mungkar dalam kalangan masyarakat. Hal ini adalah kerana, demonstrasi mempunyai unsur-unsur yang boleh membawa pelakunya bermaksiat kepada Allah.

2. Demonstrasi amat jelas berbentuk tasyabbuh, yakni perbuatan yang menyerupai perbuatan orang-orang kafir. Sedangkan tasyabbuh amat dilarang oleh Islam. Sabda Rasulullah, “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia termasuk kaum mereka.” (Riwayat Abu Dawud).

3. Demonstrasi termasuk khuruj, yakni keluar menentang pemerintah, yang jelas ditegah oleh Rasulullah dalam banyak hadis shahih baginda. Seperti, “Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak disukainya daripada penguasanya, maka hendaklah ia bersabar, kerana barangsiapa yang memisahkan diri daripada jamaah sekadar sejengkal, maka kematiaannya adalah kematiaan jahiliah.” (Riwayat Bukhari).

4. “Akan ada sesudahku para imam atau kepala negara yang tidak mengikut petunjuk dan tidak menjalankan sunnahku. Dan akan bangun pada mereka (dalam kalangan mereka) laki-laki yang hati mereka adalah hati syaitan dalam tubuh manusia. Bertanya Huzaifah, bagaimanakah saya hendak lakukan jika saya menemuinya, Ya Rasulullah? Baginda bersabda, hendaklah engkau mendengar dan taat, walaupun ia memukul belakangmu dan mengambil hartamu. Dengar dan taatlah.” (Riwayat Muslim).

5. “Akan ada pemerintah yang kamu mengenali mereka dan kamu mengingkarinya. Maka, barangsiapa yang mengenali, sesungguhnya ia telah bebas dan barangsiapa yang membenci maka ia selamat. Akan tetapi orang yang redho dan mengikutnya? Mereka bertanya, bolehkah kami memerangi mereka? Rasulullah bersabda, Tidak! Selama mereka bersolat.” (Riwayat Muslim).


Jangan tunggu sehingga Karpal Singh menyuruh Hadi Awang bertaubat pula,...cukuplah setakat OKU tu suruh Anwar bertaubat!

2 comments:

Anonymous said...

satu post yg menarik dan bagus!

hanizam said...

kafir laknat suruh bertaubat, ape kes???tapi tak mustahil ini akan berlaku..

kalau ayat qurran pun dibenarkan sikafir laknat berucap dalam ceramah, satu hari nanti,dengan ayat qurran ni jugak dorang permainkan semula umat islam supaya bertaubat...

Post a Comment